Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK (LKTP) CHEMOMOI KALI KE-21 TAHUN 2013 1.

0 PENGENALAN Baru-baru ini, Majlis Sukan Sekolah SMK (LKTP) Chemomoi telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-21. Seperti kebiasaan, sebanyak empat buah rumah sukan yang mengambil bahangian dalam kesemua acara yang dipertandingkan. Terdapat pelbagai acara balapan dan padang yang dijalankan termasuklah beberapa acara jemputan yang melibatkan penyertaan pasukan sekolah yang dijemput, guru-guru serta ibu bapa yang hadir pada hari tersebut. Sukaneka acara penjaga dan kanak-kanak juga diadakan bagi memeriahkan lagi acara. Acara perbarisan juga dijalankan bagi mencungkil kreativiti pelajar. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil bakat dan memberikan pelajar-pelajar peluang untuk menyertai acara sukan. 2.2 Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari peringkat sekolah lagi. 2.3 Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang di ambil. 2.4 Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta. 2.5 Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan dan cabaran. 2.6 Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar, penjaga serta guru-guru dalam melaksanakan kejohanan tersebut. 3.0 RASIONAL 3.1 Dapat mengembangkan bakat baru yang ada pada murid. 3.2 Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam Pendidikan Jasmani untuk diserapkan dalam aktiviti luar. 3.3 Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri murid-murid. 3.4 Menambah kemahiran guru dalam menguruskan murid-murid yang menyertai sesebuah kejohanan dari awal hingga akhir. 4.0 BUTIRAN KEJOHANAN Tarikh Masa Tempat : 6 Julai 2013 : 8.00 pagi hingga 1.00 Petang : Padang SMK (LKTP) Chemomoi.

5.0 SASARAN PESERTA Kejohanan pada tahun ini bertujuan melibatkan penglibatan semua pelajar SMKC sama ada dalam acara sukan, perbarisan mahupun pasukan sorak. Di samping itu, penglibatan guru, ibu bapa, penjaga serta Persatuan Belia setempat juga memainkan peranan dalam menjayakan kejohanan ini.

6.0 CATATAN / ULASAN Kejohanan pada tahun ini boleh dianggap berjaya serta bertambah baik berbanding penganjuran yang lalu. Hal ini berikutan penglibatan ibu bapa penjaga yang member sokongan dan sumbangan yang memberangsangkan bagi menjayakan kejohanan ini. Semua pihak telah menunjukkan penglibatan yang bersungguh-sungguh demi merealisasikan hasrat pihak sekolah untuk mewujudkan jalinan di antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat. Namun, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan kelancaran kejohanan ini bagi masa depan. Oleh itu saya mencadangkan pada tahun hadapan kita perlu melaksanakan kejohanan ini lebih awal bagi mengelakkan pertindihan jadual dengan program-program lain. Selain itu juga saya mencadangkan supaya diberikan galakan daripada pihak sekolah melalui ganjaran tambahan kepada yang berjaya terutamanya olahragawan dan olahragawati. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan semangat mereka untuk bertanding dan bermain dengan bersungguh-sungguh serta mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar. Disediakan oleh:

.. MOHD FITRI BIN SALEH Setiausaha Majlis Sukan Sekolah SMK (LKTP) Chemomoi. Disemak oleh:

..

Disahkan oleh:

..