Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA KLINIK MEMANAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEPANG 43800 DENGKIL SELANGOR TARIKH : 12 & 13HB FEBRUARI

2011 ( SABTU & AHAD) MASA : 8.00 PAGI 5.00 PETANG TEMPAT : PADANG SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEPANG

DISEDIAKAN OLEH : HANIS BINTI MOHAMED SETIAUSAHA SUKAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEPANG

1.

PENDAHULUAN Sukan memanah dewasa ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat dan telah menjadi satu jenis riadah yang popular di kalangan warga kota. Sehubungan itu jawatankuasa sukan Sekolah Menengah Teknik Sepang telah mengambil satu inisiatif untuk membuat klinik memanah sebagai salah satu langkah untuk mengaktifkan sukan memanah kepada para pelajar yang berminat untuk menceburi dan mendalami sukan memanah ini. Program ini dirasakan dapat memenuhi dasar kerajaan untuk memastikan seorang pelajar dapat menguasai satu jenis sukan atau permainan. OBJEKTIF 2.1 Memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang sukan memanah. 2.2 Memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang teknik dan peraturan sukan memanah. 2.3 Menanamkan minat pelajar untuk menceburi sukan memanah. 2.4 Melahirkan pelajar yang layak mewakili sekolah dalam sukan memanah. SASARAN 40 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Teknik Sepang. TEMPOH MASA DAN TEMPAT Klinik memanah ini akan diadakan selama dua hari bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Aktiviti berbentuk teori yang berkaitan dengan sukan memanah akan diadakan di bilik AV SMT Sepang dan aktiviti berbentuk praktikal akan dijalankan di padang SMT Sepang. TENTATIF PROGRAM 12/01/2011 ( Sabtu ) 8.00 pagi = Ketibaan penceramah dan jurulatih = Pengenalan kepada sukan memanah = Pengenalan kepada peralatan sukan memanah ( Teori ) 10.00 pagi = rehat 10.30 pagi = Peraturan dan undang-undang sukan memanah 12.30 tghri = rehat 2.00 ptg = Praktikal mengenali alatan memanah 13/01/2011 ( Ahad) 8.00 pagi = Membentuk posisi badan ( praktikal ) 10.00 pagi = rehat 10.30 pagi = Praktikal 12.30 ptg = rehat 2.00 ptg = Praktikal

2.

3. 4.

5.

6.

PERBELANJAAN Bayaran penceramah = RM 200.00x2 hari = RM400.00 Nama penceramah : En Ismail bin Ariffin Jawatan : Panel Jurulatih Memanah Persatuan Memanah Kebangsaan No. kad pengenalan : 521119-09-5099 No akaun(Affin Bank) : 205040021200 No. Telefon : 012-4036767 Makan guru dan penceramah = RM 10.00 x 4 x 2H = RM 80.00 Makan pelajar ( minum pagi dan petang ) = RM 5.00 x 30 x 2H= RM 300.00 Total = RM 780.00

7.

JADUAL LATIHAN Klinik memanah yang diadakan selama dua hari ini akan disusuli dengan program latihan mingguan seperti ketetapan yang berikut:Tarikh/hari Masa : Jumaat dan Sabtu ( setiap minggu ) : Jumaat ( 3.00 5.00 petang) Sabtu ( 8.00 10.00 pagi ) Tempat : Padang Sekolah Menengah Teknik Sepang Sumber kewangan : Kutipan yuran pelajar sebanyak RM 10.00 sebulan / sumber kewangan PIBG Sek Men Teknik Sepang.

8.

AHLI JAWATANKUASA Penaung : Pengetua En Supian Bin Mahmood Penasihat : Penolong Kanan Ko Kurikulum En Mohd Salleh bin Jamaluddin Setiausaha : Setiausaha sukan Pn Hanis binti Mohamed Ahli Jawatankuasa : En Hassanal Hafiz bin Arshad En sulaimi bin Sulaiman

9.

PENUTUP Sukan memanah tergolong di dalam jenis sukan elit dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu diharapkan kewujudan kelab sukan memanah ini mendapat sokongan daripada semua pihak terutama di pihak pentadbiran sekolah dan juga daripada Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Menengah Teknik Sepang. Sukan memanah ini juga memerlukan komitmen yang tinggi daripada guru pembimbing dan juga para pelajar sendiri. Untuk mendalami kemahiran memanah ini seorang pelajar perlu menguatkan diri dari aspek fizikal dan mantel. Sukan memanah ini adalah satu latihan yang berterusan jika seorang pelajar itu ingin mencapai ke tahap professional. Di harapkan dengan adanya klinik memanah ini, sekolah dapat melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam sukan memanah yang dapat menaikkan nama sekolah Menengah Teknik Sepang di daerah Sepang dan juga negeri Selangor.

Sekian, terima kasih MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

Disemak oleh;

Diluluskan oleh,

. (Hanis binti Mohamed) Setiausaha sukan Sekolah Menengah Teknik Sepang Dengkil, Selangor

( En Mohd Salleh bin Jamaluddin) Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Teknik Sepang ZDengkil, Selangor

(En Supian bin Mahmood) Pengetua Sekolah Menengah Teknik Sepang Dengkil, Selangor