Anda di halaman 1dari 2

Pelan Lokasi

Kedudukan strategik kawasan ekopelancongan Kuala Gula di antara kawasan perindustrian di utara Semenanjung (Pulau Pinang) dan koridor Lebuhraya Utara-Selatan menghubungkan destinasi pelancongan dalam negeri seperti Bukit Merah, Taiping, Ipoh, serta boleh dijadikan sebagai satu destinasi pilihan dalam agenda eko pelancungan Negara sempena tahun melawat Malaysia 2007. Usaha ini seterusnya akan meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat setempat di samping menjana pendapatan kepada Kerajaan Negeri menerusi sektor pelancungan.

SAHABAT HUTAN BAKAU

Untuk sebarang maklumat lanjut berhubung program di atas dan Sahabat Hutan Bakau sila ajukan kepada Global Environment Centre di alamat berikut:

Program Pemuliharaan Hutan Paya Bakau Melalui Penglibatan Masyarakat Setempat

Global Environment Centre No.76-78, 2nd Floor Wisma Hing Jalan SS2/72, 47300 Petaling Jaya, Selangor Tel: +603 79572007 Fax: +603 79577003 E-mel: gecnet@genet.po.my Web: www.gecnet.info

Global Environment Center Pusat Informasi Pelancongan Chalet Peranginan Kuala Gula 34350 Kuala Kurau, Perak. Tel: +605 8905481 Fax: +605 8905460

Program Perintis Sahabat Hutan Bakau Kuala Gula Inisiatif penubuhan Sahabat Hutan Bakau ini telah mendapat sokongan padu penduduk setempat di Kuala Gula, Perak di mana program pemuliharaan hutan paya bakau telah dimulakan oleh Global Environment Centre. Di antara aktiviti-aktiviti yang sedang dan akan dijalankan oleh Sahabat Hutan Bakau adalah seperti berikut:-

Sahabat Hutan Bakau


diperkenalkan di atas kepentingan penglibatan masyarakat setempat di dalam program pemuliharaan hutan paya bakau. Keujudan Sahabat Hutan Bakau juga adalah hasil dari kesedaran dan kebimbangan masyarakat terhadap kemerosotan kualiti hutan paya bakau dan ekosistemnya. Keadaan ini telah banyak merubah corak hidup penduduk setempat yang suatu masa dahulu bergantung kepada aktiviti sara hidup dari hutan paya bakau seperti penangkapan ikan dan mengumpul hasil hasil hutan paya bakau untuk tujuan ekonomi. Hutan paya bakau dan ekosistem yang kian terancam telah memberi kesan terhadap penduduk setempat yang bergantung kepada sumber-sumber ini.

- Pengumpulan anak benih bakau - Penubuhan tapak semaian - Penanaman semula hutan bakau melalui aktiviti gotong royong - Rondaan dan pemantauan kawasan tanaman bakau - Mengadakan latihan kemahiran sarahidup bersama agensi kerajaan yang berkaitan - Penganjuran lawatan sambil belajar untuk masyarakat setempat - Program pendidikan dan kesedaran alam sekitar Pengurusan aktiviti pelancongan

Oleh itu satu inisiatif telah di bentuk dan dicadangkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Razali Ismail selaku Ahli Lembaga Pengarah kepada Global Environment Centre untuk mengujudkan Sahabat Hutan Bakau. Sahabat Hutan Bakau yang terdiri terdiri daripada masyarakat setempat akan bertanggungjawab dalam urusan memulihara, menjaga dan menguruskan kawasan tersebut bagi pihak kerajaan negeri. Sahabat Hutan Bakau juga akan bertindak sebagai kumpulan pemantau dan penggerak aktiviti kesedaran masyarakat. Global Environment Centre pula melalui kepakaran sedia ada akan menyediakan program latihan teratur bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, serta memupuk kesedaran masyarakat tempatan mengenai kepentingan memulihara dan mengekalkan nilai-nilai estatika hutan paya bakau. Dalam masa yang sama Sahabat Hutan Bakau akan menjadi landasan utama untuk mempromosikan Program Pemuliharaan Hutan Bakau dan perkongsian maklumat berkaitan di peringkat Kebangsaan.

Latarbelakang Tapak Projek Kuala Gula, Perak merupakan suatu ekosistem hutan bakau yang merangkumi pelbagai habitat, termasuk kawasan buffer sungai dan anak-anak sungai, pulau-pulau bakau dan hutan paya bakau pesisir pantai. Ia adalah suatu kawasan yang penting untuk perikanan, yang sekian lama telah memberi dan menyokong sumber pendapatan kepada masyarakat tempatan. Dianggarkan sejumlah 7,188 orang menghuni Kuala Gula dan kawasan persekitarannya. Daripada jumlah tersebut, 35% atau 2,450 orang penduduk terlibat secara langsung dalam industri perikanan melalui aktiviti-aktiviti penangkapan ikan, udang dan menternak kerang. Mereka juga terlibat di dalam aktiviti-aktiviti sampingan perikanan seperti memproses ikan dan udang kering, serta membuat belacan. Dataran lumpur dan kawasan paya hutan bakau di Kuala Gula sudah sekian lama menjadi tempat persinggahan dan tempat mencari makanan untuk spesies-spesies burung pantai dan burung air yang berhijrah, termasuklah spesies-species burung tempatan. Kuala Gula juga telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada 10 kawasan ekopelancongan di dalam negeri yang berdaya maju. Usaha-usaha ke arah pemuliharaan dan penjagaan kawasan hutan paya bakau tersebut mempunyai kepentingan ekonomi dan sosial di peringkat tempatan, daerah, negeri dan juga kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai