Anda di halaman 1dari 21

1.PENGAMBILAN PULAU PINANG OLEH BRITISH 2.

STAMFORD RAFFLES DAN SINGAPURA


Ihr Logo

INFO BAB

KEDUDUKAN STRATEGIK MENDORONG PENGUASAAN BRITISH

1.1 Pertapakan SHTI di Pulau Pinang


1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang

1.4 Pertapakan SHTI di Singapura

1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu

1.3 SHTI Mengambil Seberang Perai 1.6 Penubuhan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat

Mukadimah
Kita bersyukur kerana negara kita terletak di tengahtengah laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Kedudukan yang strategik menyebabkan negara kita mempunyai pelabuhan bertaraf dunia. Walau bagaimanapun, pergolakan politik dan perebutan takhta yang berlaku di Kedah dan Johor telah membuka ruang kepada British untuk mengambil Pulau Pinang dan Singapura. British pula memperoleh Melaka kesan daripada Perjanjian Inggeris-Belanda yang telah ditandatangani pada tahun 1824. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat (NNS).

1.1 Pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di Pulau Pinang


Pulau Pinang menjadi pangkalan SHTI Tahukah kamu bahawa pada asalnya Pulau Pinang adalah sebahagian daripada wilayah negeri Kedah? Kegemilangan Kedah sebagai sebuah kuasa maritim telah menarik minat SHTI. Walau bagaimanapun, SHTI tidak boleh menguasai Kedah kerana Siam mengakui Kedah di bawah naungannya. Sungguhpun begitu, SHTI perlu mencari sebuah pelabuhan untuk dijadikan tempat persinggahan, pusat pengumpulan barang dagangan dan pangkalan tentera bagi urusan perdagangannya. Kedudukan Pulau Pinang yang strategik di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat dapat memenuhi semua keperluan SHTI.

Pusat Pengumpulan Barang

Pelabuhan Persinggahan

Pangkalan Tentera

SHTI memerlukan teh dari Negara China. Teh mendapat pasaran yang baik di Eropah. Sebagai tukaran, negara China mahukan emas, perak, bijih timah dan lada hitam. Barang-barang ini boleh didapati di Kepulauan Melayu. Oleh itu, Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pusat pengumpulan barangbarang tersebut.

Pelabuhan Pulau Pinang dapat menyediakan bekalan air, makanan dan kemudahan membaiki kapal sebelum belayar ke Canton, China. Pelabuhan ini juga sesuai sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin monsun.

British dan Perancis bersaing untuk menguasai perdagangan di India. Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada serangan Perancis.

Kedaulatan Kedah tercabar Pada kurun ke-16, Kuala Kedah telah berkembang sebagai pelabuhan entrepot di Kepulauan Melayu. Dasar buka pintu yang diamalkan oleh kerajaan Kedah membolehkan Kuala Kedh maju sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Usaha mengekalkan kedaulatan dan kemakmuran Kedah bukanlah perkara yang mudah kerana pemimpinnya menghadapi penentangan dan cabaran dari dalam dan luar negeri. Ancaman Bugis Pada akhir kurun ke-18, pertikaian dan perebutan takhta yang berlaku di kalangan pembesar telah mengancam kedaulatan Kedah. Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa telah melantik Tunku Abdulah menjadi Raja Muda kedah. Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tunku Abdullah bukan anak gahara. Mereka berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa. Tentera Bugis yang dipimpin oleh Raja Haji telah menyerang dan menawan Kuala Kedah serta Alor Setar. Sultan Muhammad Jiwa berundur ke Kangar bagi meneruskan perjuangan.

Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk menentang Bugis bagi mengembalikan kedaulatan Kedah. Pada tahun 1771, firma menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa. Satu perjanjian telah ditandatangani yang membenarkan firma berniaga di Kuala Kedah. Firma pula dikehendaki memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah. Sultan membatalkan perjanjian apabila firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor. Ancaman Siam Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma pada tahun 1753-1781. Selepas perang tamat, Siam bangkit semula menjadi sebuah kuasa yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang serta tenaga manusia. Sultan Kedah berasa terancam dengan tuntutan Siam. Baginda mahu memelihara kedaulatan negeri Kedah dan kesejahteraan rakyat. Sultan Abdullah yang memerintah dari tahun 1778-1797, terpaksa mendapatkan bantuan tentera daripada SHTI. Baginda menawarkan Pulau Pinang sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah daripada ancaman Siam. Francis Light menyedari kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan pangkalan tentera. Sungguhpun SHTI ingin menjaga kepentingan

1.2 Tipu Helah Francis Light bagi Mendapatkan Pulau Pinang


SHTI bimbang kepentingan perdagangan mereka di Semenanjung Tanah Melayu akan terjejas akibat dasar monopoli Belanda. Bagi SHTI, tawaran Sultan Abdullah yang membenarkan mereka menduduki Pulau Pinang adalah bagai pucuk dicita ulam mendatang. Francis Light secara peribadi telah menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786. Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat beliau mestilah memberikan bantuan ketenteraan kepada KedahInggeris-Kedah apabila diperlukan. Perjanjian 1786 Antara syarat perjanjian ialah : 1. SHTI membantu Kedah sekiranya Kedah diserang oleh musuh. 2. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah. 3. SHTI akan membayar sebanyak 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada sultan sebagai pampasan.
Mata wang dolar Sepanyol

Pada 11 Ogos 1786, upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan. Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince Wales of Island dan petempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England iaitu King George III. Pendudukan ini menandakan bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu. SHTI mungkir janji Pada tahun 1786, Siam menakluki Patani dan mengancam Kedah. Sultan Abdullah menuntut SHTI memberikan bantuan ketenteraan seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786. SHTI enggan memberi bantuan kerana tidak terlibat dalam Perjanjian 1786 antara Sultan Abdullah dengan Francis Light. SHTI juga mahu menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam. Sultan Absullah mendesak Francis Light supaya meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak menepati janji. Francis Light enggan melepaskan Pulau Pinang dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan Abdullah. Sultan Abdullah marah dan berasa tertipu dengan tindakan Francis Light. Pada tahun 1791, Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. Baginda mendapatkan bantuan daripada Riau, Siak dan Selangor. Francis Light meminta bantuan tentera British untuk menyerang kubu sultan Kedah di Seberang Perai. Sultan Abdullah tewas dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791. melalui perjanjian ini, SHTI akan membayar sebanyak 6000 dolar Sepanyol setiap tahun kepada Sultan Abdullah. George Leith dilantik sebagai Gabenor Pulau Pinang yang pertama.

1.3

SHTI Mengambil Seberang Perai

SHTI memerlukan Seberang Perai sebagai benteng untuk mempertahankan serangan terhadap Pulau Pinang dari tanah besar. Tanah Seberang Perai subur dan sesuai untuk bercucuk tanam bagi menampung keperluan makanan di Pulau Pinang. SHTI mengambil kesempatan kerana Sultan Dziauddin memerlukan bantuan ketenteraan bagi menghadapi ancaman Siam. Baginda terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Perikatan dengan Gabenor George Leith pada Jun 1800. perjanjian ini membolehkan SHTI menduduki Seberang Perai yang kemudiannya dinamakan Province Wellesly.

Perjanjian Persahabatan dan Perikatan 1800

Antara syarat perjanjian ialah :


1. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai. 2. SHTI akan membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Province Wellesly

Janji SHTI untuk membantu Kedah menghadapi musuh hanyalah seperti menanam tebu di tepi bibir kerana bantuan tidak diberi apabila Siam menyerang Kedah pada bulan November 1821. Rakyat Kedah berjuang mempertahankan kedaulatan, tetapi akhirnya Kedah ditakluki oleh Siam. Pada Jun 1821, Raja Siam iaitu Rama III telah menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di Bangkok. Perjanjian tersebut dikenali sebagai Perjanjian Burney.

Perjanjian Burney 1826


Antara syarat perjanjian ialah : British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah. Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal dibenarkan tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma. British tidak akan membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya. British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah, dan Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam. Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang dan Seberang perai

1. 2.

3. 4.

5.

Sultan-sultan Kedah berusaha meminta bantuan British bagi menyelamatkan kemerdekaan negeri mereka daripada ancaman kuasa luar. Namun begitu, Francis Light dan SHTI telah memungkiri syaratsyarat perjanjian dan menggunakan tipu muslihat untuk mengambil Pulau Pinang dan Seberang Perai.

1.4 Pertapakan SHTI di Singapura


SHTI gagal memajukan Pulau Pinang Pulau Pinang gagal mencapai kemajuan yang diharapkan oleh SHTI. Kedudukan Pulau Pinang yang jauh ke utara Selat Melaka menyebabkannya gagal bersaing sebagai pelabuhan di Kepulauan Melayu. Kebanyakan kapal dagang berdagang di Betawi, Riau dan Lingga.

Sementara itu, perdagangan SHTI dengan China semakin penting. Barang dagangan dari China seperti the, sutera, kapas dan bahan pencelup mendapat pasaran yang menguntungkan di Eropah. Oleh itu, SHTI inginkan sebuah pelabuhan yang strategik di selatan Selat Melaka untuk menguasai laluan perdagangan antara India dengan China. SHTI mendapat kesempatan menguasai Melaka dan Betawi semasa Perang Napoleon.
Selepas Perang Napoleon tamat, British terpaksa memulangkan Melaka dan Betawi kepada Belanda. Belanda mengenakan cukai yang tinggi dan memberi layanan buruk kepada pedagang British di Betawi. Stamford Raffles telah ditugaskan untuk mencari pelabuhan baru. Percubaan Raffles membuka

Perang Napoleon telah meletus di Eropah pada tahun 1793-1814. negara Belanda telah ditawan oleh Perancis. Perancis berhasrat menguasai wilayah Belanda di Timur. Raja Belanda telah menandatangani Suratsurat Kew pada tahun 1795 dengan kerajaan British. Melalui perjanjian ini Belanda menyerahkan secara sementara semua tanah jajahannya di Timur kepada kerajaan British sehingga Perang Napoleon tamat.

Pada Tahun 1819, Pahang diperintah oleh Bendahara Ali daripada keturunan Bendahara Johor

Temenggung Abdul Rahman merupakan pemerintah Singapura dan Tanah Besar Johor pada tahun 1811. beliau telah menjadikan Kuala Sungai Singapura sebagai pusat pentadbiran dan pelabuhan.

Singapura pangkalan perdagangan yang strategik

Raffles mencadangkan kepada SHTI supaya mendirikan sebuah pangkalan baru di Singapura. Pada masa itu, Singapura merupakan sebahagian daripada wilayah kekuasaan kerajaan Johor. Kedudukan Singapura yang strategik di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda. Singapura juga sesuai sebagai pelabuhan bebas dan dijadikan pangkalan bagi menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi. Raffles yakin Singapura juga dapat menyekat kuasa monopoli Belanda di Kepulauan Melayu. Oleh itu, Raffles berazam untuk mendapatkan Singapura. Walau bagaimanapun, Raffles menghadapi masalah kerana Sultan Abdul Rahman yang memerintah kerajaan Johor berada di bawah pengaruh Belanda.

Taktik Raffles mengambil Singapura Raffles mendarat di Singapura pada 12 Januari 1819. Pada 30 Januari 1819, Raffles telah memaksa Temenggung Abdul Rahman menandatangani perjanjian yang membenarkan British membina loji di Singapura. Temenggung Abdul Rahman terpaksa menandatanganinya kerana bimbang diserang oleh Raffles dan angkatannya.
Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles pada 30 Januari 1819 Antara syarat perjanjian ialah : 1. SHTI boleh mendirikan loji di Singapura. 2. SHTI bersetuju melindungi Temenggung daripada ancaman dalam dan luar negeri. 3. SHTI akan membayar sebanyak 3000 dolar Sepanyol setahun kepada Temenggung. 4. SHTI tidak membenarkan Temenggung membuat hubungan dengan negara Barat yang lain.

Patung Raffles di Padang, Singapura.

William Farquhar

John Crawfurd

Perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan daripada Sultan Johor iaitu Sultan Abdul Rahman. Raffles merancang untuk memperdayakan Sultan Abdul Rahman dan Belanda. Raffles menggunakan helah dengan menghidupkan semula masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812. Muslihat beliau adalah dengan cara memperalatkan Tengku Hussein yang kecewa kerana tidak ditabal sebagai sultan. Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rahman menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan menjadi Sultan Johor. Pada 6 Februari 1819, Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman dengan Raffles. Oleh itu, SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura. Pertabalan Sultan Hussein menyebabkan kerajaan Johor mempunyai dua orang sultan. Sultan Hussein bersemayam di Singapura dan Sultan Abdul Rahman

Stamford Raffles

SHTI mencengkam Singapura Raffles mendapati perjanjian pada tahun 1819 tidak membolehkan beliau berkuasa penuh ke atas Singapura. Pada 7Jun 1823, Raffles menandatangani satu lagi perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman yang membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan. Pada 2 Ogos 1824, satu lagi perjanjian telah ditandatangani antara John Crawfurd iaitu Residen Singapura dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman. Melalui perjanjian ini, Sultan Hussein terpaksa menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI. Perjanjian 2 Ogos 1824 Antara syarat perjanjian ialah: 1. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada SHTI buat selamalamanya. 2. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman hendaklah membenarkan pedagang-pedagang bebas berdagang di Johor dan wilayah takluknya. 3. Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman atau warisnya boleh menetap di tanah milik baginda di Singapura atau berpindah dari Singapura.

Istana Sultan Hussein di Kampung Gelam, Singapura. Baginda kemudiannya berpindah ke Bandar Hilir Melaka kerana kecewa dengan syarat perjanjian pada Ogos 1824.

Perjanjian 7 Jun 1823 Antara syarat perjanjian ialah: Sultan menerima bayaran sebanyak 1500 dolar Sepanyol dan Temenggung menerima 800 dolar Sepanyol setiap bulan. Sultan dan Temenggung tidak berhak menerima atau mengutip cukai dari tongkang Cina. SHTI berkuasa di seluruh Pulau Singapura dan pulau-pulau yang berdekatan dengannya kecuali kawasan atau pulau kediaman Sultan dan Temenggung. Undang-undang British dikuatkuasakan.

1.

2.

3.

4.

SHTI kemudian mengarahkan Temenggung Abdul Rahman memindahkan pusat pentadbirannya dari Kuala Sungai Singapura ke Teluk Belanga dengan alasan untuk memajukan Singapura. SHTI juga mengambil tanah-tanah di Kampung Gelam dan Teluk Belanga. Pada tahun 1866, pusat pemerintahan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga ke Johor Bahru.

Kemajuan pelabuhan Singapura pada 1890-an

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai