Anda di halaman 1dari 6

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 1 (SK) PISMP SEM 1 AMBILAN JANUARI 2013
KUMPULAN 4 RAFIZA BINTI DARUS NORHAYATI BINTI ALI MARAN NUR AMALINA SALWA BINTI ROSLI NURUL HAFIDZAH BINTI ABD HALIM NUR AMIRA AIZA BINTI MOHD JOHAN

NAMA PENSYARAH : PUAN MARIAH

PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

i. ASPEK PENDEKATAN, STRATEGI & KAEDAH


PENDEKATAN adalah teori-teori pembelajaran yang akan diaplikasikan semasa menyampaikan kandungan subjek. KAEDAH adalah tindakan sistematik guru-guru untuk mencapai objektif pembelajaran dalam masa yang singkat. Ia termasuk prosedur berdasarkan pendekatan.

TEKNIK adalah pengurusan kaedah untuk mengoptimumkan pembelajaran, contohnya, latihan dalam bilik darjah berkaitan dengan sesuatu kandungan subjek.

STRATEGI adalah rancangan untuk mencapai sesuatu matlamat pembelajaran melalui satu proses yang dikawal. Di dalam bilik darjah, strategi pengajaran merujuk kepada cara-cara seorang guru melaksanakan pengajarannya secara sistematik.

i. IMPLIKASI ASPEK PENDEKATAN, STRATEGI & KAEDAH


1. Mengelolakan banyak aktiviti berkumpulan Dapat memberi banyak peluang kepada murid-murid berinteraksi antara satu sama lain. Contoh : Aktiviti pengayaan, pemulihan, lakonan, pertandingan, atau kerja projek. 3. Menggunakan teknik menyoal Murid akan melibatkan diri secara aktif dengan memberi tindak balas, demi mewujudkan interaksi dua hala yang sihat di antara guru dan murid.

2. Amal sikap kepimpinan demokratik Guru boleh mewujudkan interaksi 2 hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.

4. Menggunakan strategi memusatkan murid Digunakan bagi melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka dan interaksi antara murid akan dibentuk secara tidak langsung. Kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah boleh digunakan.

5. Menggunakan banyak alat bantu mengajar Dapat menarik perhatian murid-murid serta menimbulkan minat mereka untuk belajar. Dapat membentuk interaksi.

7. Membantu murid bermasalah


Mengadakan sesi kaunseling kepada murid-murid yang mempunyai masalah supaya dapat membantu mereka mengatasi masalah tersebut.

6. Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah Iaitu dengan menyusun keadaan fizikalnya seperti menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan.

8. Gunakan ganjaran sebagai galakan dan motivasi pembelajaran

Elakkan hukuman dan gunakan bimbingan yang wajar untuk muridmurid.

9. Mengajar dengan sikap penyayang

Bertujuan merapatkan hubungan guru dengan murid. Murid digalakkan mengemukakan soalan, termasuk soalan masalah peribadi dengan harapan dapat diselesaikan oleh guru yang disayangi oleh mereka.

10. Menggunakan percakapan yang sesuai

Percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat mereka. Menggunakan teknik memuji atau menerima pendapat murid-murid dengan hati terbuka.