Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu.
Terima kasih tuan pengerusi majlis, Assalamualaikum W.B.T., Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Yang berusaha Encik Ayob bin Sukani Ketua Kem Komanden; Encik Noor Azuddin bin Mohd Noordin, Ketua Unit Kokurikulum; Para pensyarah; Wakil Pelajar Program Bina Insan Guru; AJK Pelaksana Bina Insan Guru dan para peserta. 1. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya dapat bersamasama dengan tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar sekalian dalam program Bina Insan Guru Siri 2 Fasa 1 yang disertai oleh pelajar PISMP semester 1 B, C, D dan E, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Saya berasa amat berterima kasih kerana telah dijemput untuk merasmikan Program Bina Insan Guru Siri 2 ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 2. Terlebih dahulu, sebelum saya memulakan ucapan, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa Program Bina Insan Guru kerana telah berjaya mengelolakan program ini dengan jayanya. Saya telah dimaklumkan bahawa program ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kurikulum Bina Insan Guru.
3. Program Bina Insan Guru mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005 sukatan pelajaran BIG yang seragam bagi semua program latihan perguruan praperkhidmatan di maktab perguruan di Malaysia. Pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profession keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, maka guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Saya melihat program ini mampu mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan para peserta. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Pepatah ini membawa maksud yang begitu besar. Walaupun dengan jumlah tenaga yang sedikit, namun dengan kerjasama yang erat tentunya apa yang diusahakan mampu membuahkan hasil yang berganda. Oleh itu, di institut ini, salah satu perkara utama yang ditekankan ialah penanaman sifat kerjasama antara warga IPG Kampus Bahasa Melayu agar jiwa para guru pelatih mampu dibentuk untuk menjadi insan yang berkualiti dan mempunyai ciri-ciri mulia sebagai guru. Apa yang dapat dilihat pada hari ini, menerusi kerjasama oleh para pensyarah, para peserta, kita mampu meneruskan Program BIG ini. Aktiviti ini bukan sahaja dapat menyihatkan badan, malah hubungan sosial antara para pelajar juga dapat dipereratkan. Saya amat menyokong agar aktiviti ini diadakan pada setiap tahun dan dilestarikan sepanjang masa.
4. Faedah utama yang dapat diperoleh menerusi program seperti ini ialah program ini merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan guru yang berakhlak mulia. Malah, aktiviti ini tentunya mampu melahirkan guru yang bersemangat juang yang tinggi dalam menghadapi apa jua situasi. Bukan itu sahaja, porgram seperti ini juga dapat melahirkan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi. Hal ini kerana para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka. Malahan, matlamat program ini ialah untuk melahirkan guru yang
bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara, selaras dengan nilai-nilai keguruan.
Hadirin sekalian, 5. Program seperti ini perlu disertai oleh para guru pelatih kerana budaya hidup seperti ini perlu dipupuk sentiasa. Aktiviti ini penting supaya kita menjadi suatu masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia. Banyak faedah yang boleh diperoleh, misalnya mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang kuat dan semangat juang yang tinggi. Hal ini demikian kerana, mereka telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar dan lasak. Oleh itu, sedari awal lagi, guru-guru pelatih perlu menyertai Program BIG ini untuk mempersiapkan diri untuk menempuh pelbagai cabaran apabila bergelar seorang guru kelak.
Hadirin sekalian; 6. Saya berharap agar faedah dan kebaikan daripada program BIG ini mampu menjadikan guru pelatih sebagai individu yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia serta bersemangat juang yang tinggi. Sebagai guru, kita perlu sentiasa ingat bahawa pengamalan daripada cara hidup yang bermoral ini perlu diwarisi kepada murid-murid di sekolah kelak. Sekali lagi, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa baik semua pihak yang menjayakan program ini.