Anda di halaman 1dari 12

PERSEDIAAN MENGAJAR, PENGAJARAN MAKRO DAN MIKRO

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR / PENGAJARAN MAKRO Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar , disamping mengurangkan masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membuat perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa perkara : Meneiiti dan mentafsir sukatan pelajaran Membuat skema Rancangan Kerja untuk sesuatu tahun, dan Menyediakan Persediaan Mengajar Harian Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui Persediaan mengajar yang lengkap dan sistematis membolehkan guru : a. Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang dirancang b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa yang diperuntukkan c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan minat pelajar d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu e. Merancang aktiviti murid-murid f. Mengawal bilik darjah dengan baik g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan dengan teratur k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa pengajaran l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran m. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran zba Format Persediaan Mengajar / Rancangan Pengajaran Harian Tahun (kelas) : Bilangan pelajar : Mata pelajaran : Tajuk yang hendak diajar : Sub-Topik : Pengetahuan sedia ada : Objektif Pengajaran : Bahan Sumber Pengajaran : Pemikiran Kreatif & Kritis : Nilai Murni : Strategi P & P : Kajian Masa Depan : Langkah Keselamatan (jika perlu) Pelaksanaan P & P: Penyampaian/ Isi Pelajaran/ Kemahiran Masa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Tarikh : Masa : Set induksi: ( 5 min) Langkah 1 ( min) Langkah 2 ( min) Langkah 3 ( min) Penilaian ( min) Refleksi Pelajar Pentup Rumusan Guru ( 5 min) Refelksi Guru : 1. Sebelum P & P : 2. Selepas P & P : Rumusan Penyelia : * Bilangan langkah / perkembangan pengajaran tertakluk kepada isi pelajaran zba PENENTUAN OBJEKTIF Objektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dan dapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkahlakunya. Kegunaan Objektif Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif tingkahlaku atau objektif

perlakuan adalah banyak. Antaranya : i. ii. Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian pelajar dan tidak berpusatkan guru, oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan pelajar Memberi arah tuju kepada guru di samping dapat membantu menilai kemajuan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran Sebagai panduan kepada guru untuk perancang dan memilih bahan pengajaran yang sesuai dan relevan Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi pengajaran Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir dan penyelia apa yang harus pelajar capai di akhir sesuatu pelajaran Memberi bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan diberi Membantu pelajar untuk membuat penilaian kemajuan kendiri Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan iii. iv. v. vi. vii. viii. Penulisan Objektif Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 komponen iaitu : i. Perlakuan Menyatakan, apakah yang pelajar akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan perlakuan objektif. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang diterima sebagai bukti pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti memilih, merekabentuk, mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain ii. Syarat Keadaan dimana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan, bekalan, atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu perlakuan. Sebagai contoh dengan membaca petikan yang diberi. iii. Kriteria Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam melakukan perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai perlakuan pelajar. Contoh, dapat memotong kayu dalam masa 10 minit, dengan 90% jawapan betul ,dengan tepat . Contoh objektif perlakuan : Di akhir pelajaran, pelajar dapat menyenaraikan 5 dari 6 ciri usahawan dengan tepat berdasarakan petikan yang diberikan. zba Domain Objektif i. Kognitif Domain yang mengandungi perlakuan yang memerlukan pengetahuan mengenai konsep, prinsip atau ketetapan am. Contoh, selepas pengajaran pelajar dapat menyenaraikan 10 jenis tanaman hiasan yang terdapat di kawasan sekolah dengan 100% betul ii. Afektif Domain yang melibatkan sikap, perasaan atau kepercayaan. Dalam domain ini perlakuan agak sukar untuk diukur. Contoh, selepas demonstrasi pelajar akan menunjukkan kesedaran keselamatan dalam makmal dan melaporkan kepada guru jika ada keadaan yang berbahaya. iii. Psikomotor Domain yang berkaitan dengan kemahiran. Contoh, selepas tunjuk cara oleh guru pelajar dapat melakukan cantuman tunas dengan betul. Rumusan penulisan objektif Objektif perlakuan mestilah ditulis untuk pelajar Objektif perlu ditulis dengan ringkas, padat, jelas, jitu dan eksplisit Objektif mestilah sesuai dengan peringkat dan kebolehan pelajar Objektif perlu ditulis degan menggunakan perkataan oerbuatan yang boleh dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkataan-perkataan perlakuan itu tidak mempunyai banyak makna dan boleh dinilai atau diukur Tidak hanya mengkhususkan pada domain kognitif sahaja, tetapi juga melibatkan domain afektif dan psikomotor. MENENTUKAN ISI PELAJARAN Isi pelajaran yang perlu dinyatakan dalan Persediaan Mengajar adalah seperti yang dinyatakan mengikut topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran .

Walau bagaimanapun , pemeringkatan isi pelajaran perlulah mengikut kebolehan pelajar dan prinsip-prinsip pembelajaran. Sebagai contoh pemeringkatan isi pelajaran disusun seperti berikut : Dari konsep yang mudah kepada yang kompleks Dari senang kepada yang mudah Dari yang konkrit kepada yang abstrak Dari konsep sudah ada dalam pengetahuan sedia ada kepada yang belum tahu Relevan dengan objektif yang telah ditentukan Mengikut urutan , teratur, mengikut perkembangan semasa dan Dapat menggalakan penglibatan pelajar secara aktif untuk berfikir secara kritis, analitis dan kreatif zba PEMILIHAN SUMBER Bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran, tahap dan kebolehan pelajar. Menggunakan bahan yang tekini dan sesuai dengan keadaan setempat, mempelbagaikan penggunaan bahan ( dari gambar pegun kepada penggunaan media elektronik), bahan yang digunakan perlulah cantik , berwarna, menggunakan saiz font yang sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar. PENENTUAN STRATEGI PENYAMPAIAN Guru disarankan untuk mempelbagikan penggunaan strategi pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah lebih baik digunakan. Ini adalah untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang maksimum. Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi kandungan sukatan pelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk menyampaikan isi tersebut. Isi pelajaran boleh dipindahkan secara terus daripada guru kepada pelajar dengan pelbagai cara seperti berkuliah, menunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi. Ataupun isi pelajaran dapat dipindahkan secara tidak langsung dengan menggunakan cara pembelajaran melalui aktiviti kumpulan, simulasi, main peranan, sumbang saran, inkuiri dan penemuan serta lakonan. Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah dan teknik yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan kepada strategi yang melibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir kepada pelajar perlu ditekankan. Di samping itu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca, menulis dan mengira) perlu juga di ambil kira. PENGAJARAN MIKRO Konsep dan Tujuan Pengajaran Mikro a. Konsep Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan. b. Tujuan Pelaksanaan pengajaran mikro akan ; membekalkan situasi pengajaran yang realistik kepada guru pelatih mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan menilai kemahiran spesifik zba Pelaksanaan Pengajaran Mikro Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar yang singkat 5 20 minit berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif spesifik dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah dilaksanakan satu penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan . Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan kendiri. Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan penambahbaikan. Pengajaran mikro

merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti yang digambarkan dalam rajah di bawah : Perancangan (RPH) Pencerapan ( komen ) rajah : Kitaran pengajaran mikro Pengajaran ( mengajar) Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro a. Kemahiran set induksi Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam permulaan pengajaran, apabila menukar topik, sebelum soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video dengan tujuan menarik perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip set induksi seperti berikut : memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru merangsang minat dan penglibatan murid meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk belajar menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat. mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid b. Kemahiran menggunakan papan tulis Papan tulis penting dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan lagi penerangan guru tentang fakta, konsep atau idea yang abstrak. Oleh itu racangkan zba bagaimana penggunaan papan tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan penglibatan pelajar c. Kemahiran variasi ransangan Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran. Variasi ransangan berkait rapat dengan kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan nonverbal guru. d. Kemahiran penyoalan Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar kepada aktiviti kognitif aras tinggi. Oleh itu guru harus faham dan tahu tentang kepentingan soalan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar i. Panduan menyoal pastikan soalan jelas nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar yang dikehendaki menjawab soalan berkenaan tanya satu soalan pada satu masa gunakan soalan arar rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras yang lebih tinggi gunakan teknik probing untuk membantu pelajar memberikan jawapan. ii. Aras soalan Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan : Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian e. Kemahiran menggunakan pengukuhan Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak pelajar menjawab soalan, mengemukakan cadangan dan secara keseluruhannya dapat melibatkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah. f. Kemahiran penutup Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan. Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada kesinambungan dengan pelajaran akan datang. Di samping itu tujuan penutup adalah untuk menarik perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari,

PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI PELAKSANAAN PENGAJARAN 4.1 Pengenalan Tajuk Pelaksanaan pengajaran merujuk kepada bagaimana suatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dilakukan oleh seorang guru. Dalam penyampaian isi pelajaran di dalam bilik darjah, nilai-nilai murni hendaklah diserapkan secara tidak langsung. Ini boleh dilakukan di mana-mana bahagian dalam proses pengajaran. Berdasarkan pentingnya menerapkan nilai murni dalam setiap mata pelajaran yang diajar, maka Jawatankuasa Pendidikan Akhlak, Kmenterian Pendidikan yang ditubuhkan pada tahun 1976 telah meneliti nilai-nilai yang terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara ini dan kemudian memuktamadkan 16 nilai yang boleh diajarkan kepada semua pelajar di negara ini. Nilai-nilai ini didokong oleh semua agama dan bersifat sejagat. Antara nilai-nilai tersebut termasuklah baik hati, berdikari, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, semangat kemasyarakatan dan kebersihan fizikal dan mental. 4.2 Huraian Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Arab Komunikasi adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia dan ambil berat terhadap agama. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung, serta dilanjutkan di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi. Dari sudut pelaksanaan penngajaran, guru ini terlalu ringkas dalam aktiviti yang perlu di buat dalam bilik darjah. Beliau hanya menyenaraikan beberapa aktiviti utama sahaja yang ingin dia jalankan dalam bilik dajah. Antara aktiviti yang di senaraikan oleh beliau adalah: Beliau sepatutnya menjelaskan secara terperinci aktiviti yang ingin 1) Pembacaan cth 2) Memahami teks 3) Perbincangan pelajaran teks dijalankan semasa pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran unit ini dalam bilik darjah. Sebagai contoh, beliau boleh mengadakan pembacaan teks secara berkumpulan seperti seorang pelajar membaca teks dan pelajar-pelajar lain mendengar dengan teliti. Dengan itu, secara tidak langsung nilai-nilai falsafah seperti hormat- menghormati, keberanian dan kerjasama dapat di semai dalam diri para pelajar. Selain itu, beliau juga tidak menjelaskan dengan terperinci bagaimana perbincangan yang akan di lakukan oleh pelajar. Sebagai contoh bagi memantapkan lagi persediaan pengajaran, dapat di adakan perbincangan meja bulat / berkumpulan. Struktur meja bulat dapat digunakan untuk menyumbang saran idea dan untuk menerbitkan beberapa tindak balas terhadap satu soalan sahaja atau satu siri soalan. Semua pelajar akan terlibat terhadap persoalan yang di berikan oleh guru dan para pelajar berkerjasama untuk memberi respon terbaik. Dengan itu secara tidak langsung nilai-nilai falsafah dapat dipupuk dan di kembangkan dalam diri pelajar. 4.3

Kesimpulan Berdasarkan kajian penulis terhadap pelaksanaan pengajaran yang dilakukan oleh guru terbabit, penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses pengajaran beliau adalah kurang jelas bahkan penerapan nilai-nilai murni seperti yang dituntut dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan langsung tidak dinyatakan. Sebagai seorang guru bahasa, guru sepatutnya membuat persediaan yang rapi dan lengkap bagi setiap langkah yang ingin dijalankan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga harus merancang segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan teliti supaya setiap aktiviti yang akan dilakukan adalah bersesuaian dengan topik yang diajarkan serta menepati objektif pembelajaran topik tersebut. Ini kerana perancangan yang teratur dan lengkap akan membawa kepada perjalanan pelaksanaan pengajaran yang lebih berkesan dan berjaya. 5.0 PENERAPAN UNSUR PENDIDIKAN MELALUI PELAKSANAAN PENGAJARAN 5.1 Pengenalan Tajuk Penilaian pembelajaran adalah proses di mana penilaian perlakuan murid tentang penguasaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari. Ia berkait rapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran di mana mengukur sejauh mana pembelajaran yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif. Penilaian pembelajaran dilakukan bagi mengenalpasti bentuk tingkah laku pelajar yang hendak dicapai menerusi matlamat dan objektif yang telah di tetapkan. Dalam pembentukan objektif dan penentuan pengalaman pembelajaran, tindakan yang sesuai seharusnya diambil bagi memastikan tingkah laku yang diharapkan dapat diadakan. Para ilmuan menggunakan pendekatan yang berbeza berdasarkan prinsip dalam displin mereka bagi memastikan tingkah laku itu, serta keupayaan pelajar mencapainya. Sebagai contoh dari segi psikologi, pembentukkan seorang guru mesti memahami kanak-kanak dan para pelajar yang diajarnya. Ia mesti mempunyai penegtahuan yang lengkap tentang sifat kejasmanian dan juga sifat psikologi kanak-kanak. Selain itu ia mesti mempunyai

pengetuan tantang teori bagaimana bahan ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada pelajar dengan cara yang berkesan. Untuk dapat menilai, terlebih dahulu matlamat yang hndak dicapai mesti ditentukan sebagi ukuran jayanya atau gagalnya pengajaran. Selain daripada itu untuk dapat menilai, mestilah terdapat kaedah atau cara pengukuran perubahan tingkahlaku yang berlaku mengikut matlamat ynag hendak dicapai. Selalunya terdapat dua kesalahan yang berlak di dalam hal ini iaitu pertama guru tidak menilai perubahan tingkahlaku yang telah ditentukannya sebagai hasil pengajaran itu dan kedua, guru tidak menilai perubahan tingkahlaku mengikut ukuran yang telah ditentukannya di dalam matlamat pengajarannya. Perlu diingat, penilaian ini hendaklah dibuat dengan kerap dan berterusan bukanya hanya pada penghujung tahun atau apabila suatu peperiksaan besar berlaku barulah penilaian itu dibuat. Penilaian amat penting untuk memberikan maklumat maklumbalas kepada guru dan juga murid. Bagi murid, maklumat maklumbalas tentang perlakuan mereka di dalam pembelajaran akan dapat membantu mereka memperbaiki kedudukan mereka di tempat atau di bahagian yang mereka lemah. Bagi guru pula, maklumat maklumbalas ini akan dapat mengubahsuaikan hipotesis yang telah dibuatnya dan mempertimbangkan kembali ketentuan dan tindakan yang diambilnya pada tiga aspek pengajaran yang terlebih dahulu iaitu tentang keadaan murid dan memikirkan semula langkah mengajar yang lebih sesuai. 5.2 Huraian Menilai objektif Pengajaran dan Pembelajaran Merujuk kepada jadual 2.1 yang memaparkan rancangan pengajaran yang diperolehi dari seorang guru Bahasa Arab, apa yang berlaku dalam jadual perancangan pengajaran ini ialah jenis tingkah laku yang ditunjukkan oleh pelajar pada sesuatu pembelajaran khusus iaitu subjek Bahasa Arab. Dalam domain kognitif, pelajar didedahkan dengan teks Bahasa Arab Komunikasi dan setiap pelajar dikehendaki membaca teks, mengingat dan menguasainya. Ia melibatkan aktiviti pengulangan daripada pelbagai fakta yang spesifik sehingga kepada perbuatan meningat. Semua ini adalah diperlukan dalam proses pembelajaran. Kemudian perbincangan dilakukan di akhir kelas bagi mendapatkan maklum balas daripada pelajar. Daripada perbincangan tersebut guru dapat menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap pengajaran pada hari tersebut. Sekiranya pelajar dapat menguasai pembelajaran tersebut maka objektif dan matlamat pengajaran telah tercapai. Terdapat beberapa kelemahan daripada rancangan pengajaran yang di buat oleh guru terbabit (Rujuk jadual 2.1) seperti: Aktiviti dalam kelas. Sebagai pencipta situasi pembelajaran, seseorang guru perlu mempelbagaikan aktiviti agar dengan tujuan untuk mencapai satu-satu perubahan tingkahlaku yang dikehendaki pada murid. Aktiviti yang dilaksanakan harus bersesuaian bagi menarik perhatian pelajar untuk belajar dan menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Hasil / Nilai Seseorang guru mestilah meletakan nilai yang hendak diterapkan dalam pengajaran. Nilai-nilai tersebut perlulah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan keseimbangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 5.3 Kesimpulan Kejayaan bagi sesuatu pengajaran dan pembelanjaran bergantung pada kemahiran guru menyampaikan ilmu. Seseorang guru perlu mempunyai corak interaksi yang menarik dan berkesan kerana ia memberi pengaruh yang amat besar terhadap pengubahan tingkah laku pelajar. Perubahan tingkahlaku adalah hasil daripada proses pencapaian matlamat berdasarkan pemenuhan keperluan pelajar dan di dalam suasana bilik darjah seseorang guru dapat mengawal keperluan pelajar-pelajar. Seterusnya pengajaran yang efektif dapat dihasilkan dan membawa kepada pencapaian matlamat

pembelajaran. Guru juga harus melakukan penilaian terhadap pengajaran yang dilakukan olehnya, bagi mengenal pasti kelemahannya agar dapat bahagian yang sep KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB YANG MENEPATI PENERAPAN UNSURUNSUR FALSAFAH PENDIDIKAN 6.1 Pengenalan Dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah beberapa pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti boleh diaplikasan oleh guruguru. Pemahaman terhadap setiap unsur-unsur tersebut amat penting bagi memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang telah dirancang. a) Konsep Pendekatan Konsep pendekatan merujuk kepada bagaimana untuk mendekati sesuatu. Dalam konteks pengajaran, ianya menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang sesuatu matapelajaran yang dinyatakan dalam rancangan pengajaran tahunan. Beberapa teori asas dalam pendididkan boleh diguna pakai khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang pelajar. Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan akan menjadi pegangan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan-pendekatan yang boleh digunakan ini adalah berdasar kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam bidang psikologi dan pendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner, Gestalt dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya ialah teori Pembelajaran Induktif yang diperkenalkan oleh Hilda Taba. Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan tertentu, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang diguna pakai, teknik dan aktiviti yang dirancang. Pendek kata , pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Guru boleh memilih pendekatan yang ingin digunakannya bersesuaian dengan objektif pengajaran untuk sesuatu topik. b) Konsep Strategi Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan, terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan

sedia ada pelajar serta kepakaran guru terbabit. Oleh itu, dalam pengajaran suatu matapelajaran guru seharusnya bijak dalam menentukan strategi yang ingin diguna pakai. c) Konsep Kaedah Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat banyak kaedah yang boleh diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah projek. Dalam huraian bahagian ini penulis akan mencadangkan beberapa kaedah yang sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran Bahasa Arab. d) Konsep Teknik Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkahlaku guru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yang ada padanya. Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman. Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Komunikasi seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara, syarahan, soal jawab dan bercerita. Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran yang biasanya akan merujuk kepada taksonomi Bloom.. e) Konsep Aktiviti Aktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan. Ia boleh terdiri daripada aktiviti yang dibuat oleh guru tersebut di dalam bilik darjah seperti kerja berkumpulan, pembentangan, dan permaianan. Kejayaan dalam pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah akan menjadikan sesuatu pelajaran itu bukan sahaja menyeronokkan malahan menarik minat pelajar untuk menguasai pelajaran tersebut. 6.2 Cadangan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Untuk Matapelajaran Bahasa Arab Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, beberapa aspek penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai dan unsur falsafah pendidikan. Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam itu sendiri, pencapaian sesorang pelajar itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam dan aspirasi pendidikan kebangsaan juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang pelajar. Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks pendidikan Bahasa Arab Komunikasi yang amat berkait rapat dengan nilai kehidupan Islam. Pelbagai perkara harus diambil kira termasuklah aspek metadologi sejarah pengajaran dan penyebaran ilmu Islam, teknik pembelajaran zaman para ulama Islam dan kesesuaian aras pelajar dimana kaedah tersebut akan diimplementasikan. Antara beberapa kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Komunikasi ialah seperti Kaedah Tematik, Kaedah

Mengeja, Kaedah Soal Jawab, Kaedah Latih Tubi, Kaedah Perbandingan dan Kaedah Induktif. a) Kaedah Tematik. (Tariqah Al Mauduiyah) Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil. Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran , ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi boleh dipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau mutholaah. Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah. b) Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imlaiyah) Berdasarkan kaedah ini, pelajar akan menulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka. Melalui kaedah ini latihan dari segi cara mengeja dan penulisan berlaku disamping kemahiran untuk mengingat suatu perbendaharaan kata yang baru dapat diperolehi oleh pelajar. Dalam sejarah Islam sendiri, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh pelajar masingmasing. Jadi dalam pembelajaran matapelajaran bahasa khasnya seperti Bahasa Arab, kaedah mengeja adalah kaedah yang amat penting dalam melatih pelajar-pelajar supaya dapat mengeja suatu perkataan dengan betul dan tepat berdasarkan maksudnya. c) Kaedah soal jawab (Tariqah Al Munazharah) Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa. Ini kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan pelajar, Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan. Walau bagaimanapun , setiap pelajar perlu memahami maksud setiap frasa bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya. d) Kaedah Latih Tubi (Tariqah al Mulazamah) Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca . Kaedah pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang. Dalam konteks Bahasa Arab Komunikasi Komunikasi ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran. e) Kaedah Perbandingan (al Qiyasiyah)

Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di huaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalah kaedah lazim yang diguna pakai dalam sistem pembelajaran moden. Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah pada awal sesi pembelajaran. Selepas itu guru akan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman pelajar. f) Kaedah Induktif Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini , para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi kepada kesimpulan. Kaedah ini dapat mengalakkan pelajar untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang akan diberikankan oleh guru. Kaedah ini banyak membantu pelajar untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip. Contohnya dalam konteks pembelajaran Bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan pelajar membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham olehnya berdasarkan contoh. 6.3 Kesimpulan Semua kaedah yang dinyatakan dalam sub topik diatas boleh diaplikasikan oleh seorang guru khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Selain itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga guru harus mempertimbangkan beberapa perkara lain seperti pembelajaran yang dilakukan haruslah berpusatkan pelajar, memastikan keselamatan persekitaran dan peralatan yang digunakan, peralatan yang digunakan mencukupi, jenis dan aktiviti yang ingin dilakukan serta pemberian kerja dan tugasan yang bersesuaian dengan aras pelajaran yang diajar. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian penulis terhadap rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh guru terbabit, rancangan pengajaran tahunan dan huraian sukatan matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi tingkatan 3, penulis mendapati perancangan pengajaran yang dibuat adalah kurang sistematik dan kurang memenuhi kriteria yang sepatutnya terutamanya dari segi kejelasan objektif pengajaran dan relevannya dengan huraian sukatan matapelajaran yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh hal yang demikian, kurang unsur-unsur falsafah diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru terbabit. Melalui hasil daripada kajian ini juga, maka penulis telah memberikan cadangan untuk penambahbaikkan serta mencadangkan beberapa kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi yang mungkin lebih menepati kehendak dan intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya. Maka, hasrat untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.