Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN Wakalah adalah satu perkataan yang berasal daripada bahasa arab yang membawa

maksud seseorang atau sesuatu pihak bertindak bagi pihak lain. Dalam bahasa mudahnya membuat kerja untuk orang lain atau menjadi wakil bagi seseorang dalam melaksanakan urusannya. Konsep wakalah ini sememangnya diterima dalam yang mana ianya sangat penting bagi memenuhi keperluan kehidupan. Konsep wakalah ini dapat kita temui di dalam surah alkahfi ayat ke 19 yang bermaksud: Dan Demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanyatanyaan sesama sendiri. salah seorang di antaranya bertanya: Berapa lama kamu tidur? (sebahagian dari) mereka menjawab: Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari. (sebahagian lagi dari) mereka berkata: Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang Utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah Dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan Yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut Dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah Dia melakukan sesuatu Yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. Kisah tentang ashabul kahfi di atas menunjukkan kisah tentang perutusan atau perwakilan yang berlaku di zaman dahulu. Hakikatnya walaupun bukan atas dasar prinsip-prinsip islam, perwakilan ini dibenarkan kerana kehidupan manusia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Kemudian islam datang dengan garis-garis panduannya bagi memastikan perwakilan yang dilakukan adalah selaras dengan kehendak islam. Antara lain Islam menegah perwakilan bagi melakukan perbuatan jenayah dan dosa seperti menggunakan pembunuh upahan, mengupah kaki pukul dan sebagainya.

2.0

AL-WAKALAH Ibn 'Arfah menyatakan bahawa al-wakalah (perwakilan) wujud apabila sesuatu pihak

melantik pihak lain melakukan kerja bagi pihaknya dalam urusan sivil. Dalam hal ini, seorang agen atau wakil boleh diamanahkan dengan semua kerja yang boleh dilakukan olehnya, seperti memeterai perjanjian, memungut dan memberi hutang atau melepaskan hutang, dan lain-lain lagi. Al-Shafi'i menjelaskan akad al-wakalah ini sebagai mewakilkan seseorang untuk menyerahkan apa yang dilakukannya dan boleh dilakukan oleh orang lain dalam hidupnya. Dikaitkan dengan hidup untuk membezakan al-wakalah daripada wasiat. Daripada perbincangan tersebut, al-wakalah dapatlah ditakrifkan sebagai akad yang memberi kuasa orang yang mewakil kepada penerima wakil untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja bagi pihak orang yang mewakilkannya. Hal ini termasuklah segala pengendalian atau pengurusan harta dalam bentuk jual beli dan perkara lain yang boleh diwakilkan. Dalam amalan perbankan Islam, seseorang pelanggan mewakilkan Bank untuk membeli sejumlah saham dari syarikat tertentu atau membeli barangan tertentu bagi pihaknya dengan membuat bayaran sebagaimana yang dipersetujui. Setelah selesai pembelian, bank Islam menyerahkan semula saham atau barangan yang dibeli kepada pelanggan. Selepas penyerahan berkenaan, selesailah hubungan wakalah antara bank Islam dengan pihak pelanggan. Dari segi bahasa kalimat (al-wakalah) adakalanya bermakna pemeliharaan berdasarkan firma Allah s.w.t dalam Surah ali-Imran 3:173, yang bermaksud; Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami). Dan firma-Nya dalam Surah al-Muzzammil 73-9 juga yang bermaksud: Dialah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia, maka jadikanlah Dia penjaga yang menyempurnakan urusanmu.Adakalanya ia bermaksud menyerahkan seperti dalam firma Allah s.w.t. dalam Surah Ibrahim 14:12:Terjemahannya: Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Dia telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap

segala perbuatan kamu menyakiti kami dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah diri orang-orang yang mahu berserah. Seterusnya, kita lihat dari dua sudut pendangan ulama mengenai wakalah. Terdapat pelbagai pandangan yang berbeza antara para ulama mengenai wakalah. Pertama, dari sudut pandangan ulama Hanafi dimana mentakrifkan perwakilan berdasarkan syara iaitu sebagai menugaskan orang lain melakukan kerjanya dalam mengendalikan perkara yang diharuskan oleh syara. Sebagai contoh, mewakilkan seseorang untuk menyerahkan dan menjadi sesuatu perkara kepada wakil. Ia termasuk segala pengendalian dan pengurusan harta dalam bentuk jual beli dan perkara-perkara lain yang boleh diwakilkan seperti izin untuk masuk.16 Bagi ulama Syafii pula, wakalah ditakrifkan sebagai perwakilan iaitu mewakili seseorang untuk menyerahkan apa yang dilakukannya dan boleh dilakukan oleh orang lain supaya boleh dilakukan oleh orang lain dalam hidupnya. Berdasarkan rukun perwakilan, menurut ulama Hanafi hanya ada dua sahaja iaitu ijab dan qabul. Manakala mengikut jumhur, rukun perwakilan terdiri daripada empat perkara iaitu pewakil (almuwakkil), wakil (al-wakil), wakilan (al-muwakkal fih) dan sighah (lafaz). Bagi menjadikan sesuatu perwakilan adalah sah, maka disyaratkan beberapa syarat kepada orang yang memberi wakil kepada orang yang menerima wakil serta perkara yang diwakilkan. Terdapar tiga syarat bagi perwakilan iaitu syarat ke atas orang yang memberi wakil, syarat ke atas wakil dan syarat ke atas perkara yang diwakilkan. Daripada perkara tersebut, ditetapkan juga jenis-jenis perwakilan. Ia terdiri daripada perwakilan khusus dan umum. Perwakilan khusus ialah seseorang (wakil) yang diamanahkan untuk mengendalikan sesuatu kerja yang khusus seperti membeli tanah atau aset tertentu atau menyewakan premis atau tanah atau juga seseorang yang diwakilkan untuk menjadi wakil perbicaraan dalam sesuatu kes tertentu. Hukumnya ialah wakil terikat dengan apa yang diwakilkan kepadanya (al-Zuhaili, 2005).

3.0

PANDANGAN ULAMA Wakalah memiliki beberapa makna yang cukup berbeda menurut beberapa ulama. Berikut adalah pandangan dari para ulama:

a.

Menurut Hashbi Ash Shiddieqy, Wakalah adalah akad penyerahan kekuasaan, yang pada akad itu seseorang menunjuk orang lain sebagai penggantinya dalam bertindak (bertasharruf).

b.

Menurut Sayyid Sabiq, Wakalah adalah pelimpahan kekuasaan oleh seseorang kepada orang lain dalam hal-hal yang boleh diwakilkan.

c.

Ulama Malikiyah, Wakalah adalah tindakan seseorang mewakilkan dirinya kepada orang lain untuk melakukan tindakan-tindakan yang merupakan haknya yang tindakan itu tidak dikaitkan dengan pemberian kuasa setelah mati, sebab jika dikaitkan dengan tindakan setelah mati berarti sudah berbentuk wasiat. Menurut Ulama Syafiiah mengatakan bahwa Wakalah adalah suatu ungkapan yang mengandung suatu pendelegasian sesuatu oleh seseorang kepada orang lain supaya orang lain itu melaksanakan apa yang boleh dikuasakan atas nama pemberi kuasa.

4.0

DASAR HUKUM WAKALAH Menurut agama Islam, seseorang boleh mendelegasikan suatu tindakan tertentu kepada

orang lain dimana orang lain itu bertindak atas nama pemberi kuasa atau yang mewakilkan sepanjang hal-hal yang dikuasakan itu boleh didelegasikan oleh agama. Dalil yang dipakai untuk menunjukkan kebolehan itu, antara lain : 4.1 Al-Quran: QS Al-Kahfi (18:19). dan Demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. berkatalah salah seorang di antara menjawab: mereka: sudah berapa lamakah kamu berada (disini?). mereka Kita berada (disini) sehari atau setengah hari. berkata (yang

lain lagi): sini). Maka dengan membawa makanan yang lebih baik,

Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di suruhlah salah seorang di antara kamu untuk pergi ke kota wang perakmu ini, dan hendaklah Dia Lihat manakah Maka hendaklah ia membawa makanan itu lemah-lembut dan janganlah sekali-kali

untukmu, dan hendaklah ia Berlaku menceritakan halmu kepada seorangpun.

QS Al-Baqarah (2:283). jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang penulis, Maka hendaklah akan tetapi hendaklah yang hendaklah ia bertakwa saksi) Menyembunyikan ada barang tanggungan yang dipegang[1] (oleh yang berpiutang). jika sebagian kamu mempercayai sebagian yang lain, Maka dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para persaksian. dan Barangsiapa kerjakan. yang adalah orang yang berdosa

menyembunyikannya, Maka Sesungguhnya ia hatinya; dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu

QS An-Nisaa (4:35). dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, Maka kirimlah seorang hakam[2] dari keluarga laki-laki dan seorang bermaksud kepada suami-isteri Mengenal. 4.2 Al-Hadits: Banyak hadits yang dapat dijadikan landasan keabsahanWakalah, diantaranya: 1) Harits. HR. 2) Bahwasanya Rasulullah mewakilkan kepada Abu Rafi dan seorang Anshar untuk mewakilkannya mengawini Maimunah binti Al Malik dalam al-Muwaththa) Perdamaian dapat dilakukan di antara kaum muslimin kecuali perdamaian yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram; hakam dari keluarga perempuan. jika kedua orang hakam itu mengadakan perbaikan, niscaya Allah memberi taufik itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha

dan kaum haram. (HR Tirmidzi

muslimin terikat dengan syarat-syarat mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang dari Amr bin Auf). Dalam kehidupan sehari-hari, Rosulullah telah mewakilkan kepada orang lain untuk berbagai urusan. Diantaranya adalah membayar hutang,

mewakilkan membagi 4.3 Ijma: Para

penetapan had dan membayarnya, mewakilkan pengurusan unta, kandang haiwan, dan lain-lain.

ulama

pun

bersepakat

dengan

ijma

atas

diperbolehkannya wakalah. Mereka bahkan ada yang cenderung mensunahkannya dengan alasan bahwa hal tersebut termasuk jenis taawun atau tolong-menolong atas dasar kebaikan dan taqwa. Tolong-menolong diserukan oleh Al-Quran dan disunahkan oleh Rasulullah. Allah berfirman: QS Al-Maa-idah (5:2). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya. Dan Rasulullah pun bersabda Dan Allah menolong hamba selama hamba menolong saudaranya.

5.0

PENGGUNAAN WAKALAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN 5.1 INSURANS Berbalik kepada soalan tentang kelebihan wakalah, tidak syak lagi ia adalah sebagai pelengkap kepada kehidupan. Dalam perniagaan Takaful pula, umumnya para pengendali Takaful menggunapakai model perniagaan berasaskan Mudharabah dan Wakalah. Malaysia telah memulakan sistem Takaful dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia yang menggunapakai model Mudharabah. Walaupun begitu setelah lebih daripada 20 tahun beroperasi, kini Takaful Malaysia turut sama menggunakan model wakalah bagi perniagaan Takaful Keluarganya sepertimana digunapakai oleh operator Takaful yang lain. Pastinya terdapat perbezaan antara kedua model ini. Saya tidak ingin mengulas lanjut tentang model Mudharabah. Kita akan lihat kebaikan dan kelebihan model wakalah tanpa melihat kekurangan model Mudharabah. Sebenarnya insurans konvensional telah pun menggunapakai konsep wakalah ini atau juga disebut sebagai sistem agensi. Mereka telah memanfaatkannya dan dengan pantas perniagaan insurans dapat berkembang dengan pantas. Begitu juga dengan Takaful, dengan menggunakan konsep wakalah ini beberapa kelebihan dapat dilihat. Antaranya seperti berikut:

1.

Sebagai alat pemasaran yang penting. Dengan menggunakan konsep wakalah atau sistem agen pengendali Takaful dapat meluaskan pasaran dengan lebih cepat dan pantas. Agen-agen yang dimotivasikan dengan komisen dan insentif pastinya akan berusaha keras mendapatkan bisnes kerana komisen dan insentif adalah sumber pendapatan mereka. Syarikat yang mempunyai ejen yang ramai dan berkualiti pastinya dapat meningkatkan jumlah sumbangan dalam masa yang pantas dan membolehkan perniagaan syarikat berkembang dengan pesat.

2.

Untuk memastikan perkhidmatan yang lebih baik. Dengan penggunaan agen, adalah diharapkan mereka mampu untuk memberikan penerangan dan juga khidmat nasihat

tentang kepentingan mendapatkan perlindungan Takaful dan juga menguruskan perjalanan dan proses mendapatkan perlindungan tersebut. Mereka ini menjadi contact point di antara peserta dan juga syarikat. Mereka seharusnya bertanggung jawab membantu para peserta sama ada dalam urusan penyertaan dan juga tuntutan manfaat.

3.

Kos overhead yang rendah. Dengan penggunaan wakalah juga syarikat mampu mengurangkan kos-kos wajib dan tetapnya. Dengan sistem agensi mereka tidak perlu membuka cawangan di setiap daerah. Mungkin memadai mempunyai satu cawangan di setiap negeri. Dengan sistem agensi ini agen-agen boleh membuka agensi sendiri sekiranya mereka ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi. Membuka agensi sendiri adalah atas inisiatif dan kos mereka sendiri. begitu juga tentang distribution channel yang lain seperti penggunaan agen korporat telah menjimatkan belanja syarikat. Agen korporat contohnya adalah seperti Pos Malaysia. Kita boleh membayar sumbangan di Pos Malaysia. Saluran lain adalah menggunakan bankatakaful iaitu melalui bank-bank dan juga melalui broker. Jadi kita lihat konsep wakalah ini fleksibel bagi memungkinkan kita melakukan banyak perkara.

4.

Sebahagian kos syarikat dan keuntungan dapat dijangka. Apabila menggunakan model wakalah, yuran wakalah atau upfront wakalah fee akan dikenakan. Sumbangan kasar peserta ditolak wakalah fee ini akan dimasukkan ke dalam akaun peserta atau terus dimasukkan ke dalam dana risiko bergantung kepada jenis pelan. Melalui wakalah fee ini, syarikat di awal-awal lagi sudah mendapat pendapatan yang mana boleh digunakan untuk menguruskan perniagaannya dan sebahagiannya dikira sebagai pendapatan kepada mereka. Berbeza dengan model Mudharabah, pendapatan syarikat hanya dapat dikenal pasti apabila berakhirnya tempoh perniagaan. Walaupun prinsip umum menerima konsep wakalah ini tetapi setiap perwakilan mesti mengikut syarat-syarat sesuatu urusan atau transaksi yang dilakukan.

Contohnya perwakilan dalam melakukan jual beli hendaklah mengambil kira rukun dan syarat jual beli. Soal etika juga harus dipelihara. Sebagai agen takaful seharusnya mereka memahami dengan mendalam tentang konsep wakalah, konsep takaful dan juga kontrak-kontrak yang ada di dalamnya.

5.2

SURAT KREDIT BERASASKAN AL-WAKALAH Bank boleh mengeluarkan surat kredit berlandaskan hukum al-wakalah.

Keterangan ringkas tentang kemudahan dan khidmat ini adalah seperti berikut. Pelanggan memberitahu bank tentang jenis dan sifat barang yang hendak diimport atau dibeli serta syarat pengeluaran surat kredit. Pelanggan membayar harga barangan tersebut sepenuhnya kepada bank dan bank menerima bayaran tersebut dan meletakkannya dalam akaun deposit berlandaskan hukum al-Wadiah. Bank seterusnya akan mengeluarkan surat kredit berkenaan. Apabila bank menerima dokumen atau makluman melalui telex tentang perundingan surat kredit berkenaan, bank akan menjelaskan bayaran dengan menggunakan wang pelanggan yang disimpan dari akaun deposit yang telah disebutkan tadi. Bank akan mengenakan komisyen ke atas pelanggan berlandaskan hukum upahan dan perbelanjaan mengurus yang berkaitan dengan kemudahan dan khidmat surat kredit. Bank akan menyerahkan dokumen bersangkutan kepada pelanggan.

5.3

KAD KREDIT BERASASKAN KONSEP WAKALAH DAN KAFALAH Terdapat cadangan daripada institusi kewangan Islam untuk menawarkan produk

kad kredit berdasarkan konsep wakalah dan kafalah. Menerusi produk ini, institusi kewangan Islam bercadang mengeluarkan kad kredit kepada pelanggan dengan had kredit yang ditetapkan. Pelanggan seterusnya akan menggunakan kad kredit secara Islam tersebut untuk membeli barang atau perkhidmatan daripada peniaga dan peniaga akan meminta pihak banknya untuk membayar amaun yang digunakan oleh pelanggan. Bank

peniaga seterusnya akan menghantar semua dokumen berkaitan dengan urus niaga tersebut kepada Visa/Mastercard yang menjadi pengantara antara bank peniaga dan institusi kewangan Islam. Visa/Mastercard akan meminta institusi kewangan Islam untuk menjelaskan amaun yang diminta oleh bank peniaga. Di bawah konsep wakalah, ujrah akan dikenakan ke atas pemegang kad kredit berdasarkan peratusan tertentu daripada had kredit sebagai balasan kepada institusi kewangan Islam yang bertindak sebagai wakil bagi pihak pemegang kad kredit untuk menjelaskan pembayaran kepada bank peniaga. Di samping itu, menerusi konsep kafalah, institusi kewangan Islam turut menjamin pembayaran kepada Visa/Mastercard (untuk pembayaran yang dibuat kepada bank peniaga) dan menjamin pembayaran terhadap pembelian yang dibuat oleh pemegang kad kredit daripada peniaga. Takyif fiqhi ujrah ke atas wakalah dalam struktur kad kredit secara Islam seperti yang dicadangkan adalah tidak tepat kerana fungsi wakalah yang dilaksanakan oleh institusi kewangan Islam tersebut hanya terhad kepada mewakili pemegang kad kredit dalam menjelaskan pembayaran kepada peniaga sahaja, sedangkan institusi kewangan Islam tersebut juga pada hakikatnya menawarkan beberapa perkhidmatan dan manfaat yang lain. Di samping itu, kaedah penentuan ujrah ke atas wakalah berdasarkan peratusan tertentu daripada had kredit membawa kepada pengenaan manfaat yang disyaratkan ke atas pemberian pinjaman wang (qard) yang ditegah oleh Syarak. Bagi meningkatkan kepelbagaian rangkaian produk kewangan Islam yang dapat memenuhi keperluan pelanggan, institusi kewangan Islam telah meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan produk kewangan Islam. Beberapa inovasi baharu telah diterokai, antaranya dengan menghimpunkan beberapa kontrak Syariah dalam saru pakej bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu. Memandangkan kombinasi kontrak-kontrak ini merupakan inovasi baharu, penelitian dan pengesahan daripada Majlis Penasihat Syariah diperlukan bagi memastikan produk-produk ini adalah selaras dengan Syarak.

6.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, konsep wakalah ini merupakan satu konsep umum yang mana ianya boleh diaplikasikan dalam pelbagai bentuk. Kepelbagaian bentuk dan jenis-jenis akad, khususnya akad al-wakalah menunjukkan keunikan sistem muamalat dalam Islam. Kepelbagaian bentuk dan jenis ini tidak lain adalah untuk memenuhi hajat dan maslahah yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan didunia ini. Kewujudan institusi-institusi kewangan Islam di Malaysia boleh dijadikan stimulus galakan umat Islam beribadah kepada Allah dengan menjemput mereka membuka akaun-akaun di institusi kewangan Islam. Sekurang-kurangnya tindakan ini secara tidak langsung memberi mesej kepada institusi kewangan konvensional bahawa sistem ini tidak relevan lagi diamalkan di bumi umat Islam. Kejatuhan beberapa syarikat gergasi di AS seperti Lehman Brothers, AIA dan sebagainya cukup membuktikan betapa hinanya sistem ekonomi berteraskan riba. Mutakhir ini, pakar-pakar kewangan bukan Islam mula mengkaji kebaikan sistem kewangan Islam. Tidak hairan juga terdapat di kalangan mereka yang boleh menjelaskan kontrak-kontrak muamalat Islam seperti Mudharabah, Musyarakah, Wadiah, Wakalah, Kafalah dan sebagainya dengan baik sekali. Hal ini kerana mereka meyakini dengan kelebihan kewangan Islam yang mampu mengatasi segala permasalahan ekonomi dunia. Meskipun ilmu muamalat ini terbuka dan tidak menghalang golongan bukan Islam bercakap mengenainya, namun begitu sayangnya sekiranya ilmu ini tidak dikuasai sepenuhnya oleh umat Islam sendiri. Di sinilah juga letaknya peranan daie agar bertanggungjawab mendalami ilmu-ilmu muamalat. Menyampaikan ilmu kerana keimanan adalah tidak sama nilainya dengan menyampaikan ilmu kerana untuk memberi kefahaman semata-mata. Di samping itu, tanggungjawab untuk menuntut dan menyampaikan ilmu muamalat juga menjadi semakin mustahak apabila Saidina Umar pernah suatu ketika memberi amaran kepada peniaga sebagaimana berikut: Maksudnya: Jangan kamu berjual beli di pasar kami kecuali telah mendalami ilmu / hukum agama tentangnya. (Riwayat Tirmidzi).

7.0 Buku:

RUJUKAN

Modul Pengajian Jarak Jauh. BPMS 2013 Fiqh Muamalat. UUM Sintok. Abdulah Alwi, (2005). Teori dan aplikasi kontemperari:sistem ekonomi islam di Malaysia. Utusan Punlication. Malaysia.

Laman Web: http:// www.islam.gov.my http://www.bnm.gov.my http://e-journal.um.edu.my/filebank/published_article/2552/900.pdf