Anda di halaman 1dari 3

PROSES KREATIVITI PROSES KREATIVITI 1: ILMU PENGETAHUAN mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan tugasan atau masalah Jenis-jenis

s maklumat; Maklumat bercetak (buku, artikel, bahan muat turun internet) Maklumat lisan Maklumat elektronik PROSES KREATIVITI 2: PENYELIDIKAN Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana tumpuan hendak diberi. PROSES KREATIVITI 3: MENDEFINISIKAN MATLAMAT / ARAH TUJU Mentakrifkan dengan jelas masalah yang hendak diselesaikan atau hasil yang dikehendaki. Mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah. PROSES KREATIVITI 4: PENGERAMAN (INCUBATION) Tiada apa yang dilakukan pada langkah ini. Menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa. Idea tidak datang dengan segera. Idea mungkin terbit pada keadaan yang tidak disangka. Terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan. PROSES KREATIVITI 5: MEMBINA KEYAKINAN Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari menumpukan pada satu idea. Idea adalah seperti batu loncatan; idea berkembang dari satu idea ke idea yang lain

dan idea baru sering kali adalah gabungan berbagai idea yang ada. PROSES KREATIVITI 6: PENAPISAN Idea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik. Idea-idea yang baik akan digabungkan untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif. PROSES KREATIVITI 7: MENYATAKAN DENGAN JELAS Mencari jalan untuk menyampaikan idea dengan berkongsi idea dengan pihak lain dan menggalakkan mereka untuk memajukan idea tersebut. PROSES DAN PENGHASILAN Kreativiti adalah satu proses dan bukannya produk atau peristiwa. Kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan uji kaji dan sebagainya. Kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikal. Kanak-kanak harus digalakkan mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti. PENGALAMAN DAN PENGUJIAN Sejak kanak-kanak berada di prasekolah, mereka telah mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara kreatif. Mereka belajar melalui pengalaman dan meneroka.

Mereka menunjukkan pencapaian kreatif dan berusaha meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni. Tugas orang dewasa memberi peluang kepada kanakkanak untuk meneroka dan bereksperimen. PENGALAMAN DAN PENGUJIAN Terdapat 3 kaedah utama untuk menguji kreativiti; (i) Kaedah Psikometrik dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang soal selidik dan statik untuk mengukur kreativiti secara saintifik. Kaedah ini dilakukan dengan mengaitkan aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif. (ii) Kaedah Historiometrik Menggunakan maklumat dari dokumen- dokumen-dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tokoh sejarah yang memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang. Maklumat ini digunakan sebagai kriteria pengukuran kreativiti. Kaedah ini menggunakan pengukuran secara saintifik dan secara empirikal. (iii) Kaedah Biografi Kaedah ini lebih kurang sama dengan kaedah histometrik. Kajian dijalankan terhadap ciri-ciri kreativiti yang dimiliki oleh pencipta terkenal. Kaedah ini menggunakan kaedah secara kajian kes yang lebih berbentuk naratif

CIRI-CIRI KREATIVITI a) Bersifat fleksibel seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis. b) Sensitif dan peka individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria. c) Idea yanga sli dan tulin seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa. d) Bersifat terbuka mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik. e) Logik peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa. f) Berfikiran bebas golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.