Anda di halaman 1dari 11

Pembinaan Negara Bangsa

Konsep Negara Bangsa & Ciriciri Sesebuah Negara Bangsa

Konsep Negara
Negara merujuk kepada sebuah unit politik yang mempunyai :
Kedaulatan & tanggungjawab Kuasa untuk menjalankan pemerintahannya sendiri

Negara berfungsi sebagai perantaraan antara pemerintah dengan masyarakat. Segala tindakan dan kegiatan yang dilakukan oleh sesebuah negara tertakluk kepada undang-undang & peraturan yang sah.

Takrif lain bagi negara :


Satu organisasi kumpulan bermasyarakat & berbudaya politik iaitu negara sebagai sebuah kumpulan yang mendiami satu kawasan tetap, bebas daripada kawalan luar & memiliki satu kerajaan yang teratur.

Takrif khusus (peranan politik) :


R.H. Soltao (1977) melihat negara sebagai satu jentera atau agensi yang memiliki kuasa tertentu bagi mengurus atau mentadbir hal ehwal rakyat bagi pihak rakyat itu sendiri. Ini bermakna negara diberi kuasa untuk memerintah dan tertakluk kepada persetujuan orang yang diperintah. Miriam Budiardjo (1981) memberi takrif negara sebagai satu sistem politik yang terdiri daripada penduduk di dalam sesuatu kawasan atau wilayah yang ditetapkan serta mempunyai kerajaan.

Harold J. A. Laski (1984) berpendapat negara merupakan satu kelompok masyarakat yang bersatu dan mendapat kuasa yang sah di sisi undang-undang. Robert A. Dahl (1983) menyatakan bahawa negara merupakan satu sistem politik yang didirikan oleh orang yang mendiami satu wilayah tetap dan mempunyai kerajaan yang memerintah wilayah tersebut. Geoffrey K. Robert (1967) menekankan negara perlu mempunyai ciri-ciri wilayah, penduduk dan pemerintah dan pemerintah itu berkuasa untuk memaksa rakyatnya mematuhi arahan.

Rumusan bagi konsep negara :


Negara merujuk kepada satu unit politik yang mempunyai penduduk yang menetap di sesuatu kawasan atau wilayah dengan memiliki sempadan yang ditandai dengan jelas. Penduduk pula diperintah oleh sebuah kerajaan yang mempunyai kedaulatan dan diakui sah pemerintahannya serta berkuasa untuk menggubal dan melaksanakan undang-undang serta peraturan yang dipatuhi oleh rakyatnya.

Konsep Bangsa
Merujuk kepada kumpulan anggota masyarakat yang mendiami satu ruang wilayah yang mempunyai sempadan dan satu kerajaan yang sama serta mentaati satu undang-undang yang sama. Unsur politik memainkan peranan yang penting kerana setiap anggota di dalam bangsa itu terikat oleh satu sistem perundangan yang sama serta mempunyai hak dan tanggungjawab

Kesimpulannya, bangsa boleh merangkumi beberapa kumpulan ras atau etnik yang disatukan di bawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mematuhi perlembagaan bangsa itu

Konsep Negara Bangsa


Merujuk kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh ikatan primordial yang sempit seperti kaum, keturunan, agama, bahasa, budaya dan sebagainya yang boleh membawa kepada perpecahan. Rakyat di negara itu mempunyai keyakinan serta kepercayaan yang tinggi kepada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dilaksanakan.

Pembentukkan satu negara bangsa dianggap penting dan menjadi prasyarat kepada kemajuan sesebuah negara. Beberapa istilah :
Perpaduan negara Keharmonian Tolak ansur Perlu difahami dan diterapkan kedlm amalan dan kehidupan rakyat.

Ciri-ciri Negara Bangsa 1.Negara 2.Bangsa 3.Kerajaan 4.Perlembagaan

Anda mungkin juga menyukai