Anda di halaman 1dari 26

TAHAP KOMPETENSI GURU SAINS DAN DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM BIDANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

(ICT) DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN KOSAS.

HAYATUL MAZIAH BINTI MOHAMED NOR 790305145550001

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PUSAT PEMBELAJARAN PETALING JAYA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

ABSTRAK . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

ISI KANDUNGAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
3

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke 21. Antara kandungan di dalam Dokumen Standard Dunia Sains dan Teknologi adalah tema Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Standard Kurikulum Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) adalah penyataan khusus tentang apa yang murid harus capai dalam pengetahuan ICT, kemahiran dan nilai dalam tempoh persekolahan. Standard ini juga berfungsi sebagai panduan kepada guru untuk mewujudkan suasana pembelajaran berbantukan teknologi. (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012) Suasana pembelajaran ini dapat menyediakan banyak peluang kepada murid untuk memanfaatkan sumber ICT. Murid akan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang mengandungi kemahiran teknologi yang relevan. Kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan faktor utama yang mempengaruhi pendidikan sejak beberapa dekat yang lalu (Chen, 2004). Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah menyediakan peluang dan perubahan cara pelajar belajar dan cara guru mengajar. Di samping kebanjiran peralatan ICT dalam bidang pendidikan, didapati wujud sebilangan besar guru yang kurang selesa (uncomfortable) dengan komputer (Bohlin, 2002; Cradler & Cradler, 2001; Fletcher & Deeds, 1994). Sebagai sebuah negara yang sedang membangun sedang mengamalkan prinsip globalisasi, sememangnya Malaysia perlu
4

melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT yang terkini supaya tidak ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain. Kemahiran ICT amat penting untuk mencapai wawasan negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan profesional (Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris, Jamalludin Harun, 2007). Justeru itu, pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam menyediakan platform serta kemudahan ICT kepada masyarakat dan memberi galakan kepada penggunaan ICT secara menyeluruh. Semasa ucapan oleh Y.A.B Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang membentangkan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat, Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah disenaraikan sebagai salah satu daripada Bidang Ekonomi Utama Negara yang boleh menjadi penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara. Ia dilihat sebagai suatu kesinambungan di mana menerusi Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) yang memperuntukkan suatu jumlah yang besar terhadap pembangunan ICT negara. Antara perancangan yang telah dibuat dalam pembangunan ICT adalah dengan memberikan tumpuan dan peruntukan utama dalam pembangunan ICT di peringkat sekolah rendah lagi. Selain daripada RMK-9 dan RMK10, kerajaan juga telah menggariskan perancangan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025 serta memberikan dana yang besar untuk membangunkan prasarana ICT di peringkat sekolah. Di dalam sebelas anjakan untuk transformasi sistem, salah satunya adalah Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Ia menjurus kepada meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013, menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik dan memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri (Laporan Awal-Ringkasan Eksekutif PPPM 2013-2025). Dengan ini dapatlah kita fahami bahawa kerajaan sememangnya sangat serius dan komited untuk memajukan bidang ICT di negara ini. Dengan memperkenalkan tema Teknologi Maklumat dan Komunikasi di dalam matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi KSSR Tahap 1, dan bakal memperkenalkan matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi KSSR Tahap 2 bermula tahun 2014, adalah sangat penting semua guru terutamanya guru Sains mempersiapkan diri agar kompeten dan memenuhi kehendak arus pendidikan semasa.

1.2 Penyataan Masalah Kajian Seiring perkembangan zaman, boleh dikatakan guru-guru sudah semakin bersedia untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan teknologi ICT dalam aplikasi kehidupan seharian juga sedikit sebanyak meningkatkan kemahiran guru dalam menggunakan ICT. Kajian ini dijalankan bukan lagi bertumpu kepada tahap kesediaan guru untuk menggunakan ICT sebagai alat bahan bantu mengajar, tetapi lebih kepada tahap kompetensi yang dikaji khusus kepada guru matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi yang mengandungi tema Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Masalah mungkin akan timbul sekiranya guru tidak kompeten untuk mengajarkan isi kandungan matapelajaran ini yang lebih menjurus kepada kemahiran menggunakan perisian di dalam komputer seperti MS Word, Excel, PowerPoint dan Movie Maker; dan bukan sahaja alatan ICT dan penggunaannya dalam pengajaran di dalam kelas. Apabila KSSR diperkenalkan, guru dianggap tidak mempunyai masalah untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan hanya tinggal untuk mengajarkan kandungan perisian pula kepada pelajar. Pengkaji melihat bahawa sebilangan besar guru di sekolah sudah dikira mahir menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran, namun bagaimana pula tahap kompetensi guru untuk mengajarkannya pula kepada pelajar? Peranan teknologi maklumat dalam pembangunan Negara dinyatakan dengan jelas sejak Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK 7 1996-2000, 1996:447) iaitu Kemunculan Era Maklumat menjadi penyumbang utama kepada kejayaan persaingan antarabangsa meletakkan teknologi maklumat (IT) di kedudukan yang penting dalam pembangunan sosio ekonomi negara. IT telah diakui sebagai satu teknologi penggerak yang strategik untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kualiti hidup penduduknya. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-6 (RME), pelaburan yang besar telah disalurkan bagi menyediakan infrastruktur asas IT sebagai langkah ke arah menubuhkan rangkaian kemudahan dan perkhidmatan yang canggih. Apabila PPSMI diperkenalkan pada 2003, sejumlah besar peruntukan kerajaan diturunkan ke sekolah-sekolah bagi merealisasikan hasrat untuk melihat ICT digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan menyediakan prasarana yang melibatkan ICT seperti komputer riba, projector LCD, makmal komputer serta perisian-perisian software dan courseware. Guru-guru yang terlibat akan dihantar berkursus dan pulang untuk memberi latihan

dalaman kepada guru di sekolah. Pada era ini, suatu gelombang ICT mula dirasai di sekolahsekolah. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding piawaian global. KSSR menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan sejak 1993 mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Sekiranya kita meninjau modul KSSR, kita akan dapati pada Tahap 1 sekolah rendah, ia akan bertumpu kepada penguasaan 4M serta kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif dan nilai. Manakala bagi KSSR Tahap 2, ia akan menumpukan aspek pengukuhan dan aplikasi bidang-bidang yang disebutkan di atas (Portal Pendidikan Utusan, 2010). Kajian-kajian terdahulu berkaitan bidang ICT dalam pendidikan lebih bertumpu kepada penggunaan bahan ICT atau menggunakan teknologi ICT di dalam penyampaian dan pengajaran seseorang guru. Sebagai contoh kajian yang menunjukkan terdapat sebahagian guru masih tidak menggunakan teknologi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Kajian juga menunjukkan kegagalan ini berpunca dari ketidakmahiran guru (Norizan, 2003) dalam menggunakan pelbagai alatan dan perisian yang semakin meningkat keupayaannya. Terdapat juga guru yang phobia dengan teknologi ICT dan menurut Zorinawati (1999), phobia golongan pendidik biasanya mempunyai tiga jenis iaitu phobia dengan komputer atau takut dengan komputer, phobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak mampu menangani perkembangan komputer dan phobia dengan kerja atau takut jika tahu komputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua atau Guru Besar. Menurut Mohd Sobhi dan Musa (2007), sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak akan menyelesaikan masalah berkaitan ICT dalam masyarakat.

1.3 Objektif Kajian Secara umumnya, kajian ini dijalankan bertujuan meninjau tahap kompetensi guru mata pelajaran Sains dan guru Dunia Sains dan Teknologi dalam bidang ICT di SK Taman Kosas. Objektif secara khusus diperincikan seperti berikut.: a. Mengenalpasti tahap kompetensi guru sains mengikut jantina, umur, pengalaman mengajar dan pengkhususan (opsyen). b. Mengenalpasti tahap kompetensi guru dalam pengajaran tema Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara keseluruhannya. c. Mengenalpasti samada terdapat perbezaan dalam tahap kompetensi dari segi jantina. d. Mengenalpasti samada terdapat perbezaan dalam tahap kompetensi dari segi umur. e. Mengenalpasti samada terdapat perbezaan dalam tahap kompetensi dari segi pengkhususan. f. Mengenalpasti samada terdapat perbezaan dalam tahap kompetensi dari segi pengalaman mengajar. g. Mengenalpasti samada terdapat hubungan antara tahap kompetensi guru dengan amalan ICT dalam pengajaran.

1.4 Soalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang akan dijawab ialah: a. Apakah tahap kompetensi guru sains mengikut jantina, umur, pengalaman mengajar dan pengkhususan (opsyen)? b. Apakah tahap kompetensi guru dalam pengajaran tema Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara keseluruhannya? c. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kompetensi dari segi jantina? d. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kompetensi dari segi umur? e. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kompetensi dari segi pengkhususan? f. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kompetensi dari segi pengalaman mengajar?

g. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi guru dengan amalan ICT dalam pengajaran?

1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini diharap dapat memberikan gambaran secara umum bagi menjawab persoalan tentang tahap kompetensi guru matapelajaran Sains yang terlibat dan bakal terlibat mengajarkan tema Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Dunia Sains dan Teknologi di bawah KSSR Tahap 1 dan 2. Dapatan dan maklumat yang diperoleh nanti di harap dapat membantu guru-guru sains dalam mengenalpasti tahap kompetensi mereka dalam bidang ICT dan amalan guru dalam mengaplikasikan kemahiran ICT dalam pengajaran. Ia juga diharap dapat membantu guru-guru sains untuk menilai sendiri tahap kompetensi mereka untuk mengajar ICT. Bagi guru sains yang kurang kompeten pasti dapat menjadikan kajian ini untuk menilai apakah bidang ICT yang tidak dapat dikuasai mereka agar tindakan lanjut dapat dirancang seterusnya mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kemahiran ICT. Bagi pihak pentadbir, kajian ini diharap dapat membantu mereka untuk mengenalpasti guru sains mereka dan dapat melihat keperluan guru untuk samada dihantar berkursus bagi meningkatkan tahap kemahiran dan kompetensi mereka dalam ICT. Di peringkat yang lebih lanjut, kajian ini boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk menggunakan dapatan dan data yang dihasilkan bagi menjalankan kajian yang lebih lanjut atau mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk meningkatkan kompetensi guru sains dalam ICT.

1.6 Batasan Kajian Ketepatan dapatan kajian bergantung kepada tindakbalas sampel kajian dari aspek kesungguhan dan ketelusan menjawab soalan kaji selidik yang dikemukakan. Antara batasan kajian yang dikenalpasti adalah: a. Sampel kajian adalah terhad kepada guru-guru Sains dan DST di Sekolah Kebangsaan Taman Kosas. Oleh yang demikian, dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada semua guru Sains di Malaysia. b. Keadaan persekitaran grur dan kesuntukan masa ungkin mempengaruhi prestasi guru semasa menjawab boring soal selidik yang diberikan untuk tujuan kajian ini. c. Tahap kompetensi guru dalam ICT yang diuji terbatas kepada kandungan TMK yang terdapat dalam Dokumen Standard KSSR DST. d. Tahap kompetensi hanya diukur berdasarkan temubual dan boring soal selidik, manakala tiada ujian secara praktikal dibuat.

10

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0

Pengenalan

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan dapatan daripada kajian yang terdahulu mengenai penggunaan ICT dalam pendidikan. Kajian-kajian yang diambil berdasarkan kepada kesesuaian dan hubung kait dengan tajuk yang dibincangkan. 2.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama melalui rangkaian setempat atau global (Rozina Jamaludin, 2000).

11

Teknologi Maklumat atau lebih dikenali dengan singkatan IT (Information Technology) telah menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita pada masa kini. IT merupakan alat utama dalam era maklumat kerana IT menjadi teras dalam komunikasi antara manusia dan pembekalan maklumat kepada masyarakat. Oleh itu, pengetahuan tentang IT adalah penting bagi membentuk masyarakat yang bermaklumat. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seterusnya telah meningkatkan penggunaan Internet, web dan jaringan (networking) dalam pendidikan. Perkembangan baru ini telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran, di samping mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Perkembangan baru ini telah mengembangkan lagi konsep pembelajaran kolaboratif melalui alatalat konvensional seperti listserv, newsgroup, emel dan Internet Real-Chat (IRC) di samping penggunaan konferensi audio (audio conferencing) dan konferensi video (video conferencing). Dalam kajian Kellah M. Edens (2008), beliau mengatakan bahawa kemajuan teknologi maklumat seterusnya telah menyebabkan meningkatnya penggunaan web dan Internet untuk tujuan pendidikan. Struktur maklumat dalam web yang berdasarkan kepada kaedah hiperteks dan hipermedia yang mengandungi pelbagai maklumat dalam berbentuk teks, grafik, animasi, audio dan video dihubungkan dan dipersembahkan dalam bentuk yang tidak linear. Rangkaian maklumat ini membolehkan maklumat dikongsi bersama-sama dalam pelbagai bentuk dan mengakibatkan berkembangnya kolaborasi antara manusia. Situasi baru ini memberi peluang yang lebih meluas kepada pendidikan sains yang lebih fleksibel dan terbuka dari segi masa dan kaedah serta meningkatnya interaksi sosial dalam pendidikan.

2.2

Kemahiran ICT

Kemahiran komputer sebenarnya berkait rapat dengan kemahiran ICT. Merujuk kepada Simonson et al. (1987), setiap individu mampu menguasai kemahiran komputer sekiranya mereka mempunyai sikap yang positif termasuk menghilangkan kegelisahan atau menunjukkan minat yang mendalam dalam penggunaan komputer, dan kesedaran akan bertanggungjawab terhadap komputer. Selain itu, kemampuan untuk menilai tanggungjawab, memilih dan
12

melaksanakan pelbagai kegunaan aplikasi komputer untuk menjadi lebih berguna dan efisien dalam sesuatu kerja. pengetahuan yang bersesuaian untuk menggunakan perkakasan dan perisian untuk aplikasi komputer. Kemahiran ICT dianggap sebagai pemangkin kepada individu untuk memaksimumkan keupayaan teknologi digital. Pada peringkat tertinggi, kemahiran ICT dapat menggalak dan melahirkan inovasi, transformasi individu dan perubahan masyarakat (Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir, 2003). Dupagne. M. (1992) pula menyentuh tentang latihan perguruan yang mencukupi adalah penting untuk membina keyakinan dan kemahiran guru terhadap penggunaan teknologi komputer dengan sepenuh masa di sekolah. Sebenarnya latihan komputer dalam kalangan guru-guru tidak dapat dilaksanakan lagi kerana pendidikan komputer di sekolahsekolah sendiri menghadapi masalah kritikal. Perisian khas untuk kursus dalam perkhidmatan serta bengkel perlu dibangunkan untuk memperbaiki kecekapan pengaplikasian komputer dalam kalangan guru. Kajian yang lepas oleh Jackson, Clements dan Jones (1984) yang bertujuan menilai tahap kesedaran dan penggunaan IT di kalangan fakulti di Universiti Georgia. Hasilnya telah menunjukkan sikap terhadap komputer dan kesedaran penggunaan komputer di universiti tersebut adalah positif. Statistik menunjukkan 85% responden telah mengikuti aktiviti kesedaran komputer seperti bengkel, seminar dan belajar bersendirian dan 86% responden mempamerkan minat untuk belajar lebih mendalam lagi penggunaan IT. Manakala, dalam satu kajian oleh Shields (1986) di Universiti Brown melaporkan lebih 80% daripada responden mempunyai serba sedikit pengalaman menggunakan komputer. Hampir 75% daripadanya menggambarkan pengalaman yang positif dan lebih 69% menyatakan mereka berminat menggunakan komputer dengan lebih kerap. Dapatan yang diperoleh oleh Ranjit Kaur & Chua Lay Siok (2000) menunjukkan bahawa tiada perhubungan yang signifikan antara jantina, umur, kelulusan tertinggi dan saiz sekolah dengan sikap terhadap penggunaan komputer. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan yang signifikan terhadap penggunaan komputer antara kemahiran dan pengetahuan komputer serta takut terhadap komputer. Kajian ini menunjukkan tahap penggunaan komputer di sekolah sederhana tetapi mempunyai kepakaran yang rendah untuk membangunkan perisian komputer. Sikap terhadap penggunaan komputer dipecahkan kepada empat bahagian iaitu keyakinan, kesukaan,
13

kebimbangan dan penggunaan dalam profesion. Keseluruhan kajian mendapati sikap penggunaan komputer adalah positif tetapi penggunaannya dalam profesion di bawah tahap purata. Dapatan kajian terhadap 60 orang guru pelatih Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) didapati bahawa 70% daripada responden menyatakan tidak tahu menggunakan komputer. Kajian-kajian ini menunjukkan masih terdapat jurang antara harapan Kementerian Pendidikan dengan keadaan amalan sebenar yang wujud di sekolah. Kajian Agarwal & Day (1998) meninjau pengalaman fakulti di universiti atau kolej yang pernah menggunakan ICT sebagai alat pembelajaran subjek ekonomi. Hasil kajian beliau mendapati bahan kursus yang terdapat pada web mempunyai potensi untuk meningkatkan tahap pembelajaran dari aspek persediaan kelas, menggalakkan penyertaan, menarik perhatian, dan paling penting ialah meningkatkan interaksi antara pengajar dan pelajar. Kajian Agarwal dan Day (1998) tentang kesan Internet/web terhadap pembelajaran Ekonomi melalui Internet/web mendapati kemudahan akses maklumat dengan menggunakan Internet telah meningkatkan penggunaan data-data ekonomi. Penggunaan data-data sebenar ini telah meningkatkan kefahaman teori ekonomi. Selain itu, kajian ini mendapati pembelajaran melalui Internet/web telah meningkatkan komunikasi antara pengajar dengan pelajar dan meningkatkan kualiti pembelajaran, dan juga mempunyai kesan ke atas pengekalan (retention) dan persepsi pelajar terhadap pelajaran Ekonomi. Pengetahuan dan kemahiran dalam ICT tidak menjamin pengintegrasiannya dalam kurikulum dan juga pengajaran. Justeru, adalah penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Sikap serta keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu memudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rozina Jamaludin (2000) menyarankan bahawa satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT ialah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana ia berupaya meningkatkan efikasi guru. Menyokong pendapat Rozina Jamaludin (2000) ialah

Roblyer. M. & Edwards. J. (2004) yang menyatakan bahawa apabila guru menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran, keyakinan diri akan muncul sebagai petunjuk yang penting ke atas seseorang guru untuk mengajar ICT dalam bilik darjah. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh Yusni Abd Rahman & Wan Mohd Rani Abdullah (2001) yang mengatakan bahawa penggunaan ICT
14

dalam pengajaran adalah bergantung kepada keyakinan diri guru untuk mengguna dan mengendali peralatan ICT. 2.3 ICT Dalam Pendidikan

Rozina Jamaludin (2000) menyatakan bahawa guru merupakan aset sekolah, pelaksanaan sebarang program pendidikan bergantung kepada kesediaan, kecekapan, sikap, komitmen, pengetahuan, sokongan dan keterampilan guru, lebih-lebih lagi bidang yang memerlukan kemahiran khusus seperti komputer dan teknologi. Para penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa latihan guru masa kini sepatutnya dapat membantu guru untuk bersikap positif terhadap penggunaan komputer. Apabila komputer diperkenal di sekolah, guru tidak berasa selesa dan cuba menolak penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. kajian mereka mendapati bahawa guru-guru beranggapan bahawa komputer khususnya teknologi maklumat akan mengambil alih peranan mereka sebagai pengajar kerana komputer berupaya membekalkan ilmu yang lebih meluas dan ini akan mencabar profesion dan keupayaan guru. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta merangsang minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Heinich et al, 1999). Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem Internet, perisian dan pangkalan data. Menurut Rozina Jamaludin (2000), dalam konteks pendidikan, teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul, menyimpan, memproses, menyalurkan dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan banyak untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala Halimahtun Saadiah dan Nor Azilah Ngah (2003) pula mendapati kejayaan ICT dalam pendidikan bukan hanya terletak pada teknologi tetapi juga faktor lain seperti pendekatan pedagogi, subjek yang diajar, jenis pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik darjah. Dalam hal ini Irfan Naufal Umar (2004) pula mendapati penggunaan ICT dalam proses P&P membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata serta membolehkan pelajar sendiri mencari maklumat dan bahan asal; memudahkan
15

kolaboratif dan perbandingan global dan membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan disebarkan dengan mudah. Selain daripada itu, Harris (2000) pula mengkategorikan penggunaan ICT dalam P&P kepada tiga, iaitu:i. Pertukaran interpersonal seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan eletronik, bilik darjah global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu topik dan hubungan elektronik dengan pakar. ii. Koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru berkongsi atrikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran atau berkongsi data untuk dianalisis. iii. Projek yang melibatkan penyelesaian masalah yang melibatkan pelajar daripada pelbagai lokasi meninjau sesuatu dan kemudiannya berkongsi kaedah dan dapatan kajian. Di samping itu pautan hiperteks dan hipermedia pula membolehkan pelajar menentukan sendiri arah tuju pembelajaran, kelajuan pembelajaran dan urutan pembelajaran. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003) pula mendapati penggunaan ICT dalam P&P membolehkan pelajar bersifat aktif dalam pencarian maklumat dan membina pengetahuan daripada maklumat yang diperolehnya serta berpeluang menghubungkaitkan pengetahuan merentas mata pelajaran tanpa disekat oleh masa dan jarak. Mengikut Norhaniza Abdul Kadir (1994), hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2001) pula mengatakan bahawa latihan ICT diperlukan bukan sahaja untuk melatih kemahiran penggunaannya tetapi juga untuk meyakinkan penggunaannya dalam P&P dalam kalangan guru. Malah Norizan (2003) dalam kajiannya mendapati wujud perhubungan yang baik antara kemahiran ICT dengan amalan ICT dalam P&P. Manakala beliau mendapati guru-guru masih tidak pasti akan keupayaan mereka untuk menggabungkan ICT dalam pengajaran. Kebanyakan daripada mereka masih berada di tahap perlu belajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT.
16

Penggunaan ICT ini dalam bilik darjah tradisional mempunyai kesan positif ke atas proses pembelajaran. ICT ini dapat memperluaskan pembelajaran luar bilik darjah, melibatkan pakar dari luar bidang pendidikan untuk mengimbangkan hubungan antara guru dan pelajar, meningkatkan tanggungjawab dan inisiatif pelajar, memudahkan pelajar-pelajar mengakses sumber-sumber pembelajaran, dan meningkatkan penyertaan dalam kelas (Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal, 2000).

2.4

Kesimpulan

Berdasarkan sorotan kajian di atas jelaslah menunjukkan sudah ramai pengkaji sama ada pengkaji tempatan dan barat membuat kajian tentang keberkesanan ICT dalam P&P. Pembelajaran Berbantukan ICT merupakan kaedah pembelajaran yang paling interaktif dan berinformasi serta mula diminati oleh guru dan pelajar (Yali Zhao, 2007). Hal ini jelas

menunjukkan bahawa tahap kemahiran dalam penggunaan ICT tersebut dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu kajian ilmiah tentang tahap kompetensi guru sains dalam ICT adalah masih kurang. Diharap kajian ini dapat menjadi bahan rujukan untuk kajian yang selanjutnya.

17

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pendahuluan

Metodologi kajian merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang minimum dalam mencapai sesuatu penyelidikan (Majid Konting, 1990). Bagi memberi fokus khusus, bab ini akan menerangkan pemilihan metodologi kajian yang sesuai untuk di aplikasi bagi mencapai tujuan kajian asal. Untuk membincangkan metodologi kajian ini, beberapa aspek akan diberi penekanan iaitu reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan seterusnya analisis data.

18

3.1

Rekabentuk Kajian

Pada umumnya reka bentuk kajian bertujuan untuk membantu dan membimbing pengkaji ke arah mendapatkan maklumat yang diperlukan di dalam kajian. Kaedah tinjauan digunakan di dalam penyelidikan dengan cara pengumpulan data daripada kumpulan yang dikaji dengan menggunakan satu set soalan soal selidik. Kajian yang dijalankan ini merupakan satu penyelidikan yang berbentuk deskriptif. Pendekatan kuantitatif diguna pakai bagi mendapatkan data yang diperlukan melalui instrumen kajian iaitu soal selidik. Melalui kaedah ini, ianya dapat memudahkan pengkaji untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasikan data yang diperoleh. Semasa menjalankan kajian, pengkaji menggunakan borang soal selidik dengan harapan dapat mengumpulkan maklumat dengan cepat dan mendapat gambaran yang mendalam tentang permasalahan kajian. Responden hanya perlu menyatakan keadaan sebenar berpandukan soalan yang disediakan. 3.2 Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang. Sekolah ini mempunyai 7 buah kelas bagi setiap tahun. Ia merupakan sekolah yang majoriti muridnya berbangsa Melayu dan sedikit berbangsa Cina, India dan lain-lain bangsa. Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada .... orang guru Sains dan DST Tahap 1 dan 2. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), sampel adalah sumber untuk mendapatkan data kerana sampel sebenarnya mewakili keseluruhan populasi yang besar. Kesemua yang menjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara pensampelan sistematik. Oleh itu, kesemua guru sains di sekolah ini diambil sebagai sampel kajian. 3.3 Prosedur Kajian

Setiap kajian yang dijalankan haruslah mempunyai langkah-langkah kajian seperti mana yang dirancang dan telah dijalankan. Begitu juga dengan kajian ini, pengkaji telah melakarkan langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan untuk melengkapkan kajian ini. Langkahlangkah kajian ditafsirkan dalam bentuk gambar rajah seperti di bawah:

19

Rajah 1: Gambar rajah yang menunjukkan langkah-langkah yang telah dan akan dijalankan di dalam kajian ini

20

3.4

Instrumen Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kompetensi ICT dalam kalangan guru Sains dan DST. Pengkaji menggunakan soal selidik untuk tujuan mengumpulkan data kuantitatif responden. Instrumen berbentuk soal selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dianalisis. Instrumen kajian yang dijalankan terbahagi kepada empat bahagian iaitu Bahagian A mengandungi 1 item tentang maklumat responden. Responden hanya perlu menandakan di dalam petak-petak yang disediakan berkaitan dengan diri responden. Bahagian B mengandungi item yang mengukur tahap kompetensi responden terhadap penggunaan ICT. Bahagian C pula terdiri daripada item yang melihat tahap kekerapan responden menggunakan ICT. Bahagian 4 terkandung item yang menilai keberkesanan guru mengajar tema TMK (ICT) di dalam matapelajaran DST. 3.5 Prosedur Pengumpulan Data

3.6

Analisis Data

Semua maklumat yang terkumpul dianalisis dengan menggunakan program S tatistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.0. Bagi tujuan analisis latar belakang responden pada Bahagian A, kaedah analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Data-data kemudiannya disusun dan diterangkan dalam bentuk jadual.

21

Rujukan

Agarwal, R, & Day. A.E (1998). The Impact of The Internet on Economic Education. Journal of Economic Education. 29 (2), Pg. 99-110.

Baharudin Aris, Mohamad Bilal Ali, Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2001). Sistem komputer dan aplikasinya. Kuala Lumpur: Penerbit Venton Publishing.

Brown, A.L. (1997), "Transforming schools into communities of thinking and learning about serious matters", American Psychologist, vol.5, no.52, pp.399-413. Dupagne. M. (1992). Teachers attitudes towards computers: A review of literature. Journal of Research on Computing in Education. 24 (3): 142-158.

Gagne. R. M.(1987). Foundations of Instructional Technology. New York: Lawrence Erlbaum.

Heinich, R, Molenda. M, & Russell. J. D. (1999). Instructional Media and the New Technologies of Instruction. New York: Macmillan.

Jackson. W. K, Clements D. G. and Jones. L. G. (1984). Computer Awareness and Use at a Research University. Journal of Educational Technology Systems.13(1): Pg. 47-56.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam pendidikan. Pahang: PTS Publication & Distributors.

Kellah M. Edens. (2008). The Interaction of Pedagogical Approach, Gender, Self Regulation, and Goal Orientation Using Student Responde System Technology. The Journal of Research on Technology in Education. 41,2: Pg. 161.

22

Kerajaan Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Baharudin Aris dan Jamalludin Harun. (na). Kemahiran ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM : Satu tinjauan. 1st International Malaysian Educational Technology Convention. Universiti Teknologi Malaysia.

Milton Chen and William Paisley (1982). Children and Microcomputers. Beverly Hills: In Search of Excellence. New York: Harper and Row.

Norhaniza Abdul Kadir (1994). Tahap Penggunaan, Kemahiran Sikap dan Pengetahuan Pensyarah-pensyarah Pendidikan Vokasional di Kolej Menengan Vokasionalseluruh Semenanjung Tentang Komputer: Kajian Ilmiah, Ijazah Pendidikan UPM .

Norizan Ahmad (2003), Kemahiran dan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Sains di Sekolah Menengah : Lebih Banyak Soalan Dari Jawapan, Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur.

Pelan Induk Pendidikan 2006-2010 (2006), Online diperolehi daripada http://www.moe.gov.my/ pada 31 Julai/2009.

Ranjit Kaur & Chua Lay Siok. (2000). Tinjauan penggunaan internet di kalangan guru pelatih institut bahasa (IBMM) ke arah pembelajaran elektronik di Institut Bahasa Melayu Malaysia Kuala Lumpur. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL Kuala Lumpur. 2 April.

Rozina Jamaludin. (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Robiah Sidin & Nor Sakinah Mohamad (2007). ICT daalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 139 152.
23

Roblyer, M. D., & Edwards, J. (2004). Integrating educational technology into teaching. NJ: Prentice-Hall.

Shields, M. (1986). Computing at Brown - An ongoing study. Perspectives In Computing. The Journal of Research on Technology in Education. 6(2): Pg. 57-62.

Simonson, M. R., Maurer, M., Montag-Torardi, M. dan Whitaker, M. (1987). Development of a Standardized Test of Computer Literacy and a Complex Anxiety Index. Journal of Educational Computing Reseach. 3(2): 231-247.

Tengku Zawawi Bin Tengku Zainal. (2000). Pembelajaran secara elektronik (atas talian). http://www.kuwi.net.my/artikel/e-learning.htm. Yali Zhao. (2007). Social Studies Teacher Perspective of Techonology Integration. The Journal of Technology and Teacher Education. 15, 3: Academic research Library. Pg. 311.

Yusni Abd Rahman & Wan Mohd Rani Abdullah (2001). Mengukur kesediaan Guru Menggunakan Komputer dalam Menajalankan Tugas Pentadbiran dan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

24

Bab 2 SOROTAN LITERATUR

3.0

PENGENALAN

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan dapatan daripada kajian yang terdahulu mengenai penggunaan ICT dalam pendidikan. Kajian-kajian yang diambil berdasarkan kepada kesesuaian dan hubung kait dengan tajuk yang dibincangkan.

25

3.1

INFORMATION COMMUNICATION TECHONOLOGY (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi

26

Anda mungkin juga menyukai