Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN SEMASA PRAKTIKUM

MINGGU 1 ( 14 JULAI 18 JULAI 2013 )

Pada tarikh 14 JJulai 2013, saya dan rakan telah sampai di Sekolah Kebangsaan Kuala setiu pada pukul 7.15 pagi. Ada beberapa orang guru yang telah sampai di sekolah dan mereka menyapa kami dengan mesra. Kami berjumpa dengan Cikgu Muliyadi yang menyiapkan tempat bagi perhimpunan pagi yang akan diadakan. Kami menyertai perhimpunan pagi dan diminta memperkenalkan diri semasa

perhimpunan. Selepas perhimpunan, kami diminta masuk ke bilik mesyuarat bagi membincangkan tentang praktikum kami di sekolah ini. Oleh kerana Guru Besar mempunyai urusan diluar, Guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu Cikgu Fauzi mewakili beliau untuk memberi taklimat berkaitan praktikum kepada kami. Selepas itu, saya dan rakan ditunjukkan tempat di dalam bilik guru oleh Penolong Kanan HEM. Kami diberikan tempat di dalam pejabat guru sepanjang kami menjalankan praktikum disini. Kami menghabiskan masa hari ini dengan melawat di sekitar sekolah dan melihat kelas-kelas yang ada.

1.0. Masalah Oleh kerana masih baru di sekolah ini, saya masih tidak biasa dengan suasana di sekolah dan masih agak kekok apabila berhadapan dengan guru-guru serta kakitangan sekolah. Sekolah ini mempunyai kurang daripada 200 orang murid dan hanya terdapat satu kelas bagi setiap tahun. Hal ini menyebabkan masa bagi matapelajaran Kemahiran Hidup hanya dua masa seminggu bagi tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Guru yang mengajar Kemahiran Hidup di sekolah ini hanya seorang dan beliau bukanlah guru major dalam Kemahiran Hidup. Beliau ditugaskan untuk mengajar Kemahiran Hidup kerana tiada guru lain yang sesuai untuk mengajar

matapelajaran ini. Keadaan bengkel Kemahiran Hidup juga tidak memuaskan kerana terdapat banyak alatan yang tiada dan kemudahan yang tidak lengkap.

2.0 Analisis 1. Murid yang sedikit menyebabkan masa bagi Kemahiran Hidup sedikit dan jadual waktu saya perlu dimasukkan matapelajaran lain bagi melengkapkan jadual waktu mengajar. 2. Guru yang bukan major Kemahiran Hidup 3. Keadaan bengkel yang tidak mempunyai peralatan yang mencukupi menyukarkan persedian untuk mengajar dibuat.

3.0 Cadangan Untuk Memperbaiki Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, Penolong Kanan Pentadbiran telah memberi kami matapelajaran Sivik, Matematik dan Pendidikan Jasmani untuk mengisi jadual waktu kami. Kami diberikan matapelajaran lain bagi melengkapkan jadual waktu kami yang memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam masa mengajar seminggu. Walaupun guru di sini bukan major Kemahiran Hidup, mereka mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengajar subjek ini dan saya akan mengambil kesempatan ini untuk meminta tunjuk ajar daripada mereka dan merujuk mereka sekiranya terdapat apa-apa masalh yang mungkin timbul bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sempurna. Bagi mengatasi masalah keadaan bengkel yang kurang lengkap, saya akan menggunakan bahan pembelajaran yang mudah didapati dan murid boleh membawanya sendiri.

4.0 Tempoh masa tindakan susulan Tempoh masa yang saya anggarkan untuk menyelesaikan masalah ini adalah seminggu. Saya akan mengambil langkah yang sepatutnya dengan bantuan daripada guru pembimbing dan guru-guru yang lain dan berharap tiada masalah yang akan timbul di masa hadapan.

5.0 Penilaian Kejayaan Hasil daripada perjumpaan dengan guru pembimbing dan guru-guru lain tentang bagaimana untuk mengajar matapelajaran yang pelbagai, saya akan cuba untuk mengawal kelas dengan baik berdasarkan apa yang telah disarankan mereka.

6.0 Tindakan susulan Saya akan sentiasa menggunakan kaedah yang baru dan pelbagai dalam p&p agar objektif pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Saya akan sentiasa meminta nasihat dan bimbingan daripada guru-guru yang berpengalaman dan sentiasa menambah baik cara penyampaian saya dalam p&p.

Anda mungkin juga menyukai