Anda di halaman 1dari 14

ASAL USUL ETNIK BAJAU

Biasanya, apabila disebut Bajau, kita akan segera terbayang bahawa suku bangsa peribumi yang mendiami kepulauan Filipina Selatan dan Sabah. Sebenarnya Bajau bukan sekadar wujud di dua wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk asal Nusantara dari kepulauan Belau (PALAU) di sebelah Timur hingga ke Sumatera di sebelah Barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar (Burma) di Utara. Ada pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku.

Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro yang mula bergerak dari Yunan menuju arah selatan (Asia Tenggara) pada kira-kira 1500 tahun Sebelum Masehi iaitu 3500 tahun yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.

Struktur Masyarakat

Bangsa Bajau atau Samah dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Palau (Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Sehingga tahun 1950-an, Palau tinggal di dalam lepa yang bergerak bebas di sekitar laut Sulawesi; mereka hanya mendarat di tepian pantai atau pesisiran sama ada di jajaran pulau atau tanah besar, untuk mendapatkan keperluan makanan seperti ubi kayu, air atau untuk membaiki lepa mereka ataupun untuk mengkebumikan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia.

Namun cara hidup kumpulan bajau Pala'u semakin pupus ditelan masa kerana ramai di kalangan mereka telah bermukim di daratan. Mereka berbuat demikian kerana kegiatan ekonomi yang lain secara perlahan-lahan menggantikan aktiviti menangkap ikan.

Perubahan masa dan teknologi turut menyumbang berkurangnya penggunaan lepa apabila ramai yang bertukar kepada penggunaan enjin sangkut. Kini terdapat segelintir sahaja penduduk Semporna yang mendiami kawasan Bangau-bangau yang masih menggunakan lepa sebagai tempat bergantung kehidupan seperti pada zaman nenek moyang mereka.

Mereka juga bukan penganut agama Islam. Justeru itu, terdapat di kalangan orang-orang Samah yang tidak mengakui Palau sebagai Bajau oleh kerana kesuluruhan Samah adalah beragama Islam.

Kini masyrakat Bajau tersebar di pelbagai negara seperti Indonesia, Filipina, Malaysia, Brunei, Myanmar, Maldives dan Afrika Selatan. Malah ada pendapat mengatakan bahawa masyarakat Melayu di Madagascar (Pulau Malagasi) sebenarnya adalah dari etnik Bajau.

Bagaimana bangsa ini mendapat namanya sebagai Bajau, ia masih kabur. Kekaburan ini menyebabkan perbahasan di kalangan segelintir individu sehingga ada antara mereka yang membuat pengklasifikasian mengikut logik masingmasing kononnya Bajau adalah yang menjadi peribumi Sabah, Badjao adalah yang mendiami gugusan kepulauan Mindanao, dan Badjoe adalah yang mendiami wilayah Indonesia. Kepercayaan dan Agama

Seratus peratus suku kaum Bajau menganut agama Islam. Akibat daripada anutan agama Islam corak hidup etnik Bajau di Sabah tidak banyak bezanya dengan bangsa Melayu yang ada di Semenanjung Malaysia. Suku kaum Bajau sangat menekankan hubungan kekeluargaan dan "le'od" iaitu kelompok sedaerah. Sesuai dengan perkembangan masa kini, ramai masyarakat Bajau dikahwini dan mengahwini bangsa-bangsa lain termasuk Cina, Arab, India dan suku-suku kaum tempatan di Malaysia. Bahasa Etnik Bajau

Bahasa orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama. Suku kaum Bajau sebenarnya bukanlah merupakan satu suku tetapi ia merupakan satu bangsa yang lebih besar. Berdasarkan kajian awal oleh Badan Galak Pusaka sekurangkurangnya terdapat 26 subdialek bahasa Bajau atau Sinama. Juga didapati bahawa suku kaum Bajau adalah bangsa Melayu yang sebenar (Melayu Asli). Selain di Malaysia, bangsa Bajau juga turut mewarganegarai negara-negara seperti Indonesia, Filipina dan Brunei Darussalam. Berikut adalah kosa kata bajau: Aku sayang pada mu - Lasah akuh ma ka'ah / Akuh lasah ma ka'ah/ aku sayang tah kau Aku suka padamu - Bilahi akuh ma ka'ah / Akuh bilahi ma ka'ah / aku gorot ta' kau Siapa namamu? - Sai onnu? / sien oron nu? Nama saya Dayang - On ku dayang/ oron ku dayang Sayang, aku cinta padamu / Sayang, aku sayang padamu - Dayang, akuh lasah maka'ah / Sayang, aku sinta ta' kau aku = aku, saya ko = engkau, kau ka'ah = kau, engkau, awak , anda

dayang = sayang (Kata Nama - digunakan untuk memanggil atau menamakan seseorang yang disayangi) Ada beberapa perkataan suku kaum bajau yang hampir sama sebutannya dengan bahasa melayu dan membawa maksud yang sama dalam bahasa bajau. Contoh:Tompah - Terompah (kasut), Baju - Baju, Sin - Sen (Duit), Aku - Aku, Kitab - Kitab, Tangan - Tangan, lengon/langan-lengan Bahasa bajau di selatan Filipina juga menuturkan bahasa yang sama, tanpa perubahan sebutan atau makna. walaubagaimanapun,terdapat perbezaan sedikit diantara bahasa kaum bajau sebelah pantai barat dan pantai timur Sabah, dari segi sebutan tetapi masih mengekalkan makna yang sama. 40% bahasa Bajau adalah bahasa Melayu. Apa yang pasti, kebanyakan orang tua - tua suku kaum Bajau dahulu amat sukar apabila menyebut perkataan yang ada huruf 'R' dan 'C'. Contohnya 'NUR' menjadi 'NUL', 'SABAR menjadi 'SABAL', 'SYUKUR' menjadi 'SYUKUL', 'CUKUP' menjadi 'SUKUP', 'CAWAN' menjadi 'SAWAN' dan banyak lagi.

Adat Resam Etnik Bajau

Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli negeri ini. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda. Orang Bajau merupakan penyelam dan pengutip hasil laut yang mahir. Mereka menggunakan cara penangkapan tradisional. Di pantai timur, mereka adalah nelayan yang tinggal di Kota Belud, Papar, Semporna dan Tuaran. Bajau juga mendapat gelaran Cowboy Sabah kerana Bajau lama terkenal dengan penunggang kuda. Bajau Pantai Barat ( Putatan, Tuaran , Kota Belud ) dan Bajau Pantai Semporna ( Pantai Timur ).Bajau Pantai adalah berbeza dengan Bajau Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,adat resam dan budaya hidup adalah sangat berbeza. Bajau Pantai Darat banyak yang terlibat dengan pertanian sawah padi manakala Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut. Peralatan Tradisional

Lepa, yang dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu adalah peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna.Lepa mempunyai pelbagai kegunaan kepada penduduk tempatan seperti sebagai kenderaan untuk menangkap ikan, pengangkutan

awam dan barangan, tempat tinggal, tempat mengadakan majlis perkahwinan dan persembahan kebudayaan.Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu jenis Ubar Sluk ataupun Seraya Merah.Kewujudan lepa adalah dipercayai bermula dari kaum nelayan yang tinggal di kepulauan sekitar pesisiran pantai daerah Semporna.

Hingga hari ini lepa masih digunakan oleh masyarakat Bajau Pala'u sebagai tempat tinggal.Dalam erti kata yang lain, lepa ialah rumah mereka, "alat-alat keperluan asas seperti periuk dan pinggan mangkuk disimpan dalam lepa tersebut".

Sebuah lepa yang berukuran 5 meter panjang dan 1.5 meter lebar boleh disiapkan dalam masa 6 bulan.Lepa boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bahagian depan yang tajam dipanggil tujjsh, badan perahu dikenali sebagai lepa, yang mengandungi struktur sebuah rumah berdinding yang dipanggil tepi dan beratapkan daun nipah yang dikenali sebagai kajang. Seluruh bahagian tengah dipanggil pakajjangan. Tempat menyangkut pengayuh pula dikenali sebagai sanga, sementara bahagian belakang dipanggil pemalung. Lepa dilengkapi dengan layar kain. Terdapat dua jenis layar iaitu lemak bua'an dan lemak kapis.Kain layar kebiasaannya diperbuat daripada kain kapas sederhana tebal. Jika menggunakan kain tebal, ia boleh menyebabkan tali layar putus atau tiang layar patah dalam keadaan angin yang kencang. Layar-layar yang berfungsi sebagai perhiasan dipanggil tipas-tipas (berbentuk bendera

segitiga), sambulayang dan panji-panji (berbentuk bendera segiempat) dipasang pada lepa semasa majlis perkahwinan atau pesta keramaian.

Lepa Semarang lebih merupakan sesuatu yang melambangkan warisan budaya suku kaum Bajau di Semporna.

Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisi ataupun tagunggu akan dimainkan di atas lepa, dan ini merupakan sesuatu yang amat menarik untuk disaksikan. Selain lepa-lepa, komuniti Bajau Laut ini juga sebenarnya mempunyai satu lagi seni bina perahu yang unik yang tidak terdapat pada lainlain komuniti maritim di Sabah iaitu perahu bogoo, sejenis perahu bersayap yang digunakan untuk menangkap ikan. Walau bagaimanapun, sehingga kini warisan dan budaya perahu ini nampaknya tidak pernah diketengahkan oleh mana-mana sarjana yang mengkaji komuniti ini. Atas kesedaran tersebut, makalah ini ditulis dengan tujuan untuk mendokumentasikan semula perahu ini sebagai salah satu warisan dan kebudayaan komuniti Bajau Laut agar tidak hilang mengikut peredaran zaman. Makanan tradisional Kima Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau

dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur. Sagol Sagol (Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol iaitu sagol kering (tiada kuah) dan sagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol, biasanya tidak

menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

Putu Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehektehek, dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut) Tompe' Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan. Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, bat, lato', kima dan sebagainya. Tarian Tradisional Tarian Dalling-Dalling Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin

kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan. Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian daling-daling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau

berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin. Pakaian Tradisional Pakaian Tradisional Suku Kaum Bajau Kota Belud bagi lelaki dan perempuan sememangnya wujud. Namun nama pakaian tradisional etnik ini tidak dikenal pasti dengan tepat. Kesimpulan Masyarakat Bajau merupakan masyarakat pribumi Sabah dan dari segi populasinya adalah kedua terbesar selepas kaum Kadazan. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Samporna dan Kota Belud. Dari segi sejarahnya, kaum lelaki di kalangan masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Seperti masyarakat etnik Sabah yang lain, masyarakat Bajau juga terkenal dengan adat resam mereka yang pelbagai dan unik. Dalam kehidupan mereka, adat resam berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian begitu dititikberatkan. Hakikatnya, Bajau hanyalah satu. Lalu kenapa timbul pelbagai nama seperti Bajau, Badjao dan Badjoe? Jawapannya mudah. Ia adalah disebabkan faktor penggunaan tulisan rumi dalam Tamadun Melayu baik di Malaysia mahupun di Indonesia dan Filipina. Ketiga-tiga wilayah ini pernah dijajah oleh tiga bangsa

penjajah dari Barat. Ketiga-tiga bangsa penjajah ini menggunakan huruf Rumi dalam sistem tulisan mereka. Kedatangan mereka turut memperkenalkan sistem tulisan Rumi kepada Tamadun Melayu tetapi dalam bentuk dan sistem ejaan yang berbeza-beza. Bahkan, sistem tulisan Rumi Bahasa Malaysia dan Sistem Tulisan Rumi Bahasa Indonesia hanya dapat dimantapkan pada 1970-an, walaupun Sistem Tulisan Bahasa Malaysia masih mengalami proses

penambahmantapan akibat peminjaman perkataan asing khususnya dari Bahasia Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai