Anda di halaman 1dari 4

TEORI BEHAVIORISME ( Skinner )

bahasa diperolehi melalui proses pengulangan Bahasa dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas.

mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran.


dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

PRINSIP:
Pertama - bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting.

Kedua - bahasa adalah satu tabiat. Bagi membentuk kebiasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan.

Ketiga - pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki.

Keempat - latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan.

Kelima - model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar.

Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan

TEORI MENTALIS ( Chomsky )

menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan

PRINSIP:
Pertama - pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Ia dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

Kedua- semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian.

Ketiga- kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal.

Keempat- penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu.

Kelima- tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran.

Keenam - kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal.

Anda mungkin juga menyukai