Anda di halaman 1dari 5

MEMBAKAR OTAK & KULIT

BRITAIN: Telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya. Satu kajian British yang diketengahkan dua tahun lalu menunjukkan tahap pendedahan kepada telefon bimbit yang diletakkan dekat dengan kepala atau bahagian badan yang lain adalah lebih besar berbanding pendedahan keseluruhan badan kepada stesen pangkalannya.

SWEDEN: Satu kajian yang utama mendapati peningkatan sehingga 48 kali ganda aliran haba pada telinga, muka atau kepala penggunannya.

RUSIA: Telefon bimbit boleh menaikkan suhu permukaan kulit sehingga 4.7C. Kerosakan akibat pemanasan ini boleh menyebabkan kanser kulit. (Di UK, seorang pengguna mati akibat ketumbuhan kulit berbarah di tempat ia meletakkan telefon bimbit.)

Beberapa orang saintis memberi amaran bahawa pemanasan ini merosakkan kulit, di mana ia membuatkan penggunanya kelihatan berkedut, tidak bermaya dan akhirnya menjadi tua sebelum waktunya! Dikatakan berikutan pemanasan yang berlaku, sel-sel kulit lama kelamaan tidak dapat berfungsi dengan sempurna, dan proses hidup menjadi kurang berkesan.

RISIKO KANSER LEBIH TINGGI

SWEDEN: Penggunaan telefon bimbit meningkatkan risiko tumor otak hampir 2 1/2 kali ganda. Kanak-kanak yang bertengkorak nipis dan berotak kecil lebih berisiko.

AUSTRALIA: Tikus yang didedahkan kepada radiasi getaran digital telefon bimbit selama lebih 18 bulan berisiko dua kali ganda diserang kanser.

AMERIKA SYARIKAT: Pengguna yang kerap menggunakan telefon bimbit mempunyai paras melatonin (hormon penting bagi mencegah kanser) yang rendah.

AUSTRIA: Perokok yang menggunakan telefon bimbit menanggung risiko lebih tinggi mendapat kanser berbanding bukan perokok.

Fakta lain yang membimbangkan

Pengguna telefon digital diketahui boleh mengembangkan penyakit nonHodgkin di dalam kelenjar limfa leher mereka, pada bahagian yang sering diletakkan telefon bimbit selama beberapa jam sehari.

Pendedahan selama beberapa minit kepada radiasi telefon bimbit boleh mengubah 5% kanser aktif kepada 95% kanser aktif pada sepanjang masa pendedahan dan dalam jangka masa pendek selepas itu.

Risiko tumor 'neuro epithelial' luar biasa pada bahagian luar otak adalah lebih dua kali ganda - secara statistiknya menunjukkan peningkatan yang ketara - terhadap pengguna telefon bimbit berbanding bukan pengguna.

Pada tahun 1998, sekurang-kurangnya lapan tuntutan mahkamah yang mendakwa telefon bimbit meneyebabkan tumor otak difailkan di Amerika Syarikat.

KEROSAKAN DNA & SISTEM IMUN

Beberapa kajian menunjukkan bahawa radiasi telefon bimbit boleh menyebabkan kerosakan DNA dalam sel manusia. Menurut saintis UK, radiasi frekuensi radio yang lemah sama seperti yang dipancarkan oleh telefon bimbit boleh merosakkan sistem imun badan yang melawan jangkitan dan penyakit.

KECACATAN KETIKA LAHIR

AMERIKA SYARIKAT: Radiasi telefon bimbit telah dikaitkan dengan kemungkinan bahaya kepada wanita hamil dan bayi di dalam kandungan. Dalam satu kajian, radiasi didapati menyebabkan kecacatan kepada embrio ayam.

KENAIKAN TEKANAN DARAH

JERMAN: Dalam satu kajian yang dilaporkan di dalam Lancet pada tahun 1998, tekanan darah pada setiap ujian ke atas manusia mengalami kenaikan antara 5 hingga 10mm Hg - paras kenaikan yang lebih daripada cukup untuk memulakan strok atau serangan jantung di kalangan mereka yang berisiko tinggi.

Ini merupakan bukti kukuh pertama mengenai kemampuan radiasi telefon bimbit mengubah fungsi sel secara langsung di dalam badan manusia.

PENYAKIT ALZHEIMER, PARKINSON & SKLEROSIS MULTIPEL

SWEDEN: Pendedahan cuma selama dua minit kepada pancaran daripada telefon bimbit boleh melemahkan penghalang keselamatan di dalam darah, menyebabkan protein dan bahan toksin memasuki otak. Keadaan ini cenderung mencetuskan serangan penyakit-penyakit seperti Alzheimer, Parkinson dan Sklerosis Multipel.

Dalam satu kajian lain, pengguna telefon bimbit selama 30 minit sehari adalah dua kali ganda cenderung mengalami keadaan hilang daya ingatan berbanding mereka yang menggunakannya kurang daripada dua minit.

AMERIKA SYARIKAT: Satu kajian mendapati daya ingatan tikus menjadi lemah buat seketika selepas terdedah selama 45 minit kepada radiasi elektromagnet daripada telefon bimbit.

UK: Kajian tajaan kerajaan mengaitkan pendedahan radiasi telefon bimbit dengan kehilangan daya ingatan buat seketika dan kekeliruan secara tiba-tiba.

PENYAKIT JANTUNG & BATU KARANG

EROPAH: Penyelidikan baru menunjukkan pendedahan kepada radiasi telefon bimbit menyebabkan sel-sel darah merah membocorkan hemoglobin (yang membawa oksigen ke seluruh badan), di mana pengumpulannya boleh menyebabkan penyakit jantung dan batu karang.

PENURUNAN NAFSU SEKS, KEPANASAN & KELESUAN

UKRAINE: Berdasarkan kajian yang dijalankan keatas binatang, penggunaan telefon bimbit secara drastik boleh mengurangkan keinginan seks. Tikus yang terdedah kepada radiasi telefon bimbit didapati mempunyai paras testosterone dalam aliran darah jauh berkurangan daripada tikus yang tidak terdedah kepadanya. Semakin tinggi dos radiasi, semakin berkurang testosterone yang dikeluarkan oleh kelenjar badan, mengakibatkan penurunan aktiviti seks.

SCANDINAVIA: Kajian tajaan industri selular Scandinavia dan kerajaan Sweden dan Norway, mengesahkan hubungan ketara antara jangka masa dan jumlah panggilan dibuat oleh pengguna dengan gejala-gejala seperti kelesuan, kepanasan dan sakit kepala. Pengguna telefon bimbit yang kerap juga dilaporkan mengalami keadaan kulit berdenyut-denyut atau bergerak-gerak.

RACUN DALAM BAHAN PENAMPAL GIGI

Kajian menunjukkan radiasi telefon bimbit boleh mengaktifkan raksa dan melepaskan gas beracun. Pakar-pakar percaya bahawa gas yang menyerang sistem saraf tengah otak boleh menyebabkan keadaan tertekan, lelah, penyakit Alzheimer dan Sklerosis Multipel.

SAKIT KEPALA, PENING & HILANG TUMPUAN

SWEDEN: Kajian Sweden yang ditaja oleh industri selular ke atas 11,000 pengguna telefon bimbit mendapati pengguna yang membuat empat panggilan atau lebih

dalam sehari adalah 3.6 kali lebih mudah diserang sakit kepala berbanding mereka yang membuat panggilan kurang daripada dua kali. Pengguna juga 2.3 kali lebih mudah pening dan 2.4 kali lebih mudah hilang tumpuan.

Orang-orang muda lebih berisiko terutamanya yang berumur 30 tahun ke bawah, di mana mereka lebih mudah mengalami kesan sampingannya. http://scootering.com.my/forum/index.php?topic=17990.0 http://eprints.utm.my/11428/1/Persepsi_Ibu_Bapa_Melayu_Muslim_Bandar_Terhadap _Penggunaan_Telefon_Bimbit_Dalam_Kalangan_Pelajar_Sekolah_Menengah.pdf

Anda mungkin juga menyukai