Anda di halaman 1dari 6

1

APAKAH ITU MIKROORGANISMA?


1. Mikroorganisma adalah benda hidup yang kecil dan hanya boleh dilihat struktur nya melalui mikroskop 2. Terdapat 4 jenis mikroorganisma yang perlu diketahui dalam topik ini iaitu : a) Bakteria b) Virus c) Fungi d) Protozoa 3. Mikroorganisma boleh ditemui dimana-mana sahaja, air, udara, tanah dan dalam benda hidup. Contoh mikroorganisma :

BAKTERIA

FUNGI

VIRUS

KENAPA MIKROORGANISMA DIKELASKAN SEBAGAI BENDA HIDUP?


a) Boleh membiak b) Membesar dari segi saiz c) Memerlukan sumber makanan untuk hidup d) Mengeluarkan bahan kumuh/sisa buangan e) Bernafas

Sebagai contohnya : YIS Yis bernafas dengan menyerap gas oksigen dan membebaskan gas karbon dioksida. Yis membiak dengan menghasilkan sel baru. Yis juga perlukan makanan untuk terus hidup.

MIKROORGANISMA MEMBESAr Mikroorganisma dikelaskan sebagai benda hidup kerana mereka membesar dari segi saiz dan jumlah bilangan. Contoh : Pembesaran fungus boleh diperhatikan pada permukaan roti yang rosak.Pergerakan Mikroorganisma Mikroorganisma bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Contoh : Titiskan air kolam di atas slaid dan perhatikan dibawah mikroskop, kita dapat lihat pergerakan mikroorganisma didalam air kolam.

kebaikaN DAN KEBURUKAN MIKROORGANISMA


Kegunaan : 1. Industri Pertaniana) Digunakan untuk menguraikan haiwan dan tumbuhan serta bahan organik lain untuk menghasilkan baja. 2.Industri Makanan a) Pembuatan Tapai,Tempe, Penapaian dan Roti 3. Industri Perubatan a) Digunakan dalam ubatan dan mengawal jangkitan penyakit. Bahaya : Sesetengah mikroorganisma boleh memberi kesan buruk kepada manusia.Contohnya , Virus : Demam,Batuk,Beguk,AIDS,Polio,H1N1,Campak Bakteria : Keracunan makanan, Sakit perut, Gigi reput, Sakit mata. Protozoa : Malaria

Jangkitan Penyakit 1.Sesetengah penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma boleh tersebar dari satu pesakit kepada pesakit yang lain. Penyakit ini dipanggil penyakit berjangkit. 2.Terdapat pelbagai cara penyakit ini tersebar. a) Haiwan :- Malaria, Demam denggi, Kolera b) Titisan air :- Demam, Selsema, Batuk kering, Campak c) Sentuhan :- Tinea, Ringworm d) Makanan dan Air :- Kolera, Hepatitis A, e) Cecair badan :- AIDS,Hepatitis B

Cara mencegah penyebaran penyakit berjangkit. Kita boleh menggunakan cara Pemanasan dan pendidihan ,Elakkan Sentuhan Terus iaitu melindungi makanan, kuarantin pesakit serta menggunakan Kimia : Membasuh dan merawat luka dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai