Anda di halaman 1dari 19

SULIT

IE/OKT 2009/CTU553

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA PEPERIKSAAN AKHIR

KURSUS KOD KURSUS PEPERIKSAAN MASA

HUBUNGAN ETNIK CTU553 OKTOBER 2009 2 JAM

ARAHAN KEPADA CALON 1. Kertas soalan ini mengandungi dua (2) bahagian BAHAGIAN A (60 Soalan) BAHAGIAN B (3 Soalan)

Jawab SEMUA soalan dari BAHAGIAN A dan satu (1) soalan dari BAHAGIAN B. i) ii) BAHAGIAN A hendaklah dijawab pada Kertas Jawapan Objektif OMR. BAHAGIAN B hendaklah dijawab dalam Buku Jawapan.

Dilarang membawa sebarang bahan masuk ke dalam bilik peperiksaan kecuali dengan kebenaran pengawas. Sila semak bagi memastikan bahawa pek peperiksaan ini mengandungi: i) Kertas Soalan ii) Buku Jawapan - disediakan oleh Fakulti iii) Kertas Jawapan Objektif OMR - disediakan oleh Fakulti

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEBELUM ANDA DIARAH BERBUAT DEMIKIAN Kertas soalan ini mengandungi 19 halaman bercetak
Hak Cipta Universiti Teknologi MARA SULIT

SULIT

IE/OKT 2009/CTU553

BAHAGIAN A

Hitamkan

jawapan yang paling TEPAT pada Kertas Jawapan Objektif.

1.

Manakah antara pernyataan berikut ciri-ciri pembentukan masyarakat pluralistik zaman penjajah? Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat A B C D yang telah ditentukan jenis pekerjaan yang menganut satu kepercayaan sahaja yang berhijrah selepas penjajahan Inggeris yang sukar berasimilasi dengan penduduk tempatan

, ii dan iii , iii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

Mengikut Jabatan Perpaduan Negara, semangat kejiranan antara etnik dapat dipupuk berasaskan beberapa unsur. Manakah antara pernyataan berikut berkaitan dengan unsur-unsur tersebut? Perasaan megah dan sayang kepada kawasan dan tempat tinggal Sering bermuafakat dan tolong menolong antara satu sama lain Penduduk menganggap diri mereka sebagai satu masyarakat Bersifat liberal dalam seluruh aspek kehidupan A B C D 3. , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

Manakah antara pernyataan berikut yang berkaitan dengan hak setiap kumpulan agama seperti yang termaktub dalam Perkara 11 (3) Perlembagaan Persekutuan? Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri Menyebarkan ajaran agama masing-masing tanpa sekatan Menubuh dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairat Memperolehi dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang A B C D , ii dan iii , iii dan iv i, iii dan iv Semua di atas SULIT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

IE/OKT 2009/CTU553

Apakah matlamat pembangunan politik di Malaysia? A B C D Pembinaan Negara Bangsa Penghayatan ideologi negara Pembentukan kerajaan campuran Permuafakatan dalam sistem politik

Mengapakah Dasar Penswastaan diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1983? Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan Menambahkan bilangan dan saiz sektor awam Mengurangkan beban dan saiz sektor awam Membantu pencapaian matlamat DEB A B C D i dan iii i dan iv ii dan iv Semua di atas

Apakah faktor kejayaan pembentukan jatidiri rakyat Malaysia? Kesatuan rakyat dalam berkongsi wawasan Memahami dan menerima perbezaan antara agama Kekukuhan serta keseimbangan ekonomi antara kaum Kesungguhan pemimpin dalam usaha pembinaan Negara Bangsa A B C D , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

Konsep kejiranan merupakan elemen penting dalam kehidupan bermasyarakat, namun terdapat beberapa tatacara dalam hubungan kejiranan ini. Manakah antara pernyataan berikut merupakan amalan kejiranan yang positif? Membantu jiran jika ditimpa musibah Melaporkan kepada polis jika ada jenayah Mengambil tahu segala urusan peribadi jiran Membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah A B C D dan ii dan iii ii dan iii Semua di atas
SULIT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

IE/OKT 2009/CTU553

Manakah antara mekanisme berikut BUKAN usaha untuk mengatasi cabaran hubungan etnik di Malaysia? A B C D Melaksanakan program perpaduan berasaskan penghayatan nilai semua agama Melaksanakan konsep perkongsian kuasa dalam pemerintahan negara Mewujudkan keterbukaan kepada semua pihak meskipun berlainan etnik Memelihara hak orang Melayu dan kepentingan yang sah kaum-kaum lain

Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai adab pergaulan antara Islam dan bukan Islam. Memelihara silaturrahim keluarga walaupun berlainan agama Memberi layanan baik tanpa diskriminasi ras atau agama Menjaga kebajikan dan keadilan tanpa mengira agama Membudayakan ziarah-menziarahi A B C D , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

10.

Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mencapai objektif Rukun Negara? Menubuhkan Jabatan Penerangan Menubuhkan Majlis Perpaduan Negara Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara Memasukkan elemen Rukun Negara dalam kurikulum sekolah ii dan iii ii dan iv iii dan iv Semua di atas

n v A B C D

11.

Berikut adalah pernyataan mengenai pengaruh Hindu dan Buddha dalam kehidupan orang Melayu, KECUALI: A B C D Nama-nama berunsur Hindu dan Buddha jarang digunakan Pengaruh Buddha dan Hindu terbatas dalam aspek kesenian Kurangnya karya-karya yang membincangkan falsafah dan ketuhanan Pemerintah tempatan tidak terpengaruh dengan elemen Hindhu dan Buddha

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/OKT 2009/CTU553

12.

Apakah bidang kuasa eksklusif Yang Di-Pertuan Agong sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan? Melantik Perdana Menteri Menentukan pembubaran Parlimen Melaksanakan semua peruntukan Perlembagaan Menjadi ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak beraja A B C D dan ii , ii dan iii , ii dan iv ii dan iv

13.

Perkahwinan antara pedagang Cina dan India dengan penduduk tempatan telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Melaka. Apakah konsep hubungan etnik yang terhasil akibat daripada proses tersebut? A B C D Asimilasi Akulturasi Akomodasi Amalgamasi

14.

Berikut adalah kaedah pembangunan ekonomi di Malaysia, KECUALI: A B C D Mewujudkan kilang-kilang yang berteknologi tinggi Memajukan pertanian tradisional sehingga bertaraf komersial Mengabaikan sektor pengeluaran tradisional dan pertanian sara diri Mengalakkan pembangunan bandar-bandar baru dengan penduduk dari luar bandar digalakkan berpindah ke bandar

15.

Bagaimanakah konsep Satu Malaysia dapat dicapai tanpa paksaan terhadap masyarakat majmuk di Malaysia? Toleransi dan kerjasama antara kaum perlu dihayati Menerima dan menghormati perbezaan antara agama Tuntutan hak atas dasar kepentingan kaum sendiri perlu dipenuhi Mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan kaum , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

i ii v A B C D

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/OKT 2009/CTU553

16.

Apakah punca berlakunya konflik antara etnik di Malaysia? Fahaman etnosentrisme yang menebal Perbezaan budaya, bahasa dan agama Nisbah antara majoriti dengan minoriti adalah kecil Konsep akomodatif yang kurang mantap dalam masyarakat i, ii dan iii i, ii dan iv ii, iii dan iv Semua di atas

i ii v A B C D

17.

Apakah pengajaran yang perlu diambil oleh semua rakyat Malaysia terhadap peristiwa 13Mei 1969? A B C D Isu perkauman boleh mendatangkan rasa bangga terhadap kaum sendiri Isu perkauman boleh mendatangkan perasaan marah, prejudis dan rasa tidak puas hati antara kaum Membangkitkan isu perkauman merupakan salah satu usaha untuk mendapat sokongan dan meraih undi dalam pilihan raya Isu-isu sensitif seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang Melayu tidak perlu dipersoal dan diperdebatkan oleh mana-mana pihak

18.

Rasulullah S.A.W. telah meletakkan beberapa gagasan perpaduan ketika menggubal Perlembagaan Madinah. Apakah gagasan tersebut? Kebebasan beragama Perlindungan harta dan nyawa kepada non- Muslim Al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama Kebebasan membuat hubungan diplomatik dengan sesiapa sahaja , ii dan iii , ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

II

v A B C D

19.

Pilih pemyataan yang BENAR berkaitan dengan konsep etnisiti. A B C D Etnisiti ditentukan berdasarkan perbezaan fizikal Etnisiti ialah gambaran berlebihan terhadap sesuatu kumpulan etnik Etnisiti menggangap budayanya lebih unggul berbanding budaya orang lain Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/OKT 2009/CTU553

20.

Pilih penyataan yang BENAR berhubung dengan pola kemasyarakatan pada zaman kegemilangan empayar Kesultanan Melayu Melaka. A B C D Pluraliti masyarakat berlaku secara semula jadi Wujud sebuah negara bangsa yang harmonis Masyarakat Melaka adalah bersifat seragam Hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Raja Berperlembagaan?

A B C D

Sultan atau Raja terikat dengan Perlembagaan Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa tertinggi negara Sultan dan Raja-raja tidak tertakluk kepada undang-undang Sultan atau Raja yang memerintah berhak menggubal undang-undang

22.

Kejayaan parti mengkagumkan.

Barisan

Nasional

menyatupadukan

semua

etnik

amat

Apakah teras UTAMA kejayaan parti tersebut? A B C D Kesamarataan sosial Perkongsian kuasa Keutamaan etnik bumiputera Penguatkuasaan undang-undang

23.

Manakah antara peristiwa-peristiwa berikut merupakan pencetus modenisasi dunia? i ii iii iv A B C D Revolusi Perancis Revolusi Perusahaan Revolusi Perindustrian Revolusi Sains dan Teknologi i dan ii i dan iii i, ii dan iii i, ii dan iv

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/OKT 2009/CTU553

24.

Manakah antara pernyataan berikut BUKAN ciri masyarakat plural di Alam Melayu sebelum kedatangan Eropah? A B C D Pembentukannya melalui proses semula jadi Ketiadaan interaksi budaya antara masyarakat Berdagang dan mencari kehidupan secara suka rela Keputusan untuk bermaustautin diputuskan bersama keluarga

25.

Mengapakah pemisahan fizikal menjadi salah satu cabaran dalam menjalin hubungan etnik yang harmonis dan menyeluruh di Malaysia? A B C D Penduduk Sabah dan Sarawak tidak dapat bertemu dengan penduduk di Semenanjung kerana terpisah oleh Laut China Selatan Penduduk di Sabah tidak dapat mengenali budaya penduduk di Sarawak kerana tidak berpeluang berkomunikasi antara satu sama lain Penduduk sesuatu kawasan tidak dapat berinteraksi dengan penduduk kawasan yang lain menyebabkan etnosentrisme Penduduk sesuatu wilayah tidak dapat berjumpa dengan penduduk wilayah lain kerana tiada jaringan perhubungan yang sesuai

26.

Pilih pernyataan yang TIDAK BERKAITAN dengan usaha-usaha kerajaan untuk membentuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. A B C D Melaksanakan program RIMUP (Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan) di sekolah Melaksanakan Dasar Ekonomi Baru untuk semua penduduk Malaysia Melaksanakan PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) Membincangkan kontrak sosial secara bebas dan terbuka

27.

Mengapakah Islam mementingkan perpaduan antara kaum? i ii iii iv A B C D Mewujudkan persefahaman antara kaum Menjamin kelangsungan sesebuah negara Mengurangkan prejudis antara agama dan bangsa Melahirkan masyarakat yang berfahaman etnosentrik i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

IE/OKT 2009/CTU553

28.

Manakah antara pernyataan berikut berkaitan dengan ciri-ciri budaya? Bertahan lama selagi dipraktikkan oleh masyarakat Perlu dipelajari dan dikongsi oleh masyarakat Wujud perlambangan dan pandangan semesta Menjadi asas kelangsungan peradaban generasi A B C D dan ii ii dan iii ii dan iv Semua di atas

29.

Proses asimilasi telah berlaku sebelum kedatangan penjajah Eropah dan mewujudkan interaksi yang mesra antara golongan imigran dengan penduduk tempatan. Apakah kesan UTAMA interaksi tersebut? A B C D Golongan imigran mula mempelajari Bahasa Melayu Berlaku perkahwinan campur antara imigran Cina dengan orang tempatan Wujud kepelbagaian budaya di kalangan masyarakat tempatan Pengamalan adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur dalam majlis perkahwinan orang Melayu

30.

Manakah antara pernyataan berikut merupakan mahkamah yang paling tinggi statusnya dalam sistem kehakiman di Malaysia? A B C D Mahkamah Tinggi Mahkamah Agung Mahkamah Rayuan Mahkamah Persekutuan

31.

Modenisasi politik bertujuan untuk mengukuhkan sebuah Negara Bangsa. Apakah ciri UTAMA sesebuah Negara Bangsa? Wilayah yang diiktiraf Satu bangsa satu negara Kerajaan yang berdaulat Mempunyai warganegara i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

ii iii iv A B C D

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

10

IE/OKT 2009/CTU553

Soalan no. 32 berdasarkan jadual di bawah. Kaum Melayu Cina India Lain-lain Peratus Kemiskinan 64.8 26.0 39.2 44.8 Pendapatan purata keluarga sebulan (RM) 172.00 394.00 304.00 813.00 (Sumber: Young, Bussink dan Hasan: 1980) 32. Jadual di atas menunjukkan kadar kemiskinan dan pendapatan purata mengikut etnik di Malaysia pada tahun 1970. Manakah antara pernyataan berikut TIDAK BENAR berdasarkan jadual di atas? A B C D Sikap kaum peribumi menyebabkan mereka tertinggal dari segi ekonomi Ketidakseimbangan pendapatan menyebabkan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 Kadar pemilikan sumber ekonomi yang tidak seimbang antara etnik Dasar pihak penjajah memberi layanan dan perhatian berbeza terhadap etnik tertentu

33.

Apakah matlamat UTAMA Dasar Pendidikan yang termaktub dalam Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib tahun 1960? A B C D Pembinaan bangsa Malaysia yang harmoni Semua etnik boleh mengikuti pembelajaran dalam pelbagai aliran Perpaduan antara etnik melalui sistem pendidikan kebangsaan Pengajaran mata pelajaran geografi dan sejarah berteraskan Malaysia

34.

Pilih pernyataan yang menjadi cabaran UTAMA dalam hubungan etnik di Malaysia pada masa kini. A B C D Penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas dalam sistem pendidikan Tuntutan mengkaji semula hak keistimewaan orang Melayu Penguasaan ekonomi melebihi 30% oleh kaum Bumiputera Dasar pecah dan perintah oleh penjajah Bristish

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

11

IE/OKT 2009/CTU553

35.

Mengapakah Malaysia masyarakatnya? A B C D

amat

mementingkan

kehidupan

beragama

dalam

Amalan agama akan melahirkan masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi Agama yang pelbagai menggambarkan masyarakat yang maju dan berperadaban Malaysia adalah sebuah Negara Islam yang mengamalkan kebebasan beragama Ajaran agama membentuk anggota masyarakat berfahaman liberal

36.

Pilih pemyataan yang TEPAT merujuk kepada teori amalgamasi. A B C D Kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulan asal kerana berlaku penyerapan dari segi kebudayaan dan sosial oleh kumpulan dominan Perubahan dan proses pinjam meminjam unsur kebudayaan antara dua kumpulan etnik berlainan tradisi untuk dijadikan kebudayaan sendiri Pencairan dan penyatuan pelbagai kumpulan etnik membentuk jenis budaya dan ras baru Penyatuan pelbagai kelompok etnik dalam masyarakat sebagai satu identiti bersama

37.

Kolonialisme dan imperialisme British telah meninggalkan impak yang besar kepada negara yang dijajah termasuk Tanah Melayu. Manakah antara pemyataan berikut yang berkaitan dengan perkara di atas? i ii iii iv A B C D llmu sains dikatakan mempunyai sifat universal dan menjadi asas kepada seluruh aspek kehidupan duniawi manusia Sistem pentadbiran berasaskan kepada pengagihan kuasa iaitu kehakiman, eksekutif dan perundangan Hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu diserahkan kepada Raja dan Sultan Penglibatan secara aktif kaum imigran dalam aktiviti ekonomi i, ii dan iii i, iii dan iv ii, iii dan iv Semua di atas

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

12

IE/OKT 2009/CTU553

38.

Mengapakah Perlembagaan Persekutuan memperuntukan hak keistimewaan kepada Orang Melayu dan kaum peribumi lain di Sabah dan Sarawak? A B C D Menjadikan kaum Bumiptera lebih maju dari kaum-kaum lain Mempastikan pengekalan ketuanan Melayu dan peribumi di Malaysia Membolehkan mereka bersaing dengan kaum pendatang yang lebih maju Mengambil kembali hak milik kaum Bumiputera yang terlepas ke tangan pendatang asing

39.

Sistem pentadbiran Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa di mana wujud tiga badan utama yang mentadbir negara. Apakah implikasi konsep pengasingan kuasa dalam sistem pentadbiran di Malaysia? A B C D Setiap badan hendaklah membantu badan yang lain bagi menstabil dan menambah kecekapan pentadbiran badan lain Setiap badan menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh mencampuri bidang kuasa badan yang lain Setiap badan menjalankan bidang kuasa masing-masing dan boleh mencampuri badan lain Setiap badan perlu menghadkan bidang kuasa yang boleh dicampuri oleh badan lain

40.

Manakah antara pemyataan berikut TIDAK TEPAT tentang strategi yang dijalankan untuk mencapai Dasar Ekonomi Baru (DEB)? A B C D Memodenkan kawasan luar bandar Memindahkan penduduk dari luar bandar ke bandar Menyusun semula hak milik dalam sektor syarikat dan korporat Membangunkan kawasan mundur melalui pembangunan wilayah baru

41.

Pembinaan Negara Bangsa dapat dicapai melalui kaedah yang bersifat top-down. Apakah program top-down yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut? i ii iii iv A B C D Penerapan Dasar Pembangunan Nasional Penerapan Dasar Pendidikan Kebangsaan Penghayatan ideologi Negara Program Rukun Tetangga i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

13

IE/OKT 2009/CTU553

42.

Apakah implikasi UTAMA politik perkauman terhadap pembentukan masyarakat Malaysia? A B C D Mendapat sokongan padu daripada masyarakat atas nama pembangunan Mempertahankan kepentingan semua kaum secara adil dan saksama Wujud semangat perkauman yang harmoni dengan kaum yang lain Menimbulkan perasaan tidak senang hati terhadap kaum lain

43.

Apakah matlamat yang ingin dicapai oleh kerajaan melalui Dasar Penerapan Nilainilai Islam? A B C D Menerapkan nilai-nilai murni sejagat Mengislamkan seluruh masyarakat Malaysia Membuktikan bahawa Malaysia adalah Negara Islam Menggalakkan orang bukan Islam menganut Islam

44.

Manakah pemyataan yang TEPAT mengenai etnik? A B C D Kelompok manusia yang disatukan di bawah satu sistem pemerintahan dan perundangan serta mempunyai tanggungjawab yang sama Kelompok manusia yang menjadi penduduk asal sesebuah wilayah yang dituntut dan dipertahankan di bawah satu ketatanegaraan Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian dan sebagainya Kelompok manusia yang berlainan ras namun hidup dalam satu kawasan atau daerah yang sama

45.

Kedatangan British telah merubah pemikiran dan kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Apakah aspek perubahan tersebut? A B C D Tidak berlaku pemisahan antara agama dan negara Mewujudkan sistem pentadbiran beraja secara mutlak Mengutamakan pendekatan keilmuan secara saintifik Pendidikan yang berkonsepkan kesepaduan fizikal dan spiritual

46.

Manakah antara pemyataan berikut BUKAN faktor penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union? A B C D Hak kerakyatan diberi berdasarkan prinsip y'ws soli Menghadkan kuasa raja-raja Melayu dalam pentadbiran Hak sama rata semua warganegara tanpa mengira bangsa Singapura dijadikan sebahagian daripada Malayan Union

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

14

IE/OKT 2009/CTU553

47.

Perjanjian Malaysia 1963 merupakan persetujuan yang dicapai antara pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Manakah antara peruntukan berikut yang boleh menyebabkan usaha mewujudkan integrasi nasional menjadi sukar? A B C D Sabah wajar mengawal kewangannya sendiri Keistimewaan orang Melayu dan kaum bumiputera Kuasa imigresen diperuntukkan di bawah kuasa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak bersetuju dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

48.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun 1971 mempunyai strategi serampang dua mata. Apakah strategi tersebut? A B C D Memodenkan masyarakat luar bandar dan mempertingkatkan kualiti hidup Pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat Pembangunan semula masyarakat dan memajukan sektor ekonomi Pembasmian kemiskinan dan penghijrahan ke bandar

49.

Manakah antara agensi kerajaan berikut, ditubuhkan dengan tujuan untuk menambah penyertaan Bumiputera dalam sektor perdagangan dan perindustrian? i ii iii iv A B C D Majlis Amanah Rakyat (MARA) Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (FELDA) i dan ii i dan iii ii dan iii ii, iii dan iv

50.

Pernyataan berikut adalah berkaitan nilai-nilai murni yang terkandung dalam kebanyakan agama-agama besar dunia, KECUALI: A B C D Menekankan ajaran tauhid Memelihara alam sekitar Mencintai keamanan Semangat setiakawan

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

15

IE/OKT 2009/CTU553

51.

Mengapakah proses globalisasi boleh menggugat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia? i ii iii iv Globalisasi merupakan proses penjajahan budaya dan pemikiran bentuk moden Globalisasi memperjuangkan hak asasi satu kaum berbanding dengan kaum yang lain Globalisasi membentuk satu identiti yang sejagat di kalangan semua penduduk dunia Globalisasi adalah peluang untuk Barat menerapkan nilai hedonisme dalam kehidupan bermasyarakat , ii dan iii , ii dan iv , iii dan iv Semua di atas

A B C D

52.

Manakah antara pernyataan berikut paling TEPAT mengenai faktor penghalang proses asimilasi? i ii iii iv A B C D Kurang pengetahuan mengenai kebudayaan lain Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat Merasakan budaya etniknya lebih baik dari etnik yang lain i, ii dan iii i, ii dan iv i, iii dan iv Semua di atas

53.

Pilih pernyataan yang TEPAT berhubung dengan pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Inggeris. Penghijrahan masuk orang Cina dan India beserta kaum keluarga Memelihara kepentingan politik dan ekonomi Inggeris Berasimilasi budaya dengan masyarakat tempatan Mengekalkan cara hidup dan tradisi mereka dan ii dan iii i dan iv ii dan iv

II

v A B C D

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

16

IE/OKT 2009/CTU553

54.

Pilih pernyataan yang SALAH mengenai Persekutuan mengenai hubungan etnik. A B C D

peruntukan

utama

Perlembagaan

Orang bukan Melayu boleh membeli mana-mana tanah hak milik orang Melayu Hak kewarganegaraan merupakan satu kompromi orang Melayu terhadap bukan Melayu Orang bukan Melayu menerima hakikat kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak Islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama lain bebas untuk diamalkan dalam keadaan yang harmoni

55.

Pernyataan berikut adalah merupakan senario hubungan etnik selepas penubuhan Malaysia, KECUALI: A B C D Kebangkitan rasisme di kalangan etnik diakibatkan oleh dominasi Melayu dan Bumiputera dalam bidang politik Perkembangan politik mutakhir menunjukkan bahawa politik perkauman semakin ditolak oleh masyarakat Kebanyakan dasar kerajaan berjaya merapatkan hubungan antara kaum Kebanyakan program integrasi adalah digerakkan oleh kerajaan

56.

Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) memberi penekanan terhadap aspek-aspek berikut KECUALI: A B C D Memberi perhatian terhadap isu pembangunan sumber manusia Menumpukan pembangunan kepada industri gantian import Membangunkan pertanian sebagai sektor perindustrian Memajukan industri berteraskan K-Ekonomi

57.

Pilih pernyataan BENAR tentang matlamat Rukun Negara. A B C D Mewujudkan negara yang membangun dari segi penggunaan sumber manusia dan sumber alam semulajadi Memajukan sektor ekonomi penduduk terutama sektor perindustrian dan perniagaan Melahirkan masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan progresif Memperbaiki taraf hidup masyarakat berbilapg kaum di Malaysia

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

17

IE/OKT 2009/CTU553

58.

Salah satu daripada asas hubungan etnik menurut perspektif Islam ialah Tadhamun iaitu jamin-menjamin. Bagaimanakah nilai ini dapat dibudayakan dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia? A B C D Melalui program 'Cintailah Bahasa Kita' Melalui kempen 'Berbudi Bahasa Amalan Kita' Melalui program Rakan Cop dan Rukun Tetangga Melalui kempen 'Belilah Barangan Buatan Malaysia'

59.

Bagaimanakah senario sistem pendidikan masyarakat pluralistik pasca merdeka? i ii iii iv Penyatuan kaum melalui bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Pengekalan sistem vernakular bagi sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil Pembangunan pesat prasarana pendidikan terutama di sekolah kebangsaan Penguatkuasaan sistem kouta secara sama rata dalam pengambilan pelajar ke IPT i, ii dan iii i, iii dan iv ii, iii dan iv Semua di atas

A B C D

60.

Berikut merupakan interpretasi undang-undang mengenai kebebasan beragama, KECUALI: A B C D Seseorang tidak boleh dipaksa membayar apa-apa cukai untuk kepentingan agama lain Setiap orang berhak mengamal dan menyebarkan agamanya tanpa sekatan Penganut setiap agama boleh membina rumah ibadat mereka sendiri Kelompok seagama bebas mengurus hal ehwal agamanya

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

18

IE/OKT 2009/CTU553

BAHAGIAN B

SOALAN 1 Unsur tradisi dan kontrak sosial menjadi asas utama dalam merangka Perlembagaan Persekutuan 1957. Berdasarkan pernyataan di atas: a) Huraikan EMPAT (4) unsur tradisi dan rasional ia dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan. (12markah) Bincangkan TIGA (3) hak keistimewaan orang Melayu sebagaimana yang terdapat dalam Perkara 153. (9 markah) Buktikan TIGA (3) bentuk kerjasama antara pelbagai etnik di Malaysia menjelang kemerdekaan. (9 markah)

b)

c)

SOALAN 2 Islam menekankan keamanan untuk semua tanpa mengira ras atau agama. Justeru itu, setiap warganegara Malaysia bertanggungjawab untuk menjaga keamanan negara. Berdasarkan pernyataan di atas: a) Jelaskan TIGA (3) nilai universal yang perlu difahami dan dihayati oleh semua rakyat Malaysia bagi memperkukuhkan perpaduan. (9 markah) b) Huraikan EMPAT (4) bentuk aplikasi hubungan sosial menurut Islam dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. (12 markah) Bincangkan TIGA (3) kesan pengabaian hubungan antara etnik dalam menjalinkan perpaduan dan keharmonian masyarakat Malaysia. (9 markah)

c)

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

SULIT

19

IE/OKT 2009/CTU553

SOALAN 3 Dalam tempoh 50 tahun merdeka, Malaysia telah mencapai satu tahap pembangunan yang membanggakan serta menjadi peneraju dan role model kepada negara-negara yang sedang membangun. Berdasarkan pernyataan di atas: a) Jelaskan TIGA (3) bentuk projek modenisasi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha mencapai status "negara maju" pada tahun 2020. (9 markah)

b)

Huraikan TIGA (3) peranan utama yang telah dimainkan oleh institusi-institusi Islam dalam aspek pembangunan ekonomi Malaysia. (9 markah)

c)

Bincangkan EMPAT (4) hambatan yang boleh menjejaskan usaha kerajaan membangunkan ekonomi negara sebagaimana yang digariskan dalam DEB dan DPN. (12 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Hak Cipta Universiti Teknologi MARA

SULIT

Anda mungkin juga menyukai