Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN LARAS IKLAN

Iklan merupakan salah satu medium dalam memperkembangkan perniagaan. Iklan ini biasanya akan di papar di dalam bahan cetakan seperti surat khabar, majalah, dan lain-lain lagi.iklan ini akan menggunakan struktur ayat yang pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal,menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan,menggunakan ungkapan istilah dan juga menggunakan pelbagai kaedah untuk memujuk atau menarik perhatian pengguna seperti kaedah umpan, pujukan, kemesraan, gesaan dan doa. Iklan ini amat penting dalam meningkatkan mutu

perniagaan sebuah syarikat. Banyak kepentingan iklan dalam sesebuah perniagaan itu. Antaranya ialah untuk memperkenalkan atau mempromosikan sesuatu produk tersebut. Contoh iklan ini ialah iklan yang dicetak pada bungkusan barangan seperti termasuk kulit buku dan poster Melalui iklan ini para pengguna akan mengetahui tentang sesuatu produk barangan tersebut. Iklan ini akan memudahkan produk itu dipasarkan di merata tempat. Oleh itu, iklan itu amat penting dalam mempromosikan sesuatu produk kepada para pengguna. Selain itu juga, kepentingan iklan adalah untuk menjual objek yang diiklankan. Contohnya, sesuah syarikat perumahan mengiklankan rumah untuk di jual ataupun sebuah kereta baru yang telah dikeluarkan sebuah syarikat. Melalui iklan ini, objek ini akan mudah untuk dijualkan kepada orang ramai. Iklan ini amat penting untuk sebuah syarikat bagi memasarkan objeknya untuk dijual. Justeru, amat jelaslah bahawa iklan ini adalah untuk menjualkan sesuatu objek yang telah diiklankan. Di samping itu juga, iklan ini juga sebagai perhubungan sosial untuk masyarakat. Iklan ini akan menjadi penghubung atau pemberi maklumat kepada masyrakat di sesuatu tempat. Contoh iklannya adalah iklan pemberitahuan, seperti iklan tender, jawatan kosong dan ucapan takziah. Iklan ini tidak menggunakan seni penampilan yang menonjol. Jadi, iklan itu amat penting kepada masyarakat untuk mendapatkan sesuatu maklumat penting dan terkini.

Dalam iklan ini juga ia menggunakan laras bahasa yang sesuai dan menarik perhatian. Menurut Asmah Haji Omar,penggunaan bahasa dalam iklan mempunyai matlamat yang tersendiri yang ditujukan kepada golongan pengguna sasaran. Penggunaan bahasa dalam iklan amat penting membentuk persepsi para pengguna supaya mengubah sikap mereka dan akhirnya mempengaruhi tindakan mereka. Mesej yang hendak

disampaikan melalui iklan harus mempunyai pelbagai strategi yang membawa ke arah pengaruh yang positif (Asmah Haji Omar,1988). . Laras bahasa iklan mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri. Antaranya ialah menggunakan perkataan-perkataan yang boleh memujuk pengguna supaya tertarik untuk membeli barangan yang hendak dipasarkan. Contohnya, . Rumah banglo harga sederhana yang murah khas untuk keselesaan anda seisi keluarga. Ia juga menggunakan kaedah umpanan seperti Tawaran Hebat! Separuh harga. Hanya dua minggu sahaja iaitu bermula 1 Mac hingga 14 Mac 2013. Banyak lagi kaedah yang digunakan untuk menarik iklan seperti kaedah perbandingan, kaedah ajakan, kaedah meyakinkan dan lain-lain lagi. Justeru amat jelaslah bahawa laras bahasa dalam iklan ini amat penting kepada para pelanggan. Kesimpulannya, laras bahasa sangat penting kepada kita semua dan kepada masyarakat di Malaysia pada amnya. Laras bahasa ialah penggunaan bahasa secara khusus mengikut bidang penggunaannya atau pola penggunaan bahasa yang lazim mengikut keadaan tertentu. Sesuatu laras bahasa boleh diteliti dari segi ciri keperihalan dan ciri linguistik.