Anda di halaman 1dari 3

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK KITOBU, INANAM KOTA KINABALU, SABAH

KERTAS CADANGAN PROGRAM IHYA RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2013 / 1434H 1.0 PENDAHULUAN Bulan Ramadhan merupakan salah satu bulan yang mulia di sisi Allah SWT. Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah di mana puasa difardhukan kepada umat Islam yang wajib mengerjakannya. Sehubungan dengan itu kita digalakkan bersedekah, bertadarus al-Quran, sembahayang sunat seperti tarawikh, qiamulail serta mengeluarkan zakat dan fitrah bagi yang berkemampuan. Oleh yang demikian , kita hendaklah mengisi bulan Ramadhan ini dengan banyak melakukan ibadah fardu dan sunat. 2.0 TUJUAN Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan makluman Pihak Pentadbairan Sekolah Kebangsaan Kitobu, Inanam mengenai cadangan pelaksanaan Program Ihya Ramadhan peringkat Sekolah Kebangsaan Kitobu, Inanam serta memenuhi kehendak pihak Unit Pendidikan Islam PPD Kota Kinabalu. 3.0 OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam. Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al-Quran. Menghayati keistimewaan Ramadhan al-Mubarak. Menjadikan amalan membaca al-Quran sebagai satu budaya. Menanamkan dan mengukuhkan semangat bantu-membantu di kalangan murid-murid.

4.0

ANJURAN Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Kitobu, Inanam.

5.0

SASARAN Semua pelajar beragama Islam

6.0

BUTIRAN PROGRAM Tarikh : Hari : Masa : Tempat: Sepanjang bulan Ramadhan 2013/1434H Isnin Jumaat (Minggu persekolahan) Waktu Rehat Kabin Agama / j-QAF SK Kitobu

7.0

PROGRAM / AKTIVITI TINDAKAN / CATATAN GPI & Gj-QAF

BIL Guru Kecil

PROGRAM/AKTIVITI

SASARAN Tahap 1 (Pelajar yang belum menguasai Iqra 1) Murid yang belum menguasai al-Quran Tahap 2 (Murid yang telah menguasai al-Quran)

1.

Bacaan Iqra

2.

Bacaan Intensif Iqra Satu Hari Satu Surah Bacaan ayat-ayat lazim

GPI & Gj-QAF

3.

GPI & Gj-QAF

8.0

PENUTUP Semoga program ini dapat melahirkan generasi yang cintakan Islam dan menghayati keistimewaan Ramadhan serta melahirkan peserta dan pelapis untuk mewakili sekolah. Semoga usaha murni ini dapat memberi banyak impak dan manfaat kepada semua pihak dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Disediakan oleh: RAHMAH WATI BINTI SYED DALBEH Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Kitobu, Inanam

Disahkan oleh: HJH. MAIMAH BT. HJ. SULAIMAN Guru Besar SK Kitobu, Inanam

Anda mungkin juga menyukai