Anda di halaman 1dari 6

LAMPIRAN 1 LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP ( Laporan antara 8- 10 muka surat)

NAMA PELAJAR PROGRAM NAMA SEKOLAH NAMA PROJEK/AKTIVITI

: PETRUS ANAK MINI :PISMP RBT / PJ / BM :SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG SAWAH :PERTANDINGAN ROKET AIR

TEMPOH PELAKSANAAN :1 JAM 30 MINIT

OBJEKTIF

1) Murid murid dapat menjalinkan hubungan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan.

2) Murid murid dapat meningkatkan kreativiti murid dalam menyelesaikan masalah. 3) Murid murid dapat belajar subjek sins dan kemahiran hidup dengan seronok melalui permainan.

4) Murid murid dapat menggunakan barang yang dapat dikitar semula dengan berfaedah.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1) Memandangkan tempoh internship hanya sebulan, kami telah bersetuju untuk menetapkan bilangan program yang ingin kami laksanakan. Kebetulan pula, tempoh internship berlangsung di bulan Ramadhan. Maka pelbagai kekangan timbul dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Justeru, kami telah mengambil langkah untuk menyemak takwim sekolah terlebih dahulu supaya aktiviti yang bakal dirancang sesuai dan pengisiannya bermakna.

2) Kemudian, kami telah berbincang dengan mentor berkenaan aktiviti yang telah dipilih iaitu pertandingan Roket Air ini. Rasionalnya, kami menjalankan aktiviti ini adalah supaya waktu kokurikulum pada hari tersebut dapat diisi dengan aktiviti yang berfaedah. 3) Seterusnya, kami telah menyediakan kertas kerja untuk mengadakan pertandingan Roket Air. Pada masa yang sama, kami telah menjalankan persediaan seperti bahan dan tempat untuk pertandingan tersebut.

4) Selepas semuanya selesai, kami telah memaklumkan kepada pihak sekolah terutamanya Guru Besar, GPK HEM, GPK 1 dan GPK Kokurikulum. Kemudian kami telah berbincang dan menerangkan secara ringkas tentang pertandingan yang bakal dilaksanakan.

5) Mesyuarat telah diadakan supaya semua jawatankuasa kerja jelas dengan tugastugas mereka. Pada waktu inilah pembahagian tugas telah dilaksanakan semasa menyuarat berlangsung. Di samping itu, jawatankuasa boleh menyuarakan pendapat dan pandangan bagi program ini.

6) Dari masa ke semasa, kami telah menyemak setiap perkembangan tugas-tugas semua jawatankuasa. Tindakan telah diambil serta merta jika berlaku sebarang masalah. Sehari sebelum program berlangsung kami telah menyemak semula segala persiapan telah dilakukan. Hal ini supaya semuanya berjalan lancar.

REFLEKSI: 1) Kekuatan Projek/Aktiviti Kawalan murid adalah pada tahap yang baik sebelum, semasa dan selepas program berlangsung. Kawalan murid telah dibantu oleh Guru Disiplin, Encik Mohd Roslizam Bin Ali.

Pertandingan dapat dijalankan tepat pada masanya, seperti yang dijanjikan. Pertandingan dapat berjalan dengan baik.

Walaupun pertandingan hanya melibatkan murid-murid Tahun 4 dan 5, namun semua pelajar yang lain turut memberi sokongan dengan memberi sorakan. Bagi menjamin keselamatan para pelajar, dua peti kecemasan telah disediakan agar para murid dapat diberikan rawatan dengan segera sekiranya berlaku kemalangan.

2)

Kelemahan Projek/Aktiviti :

Perancangan yang kurang kemas kerana masa yang terhad iaitu hanya seminggu sebelum pertandingan dijalankan. Mengikut perancangan asal, demonstrasi serta tayangan video dibuat agar murid lebih jelas.

Dari aspek persediaan tempat, kami terpaksa menyediakan tempat untuk pertandingan pada pagi yang berkenaan dalam keadaan yang kelam kabut. sepatutnya kami telah menyediakannya sehari awal sebelum pertandingan berlangsung. Mujurlah kami mempunyai masa 30 minit untuk berbuat demikian sebelum pertandingan bermula.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : a. Membuat perancangan dengan lebih teliti pada masa hadapan, memerlukan lebih masa terutama apabila melibatkan seluruh warga sekolah.

b. Double check setiap tugas yang telah ditetapkan. Periksa setiap AJK yang bertanggungjawab dengan bidang tugas masing-masing.

c. Menyediakan checklist bagi memastikan pertandingan berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. d. Memberi penerangan dan demonstrasi awal mengenai pertandingan yang akan dijalankan agar murid yang terlibat lebih peka dan faham mengenai apa yang akan dilakukan. e. Membuat persediaan tempat dengan lebih awal agar masa yang ada dapat digunakan bagi persediaan pertandingan pada hari tersebut.

KESIMPULAN : Secara keseluruhan, pertandingan Roket Air yang telah dijalankan adalah Berjaya. Hasil temubual daripada beberapa orang guru dan murid adalah seperti yang dharapkan. Kebanyakan guru berpuas hati dengan pertandingan yang telah dijalankan. Selain itu, apabila ditanya kepada murid tentang Sains dan Kemahiran Hidup kebanyakan mereka menjawab seronok. Murid murid disini amat gembira dan seronok ketika melakukan aktiviti ini. Walaupun dalam bulan puasa namun, murid murid sedikitpun tidak menunjukkan tanda tanda penat mahupun haus pada wajah mereka. Apa yang dapat saya gambarkan melalui aktiviti ini adalah, murid murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang menyeronokkan bagi menjana dan meransang minda mereka untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi. Selain itu, murid murid perlulah berasa seronok ketika belajar kerana keseronokan tersebut dapat menarik minat murid terhadap matapelajaran yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai