Anda di halaman 1dari 38

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA

dari NOR MAZLIANA BINTI MOHD NOOR

Next

AKTIVITI DAN PENGERTIAN


Next

BIDANG

Menggambar Membuat Corak dan Rekaan Membentuk dan Membuat Binaan Mengenal Kraf Tradisional

Prev Next

MENGGAMBAR
Menggambar merupakan salah satu bidang dalam Seni Visual di peringkat Sekolah Rendah. Bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

Prev Next

MENGGAMBAR

Lukisan Catan Kolaj Montaj Cetakan Resis Gosokan

Stensilan Renjisan Percikan Gurisan Capan Mozek Poster


Prev Next

LUKISAN
Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ). Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, pen marker dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad. Asas Sebelum Melukis 1. objek/ item 2. pencahayaan 3. perspektif
Prev Next

Lukisan

Prev Next

CATAN
Proses menyapu warna atau cat di atas sesuatu permukaan rata. TEKNIK BASAH ATAS KERING Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lutsinar.

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Prev Next

Catan

Teknik legap menggunakan cat air

Catan yang dihasilkan menggunakan 4 teknik yang berbeza. Teknik titikan, Teknik Open wash, Teknik legap [opaque] dan teknik lutsinar + pensel [transparent ]]

Prev Next

GOSOKAN
Proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Cara untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Penerokaan melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling murid. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Kesan jalinan tampak diperolehi dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu eksplorasi permukaan bagi mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton. Kamus Dewan: gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Glosari Seni Lukis : gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.

Prev Next

Gosokan

Gosokan daripada objek buatan manusia contoh : duit syiling, tapak kasut, lantai, dinding dsb
Prev Next

Gosokan

Prev Next

RESIS
Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.

Gambar dihasilkan menerusi sapuan warna basah atau cat basah di atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Lilin/ krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna.
Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan lilin dan menyapu warna secara berperingkat dari warna terang ke gelap. Glosari Seni Lukis: resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.

Prev Next

Resis

Prev Next

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


CORAK TERANCANG CORAK TIDAK TERANCANG

Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Kaligrafi Stensilan

Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan Celupan Percikan dan Renjisan

Prev Next

CETAKAN
Satu proses kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan Proses perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain. Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat. Cetakan juga bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan tertentu seperti kertas, kain atau bahan-bahan lain.
Prev Next

Cetakan

Prev Next

LIPATAN DAN GUNTINGAN


Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak. Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain Menghasilkan corak positif dan negatif

Prev Next

LIPATAN DAN GUNTINGAN

Prev Next

TIUPAN
Menggunakan teknik tiupan warna ke atas sesuatu permukaan untuk mendapatkan kesan garisan.

Prev Next

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Arca Timbul Assemblaj Mobail Stabail Model Diorama Boneka Origami Topeng Muka
Prev Next

STABAIL
Stabail ialah satu binaan seperti mobail tapi tidak terawangawang kerana kedudukan kakinya sahaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.

Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap, atau pintu siling. Stabail ialah satu reka bentuk 3 Dimensi yang tidak bergerak.

Prev Next

PERBEZAAN Stabail DAN Mobail


STABAIL Tidak terawang-awang kakinya sahaja boleh bergerak.

MOBAIL Hasil karya yang boleh digantung dan terawang- awang.

Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang .

Tidak mempunyai sendi-sendi

Bahagian mobail dicantumkan dengan pelbagai bahan pada sendi dengan menggunakan tali/benang untuk membolehkannya bergerak, berputar atau berombak.

Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati.

Mempunyai lebih dari satu sendi

Boleh digantung di dinding, tingkap, atau pintu dan siling.

Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati.

Boleh digantung pada pintu dan siling.

Prev Next

Stabail

Prev Next

Mobail

Prev Next

TOPENG MUKA
Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala Kebiasaanya digunakan untuk persembahan tarian, upacara kebudayaan ataupun hiasan dinding Jenis topeng ialah topeng mata, topeng muka dan topeng serkup.

Prev Next

TOPENG SERKUP

Prev Next

TOPENG SERKUP

Prev Next

TOPENG MATA

Prev Next

MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Batik Tekat Ukiran Tenunan Anyaman Tembikar

Alat Domestik Alat Permainan [ gasing ] Alat Pertahanan Diri Alat Perhiasan Diri
Prev Next

TEMBIKAR
Satu seni kraf tradisional yang menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar dan digilapkan. Tembikar dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur Tembikar merupakan karya 3 Dimensi dan bermula sejak zaman primitif lagi. Buyung Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh serta mempunyai permukaan yang licin tanpa hiasan. Pada asalnya buyung dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap. Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung mempunyai bahagian leher dan badan.
Prev Next

Tembikar - buyung

Prev Next

Tembikar Labu Sayong

Prev Next

ALAT PERMAINAN - GASING


Gasing merupakan sejenis permainan boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakiktakik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon.

Antara jenis gasing ialah gasing piring, pangkah, jantung dan sebagainya.

Prev Next

Gasing

Prev Next

Contoh gasing mudah hasilan guru dan murid

Prev Next

TERIMA KASIH
LEBAT DAUN BUNGA TANJUNG, BERBAU HARUM BUNGA CEMPAKA, ADAT DIJAGA PUSAKA DIJUNJUNG, TERPELIHARALAH JUA ADAT PUSAKA.

Sekian

Selamat Maju Jaya

SOALAN
Pada pendapat anda adakah kurikulum sekolah ini dapat mewujudkan suatu keistimewaan dalam sistem pendidikan di Malaysia? Apakah cadangan anda untuk memantapkan kurikulum sekolah ini bagi memartabatkan seni dan budaya Malaysia?

Anda mungkin juga menyukai