Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup 5A Mata Pelajaran Tahun Hari Tarikh Masa Bilangan Murid Bidang pembelajaran

Tajuk Sub tajuk Pengetahuan sedia ada : : : : : : Kemahiran Hidup 5A Rabu 13 Mac 2013. 9.45 10.45 pagi 32 orang (L: : : : : ,P )

Reka bentuk dan Teknologi Ikan hiasan b) Penyediaan bekas Murid mempunyai pengalaman memelihara ikan hiasan di rumah mereka sendiri

Objektif pengajaran dan pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : a) Menyatakan sekurang-kurangnya 6 aksesori asas atau aksesori tambahan dengan betul. b) Menyenaraikan sekurang-kurangnya 8 langkahlangkah penyediaan akuarium dan hiasan dengan susunan yang betul c) Menyediakan bekas akuarium dengan mengikut langkah-langkah penyediaan akuarium dan hiasan dengan betul. d) Memasukkan ikan hiasan dengan mengikut langkah-langkah memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium dengan betul

Nilai-nilai murni Kemahiran bernilai tambah

: :

Kerjasama, Berdikari, keberanian Kemahiran berfikir ( menjana idea, menghubung kait, membuat kesimpulan), kecerdasan pelbagai (intrapersonal, interpersonal, kinestatik ), kemahiran belajar (mendengar, mengingat)

Bahan bantu mengajar

kad perkataan (klu, langkah-langkah penyediaan akuarium dan hiasan), power point

Alat bantu mengajar

Akuarium, akuarium mini, pam air, penapis air, pasir sungai, batu kecil, kayu buruk, model, tumbuhan tiruan, tumbuhan akuatik, ikan hiasan

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah / Masa

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set induksi ( 5 minit )

Dua buah akuarium a) Akuarium yang lengkap dengan aksesori b) Akuarium yang tidak lengkap dengan aksesori

1)

Guru menunjukkan dua buah akuarium kepada murid.

BBM: Dua buah akuarium

2)

Guru menyuruh murid mengenal pasti perbezaan di antara dua buah akuarium KBT : Kemahiran berfikir (menjana idea, menghubung kait)

3)

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang dipelajari pada hari ini.

Langkah 1 ( 10 minit )

Pemilihan akuarium dan aksesori : Aksesori asas: a) Akuarium

1) Guru akan meminta ketua setiap kumpulan datang ke hadapan untuk mengambil kad.

BBM : Kad klu, akuarium mini, penapis air,

b) Penapis air Aksesori tambahan: a) Batu kecil b) Pasir sungai c) Kayu buruk d) Tumbuhan akuatik e) Tumbuhan tiruan

2) Kad tersebut mempunyai klu tentang aksesori akuarium. 3) Murid diminta mencari jawapan dalam tempoh yang ditetapkan. 4) Guru akan mengedarkan satu kertas A4 kepada setiap kumpulan. 5) Murid dikehendaki menamakan aksesori yang dimaksudkan dengan menulis jawapan pada kertas tersebut. 6) Guru memberi penerangan mengenai pemilihan akuarium dan aksesori .

batu kecil, pasir sungai, kayu buruk, tumbuhan akuatik, tumbuhan tiruan

KBT : Kemahiran belajar (mendengar), kecerdasan pelbagai (intrapersonal, interpersonal, kinestatik)

Nilai murni : Kerjasama, berdikari

Langkah 2 ( 12 minit )

Penyediaan dan hiasan akuarium. Tayangan video Aktiviti Fikir dan Susun Langkah-langkah penyediaan dan hiasan akuarium. a) Sediakan semua kelengkapan dan aksesori akuarium

1) Guru menunjukkan tayangan video mengenai langkah-langkah penyediaan dan hiasan akuarium sambil memberi penerangan. 2) Wakil setiap kumpulan diminta mengambil sampul surat yang

BBM: Sampul surat (label langkahlangkah) akuarium mini, pasir sungai, batu kecil, kayu buruk, tumbuhan akuatik, tumbuhan tiruan KBT :

b) Bersihkan akuarium dengan menggunakan span atau gentian kapas. c) Bersihkan dan bilas bahan hiasan seperti pasir, batu dan kayu buruk. d) Masukkan pasir, batu atau kayu buruk ke dalam akuarium. e) Masukkan pam air dan alat penapis ke dalam akuarium f) Masukkan air yang telah dinyah klorin ke dalam akuarium g) Letakkan tumbuhan akuatik atau tumbuhan tiruan ke dalam akuarium h) Letakkan lampu di bahagian bawah penutup akuarium. i) Hidupkan suis pam air dan lampu.

mengandungi langkah penyediaan dan hiasan akuarium. 3) Murid diminta menyusun langkah dengan betul di atas kertas A4 dan menampal hasil di papan tulis. 4) Guru menilai hasil jawapan murid. 5) Guru memberikan peneguhan kepada kumpulan yang menyusun langkah dengan betul.

Kemahiran berfikir (menjana idea), Kemahiran belajar (mendengar, mengingat), kemahiran kecerdasan pelbagai (interpersonal, kinestatik)

Nilai murni : Kerjasama, berdikari

Langkah 3 (20 minit)

Amali : a) Bersihkan batu kecil, model, dan kayu buruk. b) Masukkan pasir diikuti dengan aksesori tambahan yang dibersihkan sebentar tadi. c) Hiaskan akuarium mengikut kreativiti masing-masing. d) Masukkan air perlahan-lahan dengan menggunakan alat penyiram pokok sehingga saiz akuarium. e) Masukkan tumbuhan tiruan atau akuatik ke dalam akuarium.

1) Guru menunjukkan demonstrasi mengenai langkah penyediaan dan hiasan akuarium di hadapan murid. 1) Setiap kumpulan akan mengambil aksesori yang disediakan berpandukan arahan daripada guru. 2) Guru meminta murid melakukan amali bersama-sama berdasarkan langkah yang telah ditunjukkan. 3) Setiap kumpulan akan melakukan amali berdasarkan arahan yang diberikan oleh guru. 4) Guru memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid.

BBM : Akuarium mini, pasir sungai, batu kecil, kayu buruk, tumbuhan akuatik, tumbuhan tiruan

KBT : Kemahiran berfikir (menjana idea), kecerdasan pelbagai (interpersonal, intrapersonal)

Nilai murni : Berdikari, kerjasama

Langkah 4 ( 8 minit )

Langkah -langkah memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium a) Rendamkan beg plastik yang mengandungi ikan hiasan ke dalam akuarium ke dalam akuarium selama 2030 minit b) Buka ikatan beg plastik dan biarkan

1) Murid masih berada di dalam kumpulan yang sama. 2) Guru memberi penerangan mengenai langkah- langkah memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium.

BBM : Akuarium mini, ikan hiasan KBT : Kecerdasan pelbagai (kinestatik), Nilai murni : Kerjasama

ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama-sama air ke dalam akuarium c) Setelah semua ikan hiasan keluar dari beg plastik, keluarkan pula beg plastik. Amali *Langkah masih sama cuma masa disingkatkan kepada 5 minit 3) Murid dikehendaki memasukkan ikan ke dalam akuarium mengikut langkah yang betul.

Penutup (5 minit)

Rumusan Soal jawab

1) Guru merumuskan tajuk yang dipelajari dengan bersoal jawab dengan murid. Soalan : Apakah contoh aksesori asas dan tambahan? Jawapan : Aksesori asas: pam air dan penapis Aksesori tambahan:model, pasir, batu, kayu buruk, tumbuhan akuatik, tumbuhan tiruan.

KBT : Kemahiran berfikir (membuat kesimpulan) Nilai murni : Keberanian

Anda mungkin juga menyukai