Anda di halaman 1dari 3

Sajak Keris Itu Masih Di Tanganmu Ahmad Sarju

Keris Itu Masih Di Tanganmu Ahmad Sarju


Keris itu masih ditanganmu untuk menyambung perjuangan yang sewaktu-waktunya engkau terpaksa mengalah hati terhiris luka suara terpaksa membisu diam mematahkan fitnah berlembut mencari hikmah Jika terlalu pahit kaurasi kembalilah kepada realiti perjuangan itu pasti ada ranjau durinya perjuangan itu pasti ada liku-likunya perjuangan itu pasti ada pahit getirnya perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya jika genting janganlah kauputuskan jika tegang janganlah kaurentapkan jika retak janganlah kauhancurkan jika putus janganlah kuahanyutkan jika bocor janganlah kaukaramkan Ketika kini engkau teruji erti ketabahan setia seorang musuh tikaman seorang sahabat jujur seorang seteru fitnah seorang kerabat kerana sewaktu-waktunya yang diam mentertawakan kita yang mengangguk membenci kita yang berpura-pura rajin bersuara yang menetang menjadi sahabat yang bijak merendah suara yang berhemah memanjatkan doa yang setia rela mengorbankan dirinya Keris itu masih di tanganmu untuk menyambung perjuangan setelah engkau menjahit dengan ketajamannya seharusnya engkau telah belajar dan mahir menepis tikaman mencemburui persahabatan kerana yang mengatur kejatuhan bukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman.

Sumber: Dewan budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Oktober 2000

Maksud Sajak
Keris = perlambangan tentang kuasa, kemampuan, keupayaan, kelebihan, kekuatan dan sebagainya. Rangkap 1 Penyajak menyatakan bahawa kuasa yang ada di tangan kita sekarang perlu dimanfaatkan untuk menyambung perjuangan. Namun ada waktunya kuasa tidak patut digunakan dan kita perlu mengalah, menahan perasaan dan cuba bertindak secara lembut dan bijaksana. Rangkap 2 Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlu memahami hakikat kesusahannya. Pejuang tidak boleh kecewa dan menambahkan masalah yang sedia ada sehingga memusnahkan sesuatu perkara yang hampir rosak. Rangkap 3 Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan boleh mengkhianati perjuangan. Rakanrakan sekeliling ada yang jujur setia namun ada yang berpura-pura. Rangkap 4 Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangan kerana kita sudah berpengalaman dengan ranjau perjuangan. Malah para pejuang sudah mengenali rakan dan lawan. Penyajak sedar bahawa punca kejatuhan dalam perjuangan sebenarnya berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri dan bukan oleh kekuatan musuh.

Tema sajak
Perjuangan tentang hidup. Selagi kita ada kekuatan, keupayaan, kebolehan, kemampuan, kekuasaan dan sebagainya kita perlu berani menghadapi segala pancaroba hidup. Kadang-kadang kita terpaksa mengalah dan kecewa dalam perjuangan. Realiti perjuangan adalah perlu menghadapi ranjau dan halangan. Dalam perjuangan juga ada rakan yang jujur dan ada yang khianat. Namun selagi kita ada kekuasaan, keupayaan, kemampuan, kebolehan dan sebagainya maka kita perlu terus berjuang.

Pemikiran sajak
1. Hidup perlu berjuang. 2. Mengalah bukan bererti kalah perjuangan. 3. Memahami realiti perjuangan. 4. Berhati-hati dengan sahabat.

*******huraikan.

Pandangan sarwajagat
Sajak di atas menjadikan perkataan "keris" sebagai kata kunci bagi memahami maksud keseluruhan sajak. Jika keris dimaksudkan dengan kekuasaan politik maka ia boleh dikaitkan dengan survirval bangsa terutamanya bangsa melayu. Maka sajak ini menjurus kepada unsur patriotik yang mengajak masyarakat sedar tentang perjuangan survirval bangsa. Malah dalam perjuangan tersebut bangsa melayu kadangkala perlu berkorban dan mengalah lantaran adanya tolak ansur dengan lain-lain bangsa yang telah menjadi sebahagian rakyat Malaysia. Namun yang menyedihkan ialah adanya perbuatan khianat yang berlaku di kalangan rakan-rakan sendiri. Jika kita ingin meluaskan maksud sajak ini, kita boleh mentafsirkan perkataan keris sebagai keupayaan, kebolehan, kekuatan dan kemampuan seseorang. Dalam hidup, kita memang perlu berjuang bagi menghadapi segala halangan dalam hidup. Umpamanya, ketika umur kita masih muda, kuat dan berupaya belajar, maka kita perlu berusaha untuk mencapai kejayaan setinggi mungkin. Situasi tersebut juga boleh diibaratkan sebagai keris atau senjata yang ada pada diri kita. Andai kita tidak mahu berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh, kita akan rugi. Kita perlu faham hakikat perjuangan dan perlu berkorban. Kepada mereka yang tahan perjuangan, wujud pula cabaran lain termasuklah sifat dengki dan irihati rakan-rakan seperjuangan. Oleh itu kita perlu berhati-hati dan waspada. Keris juga boleh dikaitkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri kita. Jika kita mempunyai apa-apa kelebihan, maka kita perlu menggunakannya dengan baik. Ia adalah satu peluang yang perlu dimanfaatkan. Seorang yang berbakat dalam bolasepak tentunya mempunyai kelebihan umpama mempunyai sebilah keris. Maka individu tersebut perlu memanfaatkan kebolehannya untuk kebaikan diri. Namun untuk berjaya sebagai pemain bolasepak, individu tersebut perlu banyak berkorban jiwa dan raga.

Anda mungkin juga menyukai