Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN NAIK TARAF ASTAKA SMK PUTATAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTATAN, KOTA KINABALU, SABAH.

Bil 1 2 3 4 Pengenalan

Isi Kandungan

Muka Surat 2 3 4

Rasional Penyelengaraan dan Kerja Naik Taraf Astaka Cadangan-cadangan Spek Kerja Naik Taraf Astaka Sekolah Kesimpulan

KERTAS CADANGAN KERJA NAIK TARAF ASTAKA SEKOLAH SMK PUTATAN, KOTA KINABALU __________________________________

Pengenalan

SMK Putatan merupakan antara sekolah yang memiliki kemudahan astaka di padang bola sepak yang baik dan digunakan secara intensif. Bagaimanapun sesuai dengan usia pembinaan sekolah sejak 1980-an, astaka berkenaan telahpun uzur dan mengalami banyak kerosakan; termasuklah kejadian atap runtuh. Keadaan ini sangat membahayakan pengguna astaka tersebut, terutamanya pelajar yang berlatih, beriadah dan guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani (PJ). Oleh hal yang demikian, pihak pengurusan sekolah

mencadangkan agar Grandstand (Tempat

astaka tersebut dinaiktarafkan sebagai Mini Duduk-berbumbung) untuk kemudahan dan

keceriaan perlaksanaan aktiviti sukan dan permainan di sekolah ini. Realitinya, fasiliti itu nanti akan dimanfaatkan sebagai grand-stand penganjuran sukan olahraga, permainan bola sepak, hoki, bola baling, kriket, ragbi dan lain-lain. SMK Putatan pernah melahirkan beberapa atlit dan ahli sukan yang telah mewakili negeri dan pasukan kebangsaan. Rosdin Wasli (Bola Sepak), Asli Udin (Angkat Berat), Darwin Tony (Olahraga) dan

beberapa nama lain, adalah antara personaliti sukan tempatan yang mendapat asas kemahiran masing-masing di sekolah ini. Kita optimis dengan kemudahan Stadium Mini yang akan dibina kelak, di samping kredibiliti serta komitmen guru-guru penasihat, lebih ramai lagi bakat sukan dan permainan berprestasi tinggi mampu dilahirkan. Rasional

Alasan untuk perubahan/naik taraf ialah kokurikulum sekolah harus bertindak balas terhadap keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Sebagai satu organisasi di sekolah, Unit Kokurikulum perlu berkembang, matang dan menyesuaikan keadaannya pada perubahan dalaman dan juga luaran. Seterusnya, pembaikan dan naik taraf ini perlu dilakukan kerana : 1. SMK Putatan menjadi tumpuan masyarakat setelah dinobatkan sebagai Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri 2005. 2. SMK Putatan telah dipilih sebagai sebagai tuan rumah

pertandingan Bola Sepak dan Hoki MSSD/MSSG tahun 2007. 3. SMK Putatan sering menjadi Johan Pertandingan Bola Jaring, BolaTampar, Hoki peringkat MSSD dan MSSG. 4. SMK Putatan sentiasa diberikan kepercayaan menganjurkan

pertandingan sukan dan permainan peringkat daerah, gabungan dan negeri. Kita terpaksa menyewa gelanggang diluar dan menampung kos penganjuran sepenuhnya.

5. Gelanggang tersebut akan menjadi satu Benchmark kemajuan sukan SMK Putatan menjelang 2010 dan melahirkan atlit

berprestasi tinggi. Seterusnya, menjadi pusat aktiviti sukan permainan yang boleh menjana sumber kewangan persatuan masing-masing. 6. Ia juga akan dijadikan sebagai Pentas Terbuka untuk tujuan perhimpunan kecergasan pelajar, fizikal aktviti para persatuan dan pusat latihan sesuatu

atlit/peserta

menjelang

pertandingan/kejohanan. 7. Stadium tersebut akan juga direalisasikan sebagai fasiliti untuk Program Sukan Komuniti, Sukan Massa dan sebagainya. 8. Keselamatan, keselesaan dan persekitaran padang yang menarik akan meningkatkan lagi prestasi sukan di sekolah ini.

Anggaran Perbelanjaan Kerja Penyenggaraan dan Baik Pulih Padang Sekolah. BIL 1. 2. 3. BUTIR-BUTIR KUANTITI HARGA (RM) 150.00 100.00 20.00 JUMLAH (RM) 7,500.00 200.00 100.00

Pasir Sungai 50 trip Sewa Steam-roll 2 buah Upah pekerja 5 orang - Meratakan pasir - Menggaris padang - Kerja2 Berkaitan Jumlah Keseluruhan

7,800.00

Cadangan-cadangan spek kerja menaiktaraf padang permainan sekolah Bil 1 Butir-Butir Kerja-kerja Steam-roll Meratakan keseluruhan permukaan padang permainan. 2 Kerja-kerja Menimbus Pasir Sediakan permukaan, menimbus dan ratakan pasir pada seluruh kawasan padang. 3 Kerja-kerja Steam-Roll Sediakan permukaan, ratakan 200m X 90m keseluruhan kawasan padang. 200m X 90m Keluasan 200m X 90m Amaun (RM)

Kerja-kerja menanda Ukur dan gelanggang permainan: Bola Baling Bola Sepak/Futsal Bola Jaring garisan (Ikut saiz tertentu) mengikut jenis tanda

5 Kerja-kerja berkaitan Sediakan rangka bulatan jaring, tiang gol, tiang sokongan dan sebagainya (ikut keperluan)

Lampiran Bergambar

Kesimpulan Berdasarkan pemeriksaan dan tinjauan yang dilakukan oleh penyelaras sukan sekolah, Unit kokurikulum mendapati kerja menaiktaraf padang permainan berkenaan perlu dilaksanakan seperti yang dirancang. Dengan terlaksananya kerja penarafan ini, juga diharap dapat mengekalkan pandangan baik masyarakat luar terhadap status SMK Putatan; di samping memberi keceriaan baru kepada seluruh warga sekolah. Kertas cadangan yang dikemukakan ini diharap akan mendapat perhatian dan sokongan daripada pihak yang berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai