Anda di halaman 1dari 3

Laporan Soal Selidik Objektif: 1. Memahami jenis-jenis masalah yang dihadapi pelajar sewaktu mendengar teks.

Memahami bagaimana teknik Shadowing membantu pelajar sewaktu mendengar teks.

2.

Rajah 1 Analisa Data Dapatan menunjukkan bahawa seramai 50 peratus pelajar mudah lupa informasi yang telah mereka dengar. Manakala seramai 42 peratus pelajar menghadapi kesukaran mengingati semula informasi yang telah diperdengarkan. Seramai 99 pelajar tidak menghadapi masalah memahami cerita kerana hanya 3 peratus pelajar yang menghadapi masalah memahami perkataan yang diterima.

Analisa Data 100 peratus pelajar yakin bahawa teknik Shadowing membantu mereka sewaktu menjalani sesi mendengar. Dapatan menunjukkan bahawa teknik ini membantu pelajar memahami teks dengan lebih mudah. Seramai 48 peratus pelajar berpendapat bahawa mereka lebih memahami teks setelah mengaplikasi teknik ini. Seramai 30 peratus pelajar berpendapat bahawa teknik ini membantu mereka mengingati informasi yang diperdengarkan.

Ringkasan Tahap 1: Pelajar memahami teknik yang diperkenalkan dan membantu pelajar mengatasi beberapa masalah yang mereka hadapi. Namun pada tahap ini, seramai 48 peratus pelajar menyatakan bahawa mereka memahami teks yang diperdengarkan. Dengan erti kata yang lain, mereka mampu menyahkod informasi yang diterima. Namun informasi tersebut tidak tersimpan lama di memori jangka pendek pelajar. Pernyataan ini sejajar dengan dapatan yang menunjukkan bahawa seramai 30 peratus pelajar mampu mengingati informasi yang didengari dengan lebih mudah. Faktor persekitaran, tahap kognitif dan pengalaman peribadi adalah antara faktor yang mungkin menghambat pelajar menyimpan informasi dalam ingatan memori jangka pendek sungguhpun mereka mampu menyahkod informasi yang diterima.

Kesimpulannya: Sejauh ini dapatan menunjukkan bahawa teknik ini memang membantu pelajar sewaktu menjalani sesi mendengar. Namun, pelajar perlu mengikuti beberapa lagi sesi agar otak mereka terlatih untuk menyimpan informasi dalam memori jangka pendek dan mengeluarkan kembali dengan cepat ketika menjawab.

Anda mungkin juga menyukai