Anda di halaman 1dari 23

PISMP SEM 2 AMBILAN JANUARI 2013 BM 1 (SK)

PELAJARAN 5 : KESESUAIAN PENGGUNAAN KALKULATOR DAN KOMPUTER DALAM PENGIRAAN


AHLI KUMPULAN 2 : NUR AMALINA SALWA BINTI ROSLI RAFIZA BINTI DARUS NORADILA BINTI ADNAN NURUL HAFIDZAH BINTI ABD HALIM NUR AMIRA AIZA BINTI MOHD JOHAN

NAMA PENSYARAH : PUAN HAJAH AZIRA BINTI ABDULLAH

KALKULATOR
Alat elektronik yang menggunakan teknologi moden untuk mendapatkan jawapan yang pantas dan tepat.

Menekankan kepada empat operasi asas matematik termasuk operasi untuk pelbagai fungsi trigonometri, logaritma dan statistik.

Kalkulator pertama dicipta oleh Colmur (Perancis) Tahun 1820

Boldwin mencipta kalkulator yang menggunakan empat operasi asas

Kalkulator yang canggih dan berteknologi tinggi dicipta dari semasa ke semasa

BUTANG SATU FUNGSI

SUSUN ATUR BUTANG KALKULATOR

CIRI-CIRI KALKULATOR ASAS

BUTANG FUNGSI ASAS

BUTANG BERSAIZ BESAR

BUTANG SATU FUNGSI


1) Merujuk kepada butang operasi (+, -, x, , %, ) 2) Kalkulator yang lebih canggih iaitu butang yang sama mempunyai lebih dari satu fungsi. BUTANG FUNGSI ASAS 1) Kalkulator harus mempunyai enam butang fungsi asas seperti : (+, -, x, , %, )

BUTANG BERSAIZ BESAR


1) Pelajar tahap 1 menghadapi masalah menggunakan kalkulator yang berbutang kecil. 2) Butang yang bersaiz besar digunakan untuk mengelakkan kesilapan ketika menekan.

SUSUN ATUR BUTANG KALKULATOR


1) Butang pada kalkulator disusun dalam suatu aturan tertentu dan mempunyai saiz yang sama.

KOMPUTER
Mesin atau alat yang digunakan untuk memproses maklumat berpandukan kepada arahan yang ditetapkan.
Mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan pantas dan tepat. Direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan output.

PERANAN KALKULATOR DAN KOMPUTER DALAM PDP MATEMATIK

PERANAN KALKULATOR
1. Kebiasaannya pelajar yang tidak dapat menguasai ilmu matematik adalah kerana kesukaran mereka untuk menyelesaikan masalah matematik yang melibatkan penggunaan ayat , sifir atau bahagi.

2.

Adanya kalkulator sebagai alat bantu, pelajar-pelajar ini dapat menumpukan perhatian kepada aplikasi konsep dan penyelesaian masalah.
Mereka tidak lagi dibebani dengan pengiraan yang panjang lebar. Pelajar akan merasai keseronokan mempelajari matematik. Ia menggalakkan pelajar supaya lebih ingin tahu dan kreatif, memotivasi dan membina keyakinan diri pelajar untuk menyelesaikan masalah.

3. 4. 5.

PERANAN KOMPUTER
b. PENGURUSAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER c. PENILAIAN BERBANTUKAN KOMPUTER

a. PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

d. PENDIDIKAN BERASASKAN KOMPUTER

KOMPUTER

a. PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER


- Guru hanya menjadi fasilitator. - Guru menyediakan tajuk yang hendak diajar berbentuk modul. - Pelajar belajar dengan merujuk kepada modul. - Komputer menjadi pengantara guru dan pengajar Modul : - Berbentuk pakej pembelajaran formal

- Latihan murid
- Bahan pembelajaran individu - Penyelesaian masalah - Permainan berasaskan komputer

b. PENGURUSAN PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER


Terjadi apabila sebilangan besar guru di sekolah menggunakan teknologi dan komputer. - Guru mengumpul data dan seterusnya membuat analisis untuk menilai a. keberkesanan pengajaran b. penggunaan bahan pelajaran c. proses PdP d. interaksi pelajar di dalam bilik darjah Daripada penilaian ini, guru akan mengubahsuai dan memperbaiki rancangan pengajaran hariannya untuk pengajaran akan datang.

c. PENILAIAN BERBANTUKAN KOMPUTER


Guru menilai kesan hasil pembelajaran dengan menggunakan teknologi dan komputer. Terdapat 2 jenis penilaian :

i. Pelajar menjawab soalan yg diutarakan melalui komputer. Jawapan dapat disemak oleh guru atau murid sendiri.

ii. Pelajar menjawab pelbagai bentuk soalan dalam bank item yang disimpan dalam komputer.

d. PENDIDIKAN BERASASKAN KOMPUTER


Penggunaan teknologi terkini dan sistem komputer untuk mencapai hasil pembelajaran melalui aktiviti pengajaran.

Digunakan dalam pengurusan pendidikan dan teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kemahiran ICT dianggap sama penting dengan kemahiran membaca, menulis dan mengira. Kanak-kanak yang tidak menguasainya akan ketinggalan.

Kelebihan Penggunaan Kalkulator


Meningkatkan minat murid terhadap Matematik Meningkatkan pencapaian murid Membantu murid memahami konsep nombor & operasi pengiraan Membantu murid untuk mendapatkan jawapan dengan pantas Membantu murid dalam proses pengiraan yang panjang

Kelebihan Penggunaan Komputer


Murid boleh belajar secara kendiri Murid dapat menggunakan perisian untuk meneroka Membantu murid untuk mengukuhkan konsep Murid dapat menggunakan perisian secara interaktif Murid boleh mengakses laman web untuk mencari maklumat berkaitan Matematik

KEKURANGAN PENGGUNAAN KOMPUTER DI SEKOLAH RENDAH

1. Komputer tidak boleh berfikir dinamik seperti manusia. 2. Pekerjaan yang dilakukan komputer boleh mengurangkan tenaga kerja manusia, akibatnya banyak tenaga manusia yang tidak terpakai. 3. Data yang disimpan di dalam komputer mempunyai risiko yang lebih tinggi, kerana mungkin boleh diambil oleh pengguna lain (hacker), meskipun telah diberi pelindung program (password). 4. Virus yang menyerang komputer akan merosakkan data yang terdapat dalam komputer.

5. Pembiayaan yang tinggi untuk pengembangan program komputer, terutama yang dirancang khusus untuk maksud pembelajaran. 6. Murid tidak dapat mengamalkan pengiraan mental dan penganggaran. 7. Murid tidak mempunyai kemahiran mengira. 8. Murid tidak dapat memahami fakta asas matematik. 9. Murid cenderung untuk ke laman web yang tidak berkaitan. 10.Murid leka dengan permainan interaktif yang tidak sesuai.

KEKURANGAN PENGGUNAAN KALKULATOR DI SEKOLAH RENDAH

Penggunaan kalkulator dalam pengajaran dan pembelajaran matematik telah menimbulkan kontroversi di kalangan warga pendidikan. Antara isu yangditimbulkan ialah, pelajar: 1. menjadi tidak cekap atau mahir mengira 2. tidak dapat mengamalkan pengiraan mental ataupun anggaran 3. tidak menghafal fakta asas matematik

4. Motivasi pelajar untuk melakukan latih tubi dan mengulangi pengiraan yang dijalankan secara manual berkurangan kerana kalkulator boleh menjalankannya dengan lebih cepat dan tepat. 5. Pelajar akan bergantung sepenuhnya kepada kalkulator grafik walaupun untuk pengiraan yang mudah. 6. Input data yang tidak mencukupi akan menyebabkan kesan dramatik terhadap jawapan.

Kesimpulan

Ledakan teknologi masa kini merupakan cabaran yang harus diambil berat oleh para guru supaya sistem pendidikan masa kini seimbang dengan zamannya. Namun demikian sebagai guru, tugas berat yang dipikul oleh kita adalah bagaimana sesuatu konsep asas dapat dipelajari oleh pelajar kita. Kita tidak boleh alpa akan kemudahan dan kecanggihan teknologi sehingga pelajar hanya bergantung kepada teknologi moden sahaja. Kesimpulannya, penggunaan kalkulator dan komputer akan menambahkan peluang kepada guru-guru untuk memberi celik-akal dalam matematik. Tidak dinafikan mungkin timbul beberapa buah fikiran yang bercanggah untuk menggunakan kalkulator dan komputer dalam matematik di sekolah rendah tetapi sesuatu yang berfaedah dan mempunyai potensi untuk meningkatkan penguasaan matematik dikalangan pelajar tidak harus diketepikan.

SEKIAN, TERIMA KASIH