Anda di halaman 1dari 9

1.

PENGENALAN

Mendengar merupakan salah satu aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa. Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran mendengar pendengaran. Beliau merumuskan, dalam keadaan manusia sedar 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap manakala 16% membaca dan 9% menulis. Ini menunjukkan proses mendengar berperanan penting dalam komunikasi. Menurut Burley-Alen (1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di institut pengajian tinggi pula, pendengaran merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa sebahagian besar daripada kaedah pengajaran di universiti adalah mendengar kuliah. Menurut

Barker(1971) menyatakan bahawa proses pendengaran dalam pengajaran di universiti adalah 50% - 100% .

2.0

DEFINISI

Chuah (1987)

Dengar adalah satu proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Mendengar secara aktif bukan sahaja kepada penggunaan telinga, tetapi kepada semua pancaindera, terutama penglihatan iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.

Barker (1971)

Mendengar adalah suatu proses yang aktif dan perkataan dengar adalah satu proses yang pasif. Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik.

Devine (1981)

Dengan mendengar bukan sahaja menumpukan sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan motivasi dan keadaan fizikal emosi yang mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri. Proses mendengar berkait rapat secara terus dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks ini melibatkan penggunaan proses mental dalam melakukan inferens, mengagakkan hasil generalisasi dalam membuat keputusan.

Dari segi kaunseling

mendengar yang terbaik adalah dengan mendengar secara empeti iaitu mendengar dengan menjiwai apa yang didengari. Di dalam situasi kaunseling, masa digunakan untuk mendengar berlaku lebih banyak daripada berucap dan respons, terutama di dalam peringkat awal sesi kaunseling. Oleh itu kejayaan mencapai objektif kaunseling itu banyak bergantung kepada kemahiran mendengar seseorang kaunselor, sama ada digunakan tepat dalam peringkat awal.

3.0

KELEBIHAN

Mendengar membolehkan anda melihat mesej yang penting dan tidak penting.

Anda akan lebih banyak mengetahui apa yang diberitahu dan menjadi lebih berpengalama n lagi

Dengan mendengar secara aktif anda akan lebih banyak belajar

Dapat memajukan perkembangan perbendaharaan kata dan kemudahan berbahasa. Mendengar merupakan asas pertama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

KELEBIHAN

Anda akan menjadi seorang pendengar yang menyukai dan menghormati orang yang bercakap kepada anda.

Mendengar membantu anda mengembangkan pengetahuan dan kemahiran.

Anda akan menjadi orang yang lebih tidak bergantung pada pendapat orang lain. Anda akan mengikut arahan dengan lebih baik, rapi dan anda membuat sedikit kesilapan dan mengurangkan kesilapankesilapan kecuaian.

Dapat menberi tindak balas yang baik kepada orang yang sedang bercakap.

4.0

KELEMAHAN

peringkat kemahiran mendengar yang paling rendah

mungkin kerana bahan yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka

KELEMAHAN (MENDENGAR SECARA PASIF)

Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang didengarnya.

Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu.

5.0

KESIMPULAN

KESIMPULAN

Mendengar secara aktif penting untuk memahami sesuatu maklumat yang disampaikan. Kemahiran mendengar adalah penting dan perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kemahiran ini boleh dipupuk dan dipertingkatkan melalui latihan dan amalan yang boleh dilaksanakan seperti mendisiplinkan diri untuk mendengar dengan teliti, melihat dan memberikan tumpuan kepada penyampai maklumat, tidak menghiraukan gangguan-gangguan seperti kebisingan dan gerak geri penyampai maklumat, mendengar dengan teliti dan mengenalpasti isi, konsep dan perkataan yang disampaikan, mencatat isi, fakta dan maklumat yang penting serta yang paling penting kurangkan bercakap. Dalam proses belajar, kemahiran mendengar perlu digunakan untuk mendapatkan maklumat secara optimum. Ramai pelajar yang gagal kerana tidak dapat memberikan tumpuan penuh semasa kuliah atau perbincangan sedang berjalan di dalam kelas. Jika tidak memberi perhatian dan mencatatkan faktorfaktor penting atau idea yang disampaikan, maka idea-idea ini akan hilang begitu sahaja. Beberapa petua dan panduan untuk meningkatkan kemahiran mendengar ialah seperti memberikan tumpuan kepada guru dan orang yang bercakap di hadapan, mengenalpasti tajuk dan tujuan kuliah yang disampaikan, tenangkan fikiran dan duduk di dalam keadaan yang selesa, mendengar dan fahami perkara yang disampaikan dengan teliti, mencatat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang disampaikan, mencatat dan menyebut di dalam hati perkataan baru atau konsep baru yang dinyatakan serta member tumpuan kepada bahasa badan penyampai maklumat.

REFLEKSI

Saya Sathishwaran A/L Rajendran dari unit BM/PJ/SJ ambilan Jun 2012. Tugasan Kemahiran Belajar ini diberi kepada saya oleh pensyarah KB saya, En.Hatim Aziwir bin Zaadun Zabir. Akhirnya, saya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus Kemahiran Belajar ini dengan tersusun dan sempurna. Sepanjang proses penyelesaian tugasan ini, terdapat banyak cabaran yang terpaksa saya harungi dalam menyiapkan tugasan ini. Namun begitu, perkara sebeginilah yang banyak mengajar saya untuk menjadi lebih fokus dan prihatin terhadap tugasan yang telah diberikan. Disebalik kekurangan itu, rakan-rakan juga tidak terlepas dalam memberikan maklumat tambahan kepada saya untuk dimuatkan ke dalam tugasan ini. Selain itu, saya juga mengakses internet dan memuat turun maklumat-maklumat penting mengenai topik yang telah diberikan kepada saya. Saya mengumpul, menganalisis dan mempertimbangkan setiap maklumat yang saya perolehi terlebih dahulu sebelum dimuatkan ke dalam penulisan saya ini bagi memberikan kefahaman yang luas kepada saya dan rakan yang lain. Perkara yang banyak saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini ialah bekerja secara individu dengan bantuan rakan dan pensyarah pembimbing. Di samping itu, saya juga telah mempelajari cara-cara mendapatkan maklumat penting dengan lebih sistematik dan strategik. Melalui cara inilah kita dapat mengurangkan budaya plagiat yang sentiasa menyelubungi setiap guru pelatih di IPG ini. Hasil daripada tugasan yang diberi, saya lebih banyak mengetahui tentang apa itu kemahiran belajar dan kemahiran mencari sumber dan menggunakan

sumber maklumat melalui mendengar secara aktif.

Sekarang segalanya sudah

terjawab apabila saya dapat mengutip satu ilmu yang sangat berharga kepada diri saya sendiri supaya pada satu hari nanti saya akan menjadi seorang guru yang cemerlang dan disukai oleh semua murid-murid insyaallah. Saya juga akan mempraktikkan apa yang telah saya fahami dan pelajari kepada anak-anak didik saya nanti. Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai