Anda di halaman 1dari 5

Menulis Huruf Kecil dan Huruf Besar A-Z di atas Kertas Berkotak, Bergaris Empat, Bergaris Tiga dan

Bergaris Satu
1) Latihan menulis secara bebas di atas kertas kosong (a) Murid-murid dibekalkan dengan sehelai kertas kosong bersaiz A4. (b) Murid-murid diminta menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z secara bebas menggunakan pensel. (c) Bagi memudahkan murid-murid menulis, guru memandu mereka dengan menyebut huruf berkenaan secara satu persatu. (d) Hasil kerja murid dikumpulkan dan dibuat pembetulan, jika perlu

2) Latihan menulis menggunakan kertas berkotak.


(a) Sediakan kertas berkotak segi empat sama berukuran 22 cm. (b) Murid dipandu menulis huruf besar terlebih dahulu dengan menggunakan sepenuhnya ruang yang disediakan pada kotak berkenaan. (c) Pada peringkat ini, murid menulis secara bebas dalam kotak berkenaan. (d) Setelah murid menguasai huruf besar, barulah dibimbing menulis huruf kecil menggunakan kaedah yang sama.

3) Menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z di atas kertas bergaris empat Menulis huruf atas kertas bergaris empat memerlukan pemerhatian dan ketekunan yang lebih. Ini kerana tidak semua huruf boleh menggunakan secara maksimum garisan yang keempat. Hanya huruf kecil yang mempunyai ekor boleh menggunakan garisan keempat sebagai sempadan, iaitu huruf g, j, y, p dan q. Manakala semua jenis huruf besar tidak sesuai menggunakan kertas bergaris empat semasa menulis.

4) Menulis huruf kecil dan huruf besar A-Z atas kertas bergaris tiga.
(a) Menulis huruf kecil dan huruf besar. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, kepelbagaian bentuk huruf seperti bulat untuk huruf b dan d, tinggi seperti huruf h dan l, atau berekor seperti huruf g, j dan q memerlukan bantuan garisan sebagai sempadan mula dan akhir. Ada tiga jenis garisan yang lazim digunakan sebagai panduan untuk belajar menulis iaitu bergaris empat, bergaris tiga dan bergaris satu. Setiap jenis garisan ini mempunyai fungsi tersendiri. Penggunaan garis tiga berlaku selepas murid-murid melalui pengalaman menulis menggunakan garis empat dan telah mahir.

5) Menulis huruf kecil dan besar a hingga z atas kertas bergaris satu (a) Menulis huruf kecil. (b) Menulis huruf besar. (c) Menulis huruf besar dan kecil pada garisan satu.