Anda di halaman 1dari 5

Lari Berpagar a) Lari berpagar ; 100, 110, 400 meter.

b) Berikut adalah gerakan bagi lari berpagar

c) Permulaan i. Pelari hendaklah menggunakan teknik pecut biasa untuk tiga langkah pertama larian. Sebelum larian berrnula pelari mestilah memerhati pagar pada langkah keempat dan kelima. Pelari hendaklah berlari dan melompat pada lorong yang di beri sehingga tamat. Elakkan daripada melanggar atau menjatuhkan pagar kerana akan melambatkan tempo atau rentak larian. Pelari hendaklah mengatur dan menentukan bilangan langkah yang sesuai untuk setiap pagar yang akan dilepasi.

ii.

iii.

iv.

v.

d) Semasa larian i. Dari permulaan ke pagar pertama Pelari hendaklah menentukan langkah yang akan diambil. Pelari hendaklah berlari pantas bagi mendapat keyakinan. Pelari hendaklah mengelakkan daripada melonjak terlalu hampir dengan pagar. Pelari tidak dibenarkan memperlahankan larian apabila menghampiri pagar dan teragak-agak membuat lompatan.

ii. Ketika kaki melepasi pagar Kaki pelari yang melangkah terdahulu hendaklah lurus ke hadapan. Pelari hendaklah membongkok badan ke hadapan. Pelari hendaklah menghulurkan tangan yang bertentangan kaki yang melangkah ke hadapan dan selari dengan kaki berkenaan. Pelari hendaklah mengarah keluar tapak kaki belakang. Pelari hendaklah menarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan mencecah atau mendarat ke tanah. 2

Pelari hendaklah meneruskan larian selepas mendarat. iii. Berlari di antara pagar. Pelari hendaklah mengekalkan jumlah langkah di antara pagar. Pelari hendaklah berlari lurus dengan pandangan mata ditumpukan ke hadapan iaitu pada pagar seterusnya. Pelari hendaklah meningkatkan kelajuan setelah rentak lari diperoleh dan membuat lompatan yang seterusnya. e) Menamatkan Larian Pelari hendaklah memecut sepantas yang boleh menuju ke garisan penamat. Pelari hendaklah mendepankan dada pada bahagian torso untuk mencapai pita atau tali penamat.

Anda mungkin juga menyukai