Anda di halaman 1dari 2

Abu Said al-Khudri ra berkata bahawa saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesiapa antara kamu yang

melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah iman yang selemahlemahnya. (Dipetik dari kitab at-Targhib, riwayat Muslim, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah. Huraian : hadith diatas menunjukkan betapa pentingnya dakwah kepada masyarakat yang saban hari alpa dengan kesenangan hidup duniawi. yang mana kita sedia maklum berdakwah dan Uslub atau cara ia dilakukan, perkara ini harus dilihat sebagai satu skop yang luas, sama ada dalam linkungan ibadah kita kepada allah dan sesama manusia. Kita biasanya melihat ramai dikalangan kita menitik beratkan hal yang berkaitan ibadah solat, mengerjakan haji dan umrah, dan bersedqah. tetapi persoalannya,adakah ibadah ini cukup bagi kita sebagai menjadi insan yang sempurna?. Saban hari banyak sekali kita lihat isu diakhbar mengenai rasuah, rogol, bunuh, dan pelbagai lagi isu-isu yang hangat diperkatakan. Tetapi malangnya usaha-usaha untuk membenteras hal-hal berkaitan jenayah ini hanya dilakukan pada peringkat pensabitan sesuatu hukuman kepada si penjenayah sahaja. Sebagai seorang muslim, mukmin dan umat nabi saw, kita seharusnya mengetahui tanggungjawap yang sangat besar yaitu dakwah, mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah pada yang munkar. Munkar ini sangat-sangat perlu dijelaskan, kerana orang yang selalu kita lihat seorang yang sembahyang, yang bersedqah, berpuasa, dan yang banyak mengerjakan umrah dan haji, tetapi mereka ini seorang yang banyak sekali mengamalkan rasuah, berzina, menyakiti sesama insan yang lain, kerana sangkaan mereka ini, tidak apa kita berbuat demikian tetapi lepas ini kita boleh bertaubat. Kenapa budaya-budaya kerosakan ummah ini berleluasa? jawapanya mereka lupa untuk berdakwah, kerana dengan usaha dakwah inilah yang akan membawa kepada kefahaman islam itu sebenar. Kefahaman islam ini tidak akan datang dengan sembahyang, bersedqah, berumrah sahaja tetapi ianya datang melalui Ilmu ,Amal dan Dakwah.

Serulah rakan-rakan mu kepada kebaikan, tegurkanlah mereka ini sekira mereka ini melalukan kesilapan, dan janganlah kita hanya beriktikaf di masjid, atau sibuk dengan amalan zikir harian kita hingga lupa rakan-rakan yang lain dalam kegelapan. Janganlah kita mementingkan diri dengan menyangka solat, zikir, sedqah kita sahaja yang akan dapat menyelamatkan kita dari azab Allah, padahal syuga dan neraka hanyalah rezki pemberian Allah. Ambillah contoh nabi dan para sahabah nabi saw sebagai jalan hidup kita, kerana usaha dakwah merekalah kita ini dapat menghidu agama Allah.
article penulisan(Hafidz Omar)