Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera tentera asing di Tanah Melayu pada awal kurun ke 14 . Kehadiran tentera Portugis yang Berjaya mengalahkan tentera Melaka pada tahun 1511 dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin , patuh kepada arahan ketua , sistematik mengatur strategi dan seragam . Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada tahun tahun 1700 an dan di Singapura pada tahun tahun 1800 an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada perkembangan kawad . Walaupun tentera tentera Inggeris pada masa itu sebahagian besarnya adalah tentera tentera upahan dari India , namun corak dan cara disiplin yang ditunjukkan menunjukkan mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada tuannya . Penubuhan awal pasukan pasukan uniform di Malaysia seperti Home Guard , Pasukan Simpanan (Teritory Army) , Rejimen Askar Melayu , pasukan laut dan udara serta pasukan uniform bukan tentera seperti Pengakap (Scout) , Pasukan Palang Merah (Red Cross) , St John Ambulance dan sebagainya telah menyemarakkan aktiviti kawad di negara ini . Pertandingan kawad kaki telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan uniform yang memaparkan kehebatan , kepakaran , keunikan , keseragaman dan paling penting sebagai identiti pasukan . Pada masa kini terdapat tiga kumpulan kawad pasukan uniform di sekolah iaitu dinaungi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , badan badan kerajaan (GO) dan badan badan bukan kerajaan (NGO) . Usaha menyelaraskan aktiviti kawad khususnya yang berkaitan dengan pertandingan kawad kaki telah dilakukan . Walaupun terdapat kelainan dari aspek gerakan kawad namun usaha usaha seperti membentuk sistem pertandingan atau format pertandingan yang selaras telah dilakukan . Tujuan Kawad : 1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia (menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut) . 2. Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan . 3. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib di dalam pasukan , asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali kali . 4. Apabila kawad hendaklah diterangkan sebab sebab berkawad itu , berkawad sangat sangat dikehendaki oleh pasukan , bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu . Unit Kawad dan Disiplin berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan peraturan tetap dan peraturan peraturan lain , yang dikeluarkan keatas para pelajar dari masa ke semasa dengan harapan para pelajar , memiliki kualiti disiplin yang tinggi dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada bangsa dan negara .
Unit ini juga bertanggungjawab untuk melatih para pelajar berkawad yang berdasarkan kepada konsep seperti berikut : Kepatuhan dan hormat kepada pemimpin . Kerjasama dalam pasukan untuk membentuk keseragaman perlakuan dan tindakan .
Unit ini juga bergerak sebagai pemantau bagi setiap aktiviti dalaman dan luar institut serta berusaha untuk melahirkan pelajar yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi .
7. Langkah sebelah Satu / Dua / Tiga Langkah ke kanan / kiri Gerak ! 8. Hentak kaki Hentak kaki Cepat ! . Untuk menghentikan platun dari hentak kaki , bahasa hukumnannya : Baris Henti ! 9. Buka / Tutup barisan Buka / Tutup barisan Gerak ! 10. Luruskan barisan Ke kanan Lurus ! . Apabila semua anggota dalam platun telah siap melakukan pergerakan meluruskan barisan , berikan pula bahasa hukuman kawad Pandang Depan ! 11. Hormat ke hadapan Hormat , hormat ke hadapan Hormat !
1.13 Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C , platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan : i. ii. iii. iv. Buka barisan (dalam perlahan jalan) Pandang Kanan (dalam perlahan jalan) Pandang Depan (dalam perlahan jalan) Tutup barisan (dalam perlahan jalan)
1.14 Sebaik sahaja melintas garisan kon B dan kon C , hukuman bergerak ke kiri ke kiri Pusing ! diberikan . 1.15 Hukuman tukar langkah cepat , cepat jalan diberi setelah skuad berada antara kon C dan kon D . 1.16 Skuad akan berjalan sehingga ke kon D , hukuman kiri belok diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan . Selepas melintasi kon E , skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. Hormat ke kanan . Bahasa hukuman : Hormat ke kanan Hormat ! Hormat ke hadapan . Bahasa hukuman : Hormat ke hapadan Hormat ! Tukar langkah semasa berjalan . Bahasa hukuman : Tukar langkah semasa berjalan , tukar langkah 3x , Maju Hormat selaku terima sijil . Bahasa hukuman : Hormat selaku terina sijil , hormat kehadapan Hormat ! Tukar langkah perlahan . Bahasa hukuman : Tukar langkah perlahan , perlahan Jalan ! Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan . Bahasa hukuman : Bergerak ke kanan , ke belakang Pusing ! Tukar langkah cepat jalan . Bahasa hukuman : Tukar langkah cepat , cepat jalan Bergerak ke kiri . Bahasa hukuman : Bergerak ke kiri , ke belakang Pusing ! Menghadap ke belakang . Bahasa hukuman : Menghadap ke belakang , ke kiri Pusing ! Menghadap ke hadapan . Bahasa hukuman : Menghadap ke hadapan , ke belakang Pusing! (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus) Hentak kaki . Bahasa hukuman : Hentak kaki Henti . Bahasa hukuman : Skuad Henti ! Mara menghadap . Bahasa hukuman : Skuad akan mara menghadap , dari tengah , cepat jalan . (Ketua Platun akan bersama sama skuad ketika mara menghadap)
Peringatan : 1. Semasa kawad asas , tidak ada suara dari anggota platun , kecuali hukuman Ketua Platun sahaja . (contoh : anggota menyebut kiraan masa ; kiri , kanan , kiri) 2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan kepada secara statik dan menghadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah tengah antara kon A dan B . Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti . Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berhampiran kon A dan B . Semasa mara menghadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara menghadap bersama platunnya. 3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi , pasukan tidak dibenarkan membawa alatan . 2. Pergerakan Membentuk Formasi i. Sebaik sahaja tamat mara menghadap , platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti masing masing . Kon kan dikeluarkan oleh petugas sebaik sahaja Kawad Dinamik selesai . ii. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki , up atau pass bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi . iii. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat (ketika platun berbaris bertiga tiga menghadap hadapan sebelum melapor) . iv. Ketua platun boleh masuk menyertai kawad formasi . Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik . v. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang berlainan . Formasi yang diulang akan dikira satu formasi . vi. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi . Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan. NOTA : Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad . 3. Melapor Keluar Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar kawad . Bahasa melapor keluar ialah Assalamualaikum / Salam Sejahtera Tuan (Pasukan PKBM , Pengakap , dsb) telah selesai diuji . Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya , tuan
7. Hormat Senjata Hormat Senjata ! 8. Kalih Senjata Kalih Senjata ! 9. Tatang Senjata Tatang Senjata ! 10. Jajar Senjata Jajar Senjata ! 11. Bimbit Senjata Bimbit Senjata ! 12. Julang Senjata Julang Senjata !
Bimbit senjata dari rusuk senjata . Bahasa hukumannya : Bimbit Senjata! Kalih senjata dari bimbit senjata . Bahasa hukumannya : Kalih Senjata ! . Pergerakan diulang sebanyak 2x . Selesai pergerakan , beri arahan Rusuk Senjata ! vi. *Tatang senjata dari rusuk senjata . Bahasa hukumannya : Tatang Senjata! , diikuti dengan arahan Sedia ! . **Beri arahan Periska Senjata ! , selesai pergerakan bagi arahan Tatang Senjata ! . ***Lepaskan Spring ! , selesai pergerakan , beri arahan Rusuk Senjata ! vii. Hormat senjata dari rusuk senjata . Bahasa hukumannya : Hormat Senjata! . Selesai pergerakan , beri arahan Rusuk Senjata ! 1.8. Mara menghadap . Bahasa hukuman : Skuad akan mara menghadap , dari tengah , cepat jalan . (Ketua Platun akan bersama sama skuad ketika mara menghadap) . 1.9.Julang senjata dari rusuk senjata . Bahasa hukumannya : Julang Senjata ! .Dalam pergerakan ini , Keua Platun akan memberi arahan Gempur Wira! sebanyak 3x . 1.10Melapor keluar Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar kawad . Bahasa melapor keluar ialah Assalamualaikum / Salam Sejahtera Tuan (Pasukan PKBM , Pengakap , dsb) telah selesai diuji . Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya , tuan iv. v. Peringatan : 1. Semasa kawad senjata , tidak ada suara dari anggota platun , kecuali hukuman Ketua Platun sahaja . (contoh : anggota menyebut kiraan masa ; satu , dua , tiga) 2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan kepada secara statik dan menghadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas di tengah tengah antara kon A dan B . Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti . Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berhampiran kon A dan B . Semasa mara menghadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara menghadap bersama platunnya.