Anda di halaman 1dari 2

6 Soalan Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) : 1. Imam Ghazali = Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ? Murid 1 = Orang tua Murid 2 = Guru Murid 3 = Teman Murid 4 = Kaum kerabat Imam Ghazali = Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). 2. Imam Ghazali = Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1 = Negeri Cina Murid 2 = Bulan Murid 3 = Matahari Murid 4 = Bintang-bintang Iman Ghazali = Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. 3. Iman Ghazali = Apa yang paling besar didunia ini ? Murid 1 = Gunung Murid 2 = Matahari Murid 3 = Bumi Imam Ghazali = Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. 4. IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia? Murid 1 = Baja Murid 2 = Besi Murid 3 = Gajah Imam Ghazali = Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. 5. Imam Ghazali = Apa yang paling ringan di dunia ini ? Murid 1 = Kapas Murid 2 = Angin Murid 3 = Debu Murid 4 = Daun-daun Imam Ghazali = Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat 6. Imam Ghazali = Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? Murid- Murid dengan serentak menjawab = Pedang Imam Ghazali = Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Seksaan Bagi Orang Yang Mensia-siakan Solat Lima Waktu


Dalam suatu riwayat Nabi SAW bersabda,: Barang siapa menyia -nyiakan solat, maka Allah SWT akan mengazabnya dengan 15 seksaan. Enam macam seksaan akan ditimpakan ketika di dunia, tiga macam seksaan ketika mati, tiga macam seksaan ketika di alam kubur, dan tiga macam seksaan ketika bangkit dari kubur. Adapun Enam macam seksaan yang akan ditimpakan di dunia adalah : 1. Allah SWT akan mencabut keberkahan umurnya. 2. Allah SWT akan menghapuskan ciri-ciri kesolehan dari wajahnya. 3. Seluruh amal solehnya tidak akan mendapat ganjaran dari Allah SWT. 4. Allah SWT tidak akan mengangkat doanya ke langit. 5. Seluruh makhluk di dunia akan mencercanya. 6. Tidak akan mendapat bahagian dari doa orang-orang soleh. Tiga macam siksaan ketika mati adalah : 1. Dia akan mati dalam keadaan hina. 2. Dia akan mati dalam keadaan lapar. 3. Dia akan mati dalam keadaan haus, sehingga walaupun dia diberi minum air seluruh samudera di dunia tidak akan dapat menghilangkan kehausannya. Tiga macam siksaan ketika di alam kubur adalah : 1. Allah SWT akan menyempitkan kuburnya dan menghimpit tubuhnya, sehingga tulang-tulang rusuk kiri & kanannya saling bersilangan. 2. Api akan dinyalakan di dalam kuburnya dan ia akan diguling-gulingkan di dalam baranya siang dan malam. 3. Allah SWT akan memasukkan ular berbisa yang bernama Syujaul -Aqra ke dalam kuburnya, kedua mata ular tersebut dibuat dari api, kuku-kukunya dari besi, panjang setiap kukunya sepanjang sehari perjalanan. Ular itu akan memekik kepadanya, Aku adalah Syujaul -Aqra! Suaranya seperti petir yang menyambar, ia berkata lagi, Tuhanku telah memerintahkan aku untuk menyeksamu, kerana kamu telah menyia -nyiakan solat Subuh hingga Dzuhur. Kerana kamu telah menyia-nyiakan sholat Dzuhur hingga Asar, Asar hingga Maghrib, Maghrib hingga Isya, dan Isya hingga Subuh. Setiap pukulan akan membenamkan orang itu ke dalam tanah sedalam 70 hasta, lalu dengan kukunya ular itu akan mencungkilnya lagi keluar dari tanah, terus berulang-ulang sampai hari kiamat. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari adzab kubur. Tiga macam seksaan yang akan ditimpakan pada hari kiamat (ketika dibangkitkan dari kubur) adalah : 1. Allah SWT memerintahkan malaikat untuk menarik orang itu hingga ke neraka Jahanam dengan wajah terseret. 2. Pada hari Hisab, Allah SWT akan memandang dengan pandangan murka, sehingga gugurlah daging wajah orang itu. 3. Allah SWT akan menghisabnya dengan hisab yang sangat keras, tiada keringanan sedikitpun baginya selama-lamanya, sehingga Allah SWT memasukkannya ke dalam neraka yang merupakan seburuk-buruk tempat. Naudzubillahi min dzalik. Semoga Allah SWT melindungi kita dari seksa-seksa tersebut dan menjadikan diri, keluarga, sanak saudara kita dan semua manusia mampu menjaga solat dengan baik seperti yang telah dicontohkan Nabi Muhammad SAW.

Anda mungkin juga menyukai