Anda di halaman 1dari 5

Pendidikan Jasmani : 3 Kendiri Tarikh Masa Tajuk Aktiviti Objektif : 1 April 2013 : 9.15 9.

9.45 (30 minit) : Manipulasi alatan : Menggolek bola : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :-

Psikomotor : Menggolek bola melepasi jarak yang ditetapkan Kognitif : Menyatakan langkah-langkah untuk menggolek bola Afektif : Mematuhi arahan guru :-

Standard Pembelajaran EMK

1.4.2 - Menggolek bola pada satu jarak 2.3.2 - Mengenalpasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan 5.2.1 - Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif : Kreativiti dan inovatif : Bola (6), gelung (6), skitel (14)

Bahan Bantu Mengajar

Langkah / Masa Permulaan (5 Minit)

Aktiviti Memanaskan badan -Bahu, tangan, kaki

Fokus Pembelajaran / Butiran Mengajar Angkat bahu mendekati telinga, hayun tangan membentuk bulatan, lari zig-zag dalam kawasan yang ditetapkan.

Pengelolaan P&P - Ulang setiap pergerakan sebanyak 12 kali. - Larian sebanyak 4 kali

Catatan Alatan: - Skitel Nilai: Patuh pada arahan, mengutamakan keselamatan

Petunjuk: Skitel Arah pergerakan Murid


1

Regangan dan kelonggaran - Leher, tangan, pinggang, kaki

Bengkokkan leher ke kanan dan ke kiri serta ke atas dan ke bawah, tolak tangan ke atas, depan dan sisi, bengkokkan pinggang ke kanan dan ke kiri serta ke atas dan ke bawah, hayun kaki ke depan dan ke belakang serta ke sisi

Ulang pergerakan sebanyak 4 kali, tahan dalam kiraan 8 untuk meregang.

Perkembangan (12 Minit)

Aktiviti 1: Golek bola keliling gelung

Berdiri menghadap rakan. Buka kaki seluas bahu. Pegang bola dengan tangan dominan. Hayun tangan dominan ke belakang. Kaki di sebelah tangan yang dominan berada di belakang. Bengkokkan lutut, berat badan dipindahkan ke kaki belakang. Hayun tangan ke depan dan golekkan bola kepada rakan. Pindahkan kaki belakang ke depan dan ikut lajak.

Berkumpulan 4 6 orang. M M M Petunjuk: M Murid Gelung Arah pergerakan bola M M M

Alatan: Bola, gelung Nilai: Patuh pada arahan, terlibat aktif dalam sesi P&P.

Aktiviti 2: Golek berterusan

Buka kaki seluas bahu. Berkumpulan 4 6 orang. Pegang bola dengan tangan dominan. M M Hayun tangan M M dominan ke belakang. Kaki di sebelah tangan M M yang dominan berada Petunjuk: di belakang. Bengkokkan lutut, M Murid berat badan Gelung dipindahkan ke kaki belakang. Hayun tangan ke depan dan Arah golekkan bola kepada pergerakan bola rakan. Pindahkan kaki belakang ke depan dan ikut lajak.
2

Alatan: Bola, gelung Nilai: Patuh pada arahan, terlibat aktif dalam sesi P&P, yakin pada diri.

Bengkokkan lutut, berat badan dipindahkan ke kaki belakang. Hulur tangan ke belakang menyentuh bola. Tolak bola ke arah rakan. Pindahkan kaki belakang ke depan dan ikut lajak. Aktiviti 3: Golek bola ke sasaran Berdiri menghadap rakan. Buka kaki seluas bahu. Pegang bola dengan tangan dominan. Hayun tangan dominan ke belakang. Kaki di sebelah tangan yang dominan berada di belakang. Bengkokkan lutut, berat badan dipindahkan ke kaki belakang. Hayun tangan ke depan dan golekkan bola kepada rakan. Pindahkan kaki belakang ke depan dan ikut lajak.

Sambung golekan bola mengelilingi gelung tanpa menghentikan pergerakan bola.

Berkumpulan 4 6 orang. Setiap kumpulan pecah kepada dua. Selesai menggolek, bergerak ke belakang. Menggolek bola sampai kepada rakan dalam jarak yang ditetapkan MM MM Petunjuk: M Murid Jarak golekan bola

Alatan: Bola, skitel Nilai: Patuh pada arahan, terlibat aktif dalam sesi P&P, yakin diri, kesedaran ruang.

Kemuncak (8 Minit)

Permainan bersyarat: Golekan beracun

Syarat: - Murid-murid beratur dalam satu barisan memanjang. - Penggolek akan menggolek bola kepada rakannya. - Murid yang paling hampir dengan bola akan menyentuh bola dan mengejar rakanrakannya yang lain. - Murid yang disentuh /
3

Berkumpulan 46 orang. Dalam kawasan yang ditetapkan.

Alatan: Bola, skitel Nilai: Patuh pada arahan, gembira mengikuti sesi P&P.

P XXX P XXX (K1) (K2)

dicuit dikira mati. - Murid yang keluar daripada kawasan permainan dikira mati. - Pengejar akan jadi penggolek setelah semua rakannya mati. Penutup (5 Minit) Aktiviti gerak kendur: Regangan dan kelonggaran - Kaki, pinggang, tangan, kepala - Angkat lutut rapat ke dada dan tahan selama 12 saat - Lipat kaki ke belakang dan tahan 12 saat - Buka kaki seluas bahu - Bengkokkan pinggang ke depan dan tahan sehingga 12 saat. - Balas ke belakang - Satukan jari keduadua tangan - Tolak ke atas - Tahan 12 saat - Lakukan pergerakan mendongak, menunduk dan berpaling ke kanan dan ke kiri - Tahan 12 saat untuk setiap pergerakan P X

Petunjuk: Skitel Penggolek Murid-murid

K = Kumpulan

Regangan statik Nilai: Patuh pada arahan, mengutamakan keselamat an

REFLEKSI

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak dapat dijalankan mengikut perancangan. Hal ini disebabkan terlalu banyak kelas yang turut mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) pada masa yang sama dan murid-murid lelaki meminta untuk bermain bola sepak. Selain itu, saya masih belum mengenali persekitaran sekolah sepenuhnya. Agak banyak masa yang diambil untuk mencari kawasan yang sesuai bagi mengadakan kelas. Pada mulanya saya pergi ke kawasan lapang berhampiran pintu utama sekolah. Setelah memanaskan badan, murid-murid mengadu panas kerana masa sudah lewat (kelas bermula pukul 9.15 pagi). Saya sendiri berpendapat masa dan kawasan tidak sesuai tetapi tiada pilihan kerana tiada lagi kawasan lain yang sesuai untuk PJ. Terdapat beberapa orang murid lelaki mencari tempat berteduh dan tidak bersamasama mengikuti kelas. Saya membiarkan mereka kerana mereka masih berada di kawasan berhampiran dan saya tidak mahu murid-murid berjemur di tengah panas. Setelah murid kelas lain yang mengikuti kelas PJ pada jam 8.45 pagi pulang ke kelas mereka, saya pergi ke hujung bangunan di mana kawasan itu teduh. Sebagai ganjaran untuk mereka kerana mengikuti kelas saya di awal waktu, saya membenarkan murid-murid lelaki bermain bola sepak sementara saya mengajar murid-murid perempuan kemahiran menyangga dalam bola tampar. Kelas berterusan begini sehingga tamat waktu PJ. Objektif pengajaran tidak tercapai dan sesi P&P tidak dapat dijalankan. Saya akan belajar daripada kesilapan ini dan lebih awal membawa mereka terus ke kawasan yang sesuai untuk mengadakan kelas PJ. Saya juga akan lebih bersedia dan merancang aktiviti yang sesuai dan menyeronokkan agar murid-murid berasa seronok mengikuti kelas PJ yang akan saya kendalikan nanti.