Anda di halaman 1dari 21

Stay Connected / Tuesday, July 16, 2013

HOME NASIONAL KENYATAAN MEDIA AKTIVITI & CERAMAH RENCANA RISALAH KEADILAN BUKU JINGGA Ekonomi Msia akan baik jika kjaan yang perintah bebas rasuah, kronisme
Laporan media arus perdana yang menyatakan prestasi ekonomi Malaysia hanya akan baik sekiranya Barisan Nasional terus menguasai Kerajaan Persekutuan adalah percubaan menakutnakutkan rakyat semata-mata. Syarikat antarabangsa seperti JP Morgan harus berwaspada supaya analisa mereka tidak dinampak sebagai menyelebahi mana-mana pihak politik.

Dalam jangka masa panjang, prestasi ekonomi Malaysia hanya boleh dijamin dengan adanya kerajaan Persekutuan yang bebas daripada amalan rasuah, kronisme, dan kegagalan pengurusan ciri-ciri yang sudah lama dibawa oleh Barisan Nasional. Kepercayaan bahawa perubahan politik akan membawa kesan negatif terhadap ekonomi adalah hasil daripada politik ketakutan, dan ketakutan ini bakal membiarkan pihak yang bertanggungjawab atas kelembapan ekonomi Malaysia terus berleluasa. Kedudukan ekonomi Malaysia semakin merudum. Antara penunjuk yang paling ketara adalah hutang negara yang semakin besar; Kerajaan Persekutuan terus meminjam berbilion ringgit hutang dan beban ini akan terpaksa dipikul oleh generasi masa depan. Selangor pula, bawah pimpinan Pakatan Rakyat, menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik, dengan menjayakan lima belanjawan berimbang berturut-turut dan mencapai rekod baru dalam bentuk simpanan wang rizab. Hanya perubahan kerajaan persekutuan boleh menukar halatuju ekonomi negara dan mula memulihkan kemelut ekonomi akibat pengutamaan yang diberi kepada keuntungan pihak berkepentingan dan bukan kepentingan nasional. JP Morgan serta syarikat-syarikat lain harus berhati-hati dan memastikan bahawa analisa mereka menunjukan pendekatan yang tidak berat sebelah serta menghormati hak demokratik rakyat untuk memilih kerajaan tanpa dipengaruhi oleh unsur menakut-nakutkan. Bank pelaburan antarabangsa (international investment banks) harus belajar dari kegagalan Lehman Brothers dan syarikat lain, serta lebih mengambil kira kepentingan awam dalam sebarang analisa ekonomi. Antara faktor-faktor yang tidak diambil kira dalam analisa yang sedia ada adalah kesan-kesan buruk penswastaan di Malaysia, yang semakin membebankan rakyat dengan kerugian, tetapi mengagihkan keuntungan hanya kepada pihak swasta. Kejadian ini semakin meningkat di bawah kerajaan persekutuan hari ini, di mana rakyat berhadapan dengan risiko kewangan tetapi hanya syarikat konsesi yang menikmati keuntungan.

Kepercayaan bahawa perubahan politik serta reformasi kerajaan Persekutuan akan mengakibatkan kemelut ekonomi tidak wajar sama sekali. Sebagai contoh, walaupun melalui proses perubahan politik yang cukup ketara kebelakangan ini, Thailand dan Indonesia mencatat pertumbuhan ekonomi 4.2% dan 6.4%. Ini membukitkan bahawa penukaran kerajaan tidak semestinya membawa kesan ekonomi yang buruk; sebaliknya, ada kala penukaran kerajaan amat diperlukan untuk merealisasikan reformasi dan pembaikkan ekonomi yang menyeluruh. Tan Sri Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41096

Posted by Keadilan Daily on Dec 12 2012. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

FEATURED LINKS
Anwar Ibrahim Azmin Ali Fuziah Salleh Mansor Othman Nurul Izzah Anwar Parti Keadilan Rakyat

SEARCH ARCHIVE
Search by Date

Search by Category

Search with Google

NASIONAL KENYATAAN MEDIA AKTIVITI & CERAMAH RENCANA RISALAH KEADILAN BUKU JINGGA IKLAN & PENGEDARAN
RSS

Gejala Sosial
8/20/2010

RASUAH

Dalam usaha menuju era modenisasi, negara kita terpaksa berhadapan dengan suatu penyakit sosial yang sungguh berbahaya sehingga boleh meranapkan peradaban bangsa kita, yakni gejala rasuah. Rasuah boleh diertikan sebagai amalan makan suap dan kegiatan memberikan dan menerima sogokan kebendaan untuk mencapai matlamat tertentu. Rasuah boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk dan situasi. Misalnya, rasuah dalam politik, sukan, mendapat sesuatu projek, mengelakkan diri daripada ditahan oleh pihak berkuasa, dan seumpamanya. Gejala ini kian serius di Malaysia. Saban hari, kemelut rasuah sering kali lihat di kaca televisyen dan juga di dada akhbar. Jika dibiarkan berleluasa, masalah ini boleh menghancurkan kemantapan ekonomi dan memburukkan imej negara. Pada umumnya, amalan rasuah ini merupakan suatu perbuatan jahil, jahat dan menyalahi undang-undang negara. Mengapakah amalan rasuah ini masih berlaku? Siapakah yang harus dipersalah? Sebenarnya, sikap manusia yang ingin mengejar kekayaan dan kemewahan telah menyebabkan berlakunya gejala tumbuk rasuah ini. Masyarakat semakin bersikap individualistik dan materialistik. Maka, mereka boleh menggunakan apa-apa cara sahaja untuk mencari wang termasuklah rasuah. Sikap mereka sendiri yang tamak dan tidak bertanggungjawab sanggup menerima sogokan yang diberi tanpa berfikir panjang. Sikap jujur dan amanah sudah ditepikan. Pada zaman ini, kita sering melihat berita rasuah yang menghiasi dada akhbar. Bekas Presiden Indonesia, Suharto telah banyak merasuahi pihak-pihak lain untuk membolot khazanah dan kekayaan Indonesia. Perbuatan pemimpin tersebut telah membawa penderitaan kepada rakyatnya.

Manifestasinya,keinginan menjadi kaya merupakan faktor perdana kepada berlakunya gejala rasuah. Sejak belakangan ini, kita banyak mendengar berita tentang skandal rasuah dalam sukan. Atlikatlik sukan negara kita memberikan rasuah kepada atlik-atlik negara lain agar keputusan sesuatu pertandingan sukan dapat ditukarkan. Pasukan bola sepak negara kita turut disyaki terlibat dalam rasuah apabila kandas dalam perlawanan dengan pasukan Indonesia. Biasanya, rasuah boleh berlaku apabila seseorang mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu yang diingini.

Selain itu, sesetengah pihak juga memberikan rasuah untuk mengelakkan diri daripada sesuatu hukuman. Lazimnya, kita boleh mendengar laporan tentang pihak polis yang menerima rasuah. Amalan ini biasanya berlaku apabila rakyat menyogok pihak polis dengan wang tunai apabila ditangkap kerana melakukan kesalahan, misalnya pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang jalan raya. Statistik menunjukkan bahawa kes rasuah yang dilaporkan kebanyakannya melibatkan kesalahan undang-undang jalan raya. Oleh sebab kesedaran sivik yang masih rendah dalam kalangan rakyat, maka kebanyakan mereka akan melakukan amalan rasuah tanpa memikirkannya akibatnya.

Seterusnya, kurang didikan agama juga menyebabkan gejala rasuah ini semakin kritikal dan kronik di negara kita. Kebanyakan individu yang terlibat dalam kes rasuah telah kehilangan pedoman hidup dalam marcapada yang penuh dengan kejahatan. Mereka bagaikan perahu yang patah pendayung di tengah lautan kerana senang diperdaya oleh orang lain dan tidak mempunyai matlamat tertentu. Tambahan pula, benteng ketahanan diri mereka juga mudah dibolosi. Jadi, tidak hairanlah mereka sanggup menerima sogokan wang walaupun mereka tahu perbuatan tersebut melanggar undang-undang negara dan norma hidup masyarakat. Faktor ini sedikit sebanyak juga diakibatkan oleh undang-undang yang luwes. Hal ini demikian kerana mereka tidak akan gentar

melakukan amalan rasuah jika undang-undang terlalu longgar dan mereka dapat melepaskan diri daripada hukuman dengan senang sahaja.

Oleh sebab kegiatan rasuah semakin serius dan kronik sehingga sukar dibendung, banyak implikasi negatif telah timbul. Implikasi negatif yang pertama ialah imej negara kita semakin terjejas di persada antarabangsa. Hal ini demikian kerana negara kita dianggap sebagai sebuah negara yang lemah dari segi pengurusan negara apabila angka kes rasuah semakin meningkat. Tambahan pula, rakyat negara kita juga dianggap tidak bermoral. Hal ini boleh menyebabkan bangsa kita terhina di mata dunia. Walaupun semenjak belakangan ini kita telah menggapai banyak kejayaan dalam bidang teknologi ataupun sukan, tetapi kita tetap dipandang rendah oleh negara lain kerana kebolehan negara kita telah diragui. Adakah semua kejayaan ini juga diperoleh melalui rasuah? Sehubungan ini, negara-negara lain akan hilang kepercayaan pada kebolehan negara kita dalam menjana kemajuan yang lebih membanggakan.

Selain itu,rasuah juga boleh menyebabkan keruntuhan tamadun sesebuah negara. Jika kita menyorot sejarah peradaban dunia, kita akan mendapati bahawa rasuah telahpun diamalkan oleh paderi-paderi Kristian di Eropah sebelum berlaku revolusi. Kesan amalan rasuah, negara mereka mengalami kemunduran dari segi ekonomi, malah membawa kepada perpecahan politik. Hal ini menyebabkan zaman tersebut dikenali sebagai Zaman Gelap. Maka, perkara yang sama juga boleh berlaku di negara kita sekiranya rakyat tidak mengikis amalan rasuah. Tamadun yang telah dibina oleh bangsa kita ini akan runtuh dan musnah begitu sahaja jika gejala rasuah tetap membelenggu masyarakat. Begitu juga, banyak kerajaan di benua Afrika tumbang atau diguling gara-gara pemimpinnya mengamalkan rasuah yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada mereka.

Seterusnya, rasuah juga mewujudkan ketidakstabilan sosial. Rasuah amat bertentangan dengan alam. Misalnya, hanya mereka yang sanggup melakukan rasuah sahaja akan mendapatkan projek yang ditawarkan walaupun mereka tidak berkelayakan menjalankan sesuatu kerja dengan baik. Ini bermakna, hasil daripada perbuatan rasuah, golongan yang kaya aka terus kaya manakala golongan miskin akan terus tertindas. Umpamanya, banyak projek kerajaan di negara ini dimonopoli oleh golongan tertentu yang mempunyai kaitan persaudaraan atau hubungan intim dengan pihak tertentu, walhal kerja yang dihasilkan tidak berkualiti atau mengikut piawai yang ditetapkan. Masalah jenayah juga kian meningkat ekoran amalan rasuah. Hal ini demikian kerana penjenayah boleh melepaskan diri daripada tindakan undang-undang dengan mudah melalui rasuah. Masalah rasuah juga boleh menyebabkan keselamatan negara terjejas. Misalnya, kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini ada kaitan dengan unsur rasuah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai akibatnya, kes jenayah, rompakan dan pembunuhan yang dilakukan oleh pendatang semakin meningkat, sekali gus menggugat keamanan negara.

Rasuah juga menyebabkan ekonomi negara terjejas. Kekacauan politik berlaku kerana amalan rasuah yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya negara kita. Institusi kerajaan yang ampuh dan mapan ini akan menjadi porak-peranda dan huru-hara, akhirnya rakyat akan menderita. Kesannya, pelabur asing akan menghentikan keinginan mereka untuk melabur di negara kita. Kekurangan modal seterusnya boleh membantutkan perkembangan ekonomi negara. Lantaran ini, perjalanan projek-projek mega akan tergendala dan syarikat-syarikat akan muflis jika kita tidak mengatasi kemelut sosial ini dengan cepat. Rasuah menjadi musuh utama negara kerana boleh menghilangkan semangat kerja seseorang dan menindas mereka yang bekerja dengan jujur dan penuh tanggungjawab. Produktiviti pekerja yang rendah akan memburukkan ekonomi negara. Langkah-langkah untuk menbendung gejala rasuah ini ialah kerajaan perlu memperketat undang-undang dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Sistem perundangan negara ini masih kurang mampu untuk menghadapi masalah rasuah kerana hukuman ke atas penjenayah ini tidak setimpal dengan perbuatan keji mereka. Kerajaan harus menggubalkan undang-undang yang lebih ketat dengan mengenakan hukuman berat, seperti melanjutkan tempoh hukuman penjara, mengenakan hukuman rotan atau merampas harta benda yang dimiliki oleh mereka yang terbabit dalam rasuah atau melesapkan sumber kewangan syarikat. Tindakan yang berat nescaya akan menyedarkan orang ramai supaya mereka tidak melibatkan diri daripada perbuatan maksiat ini. Usaha kerajaan melaksanakan Lempen Kepimpinan Melalui Teladan bertujuan memupuk sikap bersih, cekap dan amanah serta menerapkan nilai-nilai Islam di kalangan pegawai kerajaan dan rakyat jelata merupakan strategi yang positif ke arah menghapuskan jenayah rasuah. Atas dasar ini, pihak berkuasa telah melarang pegawai kerajaan menerima sebarang hadiah daripada orang ramai. Selain itu, setiap pegawai kerajaan juga diwajibkan untuk mengisytiharkan harta mereka untuk memastikan kekayaan mereka selaras dengan pendapatan yang diterima.

Langkah seterusya ialah menerapkan pendidikan moral dan agama. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dilaksanakan untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berilmu tetapi memiliki nilai-nilai rohaniah yang tinggi. Institusi keagamaan kekeluargaan juga menyamai nilai-nilai moral dan akhlak serta kepercayaan keagamaan kepada setiap anggota masyarakat, terutama kanak-kanak dan golongan belia. Hanya melalui asas pendidikan agama yang

kuat sahaja dapat membantu membanteras amalan rasuah ini. Penyelewengan dan pecah amanah tidak mungkin berlaku selagi seseorang itu mematuhi undang-undang negara dan mempunyai keimanan yang kuat.

Selain itu, pihak-pihak berkuasa perlu memperhebat penyiasatan tentang kes rasuah juga merupakan langkah efektif untuk mengurangkan amalan rasuah ini terus serius di negara kita. Badan Pencegah Rasuah (BRP) perlu memperhebat penyiasatan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah, pecah amanah atau penipuan wang. Polis Diraja Malaysia juga mesti mengambil lebih ramai pegawai yang berkebolehan dan benar-benar jujur untuk menjalankan penyiasatan. Pegawai-pegawai Polis Cawangan Khas boleh ditugaskan untuk membanteras jenayah rasuah. Pembentukan Jawatankuasa Mengenai Penyelewengan dan Penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran awam merupakan langkah positif kerana badan ini badan tertinggi yang bebas daripada cengkaman politik.

Kerjasama orang ramai merupakan langkah terakhir dalam mengatasi amalan rasuah ini. Tindakan yang berkesan hanyalah melalui tindakan bersepadu iaitu melibatkan badan-badan, jabatan-jabatan lain serta penglibatan anggota masyarakat keseluruhannya. Kerjasama segenap lapisan masyarakat mustahak untuk mengurangkan jenayah rasuah. Maklumat daripada orang ramai amat diperlukan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang segera ke atas mereka yang terlibat. Orang ramai juga mesti berani tampil ke hadapan untuk memberi bukti yang cukup kepada pihak polis supaya masalah rasuah dapat dibendung.

Kesimpulan, rasuah merupakan barah dalam masyarakat yang sukar diubati. Gejala ini telah semakin menghimpit masyarakat kita. Maka, kita perlu berganding bahu dan mengorak langkah untuk memerangi jenayah kolar putih ini sehingga ke akar umbi. Kerajaan perlu mengaturkan strategi yang lebih efisien dan efektif untuk membendung masalah sosial ini supaya negara kita bebas daripada amalan rasuah dan menjadi masyarakat sakinah yang beretika. Gejala rasuah merupakan perbuatan terkutuk kerana gejala ini boleh mengundang banyak masalah kepada negara. Marilah kita bersama-sama memerangi amalan rasuah agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan akan menjadi kenyataan.

Ditulis oleh, LIM LAY YONG 206645

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Label: RASUAH

Tiada ulasan: Catat Ulasan


Catatan TerbaruCatatan LamaLaman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom) SELAMAT DATANG N_N htttp://starflower-gejalasosial.blogsport.com// BAHASA MELAYU UNTUK PENGURUSAN KUMPULAN 28

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GEJALA SOSIAL 2010 (10) o Ogos (10) Perdagangan Manusia Pembuangan Bayi RASUAH Mat Rempit CETI HARAM CETAK ROMPAK Dadah JENAYAH KE ATAS KANAK-KANAK Gengsterisma BURUH ASING AHLI KUMPULAN 1.LEE YE LING 205700 (PEMBUANGAN BAYI) 2.YEOH SYE NI 205786 (MAT REMPIT) 3.SHO SIN HUA 205842 (PERDAGANGAN MANUSIA) 4.ONG LING LEE 205975 (DADAH) 5.CHIN SEE MUN 206086 (GENGSTERISMA)

6 .YANG CHIN LIT 206640 (JENAYAH ATAS KANAK-KANAK) 7.SOON LEE MING 206642 (CETAK ROMPAK) 8. CHENG JIA HUEY 206644 (CETI HARAM) 9. LIM LAY YONG 206645 (RASUAH) 10.DANNIE WONG CHYE YIN 206657 (BURUH ASING) SILA BERIKAN ULASAN ANDA,ULASAN YANG ADA BERI AMAT KAMI HARGAI ^.^ http://starflower-gejalasosial.blogsport.com// UNIVERSTI UTARA MALAYSIA Sila berikan ulasan anda,ulasan yang anda beri amat kami hargai ^.^

GEJALA SOSIAL

powered by

Templat Picture Window. Imej templat oleh konradlew. Dikuasakan oleh Blogger.

Our Network:

Forum Niaga

MalayChamberTalk2u
Found us on: Facebook Twitter Youtube More

HOME

ABOUT US LEADERSHIP MEMBERSHIP E-WARTA

YKPD

PORTFOLIO GALLERY
LOGIN

CONTACT US
You are Here:

Home Columnist Rasuah: Kesan Buruk Yang Boleh Meruntuhkan Ekonomi Negara

Rasuah: Kesan Buruk Yang Boleh Meruntuhkan Ekonomi Negara


PUBLI SHED ON DECEM BE R 10, 2010

Fikir-fikirlah dan amatilah sketch kartun ini

KELUARAN KHAS SEMPENA HARI ANTI RASUAH OLEH SPRM / UN-TRANSPARENCY INTERNATIONAL RASUAH : Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun corruption dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khusus di dalam undang -undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan. Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward John B. Saunders pula menulis dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty. Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok). Menurut Transparency International pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan -jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat. NAMA LAIN BAGI RASUAH Dalam dunia hari ini rasuah disebut dalam berbagai sebutan agar ianya tidak nampak sebagai rasuah. Ada yang disebut sebagai sogokan, suapan, tumbuk rusuk, makan suap, wang saku, duit kopi, bawah meja dan sebagainya. Semuanya itu bermaksud rasuah. Jenayah rasuah adalah satu tegahan agama, baik agama Islam mahupun agama-agama lain. Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud:Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang -orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim- hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Hadis nabi SAW ada menyatakan :Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuk o rang yang memberi sogokan dan orang yang menerima sogokan dalam soal hukum menghukum (HR. Abu Daud & Tirmizi) Ibnu Masud telah mentafsirkan ayat di atas seperti berikut: Sogokan (rasuah) dapat berlaku pada tiap-tiap sesuatu, barangsiapa yang telah memberi sesuatu pemberian dalam sesuatu pembelaan kepada seseorang supaya pembelaan itu dapat mengembalikan yang hak atau dapat menolak

kezaliman (aniaya) lantas diterimanya maka pemberian itu dinamakan sogokan juga. Perbuatan sedemikian diharamkan kerana mengandungi beberapa perkara yang diharamkan oleh agama di antaranya : 1) Tidak akan berlaku kebenaran dalam sesebuah masyarakat selagi mana perbuatan sogok menyogok masih dilakukan oleh manusia. 2) Dengan sogok menyogok itu manusia selalu melanggar hukum untuk memenuhi kehendak hawa nafsunya. 3) Dengan sogok menyogok juga manusia dapat membalas dendam antara seorang dengan orang yang lain dan sebagainya. Dalam Islam rasuah juga bermaksud harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan (imbuhan). Adakala orang yang mendapat sesutu projek atau pekerjaan tidak memberi sesuatu dalam bentuk yang boleh dikatakan rasuah dan seumpamanya tetapi selepas mendapat upah dan imbuhan, diberinya sedikit wang atau seumpamanya kepada seseorang pegawai atas dasar penghargaan maka hal ini akan menjadi satu perkara syubhat. Mungkin pemberiannya kerana penghargaan semata-mata dan tidak mengharapkan apa-apa lagi selepas itu. Adakalanya memberi kerana penghargaan tetapi ada niat tersembunyi yang mungkin hanya pemberi dan penerimanya sahaja yang mengetahui. HUKUM MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH 1. Haram dan berdosa besar, wajib bertaubat nasuha dengan segera samada pemberi, penerima atau yang berkaitan dengannnya. Jika sampai melibatkan individu tertentu yang teraniaya TAUBAT NASUHA TIDAK MEMADAI TANPA MEMOHON KEMAAFAN ATAU MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA MEREKA. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Allah Subhanahu wa Taala berfirman, Ertinya : Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. ( Al Baqarah : 188 ) Disebutkan dalam hadits :Ertinya : Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam pe netapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain). ( HR. At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih) 2. Dilaknat oleh Allah S.W.T dan RasulNya. Daging yang tumbuh dari sumber yang haram (seperti rasuah), Neraka lebih utama untuknya. Dengan rasuah akan hilang keberkatan dalam kehidupan. Hidup tidak terdorong ke arah kebajikan dan kebaikan tetapi terdorong ke arah kemaksiatan dan kejahatan. 3. Akibat rasuah kuasa, jawatan, pangkat, kedudukan yang hasil daripada rasuah ia tidak akan mendapat keberkatan dan tidak akan berkekalan lama, di akhirat pula akan dimasukkan ke dalam neraka sekiranya ia tidak bertaubat, atau bertaubat tetapi tidak diterima oleh Allah taubatnya. SUAPAN ATAU SOGOKAN Suapan atau makan suap juga boleh terjadi dalam bentuk wang derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apaapa manfaat seumpama itu yang lain;

1. Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat; 2. Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya; 3. Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisyen, rebet, bonus, potongan atau peratusan; 4. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga; 5. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan 6. Apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (1) hingga (5) yang terdahulu; PUNCA DAN SEBAB RASUAH Berbagai faktor dikaitkan mengapa seseorang itu melakukan perbuatan jenayah rasuah. Walaupun begitu Islam melihat kelakuan rasuah adalah disebabkan beberapa sikap buruk dari jiwa seseorang manusia dan didorong oleh kekuatan syaitan, kerana lemahnya iman bahkan tidak beriman kepada qadha dan qadar Allah s.w.t. Secara terperinci amalan rasuah disebabkan oleh sikap; 1. Tamak dan haloba. 2. Dengki dan khianat. 3. Sombong dan Takabbur. 4. Suka berbuat yang haram. 5. Tiada keberkatan Hidup 6. Nafsu serakah. 7. Gila Kuasa. 8. Menafikan hak orang lain. 9. Ingin menunjuk-nunjuk. 10. Zalim dan kasar. Walau bagaimanapun secara ringkasnya, berdasarkan pengalaman Badan Pencegah Rasuah di Malaysia, perbuatan jenayah rasuah berlaku disebabkan oleh: 1. Di mana seseorang ingin hidup mewah dan cepat kaya dan sentiasa mengejar kebendaan tanpa mengira halal haram. Apa yang dipentingkannya hanyalah nilai-nilai material, dengan membuang jauh tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan dengan kuasa dan pertanggungjawaban. Individu seperti ini tidak mahu mengambil kira langsung bahawa dengan melakukan perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sebenarnya dia telah melakukan kezaliman, penganiayaan dan menafikan hak-hak orang lain atau memberikan hak sesuatu itu bukan kepada orang yang sepatutnya mendapat hak itu.

Sebagai contoh, oleh kerana seorang pegawai di Bahagian Bekalan menerima suapan secara rasuah, kontraktor yang sepatutnya dan layak membekalkan peralatan ketenteraan, atau membekalkan makanan telah tidak dipilih. Perbuatan pegawai ini menyebabkan Kementerian Pertahanan atau Angkatan Tentera telah dinafikan yang terbaik yang boleh dibekalkan oleh kontraktor berkenaan. Allah swt telah berfirman: dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu ( memberi rasuah ) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan ( atau mengambil ) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahuinya. (Surah Al Baqarah: ayat 188) 2. Di samping itu, sikap hidup yang suka bermegah-megah menjadi amalan. Menyara hidup pula melebihi pendapatan hinggakan terpaksa berhutang di sana sini. Akhirnya, akibat bebanan hutang jenayah rasuah dilakukan. 3. Kurangnya penghayatan nilai-nilai murni. Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, nilai ialah beliefs about right and wrong. Manakala etika pula ditakrifkan sebagai thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong. (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). 4. Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya. 5. Kurangnya penyeliaan oleh pegawai atasan. Berdasarkan pengalaman BPR juga. kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 6. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh me- nyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. 7. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. 8. Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja. Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan / Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting. KESALAHAN RASUAH Meminta/ Menerima Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah

(wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apaapa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. Menawar/Memberi Rasuah Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apaapa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan. Membuat Tuntutan Palsu Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya. Menyalahguna Jawatan/Kedudukan mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apaapa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung. KESAN BURUK DARI RASUAH AMNYA 1. Menganiayai orang yang sepatutnya berhak mendapat sesuatu seperti, projek pembinaan dan seumpamanya. Ini akan menimbulkan pula kesan jangka panjang dimana orang yang dianianya akan turut melakukan rasuah pada lain waktu, agar pekerjaan yang lain jatuh pula ketangannya. 2. Projek pembinaan akan terbengkalai atau mudah rosak. Jika suatu projek pembinaan yang sepatutnya diluluskan oleh Engineer atau Arkitek mengikut kesesuaian spesifikasi ilmu yang mereka pelajari tidak diguna pakai ketika itu kerana dirasuah dan menerima rasuah dari seseorang kontraktor maka projek pembinaan itu akan mudah terbengkalai atau mudah rosak. Kerana kontraktor yang membina projek berkenaan mahu cepat kaya dan inginkan marjin keuntungan yang tinggi. 3. Menyemarakkan perasaan dendam dan api kemarahan, sehingga boleh mencetuskan permusuhan. Hal ini biasanya akan terbit dari pihak yang merasa dianiaya yang mengetahui haknya jatuh ke tangan orang yang memberi rasuah. 4. Tidak akan ada keadilan dalam keputusan yang dibuat oleh hakim di mahkamah. Akibat rasuah orang yang sepatutnya bersalah lepas bebas dan orang yang tidak bersalah pula masuk penjara. 5. Jika pihak menegakkan undang-undang seperti Polis, SPRM, Kastam menerima rasuah, maka kes-kes kejahatan dan perbuatan buruk seperti membunuh, mengedar dadah, penyeludupan, aduan kes rasuah, merogol dan seumpamanya tidak dapat diselesaikan. Bahkan rakyat akan hilang kepercayaan kepada jabatan-jabatan berkenaan. 1. Kesan Terhadap Individu: (i) Kehilangan pekerjaan. (ii) Kejatuhan moral atau maruah. (iii) Menerima hukuman. (iv) Menghancurkan keharmonian hidup berumahtangga. (v) Keluarga terabai. 2. Kesan Terhadap Masyarakat:

(i) Mengakibatkan ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak orang tertentu. (ii) Menggalakkan jenayah dan melindungi penjenayah. (iii) Membebankan golongan orang susah. (iv) Memburukkan lagi taraf kemiskinan kerana sumber-sumber yang telah ditetapkan bagi membantu rakyat miskin diselewengkan. 3. Kesan Terhadap Negara: (i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran. (ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan. (iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang. (iv) Kenaikan kos barang dan perkhidmatan. (v) Mengurangkan pendapatan negara. (vi) Menurunkan mutu dan kualiti kerja atau produk yang dihasilkan. PEYELESAIAN PENYAKIT RASUAH Ada beberapa cara atau langkah yang difikirkan boleh mengurangkan masalah rasuah ini daripada berleluasa, antaranya: 1. Kembali kepada Islam dengan menyebarkan kefahaman terhadap konsep Islam kepada masyarakat seperti menjelaskan hukum Islam terhadap perbuatan rasuah dan mengenal pasti perbuatan yang diredhai Allah Subhanahu wa Taala mahupun yang sebaliknya. 2. Pendidikan Islam sejak dari usia kecil agar membentuk peribadi muslim yang beriman dan bertakwa, kerana dengan adanya iman dan takwa boleh menghalang seseorang itu daripada melakukan kejahatan. 3. Membentuk individu beretika mulia dengan menanam sikap amanah, jujur, menyuruh kepada melakukan kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan. 4. Menanamkan sikap minat belia-belia untuk mempelajari kitab-kitab agama dan sebagainya. 5. Memperbanyakkan dan mengutamakan aktiviti-aktiviti keagamaan, seperti membaca, menghafal dan merenung isi kandungan al-Quran, mengkaji hadis-hadis dan kitab-kitab agama. 6. Membentuk peribadi muslim kepada seorang yang mahu mengubah sikap diri sendiri daripada yang jahat kepada yang terpuji. Firman Allah Subhanahu wa Taala: Tafsirnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .. (11) (Surah ar-Rad: 11) 7. Memberi kefahaman yang jelas tentang makna dan tujuan hidup yang sementara ini. Terimalah ketentuan Allah dengan redha dan berlapang dada.. 8. Membersihkan jiwa dengan menanamkan kerohanian Islam. Jauhi daripada sifat mahukan hak orang lain. 9. Merapatkan diri dengan al-Khaliq menerusi amalan ibadat yang wajib dan sunat, seperti sembahyang sunat, berpuasa, berzikir, membaca al-Quran dan berselawat. 10. Menjalankan hukuman tazir bagi memberi pengajaran kepada pelaku rasuah dan juga untuk orang ramai mengambil iktibar dengan hukuman tersebut.

11. Menyediakan peruntukan akta atau undang-undang bagi membentras gejala rasuah daripada berleluasa. Sebagai contoh, di Negara Brunei Darussalam peruntukan akta berkenaan disebut sebagai Akta Pencegahan Rasuah Bab (2) Penggal 131. KESIMPULAN Rasuah adalah perkara yang amat dilarang oleh syarak, bahkan mereka yang terlibat dengan amalan rasuah akan mendapat laknat daripada Allah Subhanahu wa Taala dan Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam. Perbuatan rasuah juga termasuk dalam perkara memakan harta orang lain dengan jalan yang salah. Kesannya setiap daging yang tumbuh dengan sesuatu yang haram, maka nerakalah yang lebih utama bagi orang tersebut, sebagaimana Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: Wahai Kaab bin Ujrah: Tidak masuk syurga sesiapa yang tumbuh pada dagingnya daripada sesuatu yang haram, nerakalah lebih utama baginya. (Hadis riwayat Ahmad) Hikmat di sebalik pengharaman Islam terhadap sumber-sumber pencarian yang tidak halal, Islam telah mencapai beberapa matlamat sosial dan ekonomi: 1. Menjalin hubungan antara manusia berdasarkan prinsip keadilan, persaudaraan, penjagaan kehormatan dan pemberian hak kepada orang yang berhak. 2. Islam telah menghapuskan faktor utama yang menyebabkan lebarnya jurang perbezaan ekonomi antara kelompok dan status masyarakat. Keuntungan yang keterlaluan, kebanyakannya datang daripada sumber yang haram berbeza dengan jalan yang baik, ia selalunya mendatangkan keuntungan yang sederhana dan logik. 3. Mendorong manusia agar bekerja dan berusaha, kerana haram memakan harta secara salah iaitu bukan berdasarkan pulangan hasil usaha atau tanpa berkongsi dalam keuntungan dan kerugian seperti judi, riba dan sebagainya, meskipun ia mendatangkan manfaat dari segi ekonomi. Oleh itu, amalan rasuah hendaklah dicegah daripada berleluasa. Cara yang terbaik ialah memberikan pendidikan Islam sejak dari kecil lagi agar keimanan tersemai di dalam jiwa mereka. Apabila keimanan ada dalam jiwa setiap orang, nescaya segala perkara-perkara mungkar dan maksiat akan terhindar daripada mereka, sekaligus akan membina masyarakat dan negara yang aman lagi makmur Oleh : Aziran Mat Nor Moderator on Facebook Share This

Leave a Comments
Malay Chamber Thru Facebook Recent Activities Event

Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 Expo

Recent Posts:

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) Politik punca Melayu pecahTun Mahathir Bisnes Dunia: Facebook mahu jual saham Sasar RM1j jualan karnival About Pemandu Tenaga harimau lonjak belia berbisnes KENYATAAN MEDIA DPMM PUSAT (9 FEB 2011) Seminar Import dan Export ke Negeri China oleh NCCIM/DPMM RM 150mil MARA loans for Bumi Entrepreneur next year Biography of Dr. Muhammad YunusPengasas Grameen Bank Bangladesh Search for:

Home E-Warta Contact Us About Us: DPMM Pusat DPMM Negeri Dewanmuda Dewanita Leadership: JKP MED YDP Dewanmuda Negeri Dewanita Negeri Membership: Type of Membership New Membership Application Download Membership Form Our Office: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pusat (DPMM) 33-35, Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.

Phone Number: +603-2096 2233 Fax Number: +603-2096 2533 2013 Malay Chamber of Commerce Malaysia (MCCM). All Right Reserved. Maintained by Web Impian.

Ditakrifkan sebagai memberi sesuatu kepada orang-orang yang tertentu dengan niat untuk mendapatkan sesuatu yang bukan menjadi haknya. Memberi sesuatu itu samada dalam bentuk wang ringgit, harta benda, jawatan, perkhidmatan, janji manis dan sebagainya. Ianya diberikan kepada orang yang tertentu yang tidak layak menerimanya. Mungkin orang yang diberi rasuah itu mempunyai gaji dan upah yang tertentu, lebih kaya dan berjawatan dan bukan pula kaum keluarga si pemberi. Pemberian yang diberi dengan niat agar suatu masa mendapat balasan dan imbalan yang lebih besar dari orang-orang tertentu tadi. Sedangkan pada hakikat orang lain yang sepatutnya memiliki hak itu. Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi al-risywah. Dalam Al-Quran rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu. rasuah ataupun corruption dalam Bahasa Inggeris, tidak diberi definisi yang khus us di dalam undang-undang Malaysia. Tetapi ditakrikan sebagai suapan. Walau bagaimanapun ada beberapa definisi yang telah diberi oleh beberapa pihak yang pakar dalam bidang ini. Di dalam kamus Concise Law Dictionary. P. G. Osborne memberi definisi bribery and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward to any person to influence his conduct; or the receipt of such reward John B. Saunders pula menulis dalam kamus Mozley and Whiteleys Law Dictionary memberi definisi corruption is the taking or giving of money for the performance or non-performance of a public duty. Rasuah dalam bahasa Latin: corruptio daripada kata kerja corrumpere = busuk, rosak, menggoyahkan, memutar balik, menyogok). Menurut Transparency International pula, rasuah ialah perilaku buruk di jabatan-jabatan atau pejabat-pejabat awam, termasuklah para politikus dan pegawai-pegawai, yang secara tidak wajar dan tidak sah/menurut undang-undang, mengayakan diri atau memperkaya kerabatnya (keluarga dan sahabat handai), dengan menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi: Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan, Penyalahgunaan harta Negara, yang akan merugikan Negara, serta memperkaya diri sendiri dan kaum kerabat. - See more at: http://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-meruntuhkan-ekonominegara/#sthash.SDZxbQZ1.dpuf - See more at: http://www.malaychamber.com/columnist/rasuah-kesan-buruk-yang-boleh-meruntuhkan-ekonominegara/#sthash.SDZxbQZ1.dpuf

Anda mungkin juga menyukai