Anda di halaman 1dari 3

Orang utan (Pongo pygmeus) adalah spesis hidupan liar yang terancamdan dilindungi sepenuhnya di bawah Enakmen Pemeliharaan

Hidupan Liar 1997. Barubaru ini JHL, (dibiayai oleh DANIDA /Projek SWD-CAP) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perancis HUTAN telah memulakan Kajian Fauna Kedua di Sabah. Aktiviti ini akan membolehkan kita menentukan saiz populasi orangutan dan taburannya di Negeri ini. Orang utan adalah haiwan yang sukar ditemui di dalam hutan, oleh itu kepadatan orangutan tidak boleh ditentukan dengan cara pemerhatian langsung. Pada masa ini, cara yang paling tepat adalah dengan menggunakan teknik pengiraan sarang orangutan di sepanjang transek. Walaubagaimanapun teknik ini banyak menggunakan tenaga, masa, kakitangan dan kewangan, dan kawasan yang dapat ditinjau dari tanah adalah terhad. Sejak 3 tahun lepas, KOCP (Kinabatangan Orangutan Conservation Project) dan JHL (Jabatan Hidupan Liar ) telah berkerjasama di Kinabatangan untuk membangunkan satu kaedah pengiraan sarang orangutan melalui bancian dari udara, dengan menggunakan helicopter. Hasilnya, penggabungan kedua-dua kaedah ini boleh menentukan saiz taburan dan populasi orangutan dengan lebih tepat. Sehingga kini, kumpulan dari JHL dan KOCP telah membuat kajian lebih kurang separuh daripada kawasan hutan di Sabah. Hasil awal untuk sebilangan hutan simpan yang telah ditinjau sehingga kini adalah seperti jadual di bawah:-

Kawasan Hutan Simpan Saiz

Saiz Habitat (km2)

Kepadatan Orang utan individuals/km2

Populasi (individu)

Sanktuari Hidupan Liar Kinabatangan (SHLK) Hutan sekeliling SHLK Hutan Simpan Gunung Rara Hutan Simpan Kalabakan

247

2.00

495

320 2200 2200

1.44 0.11 0.20

460 240 440

Hutan Simpan Malua Hutan Simpan Ulu Segama Hutan Simpan Danum Valley Hutan Simpan Segaliud Lokan Hutan Simpan Tangkulap Hutan Simpan Deramakot Hutan Simpan Ulu Kalumpang

340 1600 420 570

2.41 1.86 0.80 1.48

820 2980 335 840

270 530 500

1.79 1.78 0.20

480 945 100

Kajian menunjukan bahawa taburan orangutan tidak seragam dan ia lebih tertumpu di hutan bahagian Pantai Timur Sabah. Walaubagaimana, terdapat juga sebilangan kecil populasi yang terpencil di Bahagian Croker & Taman Kinabalu, dan juga di hutan simpan seperti Samantolong, Madai Baturong, Sugut dan Paitan. Kepadatan orangutan di semua kawasan ini agak rendah (purata kurang dari 0.1ind/km2). Populasi orangutan yang terdapat di Ulu Segama, Malua, Kuamut, Gunung Rara,Hutan Simpan Kalabakan dan Lembah Danum, yang kesemuanya di bawah jagaan Yayasan Sabah, adalah populasi yang terbesar di Malaysia, dengan bilangan minima sebanyak kira-kira 5,000 individu. Populasi ini merupakan salah satu daripada kubu terakhir untuk spesis ini di Borneo, dan juga peluang terakhir untuk keadaan terus hidup dalam jangka panjang di dunia. Malua adalah hutan simpan yang mempunyai kepadatan orangutan tertinggi dalam konsesi Yayasan Sabah (2.41 individu/Km2), dengan jumlah lebih daripada 800 individu. Hutan Simpan Ulu Segama menyokong lebih kurang 3,000 individu populasi orangutan, dengan corak taburan berbeza dan rekod kepadatan tertinggi adalah di sekeliling lembah Danum. Apa yang menarik perhatian ialah kepadatan orangutan di bahagian Selatan Hutan Simpan Ulu Segama adalah tinggi walaupun di kawasan di mana habitatnya hampir musnah.

Hutan Dara Lembah Danum (Hutan Simpan Kelas I) mempunyai populasi lebih kurang 500 individu orangutan. Walaupun Lembah Danum adalah kawasan habitat penting untuk orangutan, ia mempunyai muatan yang terhad. Walaupun orangutan lebih mengemari habitat hutan dara, jenis hutan ini telah diketahui menawarkan sumber makanan yang terhad dan pelbagai mengikut musim. Oleh itu, adalah tidak mungkin bagi hutan dara Danum untuk menampung lebih banyak populasi orangutan yang lebih besar daripada apa yang terdapat di kawasan tersebut pada masa ini. Secara ringkas kajian dari udara di bahagian Selatan Hutan Simpan Kuamut menunjukkan kehadiran sarang orangutan yang tinggi. Walaubagaimana pun, hanya sebilangan kecil kawasan HS Kuamut yang telah ditinjau, dan terlalu awal untuk membuat anggaran saiz populasi dan taburan orangutan di hutan simpan ini. Kehadiran orangutan di hutan Ulu Segama, Malua dan sekeliling hutan simpan telah lama diketahui (Payne, 1988). Walaubagaimana pun, kajian baru-baru ini yang lebih intensif menunjukkan kehadiran pupulasi yang lebih besar dan di kawasan yang lebih tinggi daripada apa yang telah dicatat oleh kajian yang terdahulu. Kebanyakan populasi orangutan yang dikenalpasti tinggal di luar kawasan yang dilindungi dan dalam kawasan yang dieksploitasi manusia. Untuk memastikan agar kehadiran spesis orangutan adalah berkekalan di Negeri Sabah, ia harus dilindungi secara aktif dan sepenuhnya. Dengan itu, JHL (disokong oleh HUTAN dan DANIDA/ Projek SWD-CAP) telah memulakan Pelan Pembangunan Negeri untuk spesis ini yang mana telah melibatkan semua stakeholder (Jabatan Hutan, Yayasan Sabah, pengurus konsesi pembalakan, komuniti tempatan dll.