Resipi MSK Nasi Dage

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 24

Bahan-bahan ( Untuk 25 orang makan )

Untuk nasi:

1 gantang(2.7kg) beras wangi (eg: brand Sunwhite) dibasuh dan direndam selama 8 - 9 jam Segenggam bawang merah setelah dimayang ( lebih kurang 12 ulas) 1 - 2 inci halia (dihiris halus-halus panjang) 1 - 2 sudu besar halba Santan dari 3 biji kelapa ( santan pekat satu cetong(lebih kurang 900ml) dan santan cair satu setengah cetong) 1 sudu besar gula

segenggam garam Untuk lauk: 4 ekor ikan tongkol yang besar direbus bersama satu keret besar nisan, segenggam asam gelugur dan garam secukup rasa, air

rebusan disimpan untuk dimasukkan dalam masakan kuah nanti Untuk Kuah: 1 senduk nasi penuh serbuk ketumbar 1/2 senduk nasi serbuk jintan manis segenggam lengkuas setelah dihiris 1 inci kunyit hidup (atau 1 sudu besar kunyit serbuk) 1 labu bawang putih (yang besar) 2 inci halia 3/4 kilo bawang merah lebih sedikit 1 1/2 bungkus cili boh yang RM1.20 sebungkus kerisik dari 1/2 biji kelapa 4 keret besar nisan santan dari 4 biji kelapa ( kepekatan biasa, jangan cair) 2 inci kulit kayu manis Untuk Acar: 3 biji timun 1 batang karot 3 biji cili merah besar 2 potong nenas 1/4 kobis (setelah dipotong-potong digaul bersama garam gula dan cuka secukup rasa) Telur rebus: 12 - 13 biji

Cara-cara

1. Cara-cara memasak kuah: semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis. 2. masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahanbahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis. 3. masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, step ini diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin) 4. Cara-cara memasak nasi: beras yang direndam 8 jam dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba. 5. kukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap. 6. Bagi siapa yang kesuntukan masa boleh ikut cara saya memasak kuah, tapi kuahnya tak segelap yang original dan tulang tak sempat menjadi lembut.

* *NASI** ( resepi asal dari Kak Minami133 Myresipi) terima kasih byk2, halal resepi nye ya : ) * 4 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut ( ros guna 1 cawan beras pulut+3cwn beras jasmine) * 1/2 tin santan * garam dan gula * 1 sudu besar halba * bawang dan halia (hiris halus2) * air * **GULAI IKAN TONGKOL** * 1 tin santan * 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 2 cm halia , 4 cm lengkuas

} di'blend' * 15-20 tangkai cili kering * 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga ros * 6 keping asam keping * garam dan secubit ajinomoto * gula ( ros guna gula nisang) * 5-6 biji cili padi * 1 ekor ikan tongkol * 1 cm belacan ***ACAR** * 2 batang timun * 1 batang lobak merah * 1/2 biji bawang besar * 1 biji lada besar * cuka, garam, gula Cara-cara 1. NASI: Beras dibasuh dan direndam 1 malam. Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali masukkan halba, bawang dan halia. 2.Kuah GULAI IKAN TONGKOL: Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di

blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak, masukkan belacan(kalo tak tumis rempah pon tak apa2.ikut citarasa masing2.). Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam, ajinomoto dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi. 3. ACAR: Timun dan lobak dihiris panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. Simpan di dalam peti untuk seketika.

Nasi Dagang Terengganu Bahan-bahan: 5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise 1 biji kelapa - (2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat) 3 ulas bawang merah - dimayang halus 1 in halia - mayang halus 3/4 sudu besar halba 1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat Cara membuat: Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.

Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.

Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.

Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.

Kemudian rata dan kemaskan nasi. Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan2 sambil digembur2kan.

Gulai Ikan Nasi Dagang

Bahan-bahan: 1 ekor ikan tongkol hitam saiz besar (lebih kurang 1 kg) 1 biji kelapa - ambil santan 3 sudu besar cili kering kisar - jika suka boleh tambah lagi 1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air) 8 gram rempah masak cap bunga rose 10 ulas bawang merah - kisar 4 ulas bawang putih - kisar 1 inci halia -kisar 2 hiris lengkuas -kisar 2 keping asam gelugur 2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa 10 cili kecil Garam secukup rasa

Minyak utk menumis Cara membuatnya: Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam gelugor dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap.

Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula.

Masukkan cili padi. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.

Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.

Acar

Timun

Timun - hiris memanjang Karot - hiris memanjang 1/2 biji bawang besar Gula Cuka secukupnya Garam Timun dan karot yang dihiris direndam dalam air garam.

Satukan cuka, gula dan garam sehingga hancur. Gula mesti lebih baru nampak ianya berkilat. Masukkan bawang besar dan sayuran yang dihiris tadi.

Sesuaikan

rasa

dan

siap

dihidangkan.

Selamat menjamu selera dengan nasi dagang yang sangat lembut dan wangi ini. Cubalah, pasti makan menambah nambah

Enjoy ...

GULAI IKAN AYA NASI DAGANG Resipi : Embunrosaliza.blogspot.com

Bahan - bahan

2 ekor ikan tongkol sederhana besar - dipotong2 4 keping asam keping garam sedikit air sedikit nisan/ gula melaka

- rebus ikan bersama bahan2 diatas.

Bahan2 untuk Kuah

1 labu bawang besar* 3 ulas bawang merah* 4 ulas bawang putih* 1 inci halia* 1 inci lengkuas* 1 inci kunyit hidup* 10 tangkai cili kering* Santan garam 1 keping Asam keping sedikit gula melaka perasa cili hijau 1 peket kecil serbuk kari ikan adabi sedikit minyak untuk menumis

Cara - Cara Blender bahan 2 yang bertanda *hingga hancur, kemudian tumis sehingga wangi, selepas itu masukkan rempah kari ikan, kacau2 seketika, dan masukkan sedikit air, kacau hingga sebati. Masukkan santan dan semua bahan2 lain kecuali cili hijau. Masak hingga kuah mendidih dengan api yg sederhana, Apabila mendidih,

masukkan ikan, kacau dengan perlahan, takut ikan hancur, kemudia masukkan cili. Sesuikan rasa, siap.

note ; akk guna santan rm 2.00 kemudian campur dengan air. Kuah gulai untuk nasi dagang yang pekat2 sikit baru best n kaw2, kalo cair macam tak melekat kat kuah, tapi awassss kolestrol....

Anda mungkin juga menyukai