Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PERTANDINGAN SUKAN PERMAINAN ANTARA KELAS 2013 1 MURID 1 SUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 19 SHAH ALAM

1. PENGENALAN Kertas kerja ini dikemukakan kepada Guru Besar dan Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk mendapatkan kebenaran penganjuran aktiviti dan peruntukan perbelanjaan seperti yang dipohon. 2. MATLAMAT Pertandingan Sukan dan Permainan antara kelas 2013 ini ialah satu pertandingan untuk mengasah bakat dan mencungkil bakat-bakat yang terpendam dan juga menggalakkan murid untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan dan ia adalah manifestasi utama ke arah mengembangkan potensi jasmani dan mewujudkan keharmonian fizikal pelajar. Secara amnya, penganjuran program ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu membangunkan modal insan yang cemerlang dan juga sebagai salah satu program bagi menjayakan dasar 1Murid 1Sukan. 3. OBJEKTIF 3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang sukan/olahraga. 3.2 Mengembangkan potensi fizikal pelajar ke tahap optimum 3.3 Melahirkan pelajar yang cergas dan dapat memupuk disiplin dan semangat kerja sama yang tinggi di kalangan rakan dan pasukan. 3.4 Mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang sukan. 3.5 Mewujudkan suasana meriah dan ceria. 4. TARIKH, TEMPAT DAN MASA Tarikh Tempat Masa : : : Sepanjang April 2013 Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam 7.20 pagi 6.30 petang (mengikut jadual yang ditetapkan)

5. PENYERTAAN Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2

6.

JENIS PERTANDINGAN 6.1 Bola Sepak 6.2 Bola Jaring 6.3 Sepak Takraw 6.4 Badminton 6.5 Ping Pong 6.6 Bola Baling ANGGARAN PERBELANJAAN Sila rujuk Lampiran 1 JAWATANKUASA PELAKSANA Sila rujuk Lampiran 3 PENUTUP

8. 9.

10.

Atas justifikasi dan cadangan di atas adalah diharapkan agar kertas kerja ini akan dapat dipertimbangkan dan mendapat kelulusan sepenuhnya daripada pihak sekolah dan segala peruntukan perbelanjaan pohon diluluskan.

Disediakan oleh

Diluluskan oleh

.. (MOHD RADHI B MD SHUKRI) Setiausaha Sukan, SK Seksyen 19, Shah Alam

Lampiran 1 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil 1

Perkara Hadiah Piala Johan 6 jenis sukan x 6 aliran RM 50 x 36 Hamper 6 jenis sukan x 6 aliran RM 50 x 36 Hadiah Piala Pusingan Kelas Terbaik x 1 Alatan & Alat Tulis Runcit dan pelbagai Banner Jumlah

Jumlah (RM) 1800.00

1800.00

3 4 5 6

100.00 200.00 100.00 100.00 4100.00

Anda mungkin juga menyukai