Anda di halaman 1dari 2

TEKNIK KHUSYUK DALAM SOLAT

Diantara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadat ialah : 1- Sentiasa melaksanakan solat secara berjemaah, (yang paling afdal ialah di masjid ) . 2- Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya . 3- Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin . 4- Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan memperkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat . 5- Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota . 6- Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri . 7- Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang menganggu fikiran atau membimbangkan hati . 8- Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup .

9- Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hati hambanya . 10- Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri kepada Allah yang melihat sgala gerak-geri kita . 11- Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir . 12- Sebelum mengangkat takbir , sebelum membaca surah al-Nas, Selawat atas Nabi, istiqhfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan . 13- Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak mengerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat . 14- Memusatkan seluruh ingatan kepada solat . 15- Memanjangkan sikit tempoh semasa rukuk dan sujud . 16- Memastikan tiada gangguan dalam kawasan kita bersolat . 17- Jangan memandang ke kiri dan ke kanan .

Anda mungkin juga menyukai