Anda di halaman 1dari 1

Pemilihan surah al-fatihah sebagai bacaan utama dalam solat menyimpan seribu makna.

Sesungguhnya, solat adalah wadah bicara hamba dengan Rabbnya. Dan setiap kali al-fatihah dibaca dalam solat, ternyata Allah membalas tiap bait bicara, sepertimana dalam hadis qudsi, sabda Baginda Rasulullah S.A.W., Allah berfirman, Aku telah membahagikan solat (al-fatihah) kepada dua bahagian, separuh untukKu dan separuh lagi untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa saja yang dipohonkan kepadaKu. Apabila hambaKu berkata, Segala puji untuk Allah Tuhan Sekelian Alam. Allah menjawab: HambaKu telah memujiKu. Apabila hambaKu berkata, Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Allah menjawab: HambaKu telah memberi sanjungan kepadaKu. Apabila hambaKu berkata: Yang Menguasai hari pembalasa. Allah menjawab: HambaKu telah mengagung-agungkanKu. Apabila hambaKu berkata, Hanya Engkau yang aku sembah dan hanya Engkau tempat aku memohon perlindungan. Allah menjawab: Ini di hambaKu dengan Aku dan untuk hambaKu apa sahaja yang dipohonkan kepadaKu Apabila hambaKu berkata, Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka. Bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. Allah menjawab: Ini untuk hambaKu dan untuk hambaKu apa sahaja yang dipohonkan kepadaKu. Ingatan untuk diri sendiri: betapa signifikannya bacaan surah al-fatihah dalam solat. Seakan-akan satu dialog antara hamba dengan Ilahi Rabbi. Lantaran, pembacaan perlu disertakan dengan kehadiran hati. Bila baca ayat memuji Allah, puji betulbetul. Bila baca ayat yang mengagungkan, agungkan betul-betul. Kena menjiwai bacaan al-fatihah sepenuhnya. Bila ayat berdoa, mohon dengan penuh harapan. Sebab Allah akan jawab setiap bait ayat yang dibaca. SubhanaAllah. Teringat pada kata-kata Tuan Guru Nik Aziz, bila lafazkan Allah hu Akbar, dalam takbiratul ihram, maknanya Allah yang Maha Besar, dah tak ada yang lain yang lebih besar. Jadi, jangan ingat benda lain lagi dalam solat. Ingat Allah saja.

Anda mungkin juga menyukai