Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR

JUMAAT-AHAD 24 26 SEPTEMBER 2013 PERINGKAT IPG KAMPUS BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR

1.0 PENGENALAN Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan pada setiap tahun di Institut Pendiidkan Guru Kampus Bahasa Melayu untuk memenuhi keperluan kursus WAJ3110 Kokurikulum-Unit Beruniform PISMP Semester 4. Melalui perkhemahan ini, para guru pelatih dapat memperoleh pendedahan mengenai asas perkhemahan.

Perkhemahan unit beruniform adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha menangani segala bentuk masalah gejala sosial. Perkhemahan juga dapat mendidik para guru pelatih percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri mereka. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan,

mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru.

Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada guru pelatih menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan ini dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama guru pelatih dan pensyarah pembimbing.

2.0 MATLAMAT Matlamat utama Perkhemahan Unit Beruniform ini adalah untuk mengukuhkan ilmu pendidikan luar yang telah dipelajari serta berkongsi pengalaman bersama-sama ahli Pandu Puteri Kadet dan para pemimpin.

Di samping itu, para guru pelatih berpeluang mengaplikasi teori-teori berkaitan perkhemahan yang telah dipelajari semasa sesi kuliah oleh pensyarah pembimbing.

Tambahan pula, perkhemahan ini dapat membina keyakinan diri para guru pelatih dan berfikir secara rasional apabila berhadapan dengan situasi mencabar.

3.0 OBJEKTIF Pada akhir program ini, para guru pelatih akan dapat: i. Membina generasi yang bersemangat patriotik, cinta akan agama, bangsa dan negara.

ii.

Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, daya saing yang sihat, bersemangat juang, kreatif dan inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

iii.

Membina dan memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan guru pelatih yang sentiasa mengamalkan, mempraktikkan isi kandungan kokurikulum.

iv.

Menanam sikap bertoleransi, kerjasama, tolong-menolong dan sentiasa bermuafakat dalam segala perkara dengan menjauhkan segala perasaan dengki, mementingkan diri sendiri dan menyalahkan orang lain.

v.

Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah serta sentiasa peka dan proaktif dalam menghadapi cabaran hidup.

4.0 TEMA Perkhemahan Unit Beruniform ini bertemakan Gaya Hidup Sihat.

5.0 TARIKH / HARI / TEMPOH / TEMPAT Butir-butir berkaitan dengan aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut : Tarikh Hari : 24 hingga 26 September 2013 : Jumaat hingga Ahad

Tempoh : 3 hari 2 malam Tempat : Bukit Cerakah, Selangor Perasmi :Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Pengarah IPG KBM.

6.0 ANJURAN Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet Ambilan Januari 2012.

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA Yang berikut ialah senarai anggota jawatankuasa pelaksana untuk Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet.

Pengerusi: Timbalan Pengerusi : Setiausaha : Penolong Setiausaha : Bendahari : Penolong Bendahari :

Nursa Umira binti Sazuki Naimah binti Abdullah Nur Syuhada binti Rosli Nor Nadia Nabilah binti Mohd Nor Azan Qurratu Aini binti Jumaan Marleenah binti Roslee

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA ( Lihat Lampiran)

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan 1. Yuran Pandu Puteri Kadet 2. Sumbangan Wisma Pandu Puteri 3. Penajaan

RM RM 340 RM 500 RM 3000

JUMLAH

RM 3840

Perbelanjaan

RM

1. 2.

Cenderamata Perasmi Cenderamata Pemimpin

RM 20 x 1 RM 10 x 5

RM 20 RM 50

3. 4. 5.

Cenderamata Para Guru Pelatih RM 5 x 34 Makanan Lain-lain (RM 12 x 34) 3

RM 170 RM1224 RM1464

JUMLAH

RM 3840

10.0 PENUTUP

Adalah sangat diharapkan program ini dapat melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat serta mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan sedaya upaya merancang dan berusaha untuk

merealisasikan program perkhemahan ini. Adalah diharapkan agar program ini berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama ini dengan lebih baik.

Disediakan oleh,

Disemak oleh:

(NUR SYUHADA BT ROSLI) Setiausaha, Program Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet

.. (NURSA UMIRA BT SAZUKI) Pengerusi, Program Perkhemahan Unit Beruniform Pandu Puteri Kadet

Diluluskan oleh,

.. (Datin Siti Hanifah binti Madarsa) Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu .

LAMPIRAN SENARAI AHLI JAWATAN KUASA 7.0 JAWATANKUASA KECIL PERKHEMAHAN JAWATANKUASA KETUA PERKHEMAHAN DAN PENOLONG 1) Siti Aishah Binti Mutazah 2) Nurul Aida Binti Hamdan KHEMAH 1) Cassandra Inggam Estrop 2) Mashlina Binti Mokhsar PERALATAN 1) Nur Adibah Binti Salehuddin 2) Adrilia Wilfred TUGAS a. Merancang segala pengisian aktiviti. b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat. a. Menyediakan peralatan khemah yang mencukupi dan dalam keadaan yang baik. a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program. b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dalam keadaan baik dan sedia digunakan. a. Merancang aktiviti yang sesuai untuk dijalankan. b. Mengendalikan aktiviti.

AKTIVITI 1) Nurisina Felina Binti Mhaykan 2) Norfaezah Abdullah 3) Siti Nabilah Binti Sajali 4) Helora Binti Mohirin KESELAMATAN, KEBAJIKAN DAN KEBERSIHAN 1) Nurul Aida Binti Hamdan 2) Nurul Shimaa Binti Ibrahim 3) Suriani Usman

a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap. b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti. c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan. d. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan. e. Memastikan kawasan sentiasa bersih dan selesa. a. Merancang dan menentukan menu makanan. b. Merancang jadual makan dan minum guru pelatih dan para pemimpin. c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar.

MAKANAN DAN MINUMAN 1) Nur Atiqah Binti Mohd Norhaidar 2) Amalina An Nur Binti Anas

DOKUMENTASI/ BULETIN 1) Nuradilah 2) Nur Azimah

a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. Mengambil foto untuk setiap aktiviti. c. Menyediakan laporan perkhemahan didokumentasikan. d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan. a. Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/ kerohanian. b. Memastikan dan Memimpin para guru pelatih solat berjemaah. c. Mengelolakan kuliah maghrib dan subuh. a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program perkhemahan.

KEROHANIAN 1) Nurul Ain Binti Zakaria 2) Siti Aminah Mohd Yusof

HADIAH DAN SIJIL 1) Vetaria Anak Unja