Anda di halaman 1dari 4

RAHSIA TANDATANGAN AISHAH : DUIT DARI ALAM BUNIAN?

oleh Misteri & Keajaiban Alam (Fake & Fact) (Nota) pada pada 23hb Jun 2011 pukul 9.24 ptg

Anda tentu pernah melihat tandatangan AISHAH pada matawang ringgit Malaysia. Sejauh manakah anda mengenali AISHAH ini sebagai gabenor Bank Negara Malaysia? Semakan melalui Bank Negara Malaysia juga mengesahkan tiada gabenor Bank Negara bernama Aishah! Bank Negara juga mengesahkan satu-satunya gabenor wanita ialah Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan gabenor Bank Negara Malaysia ke tujuh dan masih berkhidmat sehingga kini. Apakah duit dengan tandatangan AISHAH ini merupakan duit dari alam bunian sepertimana yang heboh diperkatakan suatu masa dahulu. Kononnya ketika dunia mengalami kemerosotan ekonomi malah Malaysia juga diserang oleh George Soros menyebabkan ekonomi kita lumpuh, sahabat-sahabat dari alam bunian telah membantu rakyat Malaysia dengan mengeluarkan sejumlah besar wang dari alam mereka untuk digunakan oleh rakyat Malaysia. Mungkin kedengaran mustahil namun percayalah tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini sekarang. Sejauh mana kebenaran cerita ini tidaklah dapat dipastikan. Namun sekiranya anda mempunyai pendapat mengenai kisah ini eloklah kita kumpulkan bersama untuk tatapan generasi masa kini. Berikut disertakan senarai nama gabenor Bank Negara Malaysia : Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962) Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980) Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985) Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994) Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998) Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000) Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini) Apa yang pasti, sebenarnya tandatangan AISHAH yang diperkatakan milik bunian ini sebenarnya adalah milik Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman, gabenor Bank Negara Malaysia keenam.

1. Tan Sri W H Wilcock (Januari 1959 - Julai 1962) (TIADA CONTOH TANDATANGAN DI PEROLEHI) 2. Tun Ismail bin Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980)

3. Tan Sri Abdul Aziz bin Taha (Julai 1980 - Jun 1985)

4. Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein (Jun 1985 - Mei 1994)

5. Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998)

6. Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998 - April 2000)

7. Tan Sri Dato' Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz (Mei 2000 - Kini)

RM1 ALI ABUL HASSAN SULAIMAN.

RM1 ALI ABUL HASSAN MEMPUNYAI BERBAGAI CERITA. 1. Tandatangan oleh "AISHAH" iaitu Cik Puan Aishah yang menjadi Permaisuri Agong dulu, hanya ada beberapa keping sahaja di Malaysia . 2. Kononnya duit dari alam ghaib di mana gabenornya adalah "AISHAH", telah terlepas ke alam nyata. Hanya ada beberapa keping sahaja di alam nyata ini. 3.Kononnya juga duit anugerah dari Raja Alam Ghaib kepada seseorang di alam nyata. Duit ini jika dipersembahkan semula kepada Raja Alam Ghaib dengan selengkapnya, iaitu RM100, RM50, RM10, RM5 dan RM1 ini, bakal diganjarkan dengan nilai jutaan ringgit dari alam sana. Pengalamanku 1. Aku pernah didatangi oleh seseorang yang menginginkan duit ini. Aku kata ada tapi harganya mahal. Beliau memberitahu telah mencari seluruh negara dengan beberapa ahli kumpulannya yang berada di utara, selatan, tengah dan timur semenanjung tetapi tidak berjumpa. Beliau cukup seronok bila melihat duit ini memang wujud, dan mengajak aku join kumpulannya. Aku menolak dengan baik kerana aku hanyalah collector, aku ingin menjual duit ni dengan harga RM 2222.22. Kemudian beliau menelefon rakan-rakannya memberitahu hal tersebut dan mula membuat perbincangan. Dalam pada itu aku bertanya untuk apa duit ini, katanya untuk pelengkap duit sign aishah bagi dipersembahkan ke alam sana. Selepas perbincangan beliau setuju untuk bayar RM1007.77. Aku terima bayarannya dan serahkan duit tersebut kepadanya. Semua harga makanan yang kami makan di restoran tersebut beliau bayar dengan gembiranya. 2. Aku mendapat panggilan telefon dari seseorang yang menyuruh aku ke suatu tempat di Jerantut, Pahang. Ada orang perlukan duit tersebut. Kerana rasa ingin tahu aku memandu keseorangan ke sana. Sampai tempat yang dijanjikan aku telefon balik individu tersebut. Katanya dia tak dapat datang, aku disuruh tunggu sekejap ada orang akan ambil .Kemudian sampai seorang pemuda,selepas bersalaman aku membuat beberapa pertanyaan dalam loghat kelantan kerana aku tahu ramai orang jerantut berasal dari kelantan. Ternyata pemuda ini pun bercakap dalam loghat kelantan juga. Selepas aku yakin dengan kejujuran dia, aku ikut dia memasuki satu kampung di Jerantut. Sampai di satu rumah sudah ada beberapa orang yang sedia menunggu. Selepas memberi salam, aku masuk dan bersalaman dengan mereka. Kemudian aku diminta masuk ke satu bilik. Dalam bilik tersebut aku dapati ada seorang lelaki pertengahan umur sedang duduk atas sejadah, berpakainan serba putih memakai serban putih. Aku memberi salam, bersalaman dan duduk berhadapan dengan beliau. Aku memberitahu ada seseorang yang minta aku ke situ, tapi aku kecewa kerana dia tak hadir bersama. Sambil mata aku

melilau melihat sekeliling yang dipenuhi barang antik, barang mistik serta beberapa buah2an dan tumbuh2an yang agak luar biasa. Dia mula bercerita, yang perlukan duit ini adalah orang dari alam ghaib, dia minta aku bersama beliau untuk memasuki alam sana dan membuat pertukaran. Tapi bukan sekarang kerana dia perlu menghubungi orang sana dan memberitahu nama individu menyimpan duit ni . Jika persetujuan telah dicapai baru kami akan datang ke sana. Aku cuba tanya di mana, macam mana nak masuk ke sana. Beliau memberitahu tempatnya di sebuah gunung di negeri pahang, pergi dengan kereta, tinggalkan di satu tempat, berjalan kaki ke kawasan tersebut. Sejenis minyak akan disapukan ke kelopak mata atau kening, bila saja mata dibuka kita telah sampai ke alam bunian. Jika kita dah berjanji untuk minta pertukaran wang, kita jangan tergoda dengan benda2 lain yang terdapat di alam sana. Katanya terdapat bermacam2 benda di alam sana yang boleh menyebabkan kita tergoda. Aku anggukkan kepala tanda faham apa cerita beliau. Dalam kepala aku terfikir, macam mana jika aku masuk hanya satu hari tetapi sebenarnya dalam alam nyata dah jadi satu bulan, kecoh tempat kerja aku. Aku memberitahu, aku hanyalah pengumpul duit sebegini, aku mahu urusan yang cepat dan pantas, jika urusan yang hendak dibuat agak lama, aku keberatan. Yang paling pantas adalah aku jual saja duit ni dengan harga tertentu dan aku terus boleh balik. Aku memberitahu aku ada pekerjaan tetap, urusan sebegini adalah sambilan saja. Setelah berborak seketika, aku mohon maaf sebab tak dapat nak ikut apa dirancang oleh beliau. Selepas keluar dari bilik beliau aku dapati di ruang tamu dah makin ramai orang. Aku duduk sekejap dan berbual2 dengan mereka dalam loghat kelantan. Mereka minta untuk melihat duit ini. Aku tunjukkan kepada mereka dengan nasihat jangan terkotor dan terlipat. Seorang demi seorang melihat dengan teliti dan berhati2.Ada juga yang ambil gambar pakai h/phone, antara mereka ada yang bercerita dalam berbagai versi tentang duit ni, aku diam saja sebab tak nak malukan mereka. Selepas habis, mereka pulangkan duit dan aku mohon untuk balik, tiba-tiba ada antara mereka yang bagi cadangan untuk dibawa ke Kuala Lumpur sebab di sana ada orang yang boleh buat tukaran yang cepat dengan nilai ratusan ribu ringgit. Kemudian aku tanya beliau macam mana, berapa orang nak ikut, macam mana nak pergi. Katanya di KL ada orang tunggu, kita di sini kena tengok ada berapa orang. Kemudian aku beritahu, aku dah nilaikan duit ini RM1000, kalau sapa2 nak ikut kita sama2 keluar modal untuk bayar kepada aku nilai duit ini, kalau ada 4 orang maknanya termasuk aku jadi 5 orang. Bayar kepada aku RM800 dan RM200 lagi kira bahagian aku dan kita akan bersama ke sana. Kerana aku beritahu mereka kalau duit ini rosak atau tak dapat balik kita sama2 rugi, kalau untung sama-sama untung, aku tak sanggup kalau mereka hanya nak sediakan kenderaan saja sebab duit ni payah nak dapat. Sebahagian daripada mereka setuju dengan pendapat aku, tapi mereka mulai telefon sana sini dan MMS gambar. Aku tunggu sebentar, selepas semuanya diam aku minta diri untuk balik dan berikan no tel jika ada apa2. Dalam kereta aku ketawa sendiri dengan pelbagai ragam kehidupan dan kepercayaan. Betullah ilmu dan pengetahuan, cara berfikir akan mempengaruhi corak kehidupan. Sepanjang perjalanan balik ke Mentakab aku masih mendapat panggilan telefon dari beberapa orang yang masih berminat dengan duit ini. Akhirnya duit tersebut aku jual dengan harga RM450.00 condition fine++ sahaja kepada collector seperti aku. Duit yang ada di sini adalah yang ke 4 aku pegang.