Anda di halaman 1dari 2

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), MALACCA FACULTY OF COMMUNICATION AND MEDIA STUDIES DIPLOMA IN COMMUNICATION AND MEDIA BBM

321 Introduction to principles translation

ASSIGNMENT TITLE: Terjemahan petikan ke Bahasa Melayu Bersanding

PREPARED BY: IZZAWAFI BIN IDRIS 2010916131

GROUP: DMC6H PREPARED FOR: AHMAD HARITH SYAH BIN MD YUSUF DATE OF SUBMISSION: 16TH JULY 2013

Terjemahan petikan ke Bahasa Melayu Bersanding

Perkahwinan dalam masyarakat Melayu merupakan sesuatu ikatan yang sah, dimana pengantin lelaki dan perempuan akan dilayan seperti raja dan permaisuri untuk sehari. Tetamu yang dijemput akan di jamu dengan sajian pada hari kenduri tersebut. Majlis ini kebiasaannya di lansungkan di dalam khemah berhampiran kawasan rumah untuk memuatkan bilangan besar tetamu yang hadir. Selain dari menjimatkan kos, majlis yang dilangsungkan seperti ini dapat memudahkan tetamu untuk melihat pelamin dan juga upacara bersanding di rumah pengantin. Majlis perkahwinan ini selalunya dilangsungkan secara gotong-royong bersama keluarga dan saudara di mana adat ini sinonim dengan masyarakat Melayu. Tidak seperti Malaysia, Singapura lebih mengutamakan kesederhanaan dari tradisi di mana tugas-tugas gotong-royong ini di ambil alih oleh katering. Tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan ini akan diberi bunga telur seorang satu. Sebelum ini, hadiah yang diberi merupakan telur yang dicelup dengan perwarna merah di dalam cawan ataupun bekas disertakan dengan pulut nasi. Bunga kertas juga kadang kala disertakan sebagai hiasan. Telur itu menggambarkan penyatuan dan sebagai harapan bahawa perkahwinan itu dapat menghasilkan cahaya mata yang ramai. Nabi Muhamad s.a.w pernah berkata, kahwin dan hasilkan cahaya mata yang ramai supaya beliau boleh berbangga dengan pengikutnya yang ramai diakhirat kelak. Zaman ini, kebanyakan hadiah disediakan secara komersial dan merupakan hadiah berbentuk cokelat, agar-agar dan juga sebuku sabun. Majlis ini sering kali meriah, ceria dan menampakkan sebagai urusan tidak rasmi. Hal ini dikuatkan dengan kehadiran tetamu berbagai warna pakaian. Kugiran melayu, diupah untuk memeriahkan lagi majlis yang meriah ini. Ketibaan pengantin diiringi oleh rombongan hadrah yang terdiri daripada kalangan remaja yang akan bermain kompang sambil melaungkan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa kebahagian. Pengantin lelaki selalunya diarakan oleh bunga manggar yang dibawa oleh sekumpulan keluarga dan rakan.