Anda di halaman 1dari 2

Dalam menempuh era globalisasi yang rancak berkembang ini, negara kita telah pesat membangun bagai cendawan

tumbuh selepas hujan. Namun demikian, pembangunan rohaniah tidak mengalami transformasi yang ketara secara anjakan paradigma. Mengapakah masalah ini berlaku? Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Sekarang bukanlah masa untuk kita menuding jari dan menyalahkan sesiapa. Yang lebih afdal ialah kita mencari perencah yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Untuk merealisasikan Wawasan 2020, kerajaan haruslah menjanakan pembangunan rohaniah untuk memanifestasikan insan yang mulia, terutamanya golongan remaja kerana mereka merupakan tonggak pemimpin yang bakal memimpin negara kita. Untuk mencambahkan insan yang berakhlak mulia, ibu bapa memainkan peranan yang prioriti. Menurut Hadis, anak diibaratkan sehelai kain putih, ibu bapalah yang perlu mencorakkannya. Terlebih dahulu, ibu bapa perlulah menitikberatkan pencapaian akademik anak mereka. Selain menemani anak mereka mengulang kaji dan membuat latihan, ibu bapa juga haruslah menjadi suri teladan dalam amalan membaca kerana ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Segala tindak-tanduk ibu bapa akan diperhatikan oleh anak-anak. Amalan membaca ini haruslah dipupupk sejak mereka masih kecil lagi. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Banyak membaca luas ilmunya. Ibu bapa seyogianya memberikan kata-kata pujian kepada anak-anak. Hal ini akan memberikan dorongan kepada mereka untuk mendaki lereng yang penuh dengan onak dan duri sehinggalah mencapai kejayaan. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan insan yang berakhlak mulia. Setiap masalah pasti ada penawarnya. Bak kata pepatah Melayu, tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. Agama merupakan benteng dan pedoman yang penting dalam pembentukan insan yang soleh dan solehah. Dalam usaha melahirkan insan yang berakhlak mulia, penerapan didikan agama dan nilai-nilai murni dalam sanubari anak-anak memainkan peranan yang penting. Dalam konteks ini, ibu bapa seyogianya memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak mereka. Didikan agama yang mantap secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah dan keperibadian diri yang mulia. Seorang ahli falsafah yang terkenal iaitu Aristotle pernah menyatakan bahawa peribadi yang baik memelihara kita daripada melakukan pekerjaan yang keji. Hal ini dikatakan demikian kerana didikan agama yang sempurna mampu menyebabkan anak-anak bertindak secara rasional dan dapat membezakan antara yang baik dan buruk apabila menghadapi kemelut dalam kehidupan. Kepentingan agama pernah diutarakan oleh seorang saintis yang tersohor iaitu Albert Einstein. Beliau menyatakan bahawa agama tanpa ilmu dianggap buta, ilmu tanpa agama dianggap lumpuh. Tuntasnya, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa agama memainkan peranan yang penting dalam melahirkan insan yang berakhlak mulia. Kasih sayang merupakan inti yang penting dalam pembentukan insan yang berakhlak mulia. Dalam hal ini, selaku ibu bapa seyogianya mencurahkan kasih sayang yang secukupnya bagai menatang minyak yang penuh terutamanya ketika anak-anak sedang membesar. Namun jangan sampai terlalu dimanjakan, kata orang sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan

isteri tinggal-tinggalkan. Kita khuatir sekiranya remaja terasa diri mereka mendapat kurang kasih sayang daripada ibu bapa, akan timbul rasa disisihkan ataupun dipinggirkan. Seandainya ini berlaku, tentulah mereka akan memberontak. Kebahagiaan yang diberikan kepada anak-anak melalui kasih sayang mampu mengelakkan masalah ini daripada berlaku. Seperti yang diungkapkan oleh Doktor Sulporad, kebahagiaan itu terdapat pada jiwa yang tenang dan tenteram. Dalam konteks ini, ibu bapa haruslah menyambut hari-hari istimewa untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Tuntasnya, kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa yang tercinta dapat melahirkan remaja yang berketerampilan. Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah memainkan peranan mereka dengan sepenuhnya dalam mengawal tingkah-laku anak-anak sama ada di luar rumah atau di dalam rumah. Dalam usahakan melahirkan insan yang berakhlak mulia serta cemerlang, disiplin diri and tingkah-laku haruslah diutamakan. Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak masih belum cukup matang boleh terjebak dengan gejala negatif atau pengaruh rakan sebaya yang tidak sihat. Dalam konteks ini, ibu bapa perlulah menjadi mata dan telinga untuk mengawal gerak-geri anak-anak dari semasa ke semasa. Sebagai contohnya, ibu bapa perlulah mengetahui ke manakah anaknya keluar, bilakah akan balik dan sebagainya untuk mengetahui keselamatan anak mereka terjamin. Pendek kata, ibu bapa memainkan peranan yang dominan dalam membentuk insan yang berakhlak mulia. Akhirulkalam, bak kata peribahasa, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, golongan muda perlu dicanai supaya menjadi modal insan yang cemerlang.