Anda di halaman 1dari 25

Pengenalan

Pasukan hoki sekolah Sk Sungai Ara telah ditubuhkan sejak sekian lama namun sejak tahun 2005 kejayaan pasukan ini sangat memberangsangkan. Banyak kejayaan yang dicapai dari peringkat daerah hingga ke peringkat kebangsaan. Ramai pemain yang berjaya terpilih mewakili negeri dalam kejohanan MSSM sejak tahun 2005 hingga sekarang.Latihan yang dijalankan adalah berjadual dan lancar. Namun banyak kekangan yang dihadapi dalam misi kecemerlangan pasukan sekolah dalam sukan ini. Antaranya: 1. Kekurangan peralatan sukan yang berkualiti 2. Kewangan terhad bagi menyertai kejohanan luar yang berprestij 3. Bantuan jurulatih yang berkualiti Walaupun sebelum ini pasukan sekolah ini mendapat bantuan dari pihak luar seperti TNB namun bukanlah menyeluruh kerana sumbernya juga terhad kerana berkongsi dengan program PINTAR akademik. Sejak tahun 2005 hingga sekarang,jurulatih pasukan sekolah ini hanyalah seorang dan dibantu oleh seorang guru perempuan yang silih berganti,yang bertindak hanya sebagai pengiring untuk pasukan perempuan.bagaimanapun itu tidak menghalang kejayaan selama ini kerana selama ini mendapat bantuan dari pihak ibubapa yang sudi membantu melatih pasukan sekolah serta mengiringi anak-anak mereka ke kejohanan yang disertai. Bantuan-bantuan seperti ini amat dihargai namun akhir-akhir ini bantuan seperti ini tidak dihargai oleh pihak sekolah.Bagaimana mungkin seorang guru mampu melatih dan menguruskan pasukan yang melibatkan dua kategori berseorangan tanpa ada pembantu yang memahami sukan ini. Dari segi kewangan,memang diakui sukan ini memerlukan perbelanjaan yang banyak kerana banyak peralatan yang diperlukan dan agak tinggi kos sebagai contoh satu set penjaga gol memerlukan sekurang-kurangnya RM3000. Peralatan yang ada sekarang adalah hasil pembelian sedikit demi sedikit walaupun tidak berkualiti namun masih boleh digunakan hasil dari wang poket jurulatih,ibu bapa,korporat serta sekolah. Bagi membiayai pasukan ke kejohanan luar,pasukan sekolah terpaksa memohon bantuan dari

pihak luar dan sekolah namun belum pernah mendapat bantuan dari pihak PIBG. Pernah memohon tapi tiada maklumbalas. Terdapat pelajar dari sekolah ini yang mendapat tawaran ke sekolah sukan dan ada yang terpaksa menolak kerana factor kewangan dan ada juga yang menerima tawaran setelah mendapat bantuan hasil kutipan derma tanpa bantuan PIBG serta sekolah. Sejak tahun 2006 hingga sekarang,ramai pelajar yang mendapat tempat dalam pasukan negeri namun tiada satu pun mendapat penghargaan dari pihak PIBG. Inilah antara kekangan yang dihadapi oleh pasukan sekolah disebalik kejayaan gemilang pasukan sekolah sejak tahun 2005. Di harap PIBG yang baru ini akan lebih perihatin dengan sukan ini yang mana adalah terdiri daripada anak-anak ahli PIBG sendiri.

Rasional
Sukan hoki merupakan salah satu sukan yang semakin mendapat perhatian peminat-peminat sukan di negara kita. Walaupun sukan ini tidaklah sehebat sukan bolasepak dari segi sambutan peminat sukan,kejayaan-kejayaan yang dilakar oleh pasukan negara di peringkat antarabangsa sangat membanggakan kita. Pasukan hoki Malaysia berjaya membuktikan yang kita adalah antara kuasa hoki di peringkat antarabangsa. Untuk meneruskan tradisi kejayaan ini,suatu program pembangunan hoki bermula di peringkat bawahan perlu dijalankan agar kita dapat melahirkan pemain-pemain pelapis yang bakal meneruskan kecemerlangan Malaysia di peringkat antarabangsa. Program pembangunan hoki ini merupakan satu program yang telah dan sedang dijalankan diperingkat sekolah-sekolah. Program ini bertujuan untuk melahirkan pemainpemain muda yang berbakat untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Bakatbakat muda ini perlu digilap bakatnya agar kita tidak akan ketandusan pemain pelapis di masa akan datang. Namun begitu program-program ini tidak akan mencapai matlamatnya jika kita masih kekurangan pertandingan-pertandingan di peringkat ini berbanding negeri-negeri lain.Tanpa pendedahanyang banyak dalam aktiviti berbentuk pertandingan ini,tidak ramai bakat yang boleh kita cungkil kerana ada pemain yang boleh bermain dengan baik tetapi kerana kurangnya pendedahan,bakat mereka akan pudar merentasi masa.

TUJUAN PROGRAM Program ini bertujuan: i) ii) iii) Memberi satu latihan dengan tunjukcara yang tepat berteraskan kepada prinsip mekanik secara berterusan. Mendedahkan pemain kepada satu sistem latihan yang rapi dan berobjektif. Mengenalpasti bakat pemain lebih awal untuk diketengahkan pada peringkat lebih tinggi melalui kejohanan-kejohanan berprestij yang disertai. iv) Melahirkan pemain yang bersikap positif seperti: a) bertanggunjawab b) berdedikasi c) berwibawa d) kestabilan emosi e) ketahanan mental f) kepimpinan g) keyakinan diri h) bersemangat i) keazaman j) bersatu padu. Demi kemajuan sukan hoki untuk Negeri serta Negara.

OBJEKTIF
Program Tunas Gemilang Hoki SKSA ini dimuatkan pada keseluruhannya contoh-contoh sukatan latihan,rancangan latihan,gerakerja serta latih tubi bersesuaian. Secara am program ini merangkumi konsep dan sistem latihan,cara pengelolaan dan jenis penilaian serta mana-mana nilai murni yang perlu diikuti. Sehubungan dengan itu,adalah diharapkan bahawa pemain-pemain yang akan terlibat nanti merupakan seorang atlit yang seimbang dalam ciri-ciri berikut: i) ii) iii) Menguasai dan mempraktikan kemahiran kemahiran asas dalam permainan hoki. Mempunyai nilai murni sebagai ahli sukan dan rakyat yang bertanggungjawab terhadap masyarakat,sekolah,negeri dan Negara. Melahirkan atlit cemerlang dalam permainan hoki.

KUMPULAN SASARAN
1. Peringkat permulaan - Pemain lelaki dan perempuan - Peringkat bawah 11 tahun - 50 orang pemain.

MISI

Untuk memberi pendedahan latihan dan kejohanan yang berkualiti kepada pemain melalui sistem dan pendekatan bersepadu ke arah melahirkan pemain hoki yang berbakat dan cemerlang dari segi jasmani , rohani dan emosi serta sahsiah.

VISI
PASUKAN HOKI SKSA AKAN MENJADI PASUKAN CEMERLANG DI PULAU PINANG DAN ANTARABANGSA.

Be better than you think you can be!

MOTTO
AMANAH, BERKUALITI, CERGAS Pengertian: Amanah Melahirkan pemain-pemain yang berdisiplin,jujur dan ikhlas menimba ilmu pengetahuan Berkualiti Menghasilkan pemain-pemain yang berkualiti,berkemahiran tinggi dan hebat Cergas Mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dari semua aspek.

SUKATAN LATIHAN PROGRAM


1. Penguasaan Kemahiran 2. Pegembangan Pengetahuan 3. Pembentukan Moral 1. Penguasaan Kemahiran Kemahiran-kemahiran yang perlu diajar adalah seperti berikut: a)mengawal bola dan mengelecek b)memukul dan menahan bola c)menolak,menguis dan menceduk d)menghantar dan menerima e)merebut f)menjaga gol g)permainan berpasukan dan posisi h)gerakan terancang 2. Pengembangan Pengetahuan a) sistem tuas b) projektif c) kesinambungan d) perpindahan daya dan serapan daya e) graviti dan kestabilan f) kuasa Hendaklah juga digabungkan kepada unsur fisiologi 1. otot-otot pada betis 2. otot-otot pada paha 3. jantung 4. abdomen 3. Pembentukan Moral Pemain perlu dipupuk dengan nilai murni yang berjaya dalam konteks perpaduan rakyat. - berhemah tinggi - berdedikasi - berbudi pekerti - berwibawa - bekerjasama - menghormati undang-undang - kepimpinan - tolak ansur - kejujuran - toleransi - hormat menghormati - perpaduan - bertanggungjawab - semangat kesukanan

PERSEDIAAN PERANCANGAN MENGAJAR A. Pertimbangan Latihan i. Pemain -Umur -Kemahiran -Bilangan - Stadium Hoki USM/Padang SKSA

ii. Tempat Latihan iii. Peralatan Permainan iv. Masa v. Kandungan Latihan

- 2 jam satu sesi - 2 kali seminggu - tajuk latihan - tujuan latihan - langkah-langkah - aktiviti - mengawasi - memberi arahan - tunjukcara - tunjukcara - individu - berkumpulan

vi. Jurulatih

vii. Corak latihan

B. Peralatan i. Kayu hoki dan bola - Setiap pelatih memerlukan kayu hoki dan sebiji bola - Setiap peralatan yang dipinjamkan mestilah direkodkan ii. Penanda kon yang mencukupi bahan-bahan seperti skitel,tiang kayu atau bahan-bahan lain yang selamat digunakan

iii. Bib bib adalah ideal untuk mengenalpasti dua kumpulan/pasukan bilangan bib yang berlainan warna perlu berlandaskan bilangan pemain yang ada

vi. Pakaian vii. Gol C. Sesi Latihan Kadar jangka masa untuk melatih seperti berikut: Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4 Fasa 5 - Objektif latihan,aktiviti regangan dan aktiviti-aktiviti memanaskan badan. ( 15 20 minit) - Perkembangan latihan - Gerakerja kumpulan - Permainan kecil/bersyarat - Penutup ( 35 - 40 minit) ( 15 20 minit) ( 25 30 minit) ( 05 10 minit) gol mestilah lengkap dengan jaring pakaian yang sesuai mengikut undang-undang hoki

Fasa 1. Objektif latihan. 1.1 Objektif Psikomotor Adalah diharapkan pelatih-pelatih dapat membuat pukulan jarak jauh tepat sasaran 100%. 1.2 Objektif Kognitif Adalah diharapkan pelatih-pelatih dapat mengenalpasti akan dapat menghantar bola dari satu kedudukan ke sasarannya. 1.3 Objektif Sosial Adalah diharapkan pelatih-pelatih akan bekerjasama melakukan latihan seperti regangan dan memanaskan badan, dimana aktiviti hendaklah aktif,mudah dan menyeronokkan.

Fasa 2 Perkembangan Teknik Asas 2.1 Dalam fasa ini pelatih didedahkan kepada kemahiran yang hendak diajar berdasarkan objektif latihan. Pelatih diajar melakukan kemahiran dengan jelas dan tepat. Perlu juga diberitahu cara melakukannya dan mengapa ia dilakukan. 2.2 Tunjuk ajar dan arahan hendaklah jelas. Aktiviti ansur maju perlu Diadakan. Pembetulan di mana yang perlu hendaklah dilakukan dan diikuti dengan tunjukcara yang betul. Aktiviti yang mudah didahulukan kemudian beransur kepada aktiviti yang mencabar. 2.3 Untuk mencapai kejayaan aktiviti itu perlu mengalami sesi latihan yang berkesan. Dengan cara ini,dapat meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan pemain. Fasa 3 Gerakerja kumpulan Setiap kumpulan terdiri daripada 4-5 orang Menjalankan aktiviti dalam kumpulan masing-masing Fasa 4 Permainan kecil Bertujuan menilai keberkesanan objektif latihan itu Menggunakan semua kemahiran yang telah dipelajari. Fasa 5 Penutup 5.1 Gerakerja kendur(warm down). Soaljawab tentang latihan dan masalah pada hari itu. 5.2 Pengukuhan tunjukcara aktiviti.

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM SEPANJANG TAHUN BIL 1 2 3 4 5 6 7 PERALATAN SESSI LATIHAN SEPANJANG TAHUN PEMBIAYAAN KE KEJOHANAN PENGANJURAN PROGRAM PEMBANGUNAN KESELAMATAN PROGRAM MOTIVASI AKADEMIK JUMLAH PERKARA JUMLAH(RM) 10 000 5 000 15 000 10 000 2 000 3 000 5 000 50 000

PENCAPAIAN PASUKAN
2005 Merdeka Cup 2005 Pembangunan Hoki Bwh 11 2006 MSSPP Daerah Johan Daerah Barat Daya MSSPP Negeri Ke 3 Selangor) Piala ADUN Batu Maung Ke 3 USM International Open Perempuan Lelaki(2nd round) Perempuan ( seorang pemain sekolah telah mewakili Pulau Pinang ke kejohanan Hoki MSSM di Lelaki dan Perempuan Lelaki(suku akhir) Perempuan(ke 3) Perempuan(ke 3)

2007 MSSPP Daerah Johan Daerah Barat Daya Lelaki dan Perempuan

MSSPP Negeri Ke 3 USM Open Quarter Final Lelaki dan Perempuan (2 orang pemain terpilih mewakili Pulau Pinang ke MSSM di Negeri Sembilan) Piala ADUN Batu Maung Naib Johan Ke 3 2008 MSSPP Daerah Naib Johan Barat Daya MSSPP Negeri Naib Johan Perempuan Perempuan Perempuan Lelaki Perempuan

PENCAPAIAN PASUKAN HOKI 2009 PERINGKAT DAERAH KEJOHANAN KATEGORI


MSSPP BARAT DAYA MSSPP BARAT DAYA LELAKI PEREMPUAN

PENCAPAIAN
NAIB JOHAN JOHAN

PERINGKAT NEGERI KEJOHANAN KATEGORI


MSSPP 12 TKB MSSPP 12 TKB MSSPP 11TKB MSSPP 11TKB LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN

PENCAPAIAN
SUKU AKHIR NAIB JOHAN JOHAN KE 3

PERINGKAT KEBANGSAAN MSSM KUALA LUMPUR WAKIL SEKOLAH


5 PEREMPUAN 1 LELAKI

ANJURAN LUAR/PERSATUAN KEJOHANAN KATEGORI


TERBUKA IPOH PESTA HOKI USM MERDEKA CUP LELAKI LELAKI PEREMPUAN

PENCAPAIAN
SUKU AKHIR SUKU AKHIR JOHAN

PENCAPAIAN PASUKAN HOKI 2010 PERINGKAT DAERAH KEJOHANAN KATEGORI


JEMPUTAN SK TITI TERAS MSSPP BARAT DAYA MSSPP BARAT DAYA LELAKI LELAKI PEREMPUAN

PENCAPAIAN
NAIB JOHAN NAIB JOHAN JOHAN

PERINGKAT NEGERI KEJOHANAN KATEGORI


MSSPP 12 TKB MSSPP 12 TKB MSSPP 11TKB MSSPP 11TKB LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN

PENCAPAIAN
SUKU AKHIR KE 3 JOHAN KE 3

PERINGKAT KEBANGSAAN MSSM KUALA LUMPUR WAKIL SEKOLAH NUR DAYANA IZZATI BT ABD 3 PELAJAR PEREMPUAN

RASHID NUR AINA SYAMEME BT ZAMHURI NURUL NABILAH BT AZAM

PENCAPAIAN PASUKAN HOKI 2011 PERINGKAT DAERAH KEJOHANAN KATEGORI PENCAPAIAN


MSSPP BARAT DAYA MSSPP BARAT DAYA LELAKI PEREMPUAN JOHAN NAIB JOHAN

PERINGKAT NEGERI KEJOHANAN KATEGORI


MSSPP 12 TKB MSSPP 12 TKB MSSPP 11TKB MSSPP 11TKB LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN

PENCAPAIAN
KE 2 SUKU AKHIR

PERINGKAT KEBANGSAAN MSSM JOHOR BAHRU WAKIL SEKOLAH TEMPAT KE 3( 4 ORANG) TEMPAT KE 4 (2 ORANG)
IQBAL HAKIM B.SUUD MOHD SYAZWAN B. ROSLI AIMAN ZAIRIE B. ANUAR AIMIN ZAIRIE B. ANUAR NURUL FARHANA BT MOHD SYUKRI NURUL NADIAH BT SAZALI

ANJURAN LUAR/PERSATUAN KEJOHANAN KATEGORI


TERBUKA IPOH JEMPUTAN SK TMN JELUTONG,KULIM BWH 14 SGGS,SMK(P) ST GEORGE KEJOHANAN HOKI 12TKB ANJURAN SK TMN GEMBIRA DAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG LELAKI LELAKI PEREMPUAN LELAKI (IQBAL HAKIM B. SUUD,
AIMAN ZAIRI ANUAR,AIMIN ZAIRI ANUAR)

PENCAPAIAN
SUKU AKHIR NAIB JOHAN KE 3 NAIB JOHAN

PEREMPUAN
(NURUL FARHANA MOHD SYUKRI)

NAIB JOHAN JOHAN KE 3 KE 3

TERBUKA PENANG SPORTS CLUB HOKI DALAM DEWAN UPSI

LELAKI PEREMPUAN LELAKI

PENCAPAIAN PASUKAN HOKI 2012

PERINGKAT DAERAH KEJOHANAN KATEGORI


MSSPP BARAT DAYA MSSPP BARAT DAYA MSSPP BWH 11 DAERAH MSSPP BWH 11 DAERAH LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN

PENCAPAIAN
JOHAN JOHAN JOHAN JOHAN

PERINGKAT NEGERI KEJOHANAN KATEGORI


MSSPP 12 TKB MSSPP 12 TKB MSSPP 11TKB MSSPP 11TKB HOKI 6/7 MSSPP HOKI 6/7 MSSPP LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN

PENCAPAIAN
KE 3 NAIB JOHAN NAIB JOHAN JOHAN

PERINGKAT KEBANGSAAN MSSM SELANGOR WAKIL SEKOLAH TEMPAT KE 2 PUSINGAN AWAL


MUHD HILFI B SHUHAIZAN MOHD FARIS B. HARIZAN MOHD LUQMAN B. ABD RAHIM NUR HAFIZAH BT MAZNAN NURUL SYAFIQAH BT AZAM NUR ADILLAH BT AZMI

ANJURAN LUAR/PERSATUAN KEJOHANAN KATEGORI


TERBUKA IPOH TERBUKA PIALA TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP BWH 11 JEMPUTAN SK BUKIT GELUGOR LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN LELAKI PEREMPUAN TERBUKA USM KARNIVAL HOKI TNB PROGRAM PINTAR LELAKI PEREMPUAN LELAKI

PENCAPAIAN
2nd ROUND 2nd ROUND KETIGA NAIB JOHAN JOHAN JOHAN SUKU AKHIR KETIGA

Senarai kejohanan yang bakal disertai

BI L 1 2 3

KEJOHANAN TERBUKA SK KONGSI TERBUKA IPOH PUTRI OPEN TERBUKA PIALA TYT PULAU PINANG MSSM ROYAL SELANGOR OPEN TERBUKA DALAM DEWAN TERBUKA KLUANG PESTA HOKI USM

PENGELOLA SK KONGSI MAJLIS BANDARAYA IPOH SBP SRI PUTRI, NEGERI SEMBILAN PERSATUAN HOKI PEMAINPEMAIN MALAYSIA KPM KELAB HOKI ROYAL SELANGOR UPSI USM

TARIKH 6-7 MAC JUNE JUNE


SEPTEMBER

ANGGARAN KOS IBU BAPA RM2000 RM3000 RM1000

JUNE SEPTEMB ER OKTOBER

RM1000 RM3000 RM2500 RM4000 RM1500

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ARA JALAN DATO ISMAIL HASHIM 11900BAYAN LEPAS PULAUPINANG TEL: 04-6439142 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Yang DiPertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Sungai Ara.
Tuan/Puan,

09 APRIL 2013

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM PEMBANGUNAN HOKI SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk pengetahuan pihak Tuan,kami memerlukan sokongan dari pelbagai pihak bagi membiayai program ini dari segi kewangan atau apa jua sumbangan yang berkaitan dengan sukan ini bagi memantapkan lagi sukan ini di peringkat akar umbi. 3. Bersama ini disertakan lampiran sejarah penglibatan sekolah dalam sukan hoki ini serta kejohanan yang bakal disertai sepanjang tahun 2013 beserta anggaran perbelanjaan. Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA1

Yang benar . HJ NORZAINI HJ ZAINUL ABIDEEN Guru Penasihat, Kelab Hoki

SHAIKH MUHAMMAD SALIM BIN SHIH OTHMAN (770224075687) Flat Seri Delima Lintang Bayan 8 Sungai Ara Sekolah Kebangsaan Sungai Ara Jalan Dato Ismail Hashim 11900 Bayan Lepas PULAU PINANG (UP: ENCIK ROSLI)

15 APRIL 2013

PENYERTAAN PASUKAN SEKOLAH KE KEJOHANAN HOKI MSSPP 2013 Merujuk perkara di atas,saya sebagai bapa kepada anak saya yang mewakili sekolah ingin bertanyakan kepada pihak sekolah mengapa tiada penyertaan dari SK Sungai Ara dalam kejohanan hoki MSSPP bwh 12 tahun 2013. 2. Pasukan sekolah ini adalah antara pasukan yang kuat dan digeruni di Pulau Pinang ini dan banyak kejayaan yang diperolehi.Ini menjadi pertanyaan kepada saya mahupun ibu bapa yang lain kenapa perkara ini boleh berlaku. 3. Sehubungan dengan ini saya meminta pihak tuan memberi sebab mengapa perkara ini terjadi dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini. 4. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai Sekian,terima kasih Yang benar (SHAIKH MUHAMMAD SALIM BIN SHIH OTHMAN) 0194122144 Sk 1. YDP PIBG 2. Guru Penasihat Hoki SKSA 3. Kementerian Pelajaran Malaysia,

4. Pengarah, Bahagian Sukan dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran 5. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang. 6. Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang 7. Pegawai Pelajaran Daerah PPD Barat Daya

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ARA JALAN DATO ISMAIL HASHIM 11900BAYAN LEPAS PULAUPINANG TEL: 04-6439142 1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" Yang berkenaan, Tuan, PENJELASAN TIDAK MENYERTAI PERTANDINGAN Merujuk surat tuan bertarikh 15 April 2013 mengenai perkara di atas,saya Hj Norzaini bin Hj Zainul Abideen,guru penasihat merangkap jurulatih pasukan sekolah sejak tahun 2005 hingga sekarang ingin menjelaskan tentang perkara tersebut. 2. Kejayaan yang dicapai sejak mula ditubuhkan oleh saya adalah hasil dari komitmen sekolah, ibu bapa, jurulatih-jurulatih luar serta pelajar sekolah ini yang bekerja keras demi mencapai kegemilangan kejayaan pasukan sekolah dipersada daerah, negeri serta kebangsaan, 3. Tidak pernah terkecuali dari menyertai sebarang kejohanan hingga peringkat antarabangsa. Ini terbukti dengan banyak kejayaan yang telah diperolehi. 4. Selama ini hanya saya seorang sebagai jurulatih dikalangan guru yang diberi tugas berat ini untuk melatih pasukan sekolah yang mengandungi dua kategori iaitu lelaki dan perempuan dan hamya dibantu oleh seorang guru perempuan yang banyak terlibat sebagai guru pengiring sahaja. Namun saya bersyukur kerana disebalik kejayaankejayaan ini adalah hasil bantuan ibu bapa yang membantu melatih pasukan serta mengiringi anak-anak mereka ketika bertanding. Keringat serta wang ringgit yang ditabur amat saya hargai. 5. Saya tidak menjalankan latihan kerana kecewa dengan sikap sekolah yang terlalu angkuh. Bagaimana saya mampu melatih serta mengurus pasukan berseorangan tanpa bantuan. Selama ini semua sukan disekolah ini mempunyai ramai pembantu dikalangan guru sedangkan saya hanya seorang. Selama ini saya dibantu oleh jurulatih luar yang banyak memberi bantuan. 6. Walaupun saya sudah tidak mahu melatih pasukan sekolah,pihak sekolah masih mampu menghantar pasukan ke kejohanan tersebut kerana masih ramai lagi guru yang ada di SKSA ini. Tetapi ini tidak terjadi kerana tiada inisiatif dari pihak sekolah sendiri.

7. Dengan ini saya berharap penjelasan yang serba ringkas ini mampu memuaskan hati pihak tuan. Yang benar . (HJ NORZAINI HJ ZAINUL ABIDEEN) PENASIHAT SERTA JURULATIH PASUKAN HOKI Sk. 1. YDP PIBG 2. ENCIK SHAIKH MUHAMMAD SALIM