Anda di halaman 1dari 3

Refleksi NAMA: MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZAINI NO.I/C: 910605-08-5047 NO.

MATRIK:123055

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah swt dengan rahmat dan izin-Nya dapat saya siapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing terutamanya Encik Bahtiar Bin Omar kerana memberikan bimbingan, sokongan dan mengajar kami dengan penuh dedikasi dan sabar. Tidak lupa kepada para sahabat saya, terima kasih kerana banyak membantu dan berkongsi pendapat dengan saya bagi menyiapkan tugasan ini. Sebagai permulaan, tugasan ini memerlukan kami untuk menyiapkan satu kerja kursus bagi mata pelajaran bahasa Melayu. Terdapat pelbagai aspek yang perlu kami hurai seperti keselarasan vokal, diftong, konsonan rangkap bahasa Melayu dan menjelaskan peraturan yang digunakan dalam penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman. Melalui kerja kursus ini, saya juga dapat mengetahui dan lebih memahami mengenai sistem ejaan bahasa Melayu yang selama ini saya kurang mahir mengenainya. Kesemua tajuk ini mempunyai pelbagai cabang pula yang harus kami hurai. Justeru, segala maklumat yang saya peroleh hasil daripada pencarian di pusat sumber dan buku rujukan yang telah saya pinjam dari rakan-rakan. Pada masa yang sama, terdapat juga beberapa tajuk yang perlu kami hurai, tidak jelas dinyatakan dalam buku rujukan. Jadi saya menggunakan inisiatif lain iaitu mencari maklumat di dalam internet. Selain itu, semasa melakukan tugasan ini pelbagai halangan telah berlaku seperti kekurangan maklumat, dan kesibukan untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain. Justeru pembahagian masa amatlah penting.

Selepas proses mencari, mengumpul dan menyusun maklumat mengenai sistem ejaan, saya dapati pelbagai kandungan dan pendapat yang berbeza tidak kira di dalam buku mahupun di internet. Justeru saya telah menggabungkan pelbagai sumber dalam proses menyiapkan tugasan ini. Sepanjang perjalanan proses membuat tugasan saya ini, saya menemui pelbagai perkara baru dalam aspek menyediakan teks penyampaian berita. Salah satu teori yang ditemui dalam menyediakan teks penyampaian berita yang harus dikuasai dalam komunikasi adalah menulis dengan sempurna. Menulis adalah suatu proses berfikir yang diolahkan dari minda dalam bentuk tulisan. Idea tersebut kemudiannya dikembangkan dalam bentuk ayat yang sempurna. Hasil daripada tulisan tersebut akan dibaca oleh orang lain iaitu orang yang akan membaca teks tersebut. Untuk memastikan orang yang bakal membaca teks tersebut dapat membacanya dengan jelas maka diharuskan supaya penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami. Oleh kerana itu, susunan ayat memerlukan perhatian dan keseriusan agar dapat dibaca dan disampaikan dengan berkesan dan mudah difahami. Penggunaan dialog dan monolog dalaman yang betul perlulah diaplikasikan kerana ianya memberikan impak yang berkesan kepada sesuatu penyampaian tersebut. Semasa menyelesaikan tugasan ini, saya juga mendapati, tidak mudah untuk mempelajari bagaimana untuk menggunakan bahasa dengan betul. Setiap ayat dan perkataan yang kita bina dan guna, mendokong erti yang berbeza dan akan memberikan makna yang berbeza sekiranya tersalah guna. Dengan demikian, kita dapat mengatakan bahawa kemahiran bahasa itu berhubung erat dengan komunikasi. Bahasa menjadi alat perantaraan bagi komunikasi. Dengan bahasa, segala isi dan tujuan yang mahu disampaikan dalam tulisan dapat diikuti oleh pembaca dengan senang dan berkesan melalui pemakaian bahasa yang jelas dan indah. Melalui tugasan ini, kefahaman saya mengenai subjek bahasa melayu terutamanya di bawah tajuk sistem ejaan semakin mendalam kerana saya telah mengkaji tajuk ini dengan teliti. Dari aspek kemahiran bahasa, saya mendapati bahawa penggunaan frasa yang betul adalah amat penting hal ini kerana bahasa menjadi alat

perantaraan bagi komunikasi. Secara tidak langsung pemahaman saya mengenai frasa serta fungsinya dalam tatabahasa semakin meluas. . Terdapat banyak kebaikan dalam melakukan tugasan ini antaranya ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara saya dan rakan-rakan kerana ia memerlukan kami untuk bekerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Seterusnya adalah dapat membantu saya meningkatkan kemahiran mencari, mengumpul dan menyusun maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu, pengetahuan saya mengenai ilmu bahasa melayu juga semakin meningkat. Kesemua ini amatlah penting bagi seseorang yang bakal bergelar pendidik kerana perlu membuat pelbagai persediaan secara teori dan penguasaan kemahiran untuk menjalankan tugas secara profesional. Penguasaan pelbagai cabang ilmu amatlah penting bagi memantapkan kemahiran sebagai seorang guru atau pendakwah. Sebagai kesimpulan, diharapkan agar tugasan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan demi kepentingan pelajar itu sendiri. Oleh itu, saya amat berharap agar encik dapat menyemak tugasan saya dan berpuas hati dengan hasil yang telah saya sediakan ini. Sekian, Terima kasih.