Anda di halaman 1dari 16

LAPTOP

Sejarah Laptop Secara Umum

Tahap pertama
Pada 1970-an oleh Alan Kay dari Xerox Palo Alto Research Center memiliki suatu visi untuk mencipta sebuah komputer jinjing yang tidak memerlukan kabel, berukuran buku catatan. Ia menamakannya Dynabook. Dynabook milik Kay ini diciptakan dengan kemampuan network wireless.

Tahap kedua
Di era 1979, William Moggridge dari syarikat Grid System menciptakan komputer jinjing : The Grid Compass Computer 1109. Memiliki 340 kilobyte memory, sebuah kotak disket magnesium dan sebuah layar lipat electrominescent. NASA membeli hampir 800 buah untuk digunakan pada program ruang angkasa.

Tahap ketiga
Pada 1983, Gavilan Computer menghasilkan sebuah laptop yang bekerja dengan baik menggunakan MS-DOS pada processor 8088. Beroperasi dengan menggunakan 64K RAM, dan dapat di up-grade ke 128K. Memiliki berat sekitar 9 pounds, memiliki touchpad/mouse didepan sebelah atas keyboard.

Tahap keempat
Pada tahun 1984 Apple memperkenalkan Apple IIc. Apple IIc adalah sebuah notebook-berukuran komputer, akan tetapi bukan Laptop sebenarnya. Memiliki microprosesor 65C02, Memory 128 kilobytes dan floppy drive 5.25-inch internal, dua port serial, port mouse, modem card, power supply external, dan dapat dilipat. Komputer itu sendiri memiliki berat 10 sampai 12 lb (5kg), akan tetapi monitornya sedikit lebih berat. Apple IIc memiliki monitor monochrome 9-inci dan LCD panel optional.

PENGGUNAAN LAPTOP DALAM P&P


Menurut Harison Bakar (2008), pada tahun 2003 KPM telah memperkenalkan komputer riba sebagai alat teknologi bagi mempermudahkan guru dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Namun demikian, dalam tinjauan yang dijalankan pada bulan Mac-Mei 2007 didapati ramai guru tidak menaplikasikan alat canggih tersebut secara optimum.

Penggunaan E-book dalam Pendidikan.


Bermula Mei 2009, kerajaan negeri Terengganu telah mengedarkan sebanyak 23000 unit komputer secara berperingkat. Komputer yang digunakan iaitu netbook dijadikan sebagai alat untuk membaca e-book yang mana kerajaan turut melihat projek e-Book di sekolah-sekolah Terengganu sebagai alternatif bagi mengatasi masalah beg sekolah berat yang dihadapi murid-murid (Bernama, 2009). Sower (2008) berpendapat, pada masa manusia berbangga dengan teknologi yang ada sekarang, mengapa pelajar masih perlu membawa buku teks yang berat sedangkan alatan handheld dapat menyediakan maklumat yang sama? Alatan pembaca atau platform e-book ini akan dapat membaca pelbagai format e-book seperti Html/Xml, Text, Adobe Acrobat Reader, Microsoft Reader dan Palm Reader dengan menggunakan platform Windows atau Macintosh (Cavanaugh,2008).

Kelebihan LAPTOP dalam pengajaran dan pendidikan


Menjimatkan masa Efektif Menarik Mudah dibawa

Kekurangan LAPTOP dalam pengajaran dan pendidikan

Kurang kemahiran Kos penyekenggaraan tinggi Mudah rosak

Penglibatan guru dalam menggabungkan penggunaan teknologi dengan pengajaran mereka dilihat masih kurang dalam pendidikan kita pada hari ini. Kebanyakkan mereka masih berada ditahap perlu belajar dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Guru perlu menjadi lebih kreatif dengan adanya penggunaan teknologi seperti e-book di sekolah. Pelbagai teknik pembelajaran boleh dilakukan menggunakan e-book tersebut contohnya, guru mencipta perisian pembelajaran yang interkatif untuk pelajar, berkongsi nota silibus dalam format ppt atau pdf, melakukan sidang video, pembelajaran melalui audio dan pelbagai lagi. Teknologi ini sebenarnya membantu para guru sebagai alat bantu pengajaran di dalam bilik darjah. Penting bagi guru untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan dan jangkaan masyarakat setempat.