Anda di halaman 1dari 2

CERITA KANAK-KANAK

(Tema: Karangan Bibliografi )

Si Buah Cempedak Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.

Begitulah saban hari si cempedak mendengar namanya disebut-sebut kanakkanak kecil sebagai sebagai lagu dalam pantun. Namun, nasib cempedak ini tidaklah begitu baik. Baru berbuah, habis ditebuk haiwan. Kerana itu, habis bahagiannya ada yang busuk. Mengapa begini nasib diriku? Sia-sia saja berbuah, tapi rosak dimakan binatang. Aku mahu manusia memakanku. Mereka memang menggemarkan aku. Sebab itulah mereka selalu menyebut namaku. kata si cempedak seorang diri. Lalu secara tiba-tiba, dia disapa seekor semut. Mengapa dengan kau ni? Ko mengeluh atau kau memintanya?Jawab si cempedak sudah tentu aku mengeluh. Aku mahukan manusia memakan aku. Mengapa perlu begitu? balas si semut. Sememangnya aku mahu disanjung tinggi dan sentiasa menjadi yang terbaik dikalangan buah yang ada pada pandangan manusia kata si cempedak itu l agi. Semut mendiamkan diri dan menggelengkan kepala. Aku mahu namaku tetap menjadi sebutan. Lagi pun memang aku ini hanya layak dimakan oleh manusia sahaja. sambung si cempedak. Kau tak berhak untuk berkata begitu si semut menyampuk.Tidak disangka-sangka, si cempedak merasa marah. Lalu dia mengherdik si semut. Berani engkau berkata begitu kepada aku. Aku berhak keatas diri aku sendiri dan akulah yang menentukan siapa yang layak memakan aku Si semut semakin menghampiri si cempedak. Awaslah dengan petah bicaramu wahai cempedak. Engkau dijadikan untuk semua makhluk-Nya dimuka bumi ini. Maka, Dialah yang lebih berhak menentukan siapa yang layak untuk memakanmu si semut

cuba untuk menasihati cempedak. Si cempedak diam seketika. Namun, tiba-tiba bersuara lagi..........