Anda di halaman 1dari 26

LAMPIRAN III

MODUL BSMM

MODUL 1
Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Malaysia dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa

SINOPSIS Modul 1 ini merangkumi Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah dan UndangUndang Kemanusiaan Antarabangsa dan struktur organsasi Persatuan Bulan Sabit Merah / Palang Merah.

HASIL PEMBELAJARAN

Selepas mengikuti modul ini pelajar dapat : i. ii. iii. menguasai pengetahuan Sejarah Pendidikan Palang Merah / Bulan Sabit Merah; menjelaskan struktur organisasi PBSM; dan menghayati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

ARAHAN

1. 2. 3.

Baca dan fahami hasil pembelajaran ini. Baca arahan dan isi kandungan bagi setiap unit. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan daripada isi kandungan modul ini, sila dapatkan jawapannya daripada bahan-bahan bacaan / rujukan lain. Anda juga boleh mengemukakan kemusykilan tersebut untuk dibincangkan dalam interaksi kuliah bersama pensyarah anda pada sesi akan datang.

Peringatan : Anda dikehendaki membuat rujukan lain yang berkaitan untuk meluaskan lagi pengetahuan dan berhubung dengan mana-mana pihak yang berkenaan untuk memahami setiap bidang

http://www.redcross.int/EN/history/

Unit 1

Sejarah Palang Merah


1.1 Jean Henry Dunant

Jean Henry Dunant Bapa Palang Merah. Dilahirkan 8 Mei 1828 di Geneva Switzerland. Bapanya seorang peniaga berjaya, terkenal dan berharta Ibunya seorang penyayang dan patuh agama. Mendapat pendidikan dan asuhan sebagai seorang berpengaruh dengan disiplin, patuh agama dan disiplin yang tinggi. Aktif dalam berbagai pegerakan dengan aktiviti amal dan agama. Ahli kepada League of Aims di Geneva. Tujuan memberi keselesaan rohani & jasmani yang membantu penduduk miskin, sakit dan serba kekurangan. Sering membantu banduan untuk menukarkan sikap dan perangai. Usianya 30 tahun minat kepada organisasi di Switerzeland, Belgium dan France Young Mens Christian Association. Awal tahun 1853 mula menyekutukan beberapa kumpulan pergerakandi Eropah menjadi organisasiDunant menetang dan cadangkan saru gagasan sedunia termasuk YMCA England tidak 3

terhad di Eropah sahaja. Hasilnya satu persidangan YMCA sedunia diadakan di Paris 1855. Menceburi bidang perniagaan 1849 menjadi perantis disebuah bank di Geneva. Dilantik pengurus besar sebuah cawangan bank di Algeria Colonies Suisses de Setif Berhenti dan memulakan perniagaan sendiri. Dalam perjalanan mengurus perniagaan ke Itali di Castiglione delle Pieve bulan Jun 1859 pertempuran Solferino meletus dan dipenuhi mangsa kematian dan cedera kemudahan perubatan tentera tidak mencukupi beliau cuba membantu magsa sakit dan cedera. Sejarah ini telah menukarkan dirinya daripada aktif berniaga kepada membantu manusia yang cedera dan menderita dalam peperangan. Tragedi di Selferino telah memulakan kerjayanya dan menerbitkan buku Kenangan di Selferino dengan mencadangkan persatuan-persatuan yang ada sukarelawan terlatih patut ditubuhkan disemua negara untuk menolong menjaga tentera yang cedera dalam masa perang telah mendapat sambutan dan sokongan ramai. Konsep Triniti Antabangsa telah mendapat sambutan ramai. Beliau mengembara keseluruh Eropah dan menerangkan kepada orang berpengaruh dan Raja-Raja. Cadangan beliau mendapat sambutan dan persetujuan mereka. Dunant mula dihormati dan dikenali oleh ramai orang. Tahun 1863 dan 1864 bintangnya memuncak kegemilangan dan orang ramai memberi sokongan dan sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan persidangan diadakan- tapi sewaktu ini Dunant mula menyisihkan diri. Tahun 1865 dan 1866 mula menyepi diri dan tahun 1867 perniagaannya merosot dan semasa 39 tahun meninggalkan Geneva buat selamanya. 20 tahun selepas itu menhadapi hidup malang miskin dan sengsara dengan mendapat bantuan sara hidup keluarga dan sumbangan kawan-kawan. Walaupun kadang-kadang menjelma sekali sekala dalam acara penghormatan pertubuhan Palang Merah di Eropah, Perancis,Itali dan German. Pada hari Ahad 30 Oktober 1910 Jean Henry Dunant meninggal dunia di Heidden.

Kenangan Solferino

Lebih 125 tahun yang lalu pada 24 Jun 1859 di Medan Perang Solferino di Itali Utara yang melibatkan tentera Austria dan Franco Sardinian. ramai yang tercedera lebih kurang 40,000 mati, tercedera atau hilang. Pasukan Perubatan Tentera tidak dapat memberi rawatan kepada semua , ramai mati kerana tidak mendapat rawatan. Dengan keinsafan, Henry Dunant berada di kawasan tersebut, telah memberikan bantuan dengan meminta orang-orang kampung untuk membantu. Dari peristiwa tersebut, beliau telah menulis Didalam buku tercatat ORGANISASI 1.2 PEMBANTU buku berjudul: KENANGAN DI SOLFERINO beliau supaya ditubuhkan meringankan PERSATUAN / bagi membantu penderitaan. cadangan

Jawatankuasa Berlima Maka pada tahun 1863 satu Jawatankuasa dinamakan Persatuan Kegunaan

Awam Geneva telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini terdiri dari GUSTAVA MOYNIER, DR. MAUNIOR, DR. LOUIS APPIA, GENERAL DUFOUR DAN HENRY DUNANT. Jawatankuasa ini juga dikenali sebagai JAWATANKUASA BERLIMA

Matlamat Jawatankuasa ini ialah membuat apa sahaja yang boleh untuk melaksanakan dan mempraktikkan cadangan-cadangan yang terkandung dalam buku KENANGAN DI 6

SOLFERINO, Dari 26 hingga 29 Oktober 1863, satu PERSIDANGAN ANTARABANGSA telah diadakan di Geneva yang dihadiri oleh wakil dari 16 buah negara yang telah menerima dan bersetuju melaksanakan 10 resolusi dan 3 cadangan untuk merasmikan kelahiran pergerakan Palang Merah. Keputusan persidangan antarabangsa yang pertama, yang disertai oleh 16 buah negara, telah memberi peruntukan seperti berikut: Menubuhkan dalam tiap-tiap negara satu Jawatankuasa Bantuan yang boleh membantu Perkhidmatan Perubatan Tentera dimasa peperangan. Pengecualian Ambulan, Hospital Tentera dan kakitangan Perubatan Mengesahkan satu jenis perseragam lambang, gelangan tangan putih berpalang merah. 1.3 1864 Konvensyen Geneva Pertama Konvensyen Geneva Pertama bagi memperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera dan sakit di medan perang pada tahun 1864 merupakan tarikh penting dalam sejarah kemanusiaan. Sehingga itu, adalah difikirkan bahawa peperangan dan undangundang tidak dapat diselaraskan dan ianya bertentangan. Walau bagaimanapun, Pengasas Palang Merah tetap berpendirian bahawa undang-undang boleh digunakan dalam peperangan, dan ianya mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang tidak berdaya. 1.4 1949 - 4 Konvensyen Geneva Seterusnya terdapat empat Konvensyen Geneva, kesemuanya. Ini merupakan usaha berpanjangan menjangkau masa selama satu abad untuk memperbaiki perlindungan yang diberi oleh Konvensyen Geneva Pertama serta meluaskan perlindungan tersebut kepada banyak lagi kategori mangsa konflik bersenjata. Konvensyen Geneva Pertama : 1964 - meluaskan perlindungan yang diberikan kepada ambulans dan hospital kepada bot penyelamat, kapal hospital dan anak-anak kapal.

Konvensyen Geneva Kedua : 1899 - memberi perlindungan kepada anggota tentera yang luka, sakit dan yang karam di laut. Konvensyen Geneva Ketiga : 1929 - memberi perlindungan kepada tawanan perang. Konvensyen Geneva Keempat : 1949 - melindungi orang-orang awam di dalam tahanan musuh. 1.5 Emblem Palang Merah/ Bulan Sabit Merah

Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang Merah yang berlatarbelakangkan putih sepertimana warna bendera Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). Lambang ini diwujudkan untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tecedera di masa perang dan anggota-anggota yang menjaga dan merawat mereka.

Pada bulan November 1876, Turki yang sedang berperang dengan Russia, mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambing Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tenteranya dan mereka menggunakan lambing Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut diikuti oleh banyak Negara-negara Arab dan Dua pulih sembilan buah Negara Negara-negara yang banyak penduduk muslim.

sekarang menggunakan lambing Bulan Sabit Merah untuk menandakan orang-orang dan barang-barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva.

Negara-negara yang menandatangani Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambing tersebut. Lambing hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga oleh orang-orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. Adalah dilarang menggunakan lambing ini bagi tujuan peperangan, perniagaan dan pusbiliti. Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dibenarkan menggunakan lambing ini untuk mengenalpasti bangunan, barang dan kenderaan kepunyaan mereka. Konvensyen Geneva 1949 menetapkan Penggunaan Lambang sebagai Pelindung

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa

Pertubuhan Antarabangsa

Unit 2

Prinsip-Prinsip Asas

7 Prinsip Asas yang di amalkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa diterima bersama pada tahun 1965 oleh Konferen Antarabangsa ke 20. 2.1 Kemanusiaan ( Humanity)

Memberi pertolongan tanpa membezakan mereka yang tercedera di medan perang, berusaha dengan sedaya upaya di di peringkat antrabangsa dan negara untuk mencegah dan meringankan penderitaan manusia di mana sahaja. Tujuannya melindungi nyawa, menjaga kesihatan, dan memastikan sikap hormat menghormati sesama manusia. Ia memupuk kefahaman, menjalin persaudaraan, kerjasama dan keamanan yang kekal dalam kalangan manusia.

10

2.2

Kesaksamaan ( Impartiality)

Tidak mengamalkan diskriminasi berasaskan bangsa, kaum, agama, darjat atau pahaman politik. Berusaha meringankan penderitaan individu berdasarkan keperluan, dan memberi keutamaan kepada kes kecemasan yang serius. Keberkecualian (Neutrality)

Tidak menyertai mana-mana pihak yang berperang atau melibatkan diri pada bila-bila masa dalam sebarang perbalahan yang berlaku, samada berunsur politik, agama, atau ideologi. 12

11

2.2

Kebebasan (Independence)

Merupakan sebuah pertubuhan bebas. Persatuan kebangsaan ini menjadi pembantu kepada khidmat-khidmat kemanusiaan pada kerajaan masing-masing dan tertakluk kepada undang-undang negaranya. Sentiasa mengekalkan otonominya supaya sentiasa mengikut prinsip-prinsip pergerakan. 2.3 Perkhidmatan Sukarela (Voluntary Service)

Memberi bantuan secara sukarela tanpa didorong oleh aspek lain terutama bermotifkan keuntungan bagi membantu mangsa yang mengalami penderitaan. Bertujuan untuk membantu sesama manusia, secara sukarela dan dengan kerelaan hati, mencerminkan semangat perkhidmatan yang baik dan persaudaraan yang membawa kepada permuafakatan. 2.4 Ketunggalan (Unity) 12

Hanya satu Persatuan Bulan Sabit Merah dan Palang Merah yang harus wujud dalam sesebuah negara. Ianya hendaklah terbuka kepada semua serta menjalankan tugas kemanusiannya di seluruh negara. 2.5 Kesejagatan (Universality)

Semua Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah mempunyai taraf serta memikul tugas dan tanggung jawab yang sama rata dalam usaha membantu diantara satu sama lain.

http://www.redcross.int/en/default.asp

13

Unit 3

Struktur dan Organisasi Pergerakan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Antarabangsa

1 2 3

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of Red Cross - ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah (International Federation Of Rc/Rc Societies,IFRC) Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Kebangsaan 1. JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH(JAPM) ( ICRC) Asas dan komponen pertama ditubuhkan Ditubuhkan oleh 5 orang Wargakota Geneva (1863) Peranan-melindungi & menolong (orang-orang awam & mangsa anggota tentera) 2. PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PERSATUAN PALANG MERAH / BULAN SABIT MERAH Ditubuhkan 1919-dahulu dikenali sebagai Liga Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah Peranan: o o o -membekalkan bantuan kecemasan -menggalakkan penubuhan & pembangunan persatuan -menjalankan kerja-kerja kemanusiaan

Persekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit 14

Merah (Dahulunya : Liga Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah) 5hb Mei 1919, di Paris PENGASAS Hendry Pomeroy Davision AHLI-AHLI PENGASAS Persatuan-Persatuan Palang Merah Amerika, England, Perancis, Itali, dan Jepun TUJUAN UTAMA Untuk memberi semangat, galakkan dan mempromosi sebilang masa semua bentuk aktiviti-aktiviti kemanusiaan oleh Persatuan-Persatuan Kebangsaan untuk tujuan mencegah dan meringankan penderitaan manusia danjusteru itu menyumbang kepada pengekalan dan promosi keamanan di seluruh dunia. KAWASAN TUGAS Seluruh dunia, melalui Peratuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. CIRI-CIRI ISTIMEWA Bebas, Persekutuan Antarabangsa bukan kerajaan yang tidak berunsur politik, perkauman, dan keagamaan. IBUPEJABAT 17, Chemin des Crets, 1211 Geneva 129 (Switzerland). PERSEKUTUAN ANTARABANGSA PERSATUAN-PERSATUAN PALANG MERAH & BULAN SABIT MERAH Ditubuhkan secara tidak langsung semasa Perang Dunia yang Pertama bagi menjalankan aktiviti kemanusiaan seperti membantu mangsa perang dan tawanan perang. Hendry Pomeroy Davision mengesyorkan agar Pertubuhan-Pertubuhan disatukan di persidangan perubatan antarabangsa dan membawa kepada Penubuhan Persekutuan Persatuan-Persatuan Palang Merah Pada 5 Mei 1919.

15

1983 November 1991

Nama rasmi Persatuan-Persatuan Liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah telah ditukarkan kepada Pesekutuan Antarabangsa Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Untuk Mencapai tujuan umum seperti yang digariskan dalam Artikel

Perlembagaan Persekutuan, fungsi-fungsi persekutuan adalah antara lain seperti; Bertindak sebagai badan tetap mengenai perhubungan, penyelarasan dan pengkajian diantara Persatuan-persatuan Kebangsaan & untuk memberi mereka apa jua pertolongan yang diminta

Untuk menggalakkan dan mempromosikan dalam tiap-tiap negara penubuhan & pembangunan Persatuan Kebangsaan yang bebas serta diikiraf

Untuk memberi bantuan dengan apa jua cara kepada semua mangsa-mangsa bencana alam

Untuk membantu Persatuan-Persatuan Kebangsaan dalam persediaan bantuan bencana, dalam organisasi tindakan bantuan mereka dan juga dalam operasinya

Untuk mengatur, menyelaras dan mengarah tindakan bantuan antarabangsa selaras dengan Prinsip-Prinsip dan Peraturan-Peraturan untuk Bantuan Bencana Palang Merah dan Bulan Sabit Merah yang diterima pakai oleh Pesidangan Antarabangsa

Untuk menggalak dan menyelaras penyertaan Persatuan-Persatuan Kebangsaan dalam aktiviti-aktiviti untuk menjaga kesihatan umum dan memajukan kebajikan masyarakat dengan kerjasama pihak-pihak berkuasa kerajaan yang tertentu

Menggalak dan menyelaras diantara Perstuan-Persatuan Kebangsaan pertukaran idea bagi pendidikan kanak-kanak dan belia dalam hasrat unggul kemanusiaan dan untuk menjalin perhubungan persaudaraan di antara beliabelia daripada semua negara

Membantu Persatuan-Persatuan Kebangsaan untuk pengambilan masuk ahliahli daripada penduduk-penduduk pada keseluruhannya dan memupuk prinsip16

prinsip asas dan hasrat unggul pergerakkan

Memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata selaras dengan perjanjian perjanjian yang dibuat dengan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC)

Membantu JAPM/ICRC memaju & membangunkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan bekerjasama dalam penyebaran undangundang ini & Prinsip- Prinsip Asas di antara Persatua-Persatuan Kebangsaan

Menjadi perwakilan rasmi Persatuan-Persatuan ahli dalam bidang antarabangsa, antara lain dalam urusan yang bersangkutan dengan keputusan & perakuan yang diterima-pakai oleh Perhimpunan Agung Persekutuan & menjadi penjaga kepada keutuhannya & pelindung kepada kepentingannya

Melaksanakan mandat yang diamanahkan kepadanya oleh Persidangan Antarabangsa

PERHIMPUNAN AGUNG 2 tahun sekali Dipengerusikan oleh Presiden Persekutuan Dihadiri oleh perwakilan daripada

Persatuan-Persatuan Kebangsaan sebagai ahli MAJLIS EKSEKUTIF Bertindak atas segala keputusan yang dibuat oleh Perhimpunan Agung Terdiri daripada Presiden, Lapan Timbalan Presiden, Presiden Persekutuan Kebangsaan bagi negara di mana Persekutuan beribu pejabat & 16 Persatuan Kebangsaan yang dipilih oleh Perhimpunan Agung SURUHANJAYA STATUT Buat masa ini ada lima iaitu, Kewangan, Belia, Bantuan Bencana, Pembangunan dan Kesihatan, Perkhidmatan Masyarakat

17

SEKRETARIAT Beribu pejabat di Geneva Diketuai oleh Setiausaha Agung yang dilantik oleh Perhimpunan Agung

atas nasihat Majlis Eksekutif Menghantar Laporan Tahunan Kepada semua Persatuan-Persatuan

Persekutuan Sumber Kewangan adalah dari ahli persatuan

PERSATUAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH KEBANGSAAN Okt 1863- perhimpunan di Geneva memutuskan penubuhan Persatuan bantuan perubatan Peranan-memberi penjagaan perubatan kepada mereka yang sakit dan luka semasa perang. Aktiviti: - latihan pertolongan cemas - bantuan bencana alam PERSIDANGAN PALANG MERAH ANTARABANGSA Satu badan membuat keputusan yang tertinggi bagi pergerakan Palang Merah. Semua Palang Merah/Bulan Sabit Merah beserta dengan kerajaan-kerajaan yang telah menandatangani Konvensyen Geneva adalah terikat dengan keputusan dan resolusi yang dibuat oleh Persidangan ini.

18

SEJARAH JAPM (ICRC) 1863 : Penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah Nov 1862, Geneva : Wujud satu Persatuan Kebajikan Awam di Geneva yang dipengerusikan oleh seorang peguam, Gustave Moynier. 9 Feb 1863 : Suruhanjaya terdiri daripada 5 orang ditubuhkan bagi mengkaji saranan Moynier berasaskan idea Dunant iaitu - tugas serta-merta di peringkat antarabangsa - menyertakan jururawat sukarela bertugas dengan tentera di medan perang 17 Feb 1863 : Perjumpaan pertama suruhanjaya diadakan di antara Henry Dunant, Gustave Moynier bersama General Guillaume-Henri Dufour, Dr Louis Appia dan Theodore Maunoir Suruhanjaya tersebut dikenali dengan nama Jawatankuasa Antarabangsa untuk membantu orang-orang yang cedera Kemudian dikenali sebagai Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (JAPM/ICRC) Merupakan satu Institusi Swiss yang bebas dan persendirian

tertakluk kepada Kanun Sivil Swiss Bertindak tanpa gangguan daripada kerajaan-kerajaan dan

tindakan dan keputusan adalah berasaskan semata-mata kepada pertimbangan kemanusiaan Badan-badan Pentadbir JAPM dianggotai oleh warganegara

Swiss yang terdiri maksima 25 ahli kerana mereka terkenal dengan pengalaman dalam hal ehwal antarabangsa dan

19

pengabdian mereka terhadap tugas-tugas kemanusiaan. STRUKTUR JAWATANKUASA ANTARABANGSA PALANG MERAH (JAPM) Terdiri daripada 7 orang ahli jawatankuasa antarabangsa yang

bertanggungjawab mengenai hal-hal operasi dan penyeliaan secara langsung akan hal ehwal pentadbiran. Ia bermesyuarat seminggu sekali dan dipengerusikan oleh Presiden JAPM Dari Geneva, Ibupejabat Direktorat (Directorate) mengendalikan pelbagai perkhidmatan yang menyokong aktiviti-aktivitinya di medan, sokongan operasi (Pengurusan Pentadbiran Wilayah, mengendalikan agensi pengesanan pusat), pertimbangan mengenai undang-undang kemanusiaan dan prinsip-prinsip pergerakan, sumber-sumber manusia, sokongan kewangan dan pentadbiran, selain daripada komunikasi dan perhubungan raya. 1990 - > 47 di Afrika, Amerika Latin Asia dan Timur Tengah 840 delegasi ditempatkan di medan dibantu oleh 4500 pekerja yang terdiri daripada penduduk setempat 600 orang di Geneva memberi bantuan operasi dan pentadbiran

PERANAN JAPM Kemanusiaan Antarabangsa 1) Pemaju Konvensyen Geneva Memajukan Undang-Undang untuk kefahaman dan penyebaran Konvensyen Geneva. 2) Orang tengah yang berkecuali Bertindak selaku orang tengah di antara pihak-pihak yang bermusuh Memastikan mangsa-mangsa awam dan tentera dalam sesuatu peperangan mendpat perlindungan dan pertolongan 3) Penjaga prinsip-prinsip Memastikan prinsip-prinsip asas dihormati. Memutuskan mengenai pengiktirafan persatuan-persatuan kebangsaan. 20

Kewangan JAPM JAPM memperoleh punca kewangan daripada empat sumber: Sumbangan daripada negara-negara yang menjadi pihak kepada konvensyen Geneva dan European Community (EC). Sumbangan daripada Persatuan-Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Kebangsaan. Sumbangan persendirian. Sumber-sumber lain.

AKTIVITI-AKTIVITI JAPM (ICRC) 1. Perlindungan Memastikan tawanan perang dan orang tahanan mendapat makanan, tempat kediaman, layanan dan keadaan kerja yang sepatutnya. Jika terdapat masalah, laporan akan dibuat untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa. 2. Pengesanan Memastikan orang tahan dapat berhubung dengan ahli keluarga masing-masing. Memdapat senarai orang-orang tahan kedua-dua pihak yang bermusuhan dan memaklumkan kepada kedua-dua kerajaan yang terlibat. 3. Divisyen Bantuan Umum Mendapatkan dan memastikan bantuan yang sepatutnya sampai kepadapihak yang memerlukan. Mengekalkan hubungan baik dengan penderma dan melatih delegasi-delegasi tertentu. 4. Divisyen Perubatan Umum Memastikan ubat-ubatan dan alatan perubatan mencukupi. Mengadakan pelbagai aktiviti seperti penjagaan pesakit serta pengeluaran alatalat prothesis dan ortopedik yang diperlukan oleh mereka. 21

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa

22

Unit 4
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
4.1 Sejarah 1948 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu Cawangan Palang Merah British 1950 Ditubuhkan di Pulau Pinang 1951 Ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor 1952 Ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang 1961 Pada 1 Mei 1961, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (Perbadanan) telah di baca diparlimen 1962 16 April 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu ( Perbadaanan ) AKTA 1961 ( No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa. 1963 Pada 4 Julai 1963 Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ( ICRC) menerima pengikhtirafan dengan rasmi sebagai satu Persatuan Palang Merah. 1965 Apabila Malaysia ditubuhkan, parlimen telah meluluskan akta Persatuan palang merah Malaysia ( Akta No. 47 tahun 1965 ) 1975 21 Ogos 1975 di atas persetujuan Di Raja, nama Palang Merah ditukarksn kepada Bulan Sabut Merah dan diwartakan pada 4 September 1975 ( Akta 162 membenarkan pertukaran nama dan lambing ). Pingat Nansen telah di anugerahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di atas penghormatan perkhidmatan kemanusiaan kepada orang-orang pelarian. Pada 10 Oktober 1977 (Isnin ) jam 4.30 petang. Upacara penyampaian telah diadakan Di Palais des Nations, Geneva, Salle XVII.

Mengelilingi gambar Dr. Pridtjof Nansen adalah kata-katanya yang termashur. LOVE OF MAN IS PRACTICAL POLICY ( Mencintai insan adalah dasar yang prektikal) 23

4.2

Struktur dan Organisasi DYMM Yg Pertuan Agong YAB Perdana Menteri Msia

YB Menteri Kebajikan

Majlis
Jawatankuasa Pemandu Jawatankuasa Cawangan
Jawatankuasa Daerah

YB Menteri Kesihatan
Urusetia Kebangsaan

Urusetia Cawangan

Urusetia Daerah

Unit-unit Kanak-kanak BELIA PBS

4.3

Aktiviti-aktiviti : Bulan Sabit Merah Kanak-kanak/ Belia Pasukan Bantuan Sukarela Penjagaan Kesihatan Asas Reaksi Kecemasan Perkhidmatan Masyarakat Rancangan Pertukaran Antarabangsa Rancangan Latihan

24

Unit 5
Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
Pada asasnya: 4 Konvensyen Geneva 1949

2 Protokol Tambahan 1977

Konvensyen Geneva Pertama 1864 10 fasal yang digubal untuk melindungi mereka yang tidak terlibat dalam peperangan di daratan. Konvensyen Geneva Kedua 1907 Fasal ini melindungi askar-askar yang cedera dan sakit ketika di atas kapal atau di laut. Konvensyen Geneva Ketiga 1929 143 fasal yang menghuraikan tahanan perang mesti dilayan dengan baik, disediakan tempat kediaman yang sempurna dan menerima bekalan dan pakaian yang mencukupi serta rawatan yang memadai. Konvensyen Geneva Keempat 1949 Melindungi orang awam yang berada dalam lingkungan konflik bersenjata dan pengganas. Protokol Tambahan I 1977 102 fasal yang meluaskan perlindungan kepada penduduk awam, askar-askar dan pekerja-pekerja perubatan awam dalam konflik bersenjata antarabangsa. Protokol Tambahan II 1977 Menghuraikan perlindungan diberikan kepada mangsa yang tertangkap dalam konflik bersenjata dalaman yang berisiko tinggi seperti perang saudara (tidak termasuk 25

rusuhan, demonstrasi atau keganasan).

26