Anda di halaman 1dari 29

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH.

ILMU PENDIDIKAN
(PN 3311D) TAJUK: GLOBALISASI DAN CABARAN PENDIDIKAN

Disediakan oleh: NAMA PELAJAR MUHAMMAD SHAZWAN BIN SUKRI MUFIDAH RAMIZAH BINTI MIHAT NG BAO HUI NO. K/P KUMPULAN

920719-07-5815 3PPISMP PSV / BI / BM 1 920311-13-6186 3PPISMP PSV / BI / BM 1 910324-01-5480 3PPISMP PSV / BI / BM 1

Disediakan untuk: EN. SAIFUDIN AZAM SHAH BIN AHMAD Tarikh serahan:
22 OGOG 2011

PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T. tuhan semesta alam, selawat dan salam ke hadrat imam sekalian Rasul S.A.W., serta keluarga baginda, para sahabat dan tabiin seluruhnya. Saya Muhammad Shazwan bin Sukri dari kelas PISMP PSV 1 hanyalah insan kerdil di atas muka bumi ini yang tidak mampu menghasilkan kerja kursus ini selengkapnya tanpa bantuan, bimbingan dan tunjuk ajar mereka. Saya terlebih dahulu ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dan turut serta secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Pertama sekali, saya ingin berterima kasih kepada pensyarah Pendidikan Seni Visual (PSV 3102) yang tercinta, En. Hamzah bin Omar kerana telah banyak membantu dalam menyelesaikan kerja kursus. Banyak maklumat dan informasi disediakan demi pelajar tersayang agar mendapatkan hasil kerja yang terbaik dan berkualiti. Tambahan pula, beliau sedia membantu dan turut melapangkan sedikit waktu untuk sesi berkolaborasi. Nasihat serta bimbingan akan sentiasa saya semat dalam diri, bak mutiara kata Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak Institut yang menyediakan fasiliti dan prasarana yang secukupnya. Tambahan pula, buku-buku dan bahan-bahan ilmiah di Pusat Sumber Institut banyak dibekalkan sebagai bahan dan sumber rujukan saya. Koperasi juga telah berfungsi sebagai tempat saya membeli keperluan bahan-bahan dan tempat fotostat bagi kelancaran perjalanan kerja kursus. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang tidak mementingkan diri dan sudi berkongsi maklumat untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak kira yang beragama Islam mahupun tidak. Seterusnya, jutaan terima kasih kepada keluarga tercinta yang sentiasa menyokong saya dari belakang. Sokongan moral dan masalah kewangan hanya merekalah tempat saya mengadu demi kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN
TAJUK
PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SENARAI RAJAH BIODATA 1.0 PENGENALAN 2.0 DEFINISI KONSEP 2.1 Globalisasi 2.2 Peluang pendidikan 2.3 Mod pembelajaran 2.5 Penjanaan ilmu 2.6 Tranformasi pendidikan 3.0 ISU-ISU KE ATAS PELUANG PENDIDIKAN, MOD PEMBELAJARAN DAN PENJANAAN ILMU 3.1 ISU-ISU KE ATAS PELUANG PENDIDIKAN 3.1.1 Jurang pendidikan orang asli 3.1.2 Masalah kemiskinan 3.2 ISU-ISU KE ATAS MOD PEMBELAJARAN 3.2.1 Akses pendidikan 3.3 ISU-ISU KE ATAS PENJANAAN ILMU 3.3.1 Gangguan penjanaan ilmu 3.3.2 Kekurangan tenaga pengajar

MUKA SURAT
i ii-iii iv v-vii 1 2-3

5-8

4.0

IMPAK GLOBALISASI KE ATAS PELUANG PENDIDIKAN, 9-12 MOD PEMBELAJARAN DAN PENJANAAN ILMU 4.1 Merubah struktur pendidikan 4.2 Memberi kemudahan kepada OKU 4.3 Membina Negara Bangsa 4.4 Peluang pendidikan 4.5 Peminggiran Bahasa Melayu 4.6 Pengkomersilan pendidikan CABARAN TANSFORMASI PENDIDIKAN 5.1 Kesediaan guru dalam menghadapi globalisasi 5.2 Kurangnya penghayatan ilmu oleh individu 5.3 Faktor kebudayaan dan keperluan masyarakat yang berbeza 5.4 Bahan pengajaran dan pembelajaran 5.5 Kemerosotan nilai akhlak dan moral 13-15

5.0

6.0

PENUTUP

16 17-18 19

RUJUKAN LAMPIRAN

SENARAI RAJAH
TAJUK
Rajah 1 : Konsep terhadap globalisasi, peluang pendidikan, mod pembelajaran, penjanaan ilmu dan transformasi pendidikan Rajah 2 : Isu-isu ke atas peluang pendidikan, mod pembelajaran dan penjanaan ilmu. Rajah 3 : Impak globalisasi ke atas peluang pendidikan, mod pembelajaran dan penjanaan ilmu. Rajah 4 : Cabaran transformasi pendidikan.

MUKA SURAT
2

13

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN 06000 KEDAH DARUL AMAN
NAMA TARIKH LAHIR AGAMA BANGSA NO H/P ALAMAT TETAP : MUHAMMAD SHAZWAN BIN SUKRI : 19 JULAI 1992 : ISLAM : MELAYU : 017-5296093 : 777, PERMATANG TOK BRIN 13100 PENAGA SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.

ALAMAT SEMASA : IPG KAMPUS DARULAMAN, 06000 KEDAH DARUL AMAN.

KUMPULAN/UNIT : PPISMP JUN 2010-PENDIDIKAN SENI VISUAL/BI/BM 1 NAMA MENTOR : EN. JAMALLUDIN BIN MOHAMAD RASHID

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN 06000 KEDAH DARUL AMAN
NAMA TARIKH LAHIR AGAMA BANGSA NO H/P ALAMAT TETAP : MUFIDAH RAMIZAH BINTI MIHAT : 13 MAC 1992 : ISLAM : MELAYU : 014-2364241 : NO 74, JALAN JASA MERDEKA 18, TAMAN DATUK TAMBY CHIK KARIM, 75350 BATU BERENDAM, MELAKA.

ALAMAT SEMASA : IPG KAMPUS DARULAMAN, 06000 KEDAH DARUL AMAN.

KUMPULAN/UNIT : PPISMP JUN 2010-PENDIDIKAN SENI VISUAL/BI/BM 1 NAMA MENTOR : EN. JAMALLUDIN BIN MOHAMAD RASHID

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN 06000 KEDAH DARUL AMAN
NAMA TARIKH LAHIR AGAMA BANGSA NO H/P ALAMAT TETAP : NG BAO HUI : 24 MAC 1991 : BUDDHA : CINA : 017-7716673 : NO 12, TAMAN GADING JAYA, PARIT BUNGA, 84000 MUAR, JOHOR.

ALAMAT SEMASA : IPG KAMPUS DARULAMAN, 06000 KEDAH DARUL AMAN.

KUMPULAN/UNIT : PPISMP JUN 2010-PENDIDIKAN SENI VISUAL/BI/BM 1 NAMA MENTOR : EN. JAMALLUDIN BIN MOHAMAD RASHID

1.

Pengenalan Dunia mahu dijadikan suatu pentas kecil supaya mudah terjangkau dalam waktu

yang singkat hasil perkembangan mendadak teknologi maklumat yang menggunakan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Penyebaran ini banyak meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, teknologi, politik dan sosial. Maka dengan itu, jelaslah bahawa globalisasi adalah suatu rangkai kata kecil yang besar maknanya sehinggakan setiap aktiviti, perlakuan mahupun perbalahan yang berlaku dalam sesebuah negara boleh dihidu oleh pihak luar dengan kepantasan teknologi maklumat pada hari ini.

Pendidikan

di

Malaysia

adalah

suatu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Kesedaran terhadap kepentingan pendidikan dalam era globalisasi telah mencetuskan transformasi kurikulum ke arah pembentukan modal insan yang releven dengan kehendak domestik dan permintaan global. Sistem pendidikan di era globalisasi ini adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka dapat menghadapi alam dewasa. Dalam konteks menyediakan pendidikan yang ideal, tujuan dan matlamat pendidikan negara pada abad ke 21 amat jelas sekali. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan sosialisasi masyarakat hari ini. Oleh yang demikian, globalisasi turut memainkan peranan dalam dunia pendidikan secara langsung melalui perpindahan nilai pengetahuan hasil ledakan teknologi maklumat yang pesat.

2.

Definisi konsep

MOD PEMBELAJARAN PELUANG PENDIDIKAN PENJANAAN ILMU

GLOBALISASI

DEFINISI KONSEP

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Rajah 1 : Konsep terhadap globalisasi, peluang pendidikan, mod pembelajaran, penjanaan ilmu dan transformasi pendidikan

2.1

Konsep Globalisasi Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, globalisasi bermaksud fenomena yang

menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Tambahan pula, cendekiawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan yang juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan (borderless world), suatu fenomena tatacara baru dalam mewujudkan ciriciri penyejagatan. Globalisasi sebagai suatu usaha mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau kelompok sehingga menembusi seluruh dunia. Yusof Al-Qardhawi (2001)

Prof. Michael Gibbons (2003), Setiausaha Agung Universiti Komanwel (ACU) menyatakan globalisasi merupakan proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu untuk meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman individu serta bukan budaya homogeniti tetapi menjana diversiti. Dalam erti kata yang lain dunia hari ini umpama tiada benteng walaupun masih bersempadan. Dalam dunia pendidikan, pelajar bebas memilih guru dan maklumat berada di hujung jari setelah menaip kata kunci.

2.2

Peluang Pendidikan Peluang menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga bererti kesempatan dan

kelapangan yang baik atau senggang serta tidak sibuk. Manakala pendidikan adalah satu proses menyeluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkah laku manusia. Menurut Yusuf Al-Qardawi, pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku. Ia bertujuan menyediakan manusia hidup dalam masyarkat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanusian dan kepahitan. Al-Ghazali berpendapat bahawa, Pendidikan adalah satu proses yang merangkumi aspek-aspek seperti intelek, latihan jasmani dan pembentukan akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati.

2.3

Mod pembelajaran Pendekatan pembelajaran dapat diertikan sebagai titik tolak atau sudut

pandang kita terhadap proses pembelajaran, yang merujuk pada pandangan tentang terjadinya suatu proses yang sifatnya masih sangat umum di dalamnya mewadahi, menginsiprasi, menguatkan, dan melatari mod pembelajaran dengan cakupan teoretis tertentu. Mod pembelajaran dapat diertikan sebagai cara yang digunakan untuk mengimplementasikan rencana yang sudah disusun dalam bentuk kegiatan nyata dan praktis untuk mencapai tujuan pembelajaran.

Pendekatan, strategi, mod, teknik bahkan taktik serta teknik pembelajaran sudah terungkai menjadi satu kesatuan yang utuh maka terbentuklah apa yang disebut

dengan mod pembelajaran. Jadi, mod pembelajaran pada dasarnya merupakan bentuk pembelajaran yang tergambar dari awal sampai akhir yang disajikan secara khas oleh guru. Dengan kata lain, mod pembelajaran merupakan bungkus atau bingkai dari penerapan suatu pendekatan, mod, dan teknik pembelajaran.

2.4

Penjanaan ilmu Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, istilah penjana membawa erti mencipta,

penghasilan, dan perkembangan serta perbuatan menjanakan atau menghasilkan sesuatu. Dari segi bahasa, ilmu berasal dari perkataan Arab "Alima" yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. Menurut Bahasa Inggeris pula ilmu umumnya diertikan sebagai sains. Perkataan ilmu pada hakikatnya seringkali dikaitkan atau sinonim dengan pengetahuan. Ini kerana pada hakikatnya ilmu dan pengetahuan mempunyai erti yang sama walaupun mungkin berbeza dari segi penggunaannya.

Ilmu dari segi istilah adalah segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari Allah S.W.T. yang diturunkan kepada Rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah. Penjanaan ilmu bererti mampu menyumbang atau memperkembangkan ilmu terhadap peningkatan tahap intelektual, penciptaan teknologi baru dan penyuburan budaya yang dinamik selaras dengan aspirasi negara.

2.5

Transformasi Pendidikan Konsep Transformasi Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "transformasi"

bermaksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan. Dalam erti kata yang lain, ia merupakan satu peralihan daripada satu dimensi ke satu dimensi yang lain, berbeza daripada keadaan senario sedia ada yang sudah berlegar di ruang pemikiran ke satu ruang yang lain, lebih baik atau lebih sempurna. Mengikut Jaafar Muhamad (1999), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. Transformasi

pendidikan ialah perubahan pendidikan secara sistematik, dan penyediaan pendidikan yang berkualiti.

3.

Isu-isu ke atas peluang pendidikan, mod pembelajaran dan penjanaan ilmu. JURANG PENDIDIKAN ORANG ASLI MASALAH KEMISKINAN

PELUANG PENDIDIKAN

ISU-ISU

MOD PEMBELAJARAN

AKSES PENDIDIKAN

PENJANAAN ILMU

GANGGUAN PENJANAAN ILMU


KEKURANGAN TENAGA PENGAJAR

Rajah 2 : Isu-isu ke atas peluang pendidikan, mod pembelajaran dan penjanaan ilmu.

3.1

Isu-isu ke atas peluang pendidikan 3.1.1 Jurang Pendidikan Golongan Asli Penduduk Asli atau peribumi adalah masyarakat yang tinggal dalam atau pinggir

hutan antara golongan besar yang tercicir dalam pendidikan. Golongan ini tidak terdedah kepada arus semasa dan kuat terikat dengan kehidupan tradisional. Isu yang paling ketara bagi golongan ini ialah kadar keciciran yang tinggi, prestasi pelajar orang Asli yang rendah, jumlah enrolmen sekolah yang rendah dan kurang infrastruktur serta prasarana yang lengkap. Isu ini berpunca daripada sikap tidak ambil berat ibu bapa orang Asli sendiri. Golongan ibu bapa tidak sedar akan kepentingan pelajaran bagi anak-anak mereka. Anak perempuan berusia 10 atau 11 tahun disuruh menjaga adik dan membuat kerja rumah manakala anak lelaki akan mengikut ayahnya pergi memburu atau

menangkap ikan. Golongan bijak pandai juga berkurangan disebabkan oleh kurangnya persaingan untuk mencapai kemajuan, malah tiada minat untuk belajar. Selain itu, mungkin disebabkan faktor tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran kerana diajar menggunakan kurikulum aliran perdana yang menggunakan bahasa kebangsaan, bukan bahasa ibunda mereka.

3.1.2 Masalah Kemiskinan Kemiskinan merupakan masalah yang mempengaruhi tahap pendidikan sesebuah keluarga. Hasil kajian mendapati, masyarakat Melayu luar bandar hidup dalam keadaan kemiskinan yang serius. Tahap pendidikan keluarga miskin yang rendah turut memberi kesan kepada anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna. Ketidakupayaan individu mendapat pendidikan yang sempurna

menyebabkan mereka terus terperangkap dalam kemiskinan. Oleh itu, cadangan seperti menekankan aspek pendidikan sejak dari awal serta memberi peluang latihan dan kemahiran dalam pelbagai bidang kepada masyarakat Melayu di luar bandar mampu untuk mengeluarkan golongan ini daripada belenggu kemiskinan.

3.2

Isu-isu ke atas mod pembelajaran 3.2.1 Akses Pendidikan Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pembelajaran.

Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar. Selain itu, perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh dan latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan. Malahan, penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah dan bilangan guru

terlatih dalam ICT yang belum mencukupi. Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

3.3

Isu-isu ke atas penjanaan ilmu 3.3.1 Gangguan Penjanaan Ilmu Pada masa sekarang, masih terdapat di kalangan ahli akademik institusi

pengajian tinggi yang masih gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik hingga mengganggu proses kelancaran sistem pendidikan negara. Isu ini sudah pasti menimbulkan kepincangan dan persoalan mengenai tahap kewibawaan seorang guru dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Sekali gus mempertikaikan keupayaan mereka dalam memberi sumbangan kepada institusi dalam proses perkembangan ilmu yang merangkumi akademik, kemahiran dan penyelidikan. Sebagai landasan utama dalam menentukan tahap keupayaan pensyarah, penulisan sudah tentu memerlukan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan baik. ( Dr Megawati Omar Felow apenyelidikan dan Penerbitan Institut Pengurusan Penyelidikan UiTM ) Impak kelemahan penguasaan bahasa Inggeris memberi kesan kepada proses pembelajaran, di mana guru tidak dapat melaksanakan tugas meskipun mempunyai kelayakan akademik yang baik. Disebabkan kekangan itu, proses kelancaran terganggu, seterusnya mengakibatkan proses penyampaian ilmu menjadi terhad dan hanya untuk golongan tertentu sahaja. Bahasa Inggeris mudah dipelajari di peringkat rendah namun semakin sukar jika umur meningkat. Ini adalah cabaran dalam proses peningkatan pembelajaran alaf baru. Jika penguasaan tidak baik, impaknya sudah tentu pada hasil penulisan dan penerimaan masyarakat yang menjadikan buku ilmiah sebagai rujukan.

3.3.2 KekuranganTenagaPengajar Kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran turut menjadi isu dalam

pelaksanaan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan.

Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan dalam pengagihan guru mengikut opsyen. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.

4.

Impak globalisasi ke atas peluang pendidikan, mod pembelajaran dan penjanaan ilmu.
1. Merubah struktur pendidikan

6. Pengkomersilan pendidikan

2. Memberi kemudahan kepada OKU

IMPAK GLOBALISASI PENDIDIKAN


5. Peminggiran Bahasa Melayu 3. Membina Negara Bangsa

4. Peluang pendidikan

Rajah 3 : Impak globalisasi ke atas peluang pendidikan, mod pembelajaran dan penjanaan ilmu 4.1 Merubah struktur pendidikan Sistem pendidikan yang bercorak rigid atau berpusat yang menggunakan bahan konkrit semata-mata tidak lagi digunakan. Tambahan pula, bahan-bahan seperti ini tidak dapat merangsang minda pelajar untuk terus mendalami ilmu. Pembelajaran kini menggunakan pendekatan teknologi siber melalui Program Pembestarian ICT Sekolah. Penggunaan perisisan multimedia, internet dan e-mel secara inkuiri penemuan lebih memberangsangkan para pelajar. Perisian multimedia menggabungkan penggunaan visual, audio dan effect mampu memberikan gambaran pelajaran yang jelas walaupun dengan hanya menggunakan teori. Penggunaan internet pula menyaksikan lambakan maklumat yang boleh diperoleh pelajar daripada jurnal, laman forum, ensiklopedia, dokumen dan

persembahan elektronik dengan hanya menekan kata kunci untuk mencarinya. Semua maklumat berada di hujung jari. Maklumat juga boleh dikongsi dengan menggunakan e-

mel dengan kos yang rendah. Oleh yang demikian, pelajar dapat menerokai sesuatu ilmu dengan lebih mendalam dan berkesan dengan perubahan struktur ini. 4.2 Memberi kemudahan kepada OKU . Globalisasi menjadikan negara menandatangani Proklamasi Penyertaan Penuh dan Penyamaan Peluang bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik, dan membentuk akta bagi golongan kurang upaya. Hal ini bagi memberi peluang kepada OKU kemudahan pendidikan yang sama rata dan mengelakkan diskriminasi daripada insan normal.

Lantaran itu, kemudahan perpustakaan dicipta untuk golongan ini. Contohnya seperti Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dengan kerjasama sekolah Pendidikan Khas Alma, St. Nicholas Home Penang, dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah menyediakan katalog induk untuk kegunaan golongan istimewa yang cacat penglihatan. Bahan-bahan tersebut dibekalkan dalam bentuk Braille, iaitu Talking Book, dan Large prints. Oleh yang demikian, globalisasi jelasnya memberikan kemudahan dan peluang pendidikan kepada golongan istimewa sama seperti masyarakat normal yang lain. 4.3 Membina Negara Bangsa Pembinaan negara bangsa bagi sesebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia dapat memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan. Penanaman nilai toleransi dalam kalangan rakyat dapat dilakukan melalui aktiviti kurikulum, dan kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Kurikulum yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai asas bahasa ilmu dapat mewujudkan integrasi nasional. Dalam kegiatan kokurikulum pula penyertaan pelajar dalam aktiviti berpersatuan seperti Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan Kadet Bersatu jelasnya dapat membina perpaduan melalui aktiviti pendidikan luar yang dijalankan. Aktiviti pendidikan luar yang dijalankan dapat membina nilai bantu-

membantu dalam diri individu sekali gus membentuk nilai peribadi yang unggul. Selain itu, melalui program warisan dan budaya juga dapat membudayakan rakyat yang berbilang kaum. Nilai hormat-menghormati terhadap sensitiviti masyarakat yang

pelbagai kaum dapat disemai apabila setiap kaum mengetahui dan memahami adat kaum lain.. 4.4 Peluang pendidikan Kerajaan dan badan bukan kerajaan berlumba-lumba untuk menubuhkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi memberi peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia tanpa mengenal usia dengan syarat kemasukan yang fleksibiliti. Program yang dijalankan pula dapat

menyediakan guna tenaga yang diperlukan dalam pelbagai sektor negara terutamanya dalam sektor perindustrian, perniagaan, dan pertanian. Selain itu, pendidikan negara juga terbuka kepada dunia luar dengan kelulusan di peringkat antarabangsa seperti University Lim Kok Wing dan Kolej Stamford. Keadaan ini dapat memberi peluang kepada generasi muda negara memperoleh kelulusan dan kelayakan akademik di peringkat antarabangsa seterusnya menjamin pasaran kerja mereka dalam firma-firma negara yang memerlukan kepakaran luar. Jelasnya globalisasi memberikan peluang pendidikan kepada rakyat Malaysia mahupun luar. 4.5 Peminggiran Bahasa Melayu Kemungkinan besar masyarakat pada hari ini terlupa bahawa bahasa Melayu suatu masa dahulu merupakan lingua franca yang menjadi bahasa perantaraan bagi para pedagang dari seluruh dunia. Objektif mahupun matlamat serta sasaran Kementerian Pendidikan bakal tercapai dalam melahirkan generasi globalisasi yang celik dan telus pada hari ini namun mereka terlupa akan padah dan kesan jangka masa panjang. Maka dengan itu, bahasa Inggeris mendapat tempat di hati anak muda seterusnya melupakan bahasa kebangsaan sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam mata pelajaran Sains dan Matematik yang sebelum ini menggunakan bahasa Melayu tetapi mula di tukar kepada bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah dan menengah pada tahun 2002. Tambahan pula, mata pelajaran Sastera Melayu kini menjadi subjek elektif yang kian pupus untuk diamati. Bahasa Inggeris menjadi bahasa standard yang diterima pakai oleh semua negara membangun. Justeru, bahasa Inggeris telah diiktiraf kerajaan sebagai bahasa pengantara dalam proses pengajaran bagi memudahkan pengaksesan maklumat.

4.6

Pemkomersilan pendidikan Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli

korporat pendidikan akan mengaut keuntungan melalui bidang pendidikan. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi. Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Hari ini hanya sekitar 20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS

keseluruhannya. Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

5.

Cabaran transformasi pendidikan

1. KESEDIAAN GURU DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI 6. PENGLIBATAN NKEA 2. KURANGNYA PENGHAYATAN ILMU OLEH INDIVIDU

CABARAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN


5. KEMEROSOTAN NILAI AKHLAK DAN MORAL 4. BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3. FAKTOR KEBUDAYAAN DAN KEPERLUAN MASYARAKAT YANG BERBEZA

Rajah 4 : Cabaran transformasi pendidikan. 5.1 Kesedian guru dalam menghadapi globalisasi Ini adalah salah satu cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum. Antara faktor penghalang ialah kurang rasa keupayaan. Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa keupayaan, lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah daripada pihak masyarakat seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.

Selain itu, sesetengah guru beranggapan bahawa perlaksaaan transformasi pendidikan akan menambahkan beban kepada mereka. Anggapan ini menyebabkan guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri

kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan lain-lain.

5.2

Kurangnya penghayatan ilmu oleh individu. Penghayatan ilmu akan terkubur sedikit demi sedikit disebabkan oleh para

pelajar yang hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati nilai ilmu itu sendiri. Mereka boleh mendapat maklumat daripada Internet tanpa berjumpa guru. Maklumat yang diperoleh pula hanya digunakan untuk tujuan peperiksaan atau bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Pemerolehan maklumat melalui guru adalah penting kerana guru adalah model yang terbaik.

Kebiasaannya seseorang guru akan mengamalkan etika keguruan yang mulia. Hal ini tentulah akan melahirkan generasi yang cerdik pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Mereka akan menyalahgunakan ilmu atau kemahiran yang diperoleh untuk tujuan negatif seperti pecah amanah, memindahkan atau meminda akaun bank, menceroboh masuk maklumat sesuatu organisasi, dan sebagainya.

5.3

Faktor kebudayaan dan keperluan masyarakat yang berbeza Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina,

dan India yang masing-masing mengamalkan cara hidup dan pegangan adat yang berbeza. Masyarakat Melayu Islam akan menghormati dan menghentikan sesuatu aktiviti apabila masuknya waktu solat berbeza dengan budaya masyarakat lain. Hal yang demikian merupakan cabaran dalam mewujudkan suatu pendidikan yang globalisasi.

Selain itu, keperluan sesebuah masyarakat adalah berbeza antara satu sama lain. Hal ini bergantung pada faktor ekonomi mereka. Jika sesebuah masyarakat itu berekonomikan pertanian, maka mustahil bagi mereka untuk menggunakan pendidikan yang mengglobalisasikan perindustrian kerana faktor perolehan ekonomi dan situasi yang berlainan. Oleh yang demikian jelaslah bahawa faktor kebudayaan dan

keperluan masyarakat yang berbeza merupakan salah satu cabaran dalam globalisasi pendidikan.

5.4

Bahan pengajaran dan pembelajaran Bahan pengajaran dan pembelajaran juga menjadi salah satu cabaran yang

menyumbang kepada keberkesanan kurikulum sekolah. Bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah cukup, boleh digunakan, berasaskan teknologi seperti ICT dan juga bersifat mesra pengguna. Bahan ini biasanya disediakan oleh guru-guru untuk memberikan impak yang optimum dalam pengajaran mereka.

Sekiranya bahan pengajaran dan pembelajaran ini berkesan ini akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih baik, pembelajaran yang menyeronokkan bagi pelajar serta meningkatkan kecemerlangan akademik. Tenaga pengajar juga mestilah mengadakan pengajaran dan pembelajaran yang terancang, menggunakan pelbagai teknik yang berpusatkan pelajar dan penilaian dijalankan berterusan ke atas amalan pengajaran dan pembelajaran.

5.5

Kemerosotan nilai akhlak dan moral. Globalisasi membuka minda masyarakat untuk menggunakan bahan media

dengan meluas. Masyarakat akan menggunakan bahan bacaan dan internet bagi mendapatkan maklumat. Namun begitu, sesetengah golongan yang tidak memiliki iman yang kuat akan terjebak dengan unsur-unsur negatif. Unsur-unsur negatif seperti

bahan erotik dan vandalisme sering digunakan oleh pihak pengeluar bagi melariskan bahan media mereka tanpa memikirkan kesan negatifnya. Mereka hanya memikirkan keuntungan dengan jalan yang mudah.

Akibatnya, sesetengah pihak khususnya pelajar yang selalu menggunakan bahan media ini untuk mencari maklumat akan terpengaruh dengan nilai songsang yang diketengahkan sehingga berlakunya kes seperti merompak, mencabul, dan merogol. Hal yang demikian jelasnya bertentangan dengan sistem agama dan cara

hidup masyarakat timur kita. Justeru, kewujudan masyarakat yang rendah nilai moralnya merupakan cabaran dalam globalisasi pendidikan pada hari ini.

5.6

Penglibatan NKEA. Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) adalah suatu perangkaan baharu

Malaysia dalam melonjakkan kredibiliti negara sekaligus meletakkan negara sebagai pesaing di persada antarabangsa. Hal ini oleh kerana setiap individu di Malaysia tidak mahu yang kaya terus bermaharajalela manakala yang miskin terus miskin dan menangis mengenangkan nasib diri. Maka dengan itu, pelbagai pelaksanaan telah di ketengahkan dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia dalam pelbagai aspek mahupun bidang yang akan menymbangkan kepada ekonomi negara seperti industri elektronik dan elektrikal, pelancongan, bioteknologi, kebudayaan, hiburan dan kewangan Islam. Dalam hal ini, dalam bidang pendidikan yang ada masyarakat umum sedia maklum bahawa kerajaan Malaysia tidak ketinggalan untuk meningkatkan seterusnya menselaraskan kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Buktinya, dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Multimedia Super

Corridor (MSC) Malaysia akan mengenal pasti dan membangunkan beberapa bidang yang menjadi pilihan untuk melahirkan modal insan cemerlang seterusnya status negara gemilang dapat digapai. Antaranya adalah dengan pembangunan perisian, multimedia kreatif, perkhidmatan perkongsian dan sumbang saran luar serta e-bisnes. Sementara itu, konsep kluster akan diguna pakai bagi memacu pertumbuhan bidang tersebut yang melibatkan kolaborasi antara syarikat global sebagai nucleus dengan enterpris kecil dan sederhana. (EKS). Maka dengan itu, persoalan yang bakal menghantui sebenak fikiran dan sanubari golongan yang berintegriti adalah bagaimana para pelajar mampu mendepani arus kerajaan dalam meningkatkan taraf ekonomi seering dengan duni pendidikan. Oleh hal yang demikian, transformasi ini akan memperlihatkan lebihan usaha atau lebih tepat lagi setiap individu harus mengembleng tenaga dua kali ganda. Tuntasnya, penglibatan NKEA adalah suatu cabaran dalam menjayakan transformasi pendidikan.

6.

Penutup Konklusinya, globalisasi banyak meninggalkan kesan terhadap pendidikan dan

mempunyai cabaran dalam merelisasikannya. Dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya.

Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat prasekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi. Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin sengit. Oleh itu, peranan daripada pihak pendidik, ibu bapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. Sehubungan itu, semua pihak perlulah terbuka dalam menerima globalisasi pendidikan. Dalam erti kata yang lain, masyarakat perlu bersatu padu dalam mengembleng tenaga serta berusaha mengambil inisiatif dan langkah drastik bagi memenuhi keperluan pendidikan sejagat selaras kehendak negara dalam memacu wawasan 2020.

BIBLIOGRAFI
Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan. Dewan Masyarakat. Mohd. Noor Abdul Hamid, Fazaliah Mohd Kamal, Juslihah Wook. (2007).

Persidangan pengajaran dan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi 2007, Ke arah peningkatan kualiti modal insan. Buku Abstrak. Hotel Palace of the Horses, Seri Kembangan, Selangor. Selangor Darul Ehsan. Mok Soon Sang. (2011). Siri Pendidikan Perguruan, Pengantar Pendidikan Teras untuk Kursus Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya, Selangor. Rafiah Salim. (2007). Monograf 5, Pengajaran dan pembelajaran IPTA, Isu Semasa Dalam Pendidikan Tinggi. Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Golden

Kembangan, Selangor. Selangor Darul Ehsan. Sidek Hj. Ab. Aziz. (2007). Monograf 6, Pengajaran dan pembelajaran IPTA, Isu dan Cabaran Pendidikan Tinggi. Selangor Darul Ehsan. Sufean Hussein (1996). Pendidikan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. http://www.scribd.com/doc/50289493/ISU-ISU-KETAKSAMAAN-PELUANG-PENDIDIKAN dilayari pada 14 Ogos 2011 pada pukul 8.40 malam.

http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/globalisasi-dan-kesannya-ke-atas.html dilayari pada 15 Ogos 2011 pada pukul 9.55 malam. http://bakorlambok.tripod.com/workhop2/pengantar_topik_9.htm dilayari pada 15 Ogos 2011 pada pukul 10.00 malam. http://suhajambu.blogspot.com/ dilayari pada 15 Ogos 2011 pada pukul 10.14 malam. http://fanboxblogs.fanbox.com/SinglePost.aspx?pbid=250898&post=234221&mode=&link=1&page=-1&dt=010108&mlid=-1&vet=-1&src=-1&bts=1&fs=-1 dilayari pada 18 Ogos 2011 pada pukul 9.32 malam. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-globalisasi-terhadap-bidang-pendidikan-dinegara-ini/ dilayari pada 19 Ogos 2011 pada pukul 10.08 malam. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0118&pub=utusan_malaysia&sec=pend idi kan&pg=pe_06.htm&&arc=hive dilayari pada 19 Ogos 2011 pada pukul 10.24 malam.