Anda di halaman 1dari 1

Memecahkan Ruyung IlmuOleh Reccyka Bonar, Danial @Faiz Ngah, dan Cory Joanes KALAU tak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya. Demikian jugalah halnya dengan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Akademik (BMA) yang diberikan kepada kami sebagai pelajar kursus persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Kami menanganinya dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh. Natijahnya, banyak manfaat yang kami peroleh sepanjang menyelesaikan KKBI itu. Manfaat yang sangat jelas ialah, kami dapat mengukuhkan ilmu pengetahuan kami, khususnya dari segi perbendaharaan kata. Kami memperoleh banyak perkataan baharu daripada majalah dan akhbar. Seterusnya, kami memperoleh pengalaman baharu semasa menganalisis perkataanperkataan itu dari segi semantik dan morfologi. Sesungguhnya, melalui aktiviti ini kami berjaya meluaskan pandangan kami terhadap sesuatu perkataan. Selain itu, kami dapat mengaplikasikan ilmu yang kami pelajari dalam kuliah morfologi dan semantik. Selama pembelajaran dalam kuliah, kami hanya mengetahui teorinya tetapi dengan adanya kerja kursus ini kami dapat mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari. Mempraktikkan teori, walaupun sukar, merupakan satu cara mengukuhkan ilmu. Kami berasa seronok melaksanakannya. Seterusnya, semasa melaksanakan kerja kursus ini kami juga dapat meningkatkan kemahiran sosial sesama kami. Oleh sebab kerja kursus ini dilakukan secara berkumpulan, kerjasama antara ahli kumpulan adalah sangat penting. Kami sangat bersyukur kerana kerjasama itu dapat dilihat pada setiap ahli kumpulan kami. Kami sama-sama bekerja, memerah otak dan menyumbangkan idea demi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan. Rumusannya, setelah bersusah payah, tugasan ini dapat disempurnakan. Kami amat berpuas hati dan berbangga dengan hasil usaha kami. Kami berkeyakinan pengalaman menyempurnakan KKBI ini dapat kami manfaatkan untuk meningkatkan kualiti tugasan kami pada semestersemester yang akan datang dan seterusnya pada peringkat ijazah kelak